BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 30, 2008

tragedi lif

kes 1.

ting! pintu lif terbukak... tapi aku tak prasan, mata masih memfokus ke arah sesuatu yang begitu menarik perhatian. 'butterfly!' aku terkejut. pandang depan. adik beradik aku dah kat dalam. cepat2 aku melangkah masuk. tengah aku melangkahkan kaki dengan penuh konfidennya, lif tertutup dan men'bwat'kan aku hampir2 terkepit di antara pintu lif tu... naseb bek lengan aku dengan pantas menahan pintu tu dari mengepit trus badan aku yang ala2 slim river nih! tapi memang kelam kabut la aku time tu....cesss sungguh la lif itu... mentang2 la aku ni vogue and the vass, sesedap rasa ja dia nak kepit aku... nampak sangat berlakunya unsur ke'jeles'an di situ. tapi salah aku jugak sebab terlalu leka menikmati kecantikan beberapa orang auww yang tengah bercanda ria sampai tak sedar pintu lif dah terbukak. last2 minit, baru nak terkedek2 nak masuk, tu pon siap nak terkepit lagi... padan muka aku. tapi u know what, tanpa disedari, tiba2 ada tangan muncul kat atas kepala aku nak menahan pintu tu dari tertutup, atau lebey tepat lagi, dari menghimpit tubuhku yang slim world ini... tak sempat say thanks, aku trus masuk. sorang lelaki ikut masuk. rupanya ada sorang mamat yang tengah join tunggu lif and aku tak perasan kewujudannya kat belakang aku. ooohh herokuuu... tapi aku tak sempat nak tengok muka mamat tu sebab rasa malu yang teramat... skali mamat tu ensem macam shah rukh khan, mau-nya aku letak muka dalam plastik bag nanti... siot btol la! sket lagi kepala aku terhantuk skali... hilang ke'cun'an aku tauuuu!!!!!!!!!!!


kes 2.

aku tunggu lif kat tempat yang sama jugak. pintu terbukak. sebab tanak insiden dalam kes 1 berulang, dengan lagak pantas dan tangkas aku menahan pintu lif tu cepat2 sebelum tertutup. huhh, sangat alert aku kan. tapi sebelum aku boleh merasa bangga, aku harus merasa malu terlebey dahulu. kerana apa? kerana tangan aku bukan landing pada sasaran yang di'target. ehh, apsal len macam ja pintu lif nih! aku pandang tangan aku. pastu kat tepi. mak oooiii, aku terpegang tangan mamat sebelah laaaa... rupanya sebelum aku me'landing'kan tangan untuk menahan pintu lif, mamat kat sebelah dah lebey dulu mendahului tindakan aku tu. dan tangan aku landing baek punya kat atas tangan dia. cesss lagiii! aduss, bengangnya aku rasa....tak habis2 lif ni nak mempermainkan aku. opss, sorry! dengan muka slumber aku alihkan tangan. muka mamat tu? ntah la... aku tak tengok langsung. terus masuk dalam lif sambil tertunduk malu (piiirahh...!) sila maklum bahawa adegan di atas terjadi dengan amat pantas, dan tiada unsur2 mengambik kesempatan berlaku... iskk, mesti mamat tu berbangga sebab dapat hadiah free dari aku. tangan kena pegang oleh minah comel, vogue n the vass, harusss la merasa bangga kann... situasi akan berbeza kalau dia yang terpegang tangan aku sebab mungkin dia yang akan rasa bersalah, tapi keadaan sebenar adalahhhhhhh... aku yang pegang tangan dia! huhh, di kala ini tangan halus dan mulus aku tengah bersedey kerana telah melakukan sesuatu di luar kawalan.... ohh tidakkkk.....!!! herk, tapiii...kalau tak sengaja, bole dimaafkan,kannn??? betol takkk? bek korang meredakan gelora perasaan tangan aku nih... cepattt!!!

0 ayat-ayat comel: