awal pagi tadi aku dah terfikir nak bwat entri pasal selera makan. memandangkan semenjak dua menjak ni slera makan aku makin ilang, aku nak la mintak tips or apa2 dari butterflies suma pasal camna nak tingkatkan slera makan nih... kadang2 tu pewot lapar, tapi tekak plak tanak terima makanan... merana pewot aku wei!
tapi aku tau, maybe ni ada kaitannya ngan problem aku minggu lepas. untuk u ol yang memang follow story aku, mesti korang tau pasal apa kan... untuk member yang baru nak start mem'follow2 ni plak, hmm, korang bwat2 cam paham ja dah la ya... ble gak tengok entri2 aku yang lepas, tapi most of them dah di delete... hihii~
oh ya, another TAPI yang membwatkan entri pasal makan tu tak jadik adalah kerana..... SELERA AKU DAH KEMBALI!!! yeayyy! food tengahari tadi abis licin aku blasah. makan malam lak siap amik nasik tambah lagi... ahhh, syukur~ nampaknya aku dah kembali seperti besa....=p
***
tadi bos aku mintak tolong gi deposit'kan cek kat bank. oleh kerana keja2 aku pon da siap, and aku pon bosan duk kat ofis tu, maka pegi la aku ke bank yang letaknya kat seberang jalan. berpeluh2 aku berjalan tengah panas tau. fuhh...
jalan punya jalan, tiba2 aku tertentang mata ngan sorang lelaki. dia angkat kening and senyum. aku pon senyum gak la. aik, cam kenal la pulak...
apa plak MACAM, memang kenal pon. mamat tu kawan aku time skola dulu. jap2, let me try to remember his name... err...hmmm.... ha, nama dia khairul hazwan! bagus2... nampaknya memory box otak aku ni still mantap lagi... hehe...
anyway, kami sempat bercrita kejap ja, coz aku tak selesa sangat nak story tengah2 panas, dengan muka yang dah berminyak + berpeluh, hiskkk, sungguh la tak terurus... tak ble...tak ble... satu keadaan yang tidak patut untuk aku berjumpa dengan lelaki. haha~
'haii... kau di mana sekarang?' dia tanya aku. okk, ini merupakan soklan common yang ditanya kepada kawan lama.
'aku keja di asia city... kau plak?'
'aku keja di sini...,' sambil menunjuk bangunan sebelah kami.
oohh, rupanya dia keja kat bank yang aku nak pegi tu...
bla..bla...bla.... (story jap)
then aku cepat2 blah lepas cakap bye.
haha... bengong!
korang nak tau tak? hazwan tu tinggal kat barisan depan umah aku ni ja. well, bukan la depan sangat, tapi kalau nak main intai2 tu, insyaallah bole nampak... tapi kitorang ni, nama ja berjiran, tapi tak penah plak terjumpa di mana2... oh ya, lupa plak, daku kan dara pingitan, asyik duk umah ja, camna nak jumpa orang kan? ekkeke, sempat lagi nak puji diri sendiri!
dulu aku ngan hazwan ni 1 class. balik skola kadang2 lewat coz ada clas tambahan. slalunya balik naik bas bertiga. aku, dia, ngan sorang lagi classmate, oga... kiranya dorang berdua tu jadik security aku la... aku lebey close ngan hazwan sebab dia ni merangkap posmen aku. besa la, budak2 skola kan... admire2 ni perkara besa... melalui hazwan la aku dapat gift or apa2 yang dikirim oleh senior2... ecehhh, SENIOR2? macam ramai la pulak bunyiknya... haha...
but then, dia pindah gi mrsm, oga lak move pegi skola teknik, tinggal la aku sorang2 tanpa bodyguard... hiskk... cian aku~
okk, hari ini telah membuang tebiat sendiri dengan memakai skirt untuk pegi keja. kalau keja besa2 tak apa la jugak... ni keja kat dalam lab, i mean, what de heck! gila mencabar kalau bwat keja lab dengan skirt nih... susah nak bwat keja. hari2 lain aku siap pakai jeans lagik. kalau orang tengok pon, dah tak macam orang nak pegi keja da, tapi lebey macam nak gi jenjalan kat shopping complex... haha...
songeh si rama2- herkkk, korang redha tak kalau aku bwat entri berkonsepkan '1 entri 1 pixie'???