uwaaa... 2008 bakal melabuhkan tirainya hanya dalam beberapa minit lagi... sedey? hmm, sedey la jugak... selain umur bertambah, tahun 2008 ni jugak banyak membawak kenangan untuk si rama2 ini.. kenangan yang gumbira... kenangan sedey... kenangan yang suam2 kuku... yang bermakna, dan jugak yang tak bermakna... ok rama2, sila jangan menulis entri yang emotional kali ni ya... cukup la entri kat bawah tu yang telah menyebarkan virus2 kemuntahan kepada para pembaca. tolong la jangan ditambah kesengsaraan mereka dengan menambah lagi faktor2 kemuntahan tersebut akibat pembacaan entri mu ini...
baiklah, mari kita bercerita pulak pasal impian, cita2, dan angan2 si rama2 untuk tahun depan. hmm, apa yang aku impikan ek? kalau difikirkan, memang banyak yang si rama2 ini nak, ya la, nafsu perempuan kan ada 9... nak ini, nak itu... tapi bila nak dapat tu tidak la si rama2 ini dapat jangka... hihii... tapi most of all, of cos la aku nak jawapan interview keja yang memberangsangkan... bwat masa ni, cuma itu dulu yang aku nak... yang lain2 tu ble come next... lepas dapat keja, baru la plan lain bole menyusul...
hmm, aku pon sebenarnya tak ada apa2 yang nak dibebelkan kat sini... so, sebelum korang terseksa membaca entri aku yang tak berisi penting ini, mari la kita sama2 men'stop entri ini di sini okeh... stop. titik. noktah.
eehh, sebelum tu, aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU to suma kawan2 bloggers yang sudi menjalinkan hubungan ngan si rama2 ini hubungan persahabatan okkk... trima kaseh la banyak2 ya... semoga friendship ni takkan berhenti di sini...
bye-bye 2008..... selamat datang 2009!!!
Wednesday, December 31, 2008
bye 2008... selamat datang 2009...
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:53 PM 6 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Monday, December 29, 2008
berlalu 1429, tibanya 1430
slamat tahun baru suma~
masuk waktu maghrib malam tadi menandakan berakhirnya tahun 1429H dan melangkahnya kita ke tahun baru 1430H... syukur alhamdullilah, kita suma masih berpeluang bernafas sehingga ke tahun baru ni...
malam tadi aku ngan family pegi ke umah macik memenuhi jemputan dorang yang nak menyambut maal hijrah... sepatutnya kitorang da kena gi sana sebelum maghrib untuk bersolat maghrib secara berjemaah, pastu baca yaasin, dan doa selamat sebelum bersolat isyak pula... tapi disebabkan ada tetamu datang ke rumah, kami cuma dapat pegi sana selepas solat maghrib di rumah...
lepas solat isyak, sesi makan2 pon bermula...
yeahh, sangat seronok sebab pewot da berdondang sayang...
lepas makan 2 kali topup, aku pon tersandar kekenyangan... pastu men'join kazen untuk menonton crita 'the cave of the golden roses' sementara menunggu para org2 tua bercerita... yaa, story ni da agak lama kan... tapi rasa miss pulak nak tengok kecomelan fantaghiro n kehenseman romualdo lagi...
okeh la, sekarang aku nak paste'kan kad2 yang kawan2 bloggers bagi... sesetengahnya dah bkurun berabad aku dapat tapi saja nak kumpul untuk di'publishkan skali ari ni...
thanx atas ingatan korang suma kepada si rama2 ni...
