BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 21, 2008

trip to labuan- part 1

lepas beberapa tahun meninggalkan pulau labuan, 19hb 12 2008 yang lepas aku kembali lagi ke sana untuk menjejak kasih dan mengenang memori cinta luka... chewahhh, ayat si rama2 ni semakin lama kelihatan semakin jiwang pulak... tidakk, tidakkk... harus transform kepada si rama2 yang asal... sapa la yang bertanggungjawab dalam pen'transformation si rama2 ini ya??? hmmm...

aku tak tau nak story apa pasal trip ari tu... mungkin akan letakkan lebey manyak pixie sebab aku ni bukannya seorang pencerita yang baik, kang aku tulis panjang2, korang tak paham pulak... bwat penat aku ja jadik tukang karut...

tragedi awal pagi
ex-bos aku suh tunggu kat bus stop berdekatan ngan umah. so, aku pun tunggu la dorang kat sana. 'yn, bas biru yg besar ok!' becca, kawan aku merangkap s/u bos send mesej...
tak lama lepas tu 1 bas biru sampai. driver tu nyalakan lampu seolah2 nak bagi signal kat aku... 'hah, bas da sampai!' memandangkan aku memang da takut stay kat bus stop tu sorang2 sebab ramai orang yang pandang2 bwat aku seram, so ketibaan bas tu sangat2 la menggembirakan ati. pintu bas terbukak. aku naik. lepas ja aku melintas sebelah driver tu nak cari kat mana becca duduk, baru aku prasan yang bas tu agak kosong. yang ada cuma 5,6 orang lelaki. omg! trus aku tanya driver tu, 'eh, bas ni nak pegi mana?' hah, sipitang! dengan langkah ala2 super sonic aku cepat2 melompat kuar dari bas tuh! aduss... aku tersalah naik bas daa... nasib bek tak ada apa2 yang jadi. aku tak dapat imagen kalau driver tu da tutup pintu bas, pastinya aku tak sempat nak kuar. dah la suma pon lelaki dalam tu... iskkk... serammm kuasa dua!

dalam bas
aku duduk kat sebelah becca. oleh sebab dah lama tak jumpa, so manyak la yang kami story2 sepanjang perjalanan. tiba2, erkk! pewot aku rasa semacam. tekak pulak rasa loya. aiyooo, rasa cam nak muntah laa! 'err, becca, kita continue later la,k... aku kena tutup mata nih. try to tido. rasa cam tak sehat plak.' sesi bual bicara dan menganyam ketupat pon terpaksa diberhentikan secara mendadak kerana salah seorang ahli panel aku la tu terpaksa berehat...

sementara tutup2 mata tu, sempat lagi aku berfikir kenapa plak tiba2 ble rasa camni, bukannya tak besa travel... time study2 dulu selalu jugak pegi field trip yang memakan masa yang agak lama, tapi aku steady ja... tak ada pon prasaan pening2+loya nih! setelah analisis statistik dijalankan dengan menggunakan kaedah SPSS, maka aku dapati ada 1 faktor mengapa fenomena ini berlaku.

kalau naik bas kat campus dulu, aku duk ngan besfren aku, mar.. perjalanan jauh atau dekat, selalunya mar akan bagi aku duduk kat dalam, bahagian dekat tingkap tu dan dia plak kat tepi. so, if nak ber'story2, of cos la aku kena menghadap dia kan... means, aku tak la nampak pemandangan kat tingkap yang boleh memeningkan mata dan kepala mata ble pening tak?hihii~... waktu duk ngan becca ni pulak, aku duk kat tepi dan dia duk kat tepi tingkap. so, aku la yang kena menghadap dia + tingkap skali. mau nya tak pening bijik mata aku...

kat hotel
kami stay kat beta apartment yang berdekatan ngan da 1 n only shopping complex di labuan, UK. apartment ni ada 3 bilik, ruang tamu yang besar, toilet yang banyak sampai tak sempat aku nak kira, dapur, ruang makan, bilik solat, dan tempat amik wuduk skali... tapi it depends la, sapa2 yang nak stay kat tempat lain pon boleh, aktiviti plak bebas, so memang besh la... mar yang memang duk labuan pon datang and bawak aku ngan becca gi jenjalan...

ni la kawan aku tu, becca...

budak yang tengah bersenang lenang tu adalah anak salah sorang staf, uncle sarigan... si afiq ni memang anak kesayangan... baru darjah 6 tapi suka bergaul ngan owang yang da besar... aku memang selalu usik dia sebab pintar sangat, bercakap pon cam owang dewasa... mana taknya, asyik mem'follow mak ayah dia ja, anak tunggal la katakan... ha, tu dalam pixie tu, tongkang dia dah penuh la tu... pasal tu la dia syok relax sambil tengok tv... haha....afiq, afiq.....*sambil geleng2 kepala*

makanan2 kat meja tu suma bos ngan uncle sarigan yang beli. lepas makan malam kami lepak2 la kat ruang tamu. bos ngan 2 orang anak teruna sorang form 1 n form 4, uncle sarigan, wife ngan afiq, aunty armah ngan anak perempuan dia lupa nak tanya nama, kak arma ngan 2 orang anak dia... cuma aku ngan becca yang masih remaja kat sini. duk lepak kat situ sambil menyibuk mendengar crita orang2 tua... hehe... disebabkan keboringan tahap cipan, becca ajak aku masuk dalam bilik. lepas basuh2 cawan suma, kami pon beredar ke bilik... chewahh, ala2 gadis pingitan gitu kan... haha...

ni bukan berlakon okk... si rama2 memang tengah tekun membasuh cawan2 kotor, becca plak rajin sangat nak snap pixie sana sini...





kat bilik pon bukannya bwat apa2... melepak, crita2 ngan becca...sms'ing... isk, besh sungguh la berkawan ngan becca ni... asyik menekan kamera ja kejanya...

sambil menikmati keindahan pulau labuan...

scenery yang dapat dilihat pada waktu malam dari balkoni kat tingkat 17...

yang ni plak pada waktu siang...

hmm, k la... aku stop dulu kat sini... nantikan sambungan part 2 pulak... aku akan selitkan story pasal si jejaka idaman yang aku jumpa kat labuan dalam entri tu nanti... tata~

7 ayat-ayat comel:

GadisKasutConverse said...

berkain batik kamu eh?bgs2..jgn lupa ke mana pun pegi,bwk kain batik bersama;)

K154 said...

Rindunya labuan..

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

ehehhehe~~
labuan tmpt ku ;)

pink_butterfly said...

kak reen- haha...yaa,sng kalau bwk kain batik ni, even klu g camping skalipn...=p

k154-tu la syafiq, len kali jum la mjejak kasih kat lbuan...sy tau, manyak kenangan awk kt labuan tu kan...ececeyyy...

tun teja- ooo, org labuan rupanya cik tun teja nih!

Kapten Luffy said...

comelnye berkain batik

said...


bagus nyer adik akak nih..
pakai kain batik...
kurus nyer dier...

meh ambik lemak akak sket meh

kekkekekke

pink_butterfly said...

luffy- tanpa kain batik pon tetap comel laa...

kak yanie- nak2! trnsferkan la sket kat rama2 nih...hehe=p