BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

kau yang aku cinta~


Bila dua hati berdetik menjadi satu
Kau dan aku berikrar sumpah setia
Menjalin kasih dan sayang selalu
Ombak dan bayu menjadi saksinya...


Cinta kita bukan cinta biasa
Walau tiada taj mahal sebagai tugunya
Kerana hanya kau yang aku cinta
Berdua kita, menuju bahagia…

Kau kekasih, kau permataku
Pergi sudah derita yang lalu
Di mana langit dan laut bersatu
Di situ lah noktah cintaku padamu...


phewwiitt....!!! tetiba daku berjiwang2 dengan pantun 4 keratku itu... ada tak korang rasa cam nak pitam? ahaha, plss don't... =p kecik ati pankreas aku ni tauu...
anyway, pantun & pixie kat atas tu adalah sebagai menyahut seruan cik helena yang telah membwat contest mencipta pantun 4 kerat + 1 pixie...=p tajuk pantun yang beliau nak adalahh... 'kau yang aku cinta'... dats y la pantun aku tu berbaur cinta cintun... ehee~


ekceli aku tak pandai la nak berpantun2 ni, tapi korang kena bagi aku credits gak sebab berjaya membwat 3 rangkap walaupun bunyiknya tak brapa nak sedap... =p bersusah payah aku memerah idea untuk menyerlahkan bakat terpendam yang sebenarnya tak pernah wujud ni tau! fiuhhh~


jadi apa tunggu lagi??!! hantarkan undian anda dengan menaip 'yannprasanpantundiecedap' ke nombor 33399 sekarangg! =p



oh ya, pantun hanya rekaan semata2... tiada kaitan dengan realiti mahupun fantasi. credit kepada pixie sendiri...




layannn~~~

Wednesday, December 30, 2009

menghitung hari~

menghitung hari...detik demi detik~


ewaaah~ nyanyis lagus jiwangs las pulakkss.... ahaha...tak sesuai tau yann! macam org tengah countdown untuk kawen lak kann... =p

uhuhuu, tinggal about 3 ari lagi untuk aku ber'relax2 kat umah ni... ari ahad dah nak balik maktab... hiskk, tak sukanyaaa!!! if only i can freeze the timeeeeeeee........................... =(

bukak skolah nanti, aku akan pegi praktikum kat skolah area damansara... not telling u which school though tapi ada tak anyone duk area damansara reading my blog? juz wanna ask sumthing to get familliar around the place... ehee~


ada gaya cekgu takkk???=)

Tuesday, December 29, 2009

tukar layout

i'm thinking to change my layout to a simpler one. some of my frens complaint yang kadang2 its very hard for them to bukak my blog n read da entries coz amik masa yang tersangat la lamanya... so, what do u think? susah tak for u ol nak bukak page aku nih? kalau its server problem, of cos la i can do nothing kan, tp kalau its becoz of the layout itself, i think i should do something about it...

hmm...

oh ya, i wonder y i choose da pix kat entri bawah ni to be published at the 1st place... seems like tak ada kaitan kan? ahahaha... takpa la... layan kan aja~=)

Monday, December 28, 2009

=)

hallu everyone... waah lama takde updates dalam blog nih... bukan bz, tp malass... heheh... now jenguk2 jap n tetiba rasa rindu to feel what does it like to be a blogger again....=)

now aku tengah bercuti... well dah nak abis holiday dah pon... tinggal about 1 week lagi to be back to kl... huhuuu... malasnyaaa~

this 2009 has nearly come to its end... sedey nak tinggalkan 2009 yang has captured so many wonderful memories to me... sob sob :'(

oh ya, aku baru saja naik pangkat to be an aunty on last 22nd december tau! baby boy~ yey, so excited! i juz love babies... bila la nak ada baby sendiri ni...LOL=)



ok la, i have to go... ibu is waiting... its mommy and daughters' time now. will go for facial together2.... tata everyone~


Sunday, November 1, 2009

will be away~

untuk masa seminggu, blog ni akan kembali senyap bwat sementara coz aku akan berada di kuala kangsar untuk ber'camping bermula esok hingga khamis... jumaat plak terus heading ke cameron untuk field trip. kalau rajin bawak laptop, aku akan hapdet waktu kat cameron nanti...

so till then... stay safe everyone!



p/s ooh dan maaf, tak sempat nak reply comment2 korang... but i have read all of 'em... thanx! =) ada masa nanti, aku reply ye!

Thursday, October 29, 2009

check 1, 2, 3! sapa kata kawad itu membosankan?? its fun! i like~

laparnyaaa!!! dah la penat giler, pewot plak sibuk mintak diisi... petang tadi kitorang bz berkawad. ekceli tiap2 petang kitorang ada latihan kawad as a preparation untuk gi camping pentauliahan KRS ari isnin nanti. preparation ni memang ble dikira last minute, tu pun terpaksa curi2 masa coz kami busy jugak prepare untuk organize sports day ari sabtu ni... memang sangat2 memeningkan kepala sebab kena urus 2 events at the same time. dah la group kpli intake kami ni juz dalam amount yang kecik, so each of us have to handle many things... nasib bek la sekarang ni dah tak ada asaimen... so, otak ble la berehat and only da physical do the work.

oh ya, balik to crita lapar aku nih... petang tadi after kawad, me and the geng pegi la ke cafe nak makan. dah la sorang2 pun memang dah lapar gile macam harimau sebab we didn't take any lunch today... nak dijadikan crita, we ol order la food... aku ngan sorang kawan order nasi goreng ayam masak kunyit, and so we wait la for the order to be ready. tunggu punya tunggu (memang tunggu lebey lama daripada besa), then the food pun siap.

lepas amik, nak wat apa lagi kan... of cos la we ol trus membaham makanan tu... then u know what? my chickens are not fully cooked! even worst, my friend punya chicken tu still ada darah lagik...aarghh, tensen gile! dah la aku ni type yang cerewet pasal makanan. if makanan yang need to be fried, aku mesti nak benda tu fully cook. tanak separuh/setengah masak. tekak aku takleh nak terima.

dah jadi cmtu, mood aku eh bukan, mood kami pun ilang... dah tak ada slera nak makan. huhuu... makan nasi tu sket je, then trus blah. geram btol... dah la orang tengah lapar.... nasib bek aku bukan kanibal, kalau tak, dah abis orang2 kat sini aku makan. kekekee...

ok lah, lupakan pasal tu. sekarang aku nak gi selongkar locker, cari apa2 yang bleh dimakan (huhuu, cian aku kan..)... ooh dari katil ni kelihatan ada cadbury double chocolate cookies sedang sayup2 memanggil2. cantekkk! makan sambil minum nescafe pon sedap nih. walaupun tak mengenyangkan, tapi ble la untuk 'senyap'kan pewot ni sampai esok...=p

chow!



p/s oh ya, rupanya tajuk tak ada kaitan dengan isi kandungan entri. hehe... skali karangan dah kuar tajuk da...=p

Tuesday, October 27, 2009

jam aku!

bagi yang ikut story aku sejak dulu, sure tau kan yang aku penah kena rompak dalam sekitar bulan 2 yang lepas... barang2 yang ilang termasuklah jam kesayangan aku. huhuhuu, hadiah birthday yang ke 23 tahun dari ibu...

al kisahnya, setelah beberapa bulan aku tak ada jam, awal bulan lepas aku pun bertekad cemerlang gemilang terbilang la nak beli jam. coz aku rasa cam tak sempurna pulak kehidupan ni kalau tak ada jam.=p so, aku pon pegi la usha2 jam kat kedai jam di midvalley. jalan punya jalan, TERberkenan lah pulak ngan 1 jam ni... dipendekkan cerita yang memang pendek ni, aku pon beli la jam tu... setelah ijab dan kabul jual beli, jam tu sah jadi milik aku...

ntah macamana, tak sampai 1 bulan aku beli jam tu (ada la dalam 3 minggu), jarum jam tu tak bergerak lagi. haisy, takkan baru pakai tak sampai sebulan jam ni dah abis bateri. kalau abis bateri tak apa lagi, tapi what if jam tu rosak? adeii, tanak aku ganti jam baru coz aku tau kat kedai tu tak ada lagi design yang menusuk kalbu aku (ooh, semacam tak sesuai ayat itu, tapii tak apa la. abaikan.)

anyway aku pun kecoh2 la gitau kat member yang jam tu dah tak function padahal baru je dibeli. ekceli bukannya kecoh pasal apa, tapi aku nak mintak suggestion kat member tu, whether or not aku patut pegi balik kat dat kedai untuk ganti bateri jam (kalau betul it was battery problem). ya la, walaupun dat watch ada warrany, tapi aku tak sure sama ada bateri pun termasuk gak dalam warranty tu.

weekends arrived. aku pon pegi kat dat kedai ngan some girl friends.

aku gitau la dat owner yang jam aku maybe abis bateri sebab jarum jam tak jalan even baru dibeli. dia belek2 jam aku. aku baru nak kuarkan warranty card in case dia tak percaya aku beli jam tu kat sana, then u ol tau apa dia cakap?

