BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 10, 2009

si gadis yang terlalu mengada2...

BASED ON TRUE STORY

Beberapa tahun yang lepas, pada suatu hari yang agak tak brapa nak aman damai, sorang gadis tengah menunggu boipren-nya, kita namakan dia sebagai mr.B, untuk mem'pick-up beliau dari kawasan luar lebri. terdapat beberapa orang pelajar yang turut berada di sana. ada yang makan2, bersembang dan tidak kurang juga ada yang turut menunggu seseorang untuk mem'pick-up mereka. disebabkan tidak seorang pun dari kalangan mereka yang beliau kenali, maka beliau hanya duduk berseorangan di kerusi yang disediakan bersama barang2 milik 2 orang seperti buku2 rujukan, file dan dua bijik laptop.

**********

pada awalnya, si gadis bersama mr.B dan 3 orang member yang lain telah melakukan discussion asaimen kumpulan mereka. namun di pertengahan sesi, mr.B terpaksa meninggalkan discussion tersebut untuk menghadiri mesyuarat nasyid. dia telah meninggalkan kesemua harta bendanya kerana menyangkakan bahawa mesyuarat tersebut tidak akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan beliau masih sempat mengikuti discussion selepas meeting itu nanti.

tengah berdiskusi

*mesej masuk*

'cnt be there 4 discussion. i'll pick u up at 2.'

discussion telah tamat dan sang boipren masih invisible di pandangan mata. jangankan nak nampak batang idung, lubang idung pon tidak kelihatan. maka, si gadis terpaksa mengangkat kesemua barang2 mr.B dan miliknya sendiri keluar dari lebri. nasib baik waktu tu, member2nya ada untuk membantu.

***********


angin yang bertiup sepoi2 bahasa seakan tidak lagi dirasai oleh si gadis.


dia terasa panas dek kerana rasa hati yang geram.

'hisyy, janji kul2, ni lambat suda setengah jam. dah la perut tengah lapar. nda lunch lagi ni... betul2 la make-my-blood-go-upstairs,' si gadis mula membebel.


pewotnya yang sejak tadi mendendangkan lagu berirama balada kini telah bertukar rancak menjadi lagu dangdut membwatkan dia menjadi semakin tidak sabar.

dah berapa puluh ribu juta kali dia cuba mendial number enset mr.B tetapi hanya suara operator yang menjawab.


'bagus buang enset tu pi laut kalau asyik mau di'off saja,' bebelnya lagi.


sebuah kereta kancil hitam berhenti di hadapannya.

si gadis tidak berganjak. dia memalingkan mukanya ke arah lain, tidak mahu memandang langsung ke arah kereta mr.B. itu. merajuk la katakannn....


pintu sebelah pemandu dibuka dari dalam.

'huhh, pandai pulak mau buka2kan pintu. mau pujuk aku la tu,' kata si gadis di dalam hati.


'ahh, nda mau!' katanya perlahan seolah2 mr.B dapat mendengarinya. kepalanya masih lagi dipalingkan ke arah lain smbil bwat muka merajuk.


tiba2 seorang perempuan baeeeeekkk punya berjalan dengan lenggang lenggok masuk ke dalam kereta, dan duduk di sebelah seat pemandu.


hampir nak terkeluar bijik mata si gadis walaupun hanya melihat scene itu dari ekor matanya kerana dia masih enggan memandang ke arah kereta tersebut.

lepas pintu ditutup, kereta kancil hitam itu terus vrrrooooooommmm meninggalkan si gadis dengan muka tidak percaya. hahahaha, padan muka dia, mengada2 sangat nak merajuk. si gadis terdiam.


tidak lama lepas tu, kancil hitam itu berhenti lagi di hadapannya.


si gadis masih kaku di tempat duduk, tapi matanya tajam memandang ke arah pemandu kancil itu.

mr.B keluar sambil tersenyum simpul.


'lama tunggu??? sorry, lambat plak meeting tu habis hari ni,' katanya sambil mengangkat beg2 laptop yang telah dibaling oleh si gadis ke atas lantai ketika marah tadi... ok, yang ni tipu.


selesai memasukkan laptop ke dalam kereta, mr.B datang semula dan mengangkat buku2 dan file pula, beg si gadis turut di ambil nya. separuh langkah menuju ke kereta baru dia sedar bahawa si gadis masih berdiri statik di belakang dengan muka tak puas ati. mr.B menoleh,

'kenapa?'