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:45 AM 8 ayat-ayat comel
Saturday, December 27, 2008
kfc x 2
gi jenjalan lagi!!! semenjak dua menjak ni entri aku dilihat semakin kurang perkataan kan? hihii, terlebey manyak pixies la pulak... aku pon tak tau knapa keminatan aku terhadap dunia bebelan ni dah menurun ke tahap minimum... tapi, disebabkan keinginan untuk menghupdate mengatasi segalanya, maka, aku pon melambakkan sahaja pixies yang ada walaupon caption-nya ntah apa2 aku letak... korang layan kan aja la ya... kan ini blog budak2...
okeh, nak bukak pagar pon harus la bgambar lagi kan... heheh, peletakkan rama2 kat pixies ini telah dilakukan oleh syafiq untuk tujuan peng'cover'an muka... thanx syafiq... kalau rajin, tolong la letak rama2 kat pixies sy yang lain pulak yaa... psst! nanti sy masakkan megi tomyam kegemaran awk tu! haha...
kitorang pegi wisma merdeka... ibu ngan ayah nak pegi foot massage... ya la, waktu bwat haji ari tu, memang kena berjalan ngan banyak kan... kaki pon jadi lenguh...
sementara ibu ayah pegi ber'massage kaki, aku, kakak, ngan fatin pon pegi berjalan2 carik pasal sekitar shopping complex tu... pegi round2, da tak tau nak pegi mana, kami pon masuk kfc... makan slow2 sebab nak duk sana lama2.... hehe....
bosan duk dalam kfc sebab makanan da abis, kitorang pon kuar jenjalan lagi sementara tunggu ayah ngan ibu yang masih blom siap... hah, jom makan eskrim! aku men'suggest... nasib bek ada kerusi kat wisma merdeka tu, bole la kitorang melepak jap sambil makan eskrim... pixies ni tak ada rama2 mahupun bunga... sebab memang tak clear kan? hihii...
'yn, where r u? we'r at kfc...' ibu tepon... yeay!
kfc? 'okk, jangan gitau ibu kita da makan kfc tau!' aku warning kakak ngan fatin... sebab apa aku warning? ala, korang ni bwat2 tak tau pulak... sebab aku nak melantak lagi la... hihii... dengan lagak super sonic, cepat2 kitorang turun pegi 1st floor...
makan lagiii... tengok muka adik aku tu, orang yang kenyang apabila dipaksa untuk berlakon gaya lapar, camtu la hasilnya...
lepas makan, kitorang g jenjalan jap, pastu heading back home~
end of story... hehe...
sangat membosankan entri aku kali ni... mungkin next time, lebey baik aku takyah letak pixie kan... bole jugak membebel panjang2... tapi takut korang ja yang ttido membacanya... hahaa....
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:57 PM 4 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Thursday, December 25, 2008
our day out!
ari ni kami gi jenjalan carik pasal... hehe... mula2 ayah nak spend mamam kfc, tapi aku pulak mengidam nak gi mc D, so venue tempat makan telah ditukar kepada mc D instead of kfc... yess, best2... actually bukan nak sangat pon gi mamam kat luar, tapi gumbira sebab dah lama tak kuar sesama 1 family kan, tu yang excited lebey tu.. hihii~
tengok tangan adik aku, suka sangat dia nak main2kan rambut ayah yang baru tumbuh ntah brapa sentimeter tu...hehe...
ini adalah cara yang betul untuk memeggang sterring keta ya kawan2... sebenarnya tujuan pixie ini di'upload adalah kerana nak show-off gelang baru aku tuh...hik3...
makan time! mungkin ayah kesian tengok aku makan dengan penuh semangat macam orang yang tak penah jumpa ayam goreng seumur idup, maka ayah pon mem'pass'kan beger filet-o-fish ayah kat aku dan ayah ber'share saja beger ngan ibu... thanx ayah kerana memahami gelora ati pewot anakmu ini yang sentiasa meronta2 mintak diisi... sayaaang ayah! dan err, sayang ibu jugak! hihii~
oh ya, wahai kakakku, oleh kerana pixie-mu tidak ada, maka untuk tetap memberikan keadilan, adikmu yang baik ati ini telah memasukkan pixie prosperity beger kegilaan-mu... harap dirimu akan berasa bahagia dengan pengabadian pixie tersebut... jika berasa rindu terhadap beger itu, sila la pandang saja gambar ini, nescaya dirimu akan merasa lebey lapar lagi...