' ni bukan abis battery ni... awk tak tekan button ni,'

hohh? korang tau? rupa2nya jam aku tu bukan ada problem apa2 pun, jarum dia tak jalan sebab button untuk gerak2kan jarum tu tak ditekan. korang tau kan button yang mana satu? alaa, button yang kat tepi tu... kalau kita nak set jarum, kita kena kuarkan dulu dat button... and ntah keja sapa atau sapa yang nak bwat lawak april fool tertunda kat aku, button tu dia kuarkan and tak tekan balik. tu la yang bwatkan jam aku tak function. ceiit! punya la aku terseksa zahir batin seminggu sebab jam tu. terseksa zahir sebab memang susah nak wat apa2 plan kalau tak ada jam, and terseksa batin plak sebab fikirkan kenapala jodoh aku dengan jam slalunya tak panjang sampaikan suma jam tak kekal lama ngan aku...

rupa2nya, aku terkena... kakakaka... lawak jgk! kenapa la aku tak tengok n belek2 dulu jam tu kan? bwat malu i pegi serbu kedai tu je! huhuuu~

Sunday, October 25, 2009

helloooo!!!=)

assalammualaikum...

dah lama tak singgah sini... makin sopan nampaknya tuan punya blog ni ye... kekeke...

haii korang! lama tak dengar kabar kan? korang sehat tak? utk cik syafa, anne, kak ena, kapten (walaupun time nak masuk umah kapten, pintu tetiba kunci... kapten dah pindah umah ye?), bean, lea, ivy uxop, cik hel, helena, sape lagi ek... haa, abg am, kf... joe... alahaiii, dah lama tak msuk blog nih, hampir ku terlupa kawan2 kat cni=p untuk yang lain2 yang tak tersebut nama tu, jangan amik ati yek... amik jantung tak apa...

harap2 lepas wat come back ni aku akan jadi lebey bersemangat macam dlu la untuk blogging balik... fuhh... fuhh... tiupan semangat untuk diri sendiri... hekhekhek...
urmm, apa nak citer ek... posa dah abis, raya pon dah abis... coming events untuk aku kat sini adalahhh..... 31hb oct- kena organize hari sukan kat maktab, 2hb-5hb nov, ada camping trip kat kuala kangsar, perak... 6hb-9hb nov plak ade field trip kat cameron... bz..bz...bz... tapi anggap je la tu suma as a holiday... it won't be dat bad kan?

time cuti deepavali ari tu, kitorang dapat cuti 2 ari... friday, sat & sun (of cos cuti) and monday... so 4 ari... gile aaa... asyik kuar je ngan member2 kat cni... dorang pon sume kaki jalan, haa, memang kena sangat la tu... sempat gak pegi sunway lagoon... having fun walaupun da games are not as much as i thought there were...



tu antara pixie yang sempat di amik pada lokasi berkenaan... 1 pixie kat pintu masuk, and 1 lagi kat pintu kuar.... ok la tu... fair n square!=p

ok la, cukup crita pasal enjoy2 ni... meh kita crita pasal benda yang tak enjoy plak... korang mesti penah rasa menyampah ngan perangai seseorang kan? bukannya kita tak suka ngan orang tu, tapi tak suka ngan PERANGAI dia... tu 2 situasi yang berbeza ya kawan2.... sila fahami....

kat maktab ni aku ada la sorang akak ni yang aku tak suka sangat ngan perangai dia. well, bukan aku ja yang tak suka, tapi most of my classmates tak suka ngan perangai dia ni... she's like.....urgh, how to explain? suka cakap ikut sedap mulut la senang crita... dah la cakap ikut suka ati, ditambah lagi dengan facial expression-nya yang sungguh laaaaaaa 'menyampahkan'... eeeii, nak imagine pun rasa cam tak sanggup. nak hantuk kepala kat laptop plak rasa!

nak dijadikan cerita, ada la sorang lecturer (let me name him, S) ni yang suka sangat sebut2 nama aku time dalam class, ade je story, contoh atau nasihat dia nak bagi, mesti dia gunakan nama aku. then 1 day, time kitorang tengah rest waktu kursus, tuan.S (ktorang panggil die tuan cos die ni dari keturunan kerabat2 gak la) ni datang kat dewan nak cari aku. dia nak bagi aku facial wash (haha, reason dia ni wat aku malu gile, nampak sangat la muka aku ni teruk ngan jerawat kan! ekekek)...

then si akak yang mulut longkang ni ble lak cakap ngan member lagi sorang,

akak-mulut-longkang : kenapa tuan S tu nak jumpa yann?

kawan : oooh, dia mau bagi sabun pencuci muka bah tu kak...

akak-mulut-longkang : kenapa dia mau bagi yann pulak? nanti jatuh cinta la si yann tu dengan tuan S. (dengan nada n facial expression yg mengada2 ya tuan2 dan puan2...arggh, geram i!)

when my fren told me dis, i was like eh hello!!! why does she had to say YANN JATUH CINTA NGAN TUAN S? why not vice versa? dia fikir aku ni senang2 je nak suka2 orang ke? yang dia busy body sangat tu kenapa? PLUS! kalau (i said KALAU ye=p) betul la aku suka dia, whats her problem anyway? aku blum kawen, lecturer tu pun single... there's no harm...

akak tu memang selalu bwat kitorang sakit ati. kalau dulu, kami diam je if she said anything. tapi sekarang, memang teruk aa dia kena coz we ol dah pandai nak attack dia balik. ari tu ble plak dia kutuk2 beg baru aku. dia kata beg tu macam beg anak buah dia yang tingkatan 2! kawan2 aku pun apalagi, dorang balas balik la kat akak tu, sebab tak puas ati aku yang tak pandai menjawab ni kena buli... keh3...

ya la, takkan dia nak sama kan taste aku (kami yang muda2) ni ngan taste dia yang dah hampir ke zaman ketuaan tu... oh ya, untuk sapa2 yang tak tau lagi, aku sekarang tengah bwat kpli, as student2 yang amik kpli, of cos la we ol dalam range umur yang berbeza kan. tapi yang bestnya, range umur kpli intake kami ni mostly dalam range 25 tahun n masih bujang... aku je yang paling muda kat sini, 23 tahun... and akak tu plak dah kawen, umo 29 tahun... so of cos la taste orang2 muda remaja (remaja ke??? =p) cam kami ni berbeza ngan taste mak2 kan? ble plak dia kutuk beg aku yang comel tu... ish3... tak puas ati btol la!

dah la, geram lak aku ingat2 balik... banyak lagi insiden kalau nak crita pasal akak tu... next time la aku flash back balik. huhuuu... oh ya, ari tu time isi borang untuk praktikal, nak pulak dia ajak aku untuk wat praktikal 1 group kat tempat yang sama... iskk, tanak aku... kang tak pasal2, memendam rasa je aku sepanjang 3 bulan praktikal ngan dia tu... dengan pantas dan tangkas serta muka confident-nya aku bagi jawapan yang member lain dah tuliskan nama aku kat group dorang... kakakakaka... idea sepintas lalu tu! bangga... bangga...

eh, ok la korang... aku stop dulu... dah lama tak berstory ni, jadi sesi meluah perasaan plak entri aku yang satu ni... berpinar2 laa gamaknya mata korang membaca... tu pun kalau korang baca la... ekekeke....



so, till then... tata!


s.M.i.L.e!=)


Thursday, September 3, 2009

walawehhh~

hallu kawan2...

waaahahaaa... lama kita tak jumpa kan... untuk pengetahuan korang, owner taman si rama-rama ni masih wujud di muka bumi ok.. =p
dah lama aku tak menjejakkan tangan ni menaip url blogger.com... bukannya tak ada masa, ataupun tak ada idea... ahh itu suma jawapan klise and for sure u ol dah nak termuntah dengan lame reasons tu kan...? hehe... well, sebab utama aku tak me' log in dalam blog ni adalah kerana ayat skema tak hengat diriku merasakan bahawa dunia blog ni sudah hilang kemanisannya... ohh, anda boleh lah mengumpamakan situasi ini sebagai habis madu, sepah di buang bersepah-sepah... =)
hmm, apa nak story ek... pasal studies? oh nooo... boring! kang korang ngantuk plak... pasal relationship? oh nooo.. boring! kang korang menyampah plak... so, nak story pasal apa ni? ish3... kang aku tepek pixie semata2 dalam post ni, korang meluat pulak... hahaha... ish, dah lama tak berblog ni, rasa cam dah tak pandai nak bercerita..

no choice, i have to.



have to apa?


only to paste pixie with a little description about it dengan niat semata2 untuk menghapdet blog... hahaha... whatever~~~ okk, here goes...


me and my housemates waktu melantak kenny rogers ari tu... tidak berjaya mengambil gambar bersama makanan kerana makanan tersebut sudah selamat masuk ke dalam pewot.


yang ni plak pixie yang diambik time kitorang wat program kat methodist 2 girl school kat area brickfields... ohh, dis is 1 of my faveret pixie...=)


aku dah show pixie ni ke blom ek? korang tengok la, betapa malasnya aku... nak cek balik dalam post pon malas... uhuuu...anyway, kalau dah ada pix ni dalam post yang lepas, sorry lah ye... hehe...





ohh, baru prasan dat i haven't take my pixie's from my friends yet... so now da pixie's stock are limited...

so korang, sekarang pon dah pukul 12.25 am nih... and i have to go... esok class start kul8.. well, ekceli hari2 pon start kul8 =p adoii, tak dapat dibayangkan betapa aku bekerja keras nak siapkan dis 1 entri yang terang2 lagik tak ada isi.... haha... dah tahap kronik dah ni yann oooiii... sila2 la berubah...

ok... wanna go now! bye everyone~

Friday, August 7, 2009

yann, are u okey?

semenjak dua menjak ni, member slalu cakap yang aku nampak pucat... walaupon i feel okay and don't feel anything wrong...

mungkin aku kurang makan makanan berunsurkan daging....



tapi memang aku tak suka makan daging pon.... so nak bwat macam mana? shud i take the supplementary food instead?

ok, tu je la updates aku bwat masa ni... huhuu.. its so not like me... tapi what to do,

i'm not me recently=(

Saturday, August 1, 2009

camping trip~

pheww... aku baru baik dari demam ni... ok2,it was juz demam biasa... dah gi clinic 2x, and 2x jugak bwat blood test... looks like everything's normal... kan ari tu aku gi camping, and da thing is, the weather was not dat good... kadang2 ok, then suddenly it started to rain... untuk aku yang ala2 lembik and tak biasa bwat aktiviti2 outdoor ni, of cos la agak terkesan sket ngan perubahan2 cuaca yang drastik begitu...
aku memang suka ngan aktiviti2 outdoor ni, cuma kan best kalau takyah duk kat dalam khemah... kalau nasib tak bek, bila ujan turun, air ujan siap masuk dalam khemah lagi... huhuu... tu yang tak tahan tu... tengah syok2 tido, tetiba leh rasa cam terapung2 lak... bangun2 je, khemah dah banjir... haha... aik yann, macam bercakap thru pengalaman je tu... kuang3...=p

tapi aku ni memang hebat la.. (ayat tak hengat!) hiskk.... tengah2 demam tu pon still ble pegi trekking, dah la laluan trek tu pon kira curam jugak... berkayak dalam jarak yang memang sangat2 jauh coz tak sedar yang kitorang dah hanyut ke tengah laut dibawak arus... then terjun masuk ke laut yang kedalamannya about 3x ketinggian pokok kelapa.... haa, amacam? hebat tak hebat aku yang lembik ni?
kat bawah ni adalah pixie2 time camping tu... tengah2 demam pon still nak join orang bergambar jugakk... huhuu, mana leh tinggal kan... demam tu blakang crita, yang penting dapat kepuasan hati yang tak terhingga... fuhh, macam pantun plak kan...=)