'siapa perempuan tadi tu?' tanya si gadis, because the truth is out there.(sila bwat sound efek suspen x-files sekarang)

'perempuan mana?'


si gadis memaling kan mukanya hish, merajuk tak habis2! mengada2 btol.

dia terpandang ke arah junction jalan raya lebri yang bersambung ke jalan raya utama, dan ternampak sebuah kereta kancil hitam lain sedang menunggu gilirannya untuk keluar dari junction tersebut. dia tergamam.

'err.. err... tiada apa2 lah! ni kenapa lambat ni? mari sini la beg tu!' katanya sambil menarik beg dari tangan mr.B. dan dengan pantas dia masuk ke dalam kereta.
mr.B pulak masih berdiri diluar sambil turut memandang ke arah jalan raya tempat si gadis pandang tadi.

tiba2 dia tersenyum.

'tengok apa lagi tu? cepat la. orang lapar ni.' kata si gadis marah walaupon sebenarnya tengah meng'cover malu.

mr.B pun cepat2 masuk ke kereta sambil masih tersenyum.

si gadis kaku di sebelah.

'hishh, macam mana ble tersalah kereta ni??? ingatkan tadi tu kereta mr.B. nda prasan plak ada student lain lagi yang guna kereta kancil hitam dalam campus ni. sia2 saja aku merajuk dengan orang tu tadi, kalau mr.B tau, sure dia ketawakan aku..' dia memarahi diri sendiri.

tapi melihat senyuman non-stop dari mr.B di sepanjang perjalanan balik ke kolej, si gadis tau yang sebenarnya mr.B dah dapat agak apa yang jadi.






warrgghhhh, malu aku. MALU!



itu lah pengalaman yang tak dapat saya lupakan, eh saya? bukan2... bukan saya, tetapi si gadis itu. untuk pengetahuan anda, saya bukan boifren si gadis. jadi, siapakah saya?



lalalaaa~~~




moral of the story- jangan suruh boipren ikut nasyid.
ok, tak ada kaitan.=p




contest JOE






songeh si rama2- mr.B tak pernah sentuh pun pasal dat incident sampailah perhubungan mereka tamat setahun lepas itu. sekian. terima kasih.


lagi songeh si rama2- aku hairan la, kenapa asyik ble tersilap saja ni... ari tu tersalah orang... kali ni, tersalah kereta plak. tak habis2 nak malukan diri sendiri.


33 ayat-ayat comel:

Anonymous said...

asyik tersalah je..maknanya nak dapat jodoh la tu!hehehe

joegrimjow said...

heh
cite mak die ku ingt

DilOt said...

aiyak..mcm mane leh tersilap ni..

pink_butterfly said...

lifesaver- hish, crita ni dah lama da cik syafa..hehe...



joe- crita mak? mana tau nih? hahaha....


dilot- haa..tu la psl...asyk nak majok ja kan...=p

cik helena said...

hahahh..ok lagi tu rerame..saya penah salah masuk umah org..ahaha lagi malus!

Kapten Luffy said...

tu lah

kuat jeles

ngeh3

lemon said...

ehehe...mesti moncong jer mulut gadis tu kan??ngeee~~~~

pink_butterfly said...

cik helena- ya ka cik helena? hehe...cmna ble salah masuk umah tu? story la sket...



kapten- bkn unsur2 jeles ingin dpertengahkan d cni, tapi unsur kuat merajuk tu...=p

pink_butterfly said...

cik hel- tu la psl...mengada2 btol kan...rasa cm nak sepit2 ja mulut muncung dia tu...

Ivy Metaga said...

hahaha..adehhh..rama2 macam mana bole silap tuh, cerita rama2 ni mengingatkan sy masa kuar dgn dady masa cuti ari tu, ada seorang ppuan salah masuk keta, dady sy bole terkejut tgk ppuan tu selamba jak duduk dalam keta hahaha, masa tu sy tgh ambek duit kat ATM...jadi dady tgu dalam keta....
nasib dady sy tak jalan trus hahaha, mana tau dia ingat sy yg duduk tuh..huhu..

pink_butterfly said...

ya ka ivy? alala...ntah cmna la prasaan bdk tu lps dia tau yg dia tsalah msuk keta...mesti malu gila2 tu kan...ehehhe

Anonymous said...

sila guna kanta ok!!!