shuping~ beli2 barang sambil meng'capture pixie...
pilih, jangan tak pilihh...
adik aku bahagia dengan hasil shuping'an-nya... kebahagiaan itu pastinya kerana dia memperoleh banyak bahagian daripada aktiviti shuping bersama ibu & ayah pada hari ini...
agak2 mana 1 tangan aku? of cos la yang paling kecik kan... walaupon aku bukan anak bongsu... besa la.. tangan ala2 cinderella gitu... ahaks, prasan! pixie lagi satu tu bukan bintang disable okeh! itu adalah bintang pra-matang dan masih dalam proses mematangkan dirinya iaitu pertambahan 3 lagi bucu... tiga bucu tu tak dapat disempurnakan sebab empunya tangan tidak ada di tempat kejadian.
huhh, rajin pulak aku meng'upload pixie ari ni kan? and baru aku prasan yang manyak pixie ibu & ayah aku upload dalam entri kali ni... mungkin terlampau rindu ngan dorang kan, tu yang masih rasa cam mimpi dat ibu ayah sebenarnya da balik...
songeh si rama2: tapak tangan mengelupas pulak. mungkin disebabkan oleh pertukaran sabun pencuci pinggan. sebelum ni menggunakan brand sunlight. tapi time gi kedai ari tu, tak ada plak brand tu, so disebabkan kemalasan yang melanda, tanak la pegi usha kedai lain, beli sahaja brand yang ada. ZIP!
hasil idea bernas pink_butterfly at 7:44 PM 7 ayat-ayat comel
Labels: diariku
horrey!
beshnyaa... windu sesangat~
pegi airpot awal pagi, flight da lama sampai tapi passengers blom kuar... maybe tengah menunggu luggage2 dibawa kuar...
satu satu orang kuar... minit by minit berlalu... aku da tak sabar nih. lagi2 lepas tengok families yang da riang gumbira apabila orang yang ditunggu suda berdiri depan mata... sambil2 menunggu, tak ada apa yang bole dilakukan selain memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling aktiviti bergambar boleh diabaikan... mengetawakan beg2 luggage bersusun tinggi dan troli yang pandai bergerak sendiri... confuse? maksud aku, luggage orang tu sangat banyak hinggakan orang yang menyorong trolli tu tak kelihatan... so nampak la macam troli bergerak sendiri kan? haha... nampak sangat kelakar... apa lagi apabila orang yang menyorong tu dah kelihatan, laa, patutla tak nampak, kecik molek aja orangnya... kami ketawa lagi... isy, kejam sungguh la kami ni kan...
tak lama lepas tu, jeng3... seorang lelaki ensem berjubah putih kelihatan menyorong troli yang penuh bersama darling-nya,seorang wanita berjubah sedondon...
sedara mara yang tak putus2 datang ke rumah menghadkan waktu untuk aku berblogging... tak banyak yang ble ditype sebab even sekarang pon tetamu masih ada... aku cuma mencuri2 masa untuk melekat depan laptop nih. dats y entri kali ni aku letak lebey banyak pixie berbanding kata2...
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:43 AM 7 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Tuesday, December 23, 2008
23 pada 23???
hari ni 23hb 12 2008...
means, tepat 1 bulan dari sekarang umur aku bertambah lagi 1... besday aku kali ni mungkin lebey bermakna sebab pada tarikh 23hb tu aku akan melangkah ke umur 23 tahun... hmm, once in a lifetime kan...
so, dalam entri aku kali ni, aku nak list down la beberapa angan2 tak ada logika yang aku nak bwat untuk besday aku akan datang ni... walaupon tak relevan, tapi korang layan kan aja la ya... anggap la ni angan2 seorang puteri lindungan bulan... perhatian. puteri lindungan bulan adalah tajuk novel, dan bukannya 1 spesies alien ya!
okk, angan2 seorang kanak2 riang bermula...oleh kerana aku bakal menjadi 23 tahun pada 23hb tahun depan, maka aku berangan... awan2 mula terbentuk atas kepala...