-sila la melihat wajah2 kedemaman tersebut-




Sunday, July 19, 2009

penat~~~

ooh, rupanya sempat lagi untuk aku post entri baru sebelum gi camping trip ari selasa ni... ekceli, plan asal aku is to keep dis laptop kat umah akak while pegi camping nanti... rasa cam tak secure plak nak tinggalkan barang2 camni kat bilik without someone to keep an eye...

tup2 tetiba teringat lak yang lecturer ada mintak name list member class of which aku tak siapkan lagi... so, huhuu, terpaksa la aku usung balik laptop ni ke hostel... =(

ni pon baru balik dari discussion room, siapkan banner untuk gi camping nanti. penat n ngantuk giler... ekceli nak story pasal entri kat bawah ni, tapi rasa cam tak larat plak. nanti la, dah senang2 sok aku crita...

ohh, tetiba aku rasa cam tak jadi la pulak nak story pasal benda kat bawah ni... kenapa? sebab aku takut 1 day nanti 'orang2 itu' dapat discover pasal blog aku ni... hik3... apa plak dorang cakap nanti kalau dapat tau dat aku crita pasal benda2 yang very de personal kat dalam ni... lagi2 benda tu melibatkan dorang... macam tak baik la pulak kan?=)

Friday, July 17, 2009

bila berkawan berlainan jantina

rule number 1#

jangan bagitau kamu sukakan dia kalau dia memang tak ada tanda2 menginginkan hubungan yang lebih dari seorang kawan...



opps, tak sempat nak story panjang2. ada class. ok la... sambung next time... weekends ni balik umah akak kat gombak, then the next whole week will be in a camping trip. wish me luck!

Tuesday, July 14, 2009

apabila yann dipaksa bersenam...

okay... hari ni berasa sangat penat... awal pagi lagik dah kena suruh larik 2.4 km = 12 pusingan padang... bukan kena denda, k... tapi waktu tu memang waktu PJ... hihii, cam budak2 skola je kan...=p

giler penat wa cakap lu... dah la aku ni tak pernah bersenam PLUS sejak skolah sampai ke U, aku memang bukan sporty type... aku tak join sukan2 ni... huhuu, tu la lembab semacam ja... haha...

baru 3 pusingan, dah tercungap2 macam dah larik 30 pusingan. dah la sejak kemarin aku tak makan nasik, bekpes pon minum milo je... tapi syukur la aku dapat abiskan jugak larian 12 round tu dengan bergaya... 20 minit tuu... ekceli kena abiskan at least dalam 18 minit, baru leh lulus... tapi aku dah lebey 2 minit... takpa2, next time try lagik... tadi tu baru 1st try... kira ok la jugak untuk orang yang tak pernah bersenam cam aku kan? hahaha...

lepas tu petang lak ada kelas hoki... ohh, its not really a class ekceli, tapi more tu subjek sukan & permainan, and kitorang yang tak pandai main hoki, apalagi nak pegang stick hoki ni pulak dah kena registerkan dalam game hoki... huhuu... sabar je la aku...

after warm up, kena larik lagi 2 pusingan padang kat stadium hoki, kepenatan berlari 12 pusingan padang pagi tadi tak ilang lagi, ni kena tambah lagik 2 round... naik ketar lutut aku ni...

kalau dikira jumlah jarak larian aku ari ni, maybe dah ble sampai sabah agaknya...



i need massage now! huhuu~=(

Sunday, June 28, 2009

haii suma!!!

hai suma...


i'm back!!! ish, asyik tenggelam timbul saja aku ni kan... hihii... kejap ada kejap takda...

u ol tau la kan dengan kebizian aku sekarang ni... ni pon bru abis orientasi and tengah free sket...

korang camna? sehat takk? sekarang ni tengah kecoh pasal H1N1 kan... so kena be more extravaganza carefull dekat luar okk... kalau leh, jangan la gi tempat2 yang ramai orang....

oh ya, walaupun dah ble online skg, tapi aku takleh nak janji to get to ur blog macam slalu... tenet ni lembab lah! macam siput... tapi whenever aku dapat, aku sure akan menjelajah blog korang... huhuu... windu nya ngan story mory korang yang ntah hapa2 tu... =p

tak ada nak cakap apa for now... tengah tunggu kawan, nak kuar jap lagi... u ol take care ok!




Friday, June 19, 2009

i'm backkkk!

Knock2…. Ada orang takkk? Ish3… canteknyataman nii… taman sapa la agaknya ek…

uisy, mukadimah tak ble blah tu… well3… lama jugak aku bercuti dari blog kan… tapi nasib bek lalang2 tak tumbuh lagi... ajaib tol rumput2 kat taman ni...

hmm,tu la, aku teda mood bah… haa, amik kau… dah kuar bahasa sabah negeriku yang terchenta… haha… sekarang mood dah kembali normal walaupun tak sehangat biasa...

erkk, apa nak cakap eh type tadi ah? lupa lak...


hah, ingat dah...

Ok lah, untuk pengetahuan u ol, next week aku dah bergelar student balik… kat mana? Aisey, ni yang malas nak gitau nih… lets juz say its somewhere around kl ok! Flight aku ari ahad ni, ada sapa2 nak jemput aku dari aport? :p

sementara hari2 terawal aku di sana, of cos la agak bz sket kan.. dengan orientation-nya, ngan nak settle down lagik… so, maybe blog ni akan kembali sunyi sepi sampai la aku dah selesa duduk kat tempat baru tu. Dah steady kang, aku akan bersiaran langsung dari sana plak… harap2 ada line tenet la, kalau tak ada pon, nanti aku beli berukband… senang sket nak online kan…

anyway, tu ja la updates aku bwat masa ni k… juz to inform u guys yang si rama2 ni still alive… syukur alhamdullilah…

so, till then... wish me all da luck in da world ok~=)

Monday, June 8, 2009

masakan plus makan

sekarang aku agak relax di umah. ble bermalas2an. padahal memang dah malas secara semulajadi. nak cover2 line plak kau ni yann.

adik aku dah pandai plus rajin plus suka turun padang. eh silap, turun dapur a.k.a masak! suma masakan nak dibelajar. so, aku dengan sukacitanya membagik la laluan ngan beliau untuk belajar plus menambahkan skill masakannya itu. ya la, aku ni dah terer masak cess, berlagak jadi apa salahnya bagi peluang pulak untuk budak2 muda belia ni belajar, kan! tak baik la kalau terlalu meng'conquer ni... apa ayat yang glemer dalam dunia blog nih? sharing is caring? haa, itu la yang aku nak aplikasikan... sharing dapur to memasak is a way to show yang si-terrer-masak adalah sangat caring kepada future si-pemasak. ya la, kang kalau dah kawen tapi still tak pandai masak kang, haa... sapa jugak yang susah?? mereka dan keluarga2 mereka jugak yang susah kannn....

sooooo, sebagai seorang kakak yang baik dan supportive , aku mempunyai strategi untuk membwatkan semangat dan kerajinan adik aku berkobar2 untuk memasak, iaitu dengan...... menghujaninya dengan kata2 pujian.... sebenarnya ini salah 1 langkah ke selamatan supaya adik rajin masak and aku takyah la lagi gi dapur untuk masak for lunch and dinner=)

'uisy, sedapnya bau masakan anak dara ni...'
'waaah, sedapnya fatin masak... kalau camni hari2, gemuk la kak yann ni tau,'



**********

aku dalam usaha untuk menggemukkan badan. dan selama fatin men'take over' kawasan dapur daripada aku, memang terdapat perubahan pada diri aku nih sebab masakan dia memang sedap! kalau tak top-up nasik memang tak sah.

tapi aku tak puas ati la...



menggemukkan badan dalam ertikata sebenar memanglah akan membwatkan alat penimbang menunjukkan pertambahan angka kan?

okk, dalam kes aku,

pertambahan angka memang berlaku.


tapi...



aku rasa tak ada maknanya kalau yang menggemuk hanya pada bahagian pewot sahaja sedangkan bahagian lain masih slim river seperti biasa...




huhh, langsung tak bermakna.





sekarang pukul 10.41pm. dan aku baru saja menyuruh fatin untuk memanaskan beger kat dalam microwave. bakal dimakan bersama2 chocolate milkshake. anda dapat bayangkan bagaimana pewot ular setelah membaham 1 ekor kambing? hahaha...

Tuesday, June 2, 2009

pls excuse me...

hurmm... aku nak mintak excuse for a while ya u guys... sekarang aku btul2 tak ada ati nak online. bukan saja blogging, malah (malah?? wth!) ym, friendster, email, facebook (yang ni tipu, sebab facebook aku memang dah lama tak bukak) , myspace (kau tipu lagi yann! kau tak ada myspace!) =p


ok2, tu suma menunjukkan betapa (betapa???) malasnya aku nak online ni. aku seolah2 (seolah2??? yann, kau demam?? asal banyak btol perkataan skema nih! haihh...) seorang yang mengidam nak makan kek blueberry tapi diberikan eskrim strawberry dan mendapati bahawa muka waiter tersebut seiras dengan muka brat pitt. err, err.... tak ada kaitan? ok, abaikan.


well, consequences-nya, selain dari blog yang agak slow updates-nya, aku jugak tak sempat nak lawat blog kawan2 suma... huhuu, i'm so sorry... later kalau aku dah bersemangat waja sket, aku akan visit n menyebok dalam blog u ol suma as usual ok... promise!








cuma yang ni saja aku tak pandai nak boring....=)



songeh si rama2- telah disuntik antidote utk melemahkan virus blogging-secara-tegar.

Wednesday, May 27, 2009

hey ladies!!!



yeyy!

suka sangat lagu ni. for all da girls out there. kalau nak dengar lagu ni, tolong suh dak kenny G aku tu silentkan bunyik saxophone dia kat box dalam column belah kiri <----- ni dulu k. bagus jugak kalau kita bagi dia rehat skali skala kan... penat jugak tu kena tiup saxophone 24/7 tanpa gaji.... ciann... okkkk... sambil2 dengar lagu ni, jom layan tag dari ladies2 kat bawah ni.... tag dari cik puan syafa a.k.a lifesaver.
Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.


Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
ish3,wahai cik syafa yang cun melecun, cam tak ikhlas ja nak bagi award nih... siap bagi asaimen lagik...

tapi tak pa la... cik syafa punya pasal, daku redha menyetelkannya...=) cik syafa, saya baik kan??!

1. masih dalam mood pengantin baru =)
2. 28/02/2009
3. married to mr.KE
4. Putrajaya
5. my best blog buddy.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri

1. pemalas
2. pemarah
3. friendly
4. chocolate
5. eskrim!
6. ayam masak merah
7. pantai
8. tido + makan
9. family comes 1st.
10. single and not available


task yang kedua plak.



task ni requirements dia sama jugak cam task pertama tadi... so, here goes...

1. dah lama fren2 ngan cik syafa, sejak dia belom dinaikkan pangkat menjadi bini orang lagik.

2. suka makan coklat sepertiku.... haipp, diet... diett..

3. sorang yang matang and yet sangat2 fun to be with...

4. mempunyai sorang hasben yang romantik... waaa, jeles i!

5. bakal meninggalkan hasben-nya selama 1 bulan untuk berkursus. wakakaka.... eh, pehal aku gelak nih??! tak bek tau yann....



Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

err, cik syafa~~~ banyak sangat la 10 tu... saya dah penat menaip dah ni... boleh tak saya skip part ni? hah??? boleh??? yeayy! cik syafa memang best!!! ntah pape ntah, cik syafa pon blum jawab lagi dia dah lompat2 atas katil. suka la tu. over btul dak yann nih.


okay, now jom kita move on pegi tag seterusnya. eh, bukan tag. ni, saya dapat sijil penghargaan (elehh, pandai2 tambah 'penghargaan' tu. walhal cuma sijil saja... ahaha) dari sorang lagi ladies cik helena yang cun melecun jugakkk.







terima kasih daun keladi ya kawan2 ladies ku sekalian.

*********************


aku tau, aku still ada baaaaaaanyak lagi utang tag. pemiutang2ku, sila ingatkan penghutang mu ini yang sangat2 la pelupa orangnya. kecuali KF! tolong jangan ingatkan aku dengan tag mu itu. tak dapat tido malam aku dibwatnya. tag dari KF ni tersangatlah panjang sampai aku berasa sungguh gerun dengan hanya membayangkannya saja. okk, yann. walaupun gerun, tapi rasanya tak payah la guna ayat yang TERover skema seperti di atas. hahahaha....


ooppss, tag dari ladies sahaja akan dilayan dalam masa terdekat ya. tag dari guys???? kena tunggu sampai wujudnya lagu BERtitle 'hey gentleman'. la la laaa~

.

.

.

.

.

.

.

oh ya, aku ada pose special edition untuk lagu ni.

tadaaaa~~~


yeaahhhhhh... girls rockkkkkkkkkkkkk!!! walaupon expression muka langsung tak ganas, tapi who cares, kan? janji rockk!=)

Tuesday, May 26, 2009

aku dan mereka

hiskk, rasa cam dah malas nak type banyak2 and panjang berkilometer2 nih. kesimpulan yang aku nak state kat cni hanya lah.......................aku baru balik dari besday party member tadi. muahahaha...

layan pixie saja la k... aku terlalu kenyang untuk menaip banyak2. BURRPPPPPP!!!!! herkk, sori2... terlepas plak.*blush*


sementara menunggu member yang lain sampai ke check point iaitu umah awang (baju belang biru-putih) untuk sama2 gerak gi lokasi yang telah dikenalpasti, kami bergambar dulu. kira cam konvoi nak gi umah besday girl la ni.

kalau dah BERreunion ngan member, memang tak sah kalau tak berpose kan...


yeayy, pose lagi yann... jangan sampai terbelit urat di pinggang tu dah la.

yann : ish, apa hal dorang ni... orang syok2 bergambar, sorang2 sebok nak masuk line. gila camera btol la...
si rama-rama- err, yann! maafkan saya, tapi saya rasa gelaran gila camera itu lebey sesuai diberikan kepada anda.

yann- aik, brani cakap camtu! tak sayang sayap kah?
si rama-rama- okey2... sori... mereka memang gila camera, bukan anda... anda cuma menjadi mangsa camera-yang-gila.

syed: tepi la sikitt! aku mau duk di tengah2 ni.

yann: eeii, mengada2nya mamat ni. nak over shadow aku la tu...


fokuskan mata anda pada lelaki berbaju putih tersebut. sepanjang sesi penggambaran, dia asyik sebok nak tayang dada. bajet sexy la tu. dia tak tau kita yang menengok ni yang terSEKSA... haha... ampunnn pejal~


mereka... LELAKI~



kami... PEREMPUAN~


note: ntah apa fungsi kewujudan bunga yang muncul secara tiba2 di dalam pixie di atas.


okey la, aku ngantuk gila babs dah ni. gambar sangat2 banyak sampai aku pon tak tau nak upload yang mana 1. ok la u ols, aku tito dulu.



nite suma~~~


Saturday, May 23, 2009

teori kawen ku...

dulu mr.JOE ni penah bwat post pasal teori kawen dia. hehe... ekceli aku pon ada teori kawen jugakkk... walaupon korang tak kesah and tanak tau, tapi aku tak kira! nak share jugakkk! aik yann, memaksa nampak... hahaha...


well3... straight to da point saja la kan... sejak zaman skola sampai ke U (termasuk time praktikal jugak), aku prasan nama semua skandal2 dan skandal-tak-jadi aku bermula dengan huruf A.

nak bagi contoh nama tu kat sini ka? tak payah la kan. malu i. tapi yang penting, A.b geldofg ngan Atan tak masuk dalam list la. eh, silap! bukan tak masuk. tapi BELUM masuk. hahaha, amboiii, gatal kau yann!

ok2, sambung.

tapi btul la... nama2 dorang suma pon start ngan huruf A. sama ada bf ataupun stakat admirer2 saja.

lagi satu, tarikh aku jumpa atau declare ngan mamat2 A tu, suma nya terjadi pada 5hb... ni memang tak dirancang tau... macam mana aku ble ingat? ala, besa la, pompuan kan... kalau pasal tarikh2 ni memang lelaki tak ble lawan. hihiii... oh ya, termasuk la kawan yang aku maksudkan dalam entri di bawah ni, A****, dia la yang suruh mamat Ambank tu call aku... aku jumpa dia ni time camping kelab pencinta alam waktu form 3 dulu. lama dah kan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
persoalannya,
adakah memang jodoh aku dengan lelaki yang nama nya start dari A??? atau sebenarnya memang bukan jodoh aku dengan sesiapa yang bernama A sebab ending nya slalu tak penah baik. ya la, kalau ending baik, tak ada la aku single mingle macam sekarang ni kan? oopps, ni bukan ayat promo diri sendiri ya!=p


1 lagi, adakah aku patut sentiasa bersedia dengan 5hb? kot2 la akan dilamar atau TERjumpa dengan bakal jodoh 5hb jugak kan.... aisey, berangan pulak aku nih! hahahaa...










tak tau kenapa tetiba upload pixie ni. ish, macam menyampah plak aku tengok minah kat atas nih tau.

Friday, May 22, 2009

panggilan telefon

suatu ari ketika aku agak ke'busy'an membwat pekerjaan.

call in masuk.


dia- pemanggil
aku- aku la. sapa lagi!

aku- hello....
dia- hello... boleh saya bercakap dengan cik n**** i****** ibrahim yang comel-anggun-jelita-bergaya-mutu-keunggulan??? (okk, ada penyelewengan fakta disitu)

oohh, macam panggilan rasmi ja ni. harus ku jawab dengan skema jugak.

aku- ya, i****** yang comel-anggun-jelita-bergaya-mutu-keunggulan bercakap...

dia- saya mohd.apa-ntah-aku-dah-lupa-namanya dari AMBANK...

aku- err...ok... (tetap melayan dengan baik walaupon terfikir jugak 'apahal AMBANK nak call aku ni?')

dia- cik dekat mana sekarang?
aku- errr.... saya kat umah.
dia- cik tak pergi keja hari ni?
aku- tak...
dia- kenapa? cuti?
aku- err.... takk...
dia- sakit? mc? (amboii.. bukan main lagik dia tembak aku bertalu2 sampai tak terjawab aku dibwatnya)
aku- err... err... takk...
dia- cik keja kat biodiesel company kan? (hiskk, bila plak aku keja kat company biodiesel ni... pandai2 ja orang ni tau...)

aku- siapa ni? dari mana dapat number saya?

dia- saya rasa cik tak perlu la tau dari mana saya dapat number cik ni... (jawapan dia ni, sumpah bwat aku rasa semacam)

aku- aik, err... ok la, kalau macam tu. bye.
dia- eehhh, macam ni cik, saya ni kawan kepada boifren cik.

aku- hahhh? boifren? siapa???! (sentap aku. sejak bila plak aku ada boifren??? lelaki mana plak mengaku boifren aku ni... aduhaiii)

dia- saya rasa cik tak perlu tau la. nanti dia akan contact cik sendiri.
aku- hishh... siapa ni????!!!
dia- saya kawan kepada mohd. a****. dia risau, dah brapa kali call, tapi cik tak jawab... cik sehat ke?


diam jap. berfikir.


aku- hmm, oohh... ok la... nak tanya tu ja kan. sy sehat. ok thanx for calling. bye.



aku letak tepon. geram aku. rasa macam dipermainkan plak. chewah, ayat.


gaya dia bercakap bukan main skema lagi. ala2 customer service gitu sampai ble bwat aku terfikir yang call tu atas urusan rasmi. yang bwat aku geram terlebey ni, ble plak dia jual nama AMBANK. okk, mungkin betul la dia keja kat sana, and time dia call aku tu adalah waktu berkerja, tapi tak patut la dia cakap camtu untuk urusan peribadi kan?




orang macam ni pon ada ka...! ish3...



a**** tu kawan aku. ada la beberapa kali dia call, tapi aku tak jawab. bukan sengaja tanak jawab tapi sekarang ni mood aku pandai bertukar2. kadang2 malas nak reply sms. kadang2 malas nak jawab call. aku tak tau kenapa. aku tak bersalah. salahkan mood aku.

