BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 22, 2008

laporan eksperimen 1

tajuk: mengkaji kesan 'makan banyak' terhadap pertambahan berat badan.

hipotesis null: 'makan banyak' tidak memberikan kesan terhadap pertambahan berat badan.
hipotesis alternatif: 'makan banyak' memberikan kesan terhadap pertambahan berat badan.

introduction:
ramai orang takut untuk mengambik makanan secara over kerana khuatir akan 'surprise' yang bakal mereka lihat di dalam cermin mahupun di atas alat penimbang (P.butterfly, 2008). oleh itu, profesor madya dr. datin pink_butterfly dengan baek atinya akan membawa u ol suma untuk berkongsi suatu eksperimen yang telah dilaksanakan oleh beliau dalam beberapa hari ini (bilangan hari yang sebenar tidak dinyatakan di atas faktor ke'lupa'an yang melanda miss butterfly) untuk membuktikan bahawa 'makan banyak' tidak semestinya menyumbang terhadap bertambahnya berat badan. Di akhir laporan eksperimen ini, hasil yang diperolehi akan dinyatakan berserta dengan perasaan dr.pink_butterfly sendiri berkenaan hasil tersebut.

chemical reagent & apparatus
chemical reagent tidak digunakan di dalam eksperimen ini, apa yang diperlukan hanyalah makanan2 berat dan ringan berserta air susu, nescafe, dan milo panas... apparatus yang diguna pula adalah pinggan mangkuk, sudu dan cawan milik ibunda. oh ya, tidak dilupakan periuk nasik dan kuali (kalau tak, camna nak masak nasik n makanan2 lain kan?). prepare'kan alat penimbang sekali!

procedure
1. barang2 makanan berat dan ringan telah disediakan memenuhi dapur. berat badan awal diambik.
2. apabila pewot mengeluarkan signal, dapur akan menjadi lokasi sasaran utama.
3. penge'check'an makanan2 akan dibwat untuk memastikan jenis2 makanan yang wujud di dalam umah.
4. keputusan sama ada ingin memilih makanan berat ataupun ringan dibwat.
5. mengambik dan menyediakan makanan pilihan hati.
6. memakan makanan tersebut sehingga habis tanpa mempedulikan orang disekeliling. jika mereka mintak, suh dorang pegi masak sendiri. namun jika mereka menunjukkan muka dua posen, bagi sahaja sesudu dua, agar tidak di'cop sebagai kedekut. sekiranya tidak kenyang, makanan lain akan turut dimakan dengan sepuas hati.
7. ulang langkah 1 hingga 6 sekiranya pewot masih belom mengeluarkan signal untuk berhenti.
8. selepas beberapa hari yang ditetapkan, berat badan terkini diambik dengan perasaan yang redha.

keputusan
berat sebelum eksperimen dijalankan= x kg
berat selepas eksperimen dijalankan= x.5 kg

kesimpulan
setelah menjalani eksperimen ini, pertambahan berat badan sebanyak 0.5kg telah diperolehi. ini bermakna 'makan banyak' tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap pertambahan berat badan. oleh itu, hipotesis null diterima.

komen profesor madya dr. datin pink_butterfly : walaupon analisis statistik tidak dijalankan, tapi saya (saya??!) confirm bahawa 'makan banyak' tidak memberikan pertambahan berat badan dengan signifikan. sebab apa?? sebab ini kan eksperimen saya... suka hati saya la nak bagi result apa pun... plus! berat bertambah 0.5kg ja, relax laaa....!!! soooOOO, takyah nak diet2! makan la sesuka hati andaa!!!!

sekian, terima kaseh.
(sila tepuk tangan suma!)

4 ayat-ayat comel:

Kapten Luffy said...

betul tu prof. aku makan banyak pun kurus gak. apa kes?

pink_butterfly said...

haha.. kes cacing manyak dlm pewot la tu,encik luffy... sila makan ubat cacing drpd farmasi yg bdekatan,k=)

Kapten Luffy said...

takder... aku check perut aku kosong. tulang, usus, daging semua takder. camana cacing blh ada?

OoNey™ said...

haha.
kte org..
tgk le die tu.
mkn pastu tido.
huahaua..