Unknown said...

Malunya tersalah tgk keter...laen kali btul2..naseb baek tk salah masuk keter..
tak perlu malu dgn citer silam kita..suma tu kenangan..nak tak nak ia dh terjadi dlm hidup kita

cahaya bulan said...

:) sweet nya kisah benar ni..:)

Syah said...

Ish2, kalo la aku kt tmpt mr B tu mmg ada la yg nangis kena gelak kt dlm keter tu. hahaha

Tabahnya org llaki kn..pmpn majok pn diorg slamber je..kenapa diorg tbh? haa itu yg kita xtauu..

pink_butterfly said...

kf- x besh guna kanta...xrock...hehe...



uxop- yess, dats rite...wlupn kenangan 2 mmalukan, tp bila d ingat2 balik, rasa cm sweet sj kan? =p

pink_butterfly said...

cahaya bulan- thanx...hihii...


syah- mmg llaki tabah, tp not all of 'em...ada jgk yg x pndai sbr, sket2 mau mrh2 org....yg tu sgt2 d benci oleh kaum girls...

Anonymous said...

emm..xleh bce n3 nie arr asyik nk gelak aje yan!!!

pink_butterfly said...

kf, len kali tlg baca ngn mata ttutup k....


=p

eNaSaN said...

huhuhu..dik...jeles tue...eheheehh sbb tue nmpk keta yg same ingat owg yg same..huhu..itu namenye kenangan terindah..huhu


p/s...ade kaitan ker ngan kamu...??? huhuhu

boboiz said...

banyak sangat ter yer...huhu
ter salah kereta takpe..jgn tersalah masuk bilik..huhu..gurau jek

a.b geldofg said...

sigadis itu adalah sigadis aku...sprt ko

pink_butterfly said...

kak ena- jeles bkn point utama kak...mrajuk tu yg nk d highlight kan..hehe...



boboiz-hehe...klu tsalah msuk bilik, dah smpai tahap carik masalah tu...=p

pink_butterfly said...

ab- adoii la, aku ni mmg slalu susah nak paham klu pakcik ab ni dah start mengeluarkan kata2 nya...

a.b geldofg said...

buat fhm jelah....baru nmpak cerdik

pink_butterfly said...

ok..paham...=p


see??? i'm cerdik what!



haha...

Lea Isnawi said...

laaa...
ni for contest ker???
hehehehe
nice story...hik3

Anonymous said...

aik??
camne cik yan tau ni? adakah gadis itu......opppps! *xnak salah sangka*

hehe

ada van de kamp said...

kantoi jeles. hahaha

kojah said...

adehh...kemaluan terserlah...hikhikhik

tompang lalu =)

vidadarisakura said...

menang la ko?
hee

share2 bah hadiah.
hee

joegrimjow said...

haha
akhirnye baca sampai abess
huhu
da tanda daaa

Secret Garden said...

hahaha... sedap gak baca eh!! tahun depan dah kene stat sekolah menegah! harap2 mak ayah x hantar dom. pernah lah sekali 2, darjah 6 ada latihan uji minda kat KEM PUTRA! dok kat sana 3 ari 2 night. katil double dackerlah. tapi, katil double dacker 2, dicantumkan dengan katil double dacker yg lain. kwan saya ni, nama dier Liza! saya ngan dier tidur kat katil atas. dia kiri saya kanan. katil dier dekat dgn pintu dan beberapa langkah jer dah tandas. dier ada ckp yang dier terdengar bunyi mesen basuhlah, bunyi 'TING; lah. so, malam 2 saya bersengkanglah mata. terkejut mak beruk. saya pon terdengar bunyi yang sama. apa lagi, saya terus masuk dalam selimut. mulalah say berfikir yang bukan2.akhirnya, saya terlelap. esoknya, hari ke-3, nak balik dah.. Syukur dah balik. :)