Wednesday, May 20, 2009

sambungan kisah seram di asrama

ok, sambung crita kat bawah.

lepas M tanya angah sama ada dia ada ketuk pintu tu atau tak, mata angah and christina a.k.a tina membulat.

'haa? kamu dengar jugakkk???' kat tina.

tina siap suruh aku bwat promo lagik camna bunyik ketukan yang aku dengar tu sebab bunyik tu bukan macam bunyi ketukan biasa. ada style gitu...=p so, aku pun bwat la contoh bunyik ketukan yang aku dengar malam tu. ketukan tu macam tak complete, sebab hanya 2x ketukan yang terdengar dan bunyi tu antara dengar atau tak. macam bunyi angin pun ada. slalunya kalau kita ketuk pintu, mesti ketuk 3 kali kan... tok tok tokkk... camtu la..hehe... tapi yang aku dengar ni cuma 2x saja.

'eeeiii, macam tu la.... time cuti ari tu, kami pon ada dengar bunyik tu di pintu bilik kamu, slalunya pukul 3/4 pagi (aku dah lupa bila)' kata tina yang katilnya berdekatan ngan pintu. aku tak sure angah dengar bunyik tu jugak or tidak.

pastu angah plak bukak crita, dia cakap 1 night tu, time dia tengah mengaji, dia dengar cam bunyik pompuan menangis dekat corridor depan bilik kami tu. pastu ada la dengar bunyik2 pelik dari bilik tu.

mula2 dorang tanah crita jugak, tapi dah kami tanya pasal tu, and dorang pon tanak takut sendiri2, so, tu yang dorang crita gak. alahaiii, aku dah seram sejuk dah time tu walaupon masih pagi lagi.

lepas bercrita2, teringat plak ngan baju tak siap basuh lagi kat toilet, aku tarik tangan M and paksa dia duduk depan toilet temankan aku basuh baju.

sambil basuh baju tu, kami story2, bwat assumption sendiri. ntah2 benda tu memang slalu dok lepak dalam bilik kami tu kut. so, time kitorang balik, dia tak dapat masuk bilik, tu yang dia ketuk2 pintu and menangis sebab tak dapat masuk. hiskk, time menaip entri ni pon aku rasa seram.

assumption kedua is, dia menangis sebab tak ada kawan. kenapa? hehe, sebab... walaupon duduk 2 orang saja dalam bilik tu, tapi kami ni sangat2 la havoc. bisingnya, subahanallah. bersembang pun dengan high volume, pastu ketawa terkekek2, menyanyi2 macam orang gila, bahagia la katakannn=p haa.. macam mana la 'benda' tu tak suka kan... ntah2 dia pon join jugak time kami ketawa2 tu... so, time kami tak ada kat sana, dia rasa sunyi tak ada kawan. huhuu...

kadang2 time blajar, study table kat depan tingkap, slalu gak kami terhidu bau2 wangi. tapi aku tak ada la suspect apa2, ingatkan bau bunga2 yang pihak kolej tanam kat bawah tu... hmm, betapa innocent nya aku kan... haha...

aku dah lupa pagi2 seterusnya ada lagi bunyi ketukan atau tak. dan crita tu stop camtu saja cuma aku dah tak ble berenggang ngan M la. sebabt takut sangat2.


****************

1 petang dekat2 nak maghrib, aku landing ala2 superman kat atas katil sambil main game kat laptop. laptop letak kat atas meja then aku dekatkan meja tu ke katil. M plak main game kat depan aku. dia duk atas lantai. maksudnya, laptop kami berdepan la kan. jadi aku tak nampak M, M pon tak nampak aku sebab kepala masing2 terlindung di sebalik laptop. korang dapat imagine tak?

kami pon bermain game dengan khusyuknya. nak dijadikan cerita, dari ekor mata aku, aku nampak M masuk gi toilet. kedudukan toilet tu memang bertentang dengan aku. aku jeling jam kat atas meja study... kul6.30pm,

'aaahhh, maghrib sudah, nasib bek M ingat... nda smayang lagi ni...' kata ku dalam ati.

tingkap and langsir still terbukak, so, nampak la suasana kat luar pon dah gelap. oh ya, note that kat sabah 6.20 ptg dah masuk maghrib ya...


aku pun quit game and bersiap2 nak bangun dari aksi superman untuk amik wuduk lepas M. tapi tunggu punya tunggu M ni tak jugakk kuar2 toilet. bunyik air pun tak ada. aik, senyap ja dari tadi.

'M!!!!!!!!!' aku jerit panggil M. nak tanya, apsal lama sangat duk dalam toilet tu tapi tak sempat aku sambung ayat aku, kepala M dah tercongok kat depan di sebalik skrin laptop2 kami.

'oiits, apa ni... panggil2 camtu, macam kita ni berkilometer2 jauhnya,' bebel M.

'aik, bukan tadi U masuk toilet kah?' aku tanya M.

'mana ada...'

kami diam. saling pandang memandang.

aku pon describe apa yang aku nampak tadi.

memang aku nampak M masuk toilet. siap ble prasan lagi macam mana one by one kaki dia bergerak nak mencapai slipper toilet tu. then aku tengok jam and keadaan kat luar tingkap yang dah gelap. so, memang aku confirm nampak dia, kalau tak sure, tak ada la sampai aku terfikir nak tengok jam segala. siap ble ble terfikir lagi 'nasib bek M prasan dah maghrib sebab aku dah khusyuk main game'. tup2 M cakap, dia pon terlupa waktu tu dah masuk maghrib.



cepat2 kami pegi toilet nak amik wuduk and solat maghrib.


mungkin benda tu nak ingatkan kami supaya solat... tak apa la kalau stakat nampak sipi2 saja, jangan dia muncul depan mata dah la.... huhuu... menakutkan....




moral of da story- sentiasala ingatkan diri untuk solat di awal waktu sebelum ada 'benda' yang akan mengingatkan anda...=)


sekian saja bed-time story kita pada malam ni. dah2, pegi tido. jangan lupa baca fatihah, ayat kursi (ayat last ulang 3x), 3 qul and sapu seluruh badan sampai ke kaki.


slamat tidooo~~~

Tuesday, May 19, 2009

kisah seram waktu di asrama...

chewahh, tajuk over... macam karangan untuk jawab exam plak!

hehe, anyway, ari ni aku nak berstory mory ngan u ol pasal experience aku time blajar dulu. ada la dalam beberapa tahun lepas. note dat 'beberapa' tu tak la lama sangat... aku muda belia lagi okk...

baik2..., time tahun 2 (sem 4&5) aku duk 1 bilik ngan bestie aku, kita namakan dia M. sebelum tu, biar aku explain'kan dulu camna rupa bentuk kolej and bilik aku tu supaya korang dapat imejen. kolej kami ni dalam bentuk umah teres 2 tingkat yang mana setiap umah ada 4 bilik untuk 7 students. 1 bilik kat bawah and 3 bilik kat atas. umah ni ada 3 toilet. untungnya, bilik yang aku and bestie aku ni adalah master room. siap ada toilet dalam tu. so, senang la kan, takyah berkongsi toilet ngan orang lain. ngeh3... 3 bilik tu ada 2 orang duduk. 1 bilik single tapi bilik tu slalu kosong sebab owner-nya suka lepak + tido kat bilik kawan. jadi dia pon tak rapat ngan dak2 umah kami yang lain.

bukan senang nak nak dapat stay 1 bilik ngan bespren kan, kalau duk menyewa, senang la nak tentukan roomate sendiri, tapi kalau kat hostel ni, kita tertakluk ngan pengurusan kolej. so, bila dapat tau dapat duk sama2, apa lagi menjerit2 kegumbiraan la kami. siap lompat2 atas katil lagik. hihiii...

so, sebab dapat duk sama2, lebih bersemangat la kami nak meng'deco bersama eric'kan bilik tu. oleh kerana umah aku dekat, so, aku la yang jadi mangsa membawak barang2 untuk 'mengomplete'kan keperluan2 bilik. tv, 2 bijik coffee table, rice cooker, and tikar aku angkut bawak gi kolej. siap letak tikar kat depan tv untuk jadikan ruang tengok tv sambil baring2. ruang tido lak kami separate kan dengan susunan loker. katil dirapatkan, jadi la queen sized bed. kadang2 rasa cam main pondok2 pon ada gak. memang besh... hisk, explaination aku kat atas tu macam bilik aku ni besar gedabak saja kan... haha...

haish, part pengenalan bukan main panjang + crita seram tak mula lagi, jari aku dah penat menaip. camna ni? nak teruskan atau tak?? kalau tak teruskan, tak ada la entri baru. kalau tak ada entri baru, aku rasa tak sedap ati la...

tak apa la, aku type sket dulu. nanti sambung lagi k.

masa sem pertama duk kat dalam bilik tu, kami ok lagi. rasa sangat2 besh + fun. gi class sama2, makan sama2, balik sama2... opps, kadang2 dia balik dulu la, sebab i gi deting. ahaks!

nak dijadikan crita, beberapa hari tu kitorang ada cuti. lupa lak cuti apa... so, majoriti budak2 sabah balik kampung. tinggal la kolej sunyi sepi dengan students semenanjung + sarawak yang tak balik termasuk kawan kami kat sebelah bilik, angah namanya. angah duk kat bilik sebelah ngan christina.

malam pertama kami balik dari cuti tu, tengah kami baring2 kepenatan (lepas mengemas barang) angah masuk ke bilik, nak tumpang guna toilet untuk amik wuduk. oh ya, lupa aku nak crita pasal 1 ke'miracle'an bilik kami ni... u ol nak tau, kolej and kawasan sekitarnya ni memang ada masalah air. air kat paip toilet tingkat atas memang tak ada. mungkin tekanan tak cukup kuat untuk bawak air naik atas. toilet yang ada air cuma kat tingkat bawah, itu pun kadang2 saja. selalunya kul10 malam ke atas sampai sebelum subuh baru ada air.

so, kalau tak ada air, students akan angkat air dari bawah. fyi, kat depan every umah, pihak pengurusan ada pasangkan paip air. tapi ada masanya air tak ada jugak kat paip tu. geram betul.

and miracle'nya, paip toilet bilik kami ni sentiasa ada air. yess, SENTIASA. 24/7... sedangkan 2 toilet lain dalam umah tu pun tak macam tu. ajaib kan? di sini, aku alu2kan untuk korang merasa dan menyumbangkan rasa pelik korang tu, sebab aku pon rasa pelik jgk... tah dari mana datangnya air tu... tak kesah la, yang penting, air tu bersih=)

ok, balik kepada cerita, bila angah masuk bilik kami nak amik wuduk, dia pon pandang keliling2 bilik kami tu.

'hmm, macam2 angah dengar dari bilik korang nih,' katanya.

aku ngan M yang tengah baring2 tu tak la terfikir apa yang peliks ngan kata2 angah tu. kitorang cuma ketawa saja.

' bunyi apa angah? jangan bunyik lain2 sudah la,' sambil ketawa2, aku jawab camtu. angah senyum saja sambil berjalan ke toilet.

malam tu berlalu camtu saja.

malam seterusnya. aku ngan M dah tido. tiba2 aku terdengar bunyik orang ketuk pintu. fyi, katil aku ngan M menghadap ke pintu and kat luar tu corridor yang menyambungkan pintu bilik kami, toilet and 2 bilik lain. lampu corridor memang kami on kalau nak tido.

ketukan di pintu tu antara dengar atau tak. maksud aku, ketukan tu slow, antara tersentuh pintu ngan tidak. macam angin pon ada jugak. hish, korang paham ka tidak ni? susah aku nak explain. tapi aku memang sure dengar bunyi ketukan tu la.

heran jugak camna aku ble terbangun ngan ketukan yang sangat2 perlahan macam tu. aku fikir angah yang ketuk pintu, nak guna toilet, amik wuduk ka apa ka... tapi lepas tu bunyik tu senyap. aku try bagun sket, nak tengok ruang antara pintu ngan lantai tu, tapi tak nampak apa2 pun. pandang M, dia lena tido, aku pon bwat bodo ja la. sambung tido, dengan harapan, kalau angah ketuk pintu lagi, biar M yang bukak, sebab aku malas nak bangun dari katil tu. ehehhe... time tu tak ada la terfikir apa2 sebab tengah mamai. lagipun dah biasa n selesa ngan bilik tu, dah rasa cam bilik sendiri pun and so far, tak ada kejadian2 yang menguji keberanian berlaku.

esoknya, aku tanya M,
ada tak dia dengar angah bising2 pasal kitorang tak buka pintu pagi/tengah malam (type camni sebab tak sure kul brapa benda tu jadi) tadi. kut2 la dia emergency nak guna toilet kan, tapi kitorang lak tak buka pintu, cian lak... hehe...

tapi M cakap tak ada. time tu aku tengah basuh kain kat toilet. tup2 si M ni panggil aku. terpaksa aku tinggalkan pakaian tak siap basuh lagi kat toilet tu. rupa2nya lepas aku cakap pasal kejadian pagi/tengah malam tadi tu, M trus gi bilik sebelah. tanya angah pasal tu.

'U, i tanya angah tadi... u tau apa dorang di sebelah cakap...' haish, si M ni, nak crita tu pon bagi la abis... aku dah suspen2 nih...


haa... korang nak atau apa dorang kat bilik sebelah tu cakap???


esok aku sambung. gila panjang entri aku nih. mau juling bijik mata orang membacanya. banyak lagi sambungan crita ni. esok datang sini lagi k! nanti aku sambung...

Sunday, May 17, 2009

sambungan kisah 'macam mana nak bwat nih'

sori lambat update entri di bawah. baru balik dari besday party member tadi. skaligus gathering member2 lama. sangat seronokkkk! tapi updates utk ni ditunda dulu coz blom grab pixie2 party tu dari member...

Ok, sambung.

Terkejut naga si A bila dapat tau yang rupa2nya B ni pernah KENA RAP OLEH EX-BF-nya!!! parents B bukannya kesian dengan anaknya, tapi marah lagi ada. Kenapa? yang bwat parents B marah, kenapa laa si B ni gatal2 kaki nak pegi umah bf-nya tu… kalau dia tak tergedik2 pegi umah budak tu, mungkin ‘benda’ tu tak jadi. time di umah tu pulak, B tiba2 sakit kepala dan time sakit kepala ni la lelaki durjana tu bwat kerja2hina tu. Rasanya, lelaki tu dah letak sumthing kat minuman or makanan yang dia hidang untuk B sampai B tak terdaya nak melawan apa pon yang dia nak bwat. paling menyakitkan hati, lepas bwat ‘benda’ tu, lelaki yang konon boifrennya tu LARI!

‘kenapa kau pegi umah lelaki tu hah??? Terlampau gatal sudah ka???!’ Nampak cam mak-nya masih marah lagi walaupun itu cerita lama. Huhuhuuu…

Lepas dapat tau B ni kena rap oleh ex-bf nya, ditambah lagi ‘benda’ tu jadi dengan situasi B YANG PERGI KE UMAH LELAKI TU, bukannya simpati yang B dapat tapi kemarahan parents nya. Parents B anggap B sengaja masuk gi mulut buaya. Ok, disini aku setuju ngan parents B.

Sebab dah terlampau marah, parents B halau dia dari umah. Atau dengan explaination yang lebih sopan, dorang hantar B balik ke kampung dan tinggal dengan neneknya. Tapi lepas some times, nenek B cakap yang B sudah berubah. Then parents B amik dia balik untuk tinggal dengan dorang.

‘kau tau A, makcik ni, lepas dapat tau apa yang jadi dengan B, terus terang makcik cakap, makcik tawar hati suda dengan dia! Sebab tu makcik hantar dia balik kampung. Hilang suda rasa sayang makcik dengan dia ni. kalau kau dapat ubah si B ni, A, memang bersyukuuuuuuuur la makcik…’ mama B cakap macam tu, seolah2 memang mustahil untuk mengubah perangai B ni dan seolah2 perangai B ni tersangat2 teruk. A masih diam, menadah telinga saja, sementara B menangis di sebelahnya.


Lepas A dah tau pasal history B ni, B dah mula ringan mulut untuk bercerita sendiri pasal hidup dia dulu. Dia kata, lepas kena rap tu, and kena hantar balik kampung, dia dah pernah ‘bwat benda tu’ dengan sukarela ngan bf baru dan juga ngan sorang kawannya sebab B dah rasa macam hidupnya dah tak ada makna waktu tu. aku tak pasti sama ada parents B tau atau tak ngan kegiatan B yang satu ni.

Ok, cukup pasal tu, sekarang aku ada persoalan,

Macam mana aku atau A (fyi, aku tak ada kaitan ngan cerita ni, Cuma sebagai orang luar saja sebab aku tersangat2 rapat dengan A, means, secara tak langsung, ada masanya aku akan TERrapat jugak ngan B) nak tolong ubah si B ni.

Kenapa aku cakap camtu? Sebab ada 1 benda aku tak paham.

Camni critanya,
B ni DULU (b4 suma benda2 ni jadi) memang ok perangainya. Bertudung dan kalau ada orang datang gi umah dia pon, dia akan bertudung, of which, memang betul la kan… benda yang aku tak faham ni, ble plak bapa B tak suruh dia pakai tudung and cakap, ‘tak payah la alim sangat,’…. (????!!!!)

Mama B tak bertudung. Memang lawa. Seksi… body masih mantap hinggakan kalau dorang kuar sama2, slalu jugak orang fikir dorang adik beradik and nak ngurat mak dia.

So, aku agak, bapa B ni tanak orang cakap2 belakang pasal bini nya ni macam, ‘eeii, anaknya bertudung, mama nya seksi..’

Tu aku rasa la… mula2 aku tau tu, terkejut jugak , ya la, selama ni, tak pernah aku dengar sorang bapa marah anak yang nak berbuat baik.

Dah bapa nya marah tu, B pun apalagi, trus bukak tudung and berseksi meksi la. Lepas tu, maybe dia tersalah langkah and TERberkawan dengan orang yang salah. Nauzubillah.

So, sekarang ni, aku pon tak tau nak bwat macam mana. Dorang nak suruh B berubah, tapi, dulu B pakai tudung, dorang jugak yang tak bagi. Ada jugak parents yang lebih rela biar anak dorang tu jadi pencuci mata orang lain berbanding takut kena cakap2 belakang.

Ntah la, aku blur… tak tau nak tolong macam mana. Mungkin bukan salah B 100% ‘benda’ tu jadi…


So kawan2, ada idea???

Saturday, May 16, 2009

macam mana nak bwat ah?

Bole tak korang baca situasi yang akan aku story’kan ni pastu bagitau aku pendapat korang. Nama dan lokasi kejadian. terpaksa dirahsiakan untuk menjaga nama baik orang2 yang terlibat.

A dan B berkawan baik. ok, sebelum tu biar aku describe’kan personality kedua2 watak dalam story ni dulu supaya u ol ble imagine.

eh, rasanya aku nak teruskan describing si B la, sebab watak si A ni tak penting sangat. Kalau korang nak tau A ni camna, korang terbalik kan saja personality B, sebab perangai dorang memang vice-versa.

Si B ni orangnya banyak cakap. Kira peramah la. Gaya nya ala2 kasar tapi still girlish-type. Tak bertudung dan baju nya, masyaAllah, ble bwat mata orang yang memandang terbonjol kuar. Kalau pompuan, sure malu nak tengok pakaiannya yang over, tapi kalau lelaki, mungkin dorang suka la. Hahahaa… dia ni memang baik, tapi pergaulannya agak social sket. Kalau tengok dari segi luaran (tak berani nak nilaikan seseorang tu dari segi dalaman sebab hanya Allah saja yang tahu camna hati orang kan?), memang tak sangka yang dia ni ex-budak sekolah agama.

Al-kisahnya, baru2 ni tersebar gambar2 lucah si B ni di tempat dorang belajar. Apa lagi, habis la kecoh tempat tu, dari tenaga pengajar sampai lah ke students, mms tu di’pass2. sapa yang bertanggungjawab menyebarkan mms tu, wallahualam. That day jugak, mms tu diterima parents si B. kalau dah namanya parents, of course kita able tau apa prasaan dorang waktu tu kan. Sedih + malu etc walaupon si B memang mati2an menafikan yang itu gambar nya. Fyi, kat tempat dorang belajar tu si B ni memang di-anti oleh some of the students. Ntah la sebab apa, mungkin sebab dia ni lawa kut. students2 yang anti B ni penah cakap, ‘ kalau kami tak suka orang tu, kami akan fitnah dia!’ so, si B syak budak2 tu dah super-impose’kan gambar nya and sebarkan kat suma orang. Menangis2 dia meng’explain ngan parents yang dia teraniaya, tapi dorang tanak percaya.


