BASED ON TRUE STORY
Beberapa tahun yang lepas, pada suatu hari yang agak tak brapa nak aman damai, sorang gadis tengah menunggu boipren-nya, kita namakan dia sebagai mr.B, untuk mem'pick-up beliau dari kawasan luar lebri. terdapat beberapa orang pelajar yang turut berada di sana. ada yang makan2, bersembang dan tidak kurang juga ada yang turut menunggu seseorang untuk mem'pick-up mereka. disebabkan tidak seorang pun dari kalangan mereka yang beliau kenali, maka beliau hanya duduk berseorangan di kerusi yang disediakan bersama barang2 milik 2 orang seperti buku2 rujukan, file dan dua bijik laptop.
**********
pada awalnya, si gadis bersama mr.B dan 3 orang member yang lain telah melakukan discussion asaimen kumpulan mereka. namun di pertengahan sesi, mr.B terpaksa meninggalkan discussion tersebut untuk menghadiri mesyuarat nasyid. dia telah meninggalkan kesemua harta bendanya kerana menyangkakan bahawa mesyuarat tersebut tidak akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan beliau masih sempat mengikuti discussion selepas meeting itu nanti.
tengah berdiskusi
*mesej masuk*
'cnt be there 4 discussion. i'll pick u up at 2.'
discussion telah tamat dan sang boipren masih invisible di pandangan mata. jangankan nak nampak batang idung, lubang idung pon tidak kelihatan. maka, si gadis terpaksa mengangkat kesemua barang2 mr.B dan miliknya sendiri keluar dari lebri. nasib baik waktu tu, member2nya ada untuk membantu.
***********
angin yang bertiup sepoi2 bahasa seakan tidak lagi dirasai oleh si gadis.
dia terasa panas dek kerana rasa hati yang geram.
'hisyy, janji kul2, ni lambat suda setengah jam. dah la perut tengah lapar. nda lunch lagi ni... betul2 la make-my-blood-go-upstairs,' si gadis mula membebel.
pewotnya yang sejak tadi mendendangkan lagu berirama balada kini telah bertukar rancak menjadi lagu dangdut membwatkan dia menjadi semakin tidak sabar.
dah berapa puluh ribu juta kali dia cuba mendial number enset mr.B tetapi hanya suara operator yang menjawab.
'bagus buang enset tu pi laut kalau asyik mau di'off saja,' bebelnya lagi.
sebuah kereta kancil hitam berhenti di hadapannya.
si gadis tidak berganjak. dia memalingkan mukanya ke arah lain, tidak mahu memandang langsung ke arah kereta mr.B. itu. merajuk la katakannn....
pintu sebelah pemandu dibuka dari dalam.
'huhh, pandai pulak mau buka2kan pintu. mau pujuk aku la tu,' kata si gadis di dalam hati.
'ahh, nda mau!' katanya perlahan seolah2 mr.B dapat mendengarinya. kepalanya masih lagi dipalingkan ke arah lain smbil bwat muka merajuk.
tiba2 seorang perempuan baeeeeekkk punya berjalan dengan lenggang lenggok masuk ke dalam kereta, dan duduk di sebelah seat pemandu.
hampir nak terkeluar bijik mata si gadis walaupun hanya melihat scene itu dari ekor matanya kerana dia masih enggan memandang ke arah kereta tersebut.
lepas pintu ditutup, kereta kancil hitam itu terus vrrrooooooommmm meninggalkan si gadis dengan muka tidak percaya. hahahaha, padan muka dia, mengada2 sangat nak merajuk. si gadis terdiam.
tidak lama lepas tu, kancil hitam itu berhenti lagi di hadapannya.
si gadis masih kaku di tempat duduk, tapi matanya tajam memandang ke arah pemandu kancil itu.
mr.B keluar sambil tersenyum simpul.
'lama tunggu??? sorry, lambat plak meeting tu habis hari ni,' katanya sambil mengangkat beg2 laptop yang telah dibaling oleh si gadis ke atas lantai ketika marah tadi... ok, yang ni tipu.
selesai memasukkan laptop ke dalam kereta, mr.B datang semula dan mengangkat buku2 dan file pula, beg si gadis turut di ambil nya. separuh langkah menuju ke kereta baru dia sedar bahawa si gadis masih berdiri statik di belakang dengan muka tak puas ati. mr.B menoleh,
'kenapa?'
'siapa perempuan tadi tu?' tanya si gadis, because the truth is out there.(sila bwat sound efek suspen x-files sekarang)
'perempuan mana?'
si gadis memaling kan mukanya hish, merajuk tak habis2! mengada2 btol.
dia terpandang ke arah junction jalan raya lebri yang bersambung ke jalan raya utama, dan ternampak sebuah kereta kancil hitam lain sedang menunggu gilirannya untuk keluar dari junction tersebut. dia tergamam.
'err.. err... tiada apa2 lah! ni kenapa lambat ni? mari sini la beg tu!' katanya sambil menarik beg dari tangan mr.B. dan dengan pantas dia masuk ke dalam kereta.
mr.B pulak masih berdiri diluar sambil turut memandang ke arah jalan raya tempat si gadis pandang tadi.
tiba2 dia tersenyum.
'tengok apa lagi tu? cepat la. orang lapar ni.' kata si gadis marah walaupon sebenarnya tengah meng'cover malu.
mr.B pun cepat2 masuk ke kereta sambil masih tersenyum.
si gadis kaku di sebelah.
'hishh, macam mana ble tersalah kereta ni??? ingatkan tadi tu kereta mr.B. nda prasan plak ada student lain lagi yang guna kereta kancil hitam dalam campus ni. sia2 saja aku merajuk dengan orang tu tadi, kalau mr.B tau, sure dia ketawakan aku..' dia memarahi diri sendiri.
tapi melihat senyuman non-stop dari mr.B di sepanjang perjalanan balik ke kolej, si gadis tau yang sebenarnya mr.B dah dapat agak apa yang jadi.
warrgghhhh, malu aku. MALU!
itu lah pengalaman yang tak dapat saya lupakan, eh saya? bukan2... bukan saya, tetapi si gadis itu. untuk pengetahuan anda, saya bukan boifren si gadis. jadi, siapakah saya?
lalalaaa~~~
moral of the story- jangan suruh boipren ikut nasyid.
ok, tak ada kaitan.=p
contest JOE
songeh si rama2- mr.B tak pernah sentuh pun pasal dat incident sampailah perhubungan mereka tamat setahun lepas itu. sekian. terima kasih.
lagi songeh si rama2- aku hairan la, kenapa asyik ble tersilap saja ni... ari tu tersalah orang... kali ni, tersalah kereta plak. tak habis2 nak malukan diri sendiri.