1. aku nak celebrate besday 23 hari, 23 malam... sapa nak anjurkan? hmm, nanti aku fikirkan dulu nak paksa sapa sponsor...
2. besday cake 23 bijik! dan bersesuaian dengan umur aku, harus la ada 23 batang lilin kat atas setiap kek tu... ikutkan ati nuraniku ini, aku nak kek 23 tingkat, tapi sebab aku ni rendah bukan pendek ya, maka aku diskaunkan kepada 23 bijik... kang tak pasal2 aku kena naik tangga untuk potong kek paling atas tu... iskk, tanak la... jatuh la standard aku...
3. hanya 23 orang tetamu yang akan dijemput bagi setiap kali celebration. tapi peminat2 suma tak payah risau... suma orang akan berkesempatan meraikan hari jadi si rama2 ini sebab celebration tu kan akan berjalan slama 23 hari kan... so, 23 x 23??? haaa, korang kira la sendiri berapa ramai orang2 yang bertuah dapat bersama2 si besday girl ini... oh ya, theme color haruslah bertemakan pink-white... so, yang boys tu, kalau nak mengorat si rama2, sila2 la biasakan diri memakai baju pink dari sekarang ya!
4. sebelum tiup lilin, aku nak suma tetamu nyanyikan lagu 'slamat hari jadi', 'happy birthday', 'panjang umur', dan 'Allah selamatkan kamu' sebanyak 23 kali round setiap satu...
5. pada tiap kali celebration, harus la ada sebanyak 23 jenis hidangan kat atas meja tidak termasuk 23 jenis dessert seperti eskrim, coklat, pudding, etc...
6. sebelum dibenarkan mengambik makanan, tetamu kena mengelilingi meja sebanyak 23 kali dengan mata tertutup. tujuannya adalah supaya dorang akan merasa kenyang sebelum makan dengan mengambil bau makanan terlebih dahulu. jadi kalau dorang da kenyang, makanan yang diambil hanya dalam kuantiti yang sedikit. lebihnya?? bole la si rama2 yang abiskan!!!
7. setiap tetamu kena membawak sebanyak 23 bijik hadiah untuk si rama2... kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka didenda untuk melompat katak sebanyak 23 kali dengan membwat bunyiknya skali.
8. setiap tetamu kena bagi ucapan khas untuk si rama2. ucapan berbaur puji2an sahaja dibenarkan...
9. akan diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah dibawak sendiri oleh tetamu. tapi diatas kertas cabutan tu, hanya dituliskan nama 'birthday girl', 'si rama2', 'butterfly'... berulang2 hingga cukup untuk 23 kertas. nama lain tidak dibenarkan untuk ditulis.
10. sebelum pulang, suma tetamu kena hiburkan ati si rama2 dengan 23 jenis persembahan. tak kirala nak nyanyi, menari, berlakon atau nak bwat sarkas skalipun... yang penting persembahan tu bole bwat si rama2 rasa teruja.
hah, mula2 nak cukup kan 23 angan2, tapi ari ni, ati si rama2 berasa sangat senang. oleh itu, tak sanggup nak berangan lebey2... kalau ada lagi, nanti si rama2 akan update.
oh ya, aku plan nak publish pixie si rama2 ni sebanyak 23 keping untuk pertama kali secara unplugged 23hb tu nanti... unplugged di sini bermaksud tanpa halangan dan rintangan ya... so pixie tu adalah pixie yg clean & clear... chewahh! tapi suma pon masih dalam pertimbangan lagi... tak sure jadi atau tak, so tunggguuuu...
hasil idea bernas pink_butterfly at 9:01 AM 11 ayat-ayat comel
Labels: diariku