Nak dijadikan cerita, petang mms tu sampai gi tempat parents B, B berada kat umah A. tiba2 A dapat panggilan telefon.

‘A, B ada di sana kan? ble suruh B balik sekarang? A pun ikut skali, k…’ bapa B call A.

Maka, balik la si B ditemani A.

Sampai di umah, dorang berdua terpaksa menghadap parents B. sambil marah2 B, dorang turut bercakap ngan A juga.

Bapa B dengan nada frust- ‘A, pakcik nda tau la macam mana lagi dengan B ni. Kalau A tau cerita lampau dia ni, mau ka A berkawan dengan dia lagi…? masa depan dia ni memang gelap sudah. Kalau terang pun, memang ajaib la tu!’

Pastu bapa B cerita la pasal kisah silam anak nya tu. Selama ni sorang pun kawan B tak pernah tau dan A adalah orang pertama yang dibagitau!


Alahaii, terpanjang lak entri ni, walhal ni baru mukadimah-nya. Kalau panjang sangat pun, malas jugak orang nak baca. lagipun takut korang tak paham. tak apa la, post kan sket ni dulu. Aku ni dah la tak pandai nak bercerita, kang bosan plak korang membacanya. sampai sini dulu la, nanti aku sambung lagi k.

oh ya, korang paham kan part ni dulu. kalau ada yang confuse ble tanya. kang korang sesat plak d tengah2 crita. hihii~

oh ya bwat kali kedua, bercakap pasal sesat ni, aku heran jugak macam mana column aku kat belah kanan ni ble TERsesat gi bahagian bawah blog.... anyone knows wuts da problem? UPDATE- COLUMN DAH KMBALI KE TEMPAT ASAL LEPAS AKU 'SAVE AS DRAFT' SAJA ENTRI SEBELUM NI, NTAH LA KENAPA, DORANG CLASH KUT (ANTARA COLUMN NGAN ENTRI TU) SBB TU TAK DAPAT DISPLAY. OK, ABAIKAN SAJA EXPLAINATION AKU NI KALAU KORANG TAK PAHAM SEBAB AKU SENDIRI PON TAK PAHAM.

Monday, May 11, 2009

doubling de joy...

a cute QQ backpack is waiting for its owner!


click ME and also ME to double ur happiness with twinhappiness!

***********

ohooo, tengah2 ber'ym ngan cik puan syafa ni, ble lak dia men'jeles'kan daku ngan sembang'an berbaur makanan. makanan apa? KEK! uwaa... dah la aku ni type yg allergic sket kalau dah masuk bab2 makanan, otomatik pewot akan berdondang sayang and makanan tu pun terbayang2 di ruangan mata...

dalam entri yang lepas, aku ada state pasal mengidam nak makan kek kan? tup2 malam entri tu di'type (malam sabtu), kitorang dapat sms invitation ke besday party anak kazen aku... ya la, kalau dah namanya besday party, of cos la ada kek besday kan??? besh2...


sebab tanak kalah ngan cik syafa, aku nak upload gak pixie aku makan kek kat sini!




haa, cik syafa, tengokk!!! tak jeles lah! saya pon dah mamam kek coklat tau! =p

aku pegi party tu ngan adik and kawan dia while parents tak dapat datang. kawan adik aku (kat tengah) ni baru tingkatan 4, jauh beza umur ngan aku, tapi kalau tengok physically, macam aku lak jadi adik dia... =p

oleh kerana umah kazen aku tu berdekatan ngan beach, maka aku sebagai kakak yang baik ati lagi sempoi ini pun telah pergi membawa adik2ku untuk pegi melepak2 amik angin kat sana.




ok, diakui bahawa entri ini tidak mempunyai isi penting. point utama hanyalah untuk bagitau yang kek yang aku idam2kan dalam entri lepas dah selamat masuk ke dalam pewot.... syukur~~~ =p

herkk, ada sapa2 lagi yang berhati suci-pemurah-amanah-bertanggungjawab-'berilmu-beramal-bertakwa' (ok, dah masuk motto skolah aku plak)-'gentleman-ensem-cute(agak terlebih di sini) ingin membelanja aku kek coklat?

Sunday, May 10, 2009

si gadis yang terlalu mengada2...

BASED ON TRUE STORY

Beberapa tahun yang lepas, pada suatu hari yang agak tak brapa nak aman damai, sorang gadis tengah menunggu boipren-nya, kita namakan dia sebagai mr.B, untuk mem'pick-up beliau dari kawasan luar lebri. terdapat beberapa orang pelajar yang turut berada di sana. ada yang makan2, bersembang dan tidak kurang juga ada yang turut menunggu seseorang untuk mem'pick-up mereka. disebabkan tidak seorang pun dari kalangan mereka yang beliau kenali, maka beliau hanya duduk berseorangan di kerusi yang disediakan bersama barang2 milik 2 orang seperti buku2 rujukan, file dan dua bijik laptop.

**********

pada awalnya, si gadis bersama mr.B dan 3 orang member yang lain telah melakukan discussion asaimen kumpulan mereka. namun di pertengahan sesi, mr.B terpaksa meninggalkan discussion tersebut untuk menghadiri mesyuarat nasyid. dia telah meninggalkan kesemua harta bendanya kerana menyangkakan bahawa mesyuarat tersebut tidak akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan beliau masih sempat mengikuti discussion selepas meeting itu nanti.

tengah berdiskusi

*mesej masuk*

'cnt be there 4 discussion. i'll pick u up at 2.'

discussion telah tamat dan sang boipren masih invisible di pandangan mata. jangankan nak nampak batang idung, lubang idung pon tidak kelihatan. maka, si gadis terpaksa mengangkat kesemua barang2 mr.B dan miliknya sendiri keluar dari lebri. nasib baik waktu tu, member2nya ada untuk membantu.

***********


angin yang bertiup sepoi2 bahasa seakan tidak lagi dirasai oleh si gadis.


dia terasa panas dek kerana rasa hati yang geram.

'hisyy, janji kul2, ni lambat suda setengah jam. dah la perut tengah lapar. nda lunch lagi ni... betul2 la make-my-blood-go-upstairs,' si gadis mula membebel.


pewotnya yang sejak tadi mendendangkan lagu berirama balada kini telah bertukar rancak menjadi lagu dangdut membwatkan dia menjadi semakin tidak sabar.

dah berapa puluh ribu juta kali dia cuba mendial number enset mr.B tetapi hanya suara operator yang menjawab.


'bagus buang enset tu pi laut kalau asyik mau di'off saja,' bebelnya lagi.


sebuah kereta kancil hitam berhenti di hadapannya.

si gadis tidak berganjak. dia memalingkan mukanya ke arah lain, tidak mahu memandang langsung ke arah kereta mr.B. itu. merajuk la katakannn....


pintu sebelah pemandu dibuka dari dalam.

'huhh, pandai pulak mau buka2kan pintu. mau pujuk aku la tu,' kata si gadis di dalam hati.


'ahh, nda mau!' katanya perlahan seolah2 mr.B dapat mendengarinya. kepalanya masih lagi dipalingkan ke arah lain smbil bwat muka merajuk.


tiba2 seorang perempuan baeeeeekkk punya berjalan dengan lenggang lenggok masuk ke dalam kereta, dan duduk di sebelah seat pemandu.


hampir nak terkeluar bijik mata si gadis walaupun hanya melihat scene itu dari ekor matanya kerana dia masih enggan memandang ke arah kereta tersebut.

lepas pintu ditutup, kereta kancil hitam itu terus vrrrooooooommmm meninggalkan si gadis dengan muka tidak percaya. hahahaha, padan muka dia, mengada2 sangat nak merajuk. si gadis terdiam.


tidak lama lepas tu, kancil hitam itu berhenti lagi di hadapannya.


si gadis masih kaku di tempat duduk, tapi matanya tajam memandang ke arah pemandu kancil itu.

mr.B keluar sambil tersenyum simpul.


'lama tunggu??? sorry, lambat plak meeting tu habis hari ni,' katanya sambil mengangkat beg2 laptop yang telah dibaling oleh si gadis ke atas lantai ketika marah tadi... ok, yang ni tipu.


selesai memasukkan laptop ke dalam kereta, mr.B datang semula dan mengangkat buku2 dan file pula, beg si gadis turut di ambil nya. separuh langkah menuju ke kereta baru dia sedar bahawa si gadis masih berdiri statik di belakang dengan muka tak puas ati. mr.B menoleh,

'kenapa?'

'siapa perempuan tadi tu?' tanya si gadis, because the truth is out there.(sila bwat sound efek suspen x-files sekarang)

'perempuan mana?'


si gadis memaling kan mukanya hish, merajuk tak habis2! mengada2 btol.

dia terpandang ke arah junction jalan raya lebri yang bersambung ke jalan raya utama, dan ternampak sebuah kereta kancil hitam lain sedang menunggu gilirannya untuk keluar dari junction tersebut. dia tergamam.

'err.. err... tiada apa2 lah! ni kenapa lambat ni? mari sini la beg tu!' katanya sambil menarik beg dari tangan mr.B. dan dengan pantas dia masuk ke dalam kereta.
mr.B pulak masih berdiri diluar sambil turut memandang ke arah jalan raya tempat si gadis pandang tadi.

tiba2 dia tersenyum.

'tengok apa lagi tu? cepat la. orang lapar ni.' kata si gadis marah walaupon sebenarnya tengah meng'cover malu.

mr.B pun cepat2 masuk ke kereta sambil masih tersenyum.

si gadis kaku di sebelah.

'hishh, macam mana ble tersalah kereta ni??? ingatkan tadi tu kereta mr.B. nda prasan plak ada student lain lagi yang guna kereta kancil hitam dalam campus ni. sia2 saja aku merajuk dengan orang tu tadi, kalau mr.B tau, sure dia ketawakan aku..' dia memarahi diri sendiri.

tapi melihat senyuman non-stop dari mr.B di sepanjang perjalanan balik ke kolej, si gadis tau yang sebenarnya mr.B dah dapat agak apa yang jadi.






warrgghhhh, malu aku. MALU!



itu lah pengalaman yang tak dapat saya lupakan, eh saya? bukan2... bukan saya, tetapi si gadis itu. untuk pengetahuan anda, saya bukan boifren si gadis. jadi, siapakah saya?



lalalaaa~~~




moral of the story- jangan suruh boipren ikut nasyid.
ok, tak ada kaitan.=p




contest JOE






songeh si rama2- mr.B tak pernah sentuh pun pasal dat incident sampailah perhubungan mereka tamat setahun lepas itu. sekian. terima kasih.


lagi songeh si rama2- aku hairan la, kenapa asyik ble tersilap saja ni... ari tu tersalah orang... kali ni, tersalah kereta plak. tak habis2 nak malukan diri sendiri.


Friday, May 8, 2009

adakah??? apakahh??? itu la yang kita tak tauuuu...

di sebuah sekolah, seorang gadis berumur 20an sedang berjalan menuju ke arah kantin bersama ibunya. ibu gadis tersebut merupakan seorang guru dan ingin meminta pertolongan beliau untuk membwat sedikit printing. memandangkan gadis itu seorang yang taat dan sayang terhadap ibunya, maka dia bersetuju untuk membantu.
setelah ke semua kerja settle, ibu si gadis mengajak beliau untuk ke kantin sekolah. lepas mengambil tempat duduk, si gadis pun bertanya ibunya,

gadis- ibu mau minum apa? makan?

ibu- order nescafe kurang manis, ambikkan ibu kuih karipap ah...

maka si gadis pun berjalan menuju ke kaunter kantin tersebut untuk membwat order. kelihatan seorang makcik kantin sedang tersenyum lebar menanti kedatangannya.

'makcik, bagi nescafe kurang manis 1...'

'nescafe kurang manis? okk...' makcik kantin itu nampak sungguh bersemangat ingin menyetelkan order si gadis.

sambil membwat minuman yang di'order, makcik tu mengambik kesempatan untuk berborak dengan si gadis yang tengah concentrate memilih kuih muih untuk santapan beliau dan ibunya...

'anak ustazah? bujang lagi?' walaupon ibu si gadis merupakan guru bahasa inggeris tetapi kerana sekolah itu merupakan sekolah agama, maka kadang2 makcik tu ikut sesedap rasa dia saja memanggil ibu si gadis tersebut dengan 'ustazah'. tak apa, layan kan saja...

'err, iya makcik...' si gadis menjawab dengan penuh kesopanan dan kesantunan walaupon tersentak sket dengan tembakan soalan yang begitu straight to da point.

makcik tu senyum2. lepas memilih kuih, si gadis bergerak ke meja tempat ibunya menunggu.

story de morry sket ngan ibu, makcik kantin datang membawak nescafe.

'anak cikgu pulak ni?' dia bertanya sambil menunjuk ke arah si gadis.

'iya.... anak yang ke 3...'

'oohh... ku fikirkan cikgu mana la yang cantik btul ni,' kata makcik tu, dia masuk ke dalam kantin sambil tersengih2.

si gadis? hahaha, hanya kaku sambil menahan hidung yang semakin kembang kuncup akibat dipuji.


**********

lepas makan, si gadis bergerak ke kaunter untuk membayar.


'berapa makcik?? campur ni skali aaah...' katanya sambil tangan bizi membungkus kuih karipap untuk dibawa balik buat ayah beliau.

'rm***... umur berapa? sama ka dengan anak makcik???'

'2* makcik... berapa umur anak makcik?'

'anak makcik lelaki, umur dia 25... tapi masih belajar lagi di UM... tahun depan baru habis'

'oohh...' jawab si gadis pendek.

persoalannya di sini... berdasarkan soalan2 yang dikemukakan oleh makcik kantin tersebut, adakah dia sebenarnya berminat untuk meng'adjust si gadis bwat anaknya?

haaa... itu la yang kita sama2 tak tau...

lalalaaa...

**********

dah lama tak post pixie, jom layan pixie2 kat bawah... tolong jangan muntah. sila berasa kasihan terhadap orang di dalam pixie ini yang bagaikan tak penah tau akan kewujudan kamera di muka bumi.

pose excited-apabila dibelanja-eskrim-

alamakkk, tetiba rasa cam mengidam nak makan kek lah pulakkk!

**UPDATE- SOME PIXIE HAS BEEN REMOVED COZ BANYAK SGT POSE YANG BLE MEMBWATKAN KORANG MUNTAH HIJAU.**

Sunday, May 3, 2009

baliiik kg!

kelmarin aku n family balik kg. tengah syok2 tito, ayah kejutkan, suh bersiap. mula2 rasa malas mau ikut, ya la, mata pon masih ngantuk kan, tapi memikirkan masa hadapan, iaitu kebosanan yang bakal melanda diriku sepanjang hari kalau tinggal sorang2 kat umah, maka aku pon berusaha untuk menguatkan semangat, bangun tito and berlawa2an.
sampai di umah nenek,



abang dengan kandungannya yang berusia 4 bulan melepak di beranda umah.... yang baju biru tu kazen aku, stay kat sebelah umah nenek.


ekceli ayah and de geng ni tengah memantau projek abang aku, dia nak bwat umah di sebelah umah nenek ni.


haa, adik aku dah focus baeeeeekkkk punya kat lokasi kejadian. nampak tak traktor tu tengah bertungkus lumus bekeja? hehe, blum start building umah tu lagi... baru dalam proses penyediaan tapak. chewah, cam projek besar2an plak kan? hihii...

nasib bek adik aku ni menjalankan tugasnya sebagai adik-blogger-tak-brapa-nak-tegar, tekun melaksanakan amanah yang diberi. oh ya, tapi persoalannya di sini, di manakah kakak nya itu? bukankah menjadi suatu keganjilan kalau dia yang memang gila glemer itu tak menyelit dalam sesi 'pixie memixie' seperti di atas.





haaa... itu la yang kita tak tauuuu....

ekceli, si kakaknya tu kan tengah khusyuk bertapa... mana ble amik2 pixie ni... nanti konsentrasi terganggu...



bertapa.
zzzzzzZZZZZZZZZZZZ~~~~



oh ya, sebenarnya entri ni tak ada apa2 isi. cuma sekadar nak hapdet entri baru saja. and aku nak inform yang maybe bwat 3,4 ari ni aku tak dapat nak hapdet blog coz ada sumthing yang nak kena setel, so, agak kebizian sket. tapi kalau ada masa, i'll still visit blog korang cuma no new entri dalam blog ni la. insyaallah on friday baru aku ble post new entri... tata u ol! dun mish2 me okay!

Friday, May 1, 2009

kisah 1 malam II

UPDATE= TO NEW COMERS, ADALAH LEBEY AFDHAL UNTUK ANDA MEMBACA ENTRI DI BAWAH TERLEBEY DAHULU SEBELUM MEMBACA ENTRI INI.


okeh2... nampaknya sebelum rusuhan berlaku dalam taman aku ni, bek la aku sambung story aku kat bawah tu cepat2 kan...

silap2 kena bakar lak taman ni nanti... haha...

baik, sambung.

lepas bunyik tu, aku prasan memang ada bau wangi kat sekitar bilik. wangian bunga. haish, ati aku dah rasa lain. jantung berdegup kencang.


aku pandang dekat almari from where aku rasa bunyik tu datang. hmm, still tak nampak apa2...

'psssttt... pssttt...'


hisskkk, btol2 la benda ni nak main2kan aku. dah la aku ni lemah semangat. mau nya aku pengsan di sini kang, kan susah...



tengok atas sket.


korang tau apa yang aku nampak???




































INI!!!!

perfume spray air wick yang of cos akan menyepray every 10 minutes...


HAHAHAHAHAAA~~~~




tension????


jangan marah! saja ja mau bergurau manja ngan korang.


sapa suruh membebel2 suh aku hapdet di kala aku tengah ber'relax2'an bertapa...=p kan dah kena... =p





Thursday, April 30, 2009

kisah 1 malam~

hai suma~~~ lama tak dengar khabar kan... korang sehat??? aku sehat, alhamdulillah... herkk, kenapa aku dah lama tak post entri? banyak deh sebab2nya... eceh, speaking indon konon=p

bukan tanak hapdet, tapi macam aku gitau dalam post kat bawah la, aku kan pegi bertapa... mana ble bawak laptop... kang terganggu la konsentrasi pertapaan aku tu nanti...

err, dah terlanjur diri ni rajin malam ni, meh cni, korang dekat2 sket... aku nak story sumthing kat korang...


*********

beberapa malam lepas.


aku duk online kat dalam bilik ooopps, kantoi lak bawah laptop gi bertapa. ibu ayah dah tido. lampu bilik adik kat sebelah pun dah off, means dia pun dah tido jugak la.

tengah khusyuk meng'online'kan diri tu tiba2 aku terdengar satu bunyik,

'psssttt.....pssstttt...'

hish, terkejut aku. otomatik jantung berdebar kencang. sapa la pulak yang panggil aku malam2 ni?

aku toleh kiri kanan depan belakang.

tak ada siapa2.

'aahh, tak apa la. maybe prasaan aku ja tu...' aku menyedapkan ati sendiri. so, aku pon concentrate balik ngan apa yang aku bwat walaupun sebenarnya otak aku dah fikir yang bukan2...

beberapa minit lepas tu,

'psssttt.....pssstttt...'

aiyooo.... 'dia' datang lagik... for your information, aku tak on apa2 lagu dari laptop pun malam tu, jadi keadaan atmosphere bilik memang senyap sunyi. cuma dengar bunyi kipas and bunyik anjing menyalak skali skala.

so for sure, aku ble dengar any bunyi dengan jelas. termasuk bunyi tu. and dis time aku memang sure yang bunyik tu datang dari dalam bilik aku ni.

tapi siapa?

mana ada orang lain lagi dalam tu. cuma aku sorang saja.... badan sudah rasa seram sejuk.. haish, ni tak ble jadi... fikiran aku terbayang2 cerita2 antu yang penah aku dengar sebelum ni. slow2 aku toleh ke belah kanan dekat ngan almari pakaian, sebab aku rasa cam bunyik tu datang dari sana...

pastu,


alamak, ibu panggil, nak kuar jap. nanti la sambung k. publishkan ja entri ni supaya orang tau yang si rama2 ni masih bernafas. syukur~