kes 1.
ting! pintu lif terbukak... tapi aku tak prasan, mata masih memfokus ke arah sesuatu yang begitu menarik perhatian. 'butterfly!' aku terkejut. pandang depan. adik beradik aku dah kat dalam. cepat2 aku melangkah masuk. tengah aku melangkahkan kaki dengan penuh konfidennya, lif tertutup dan men'bwat'kan aku hampir2 terkepit di antara pintu lif tu... naseb bek lengan aku dengan pantas menahan pintu tu dari mengepit trus badan aku yang ala2 slim river nih! tapi memang kelam kabut la aku time tu....cesss sungguh la lif itu... mentang2 la aku ni vogue and the vass, sesedap rasa ja dia nak kepit aku... nampak sangat berlakunya unsur ke'jeles'an di situ. tapi salah aku jugak sebab terlalu leka menikmati kecantikan beberapa orang auww yang tengah bercanda ria sampai tak sedar pintu lif dah terbukak. last2 minit, baru nak terkedek2 nak masuk, tu pon siap nak terkepit lagi... padan muka aku. tapi u know what, tanpa disedari, tiba2 ada tangan muncul kat atas kepala aku nak menahan pintu tu dari tertutup, atau lebey tepat lagi, dari menghimpit tubuhku yang slim world ini... tak sempat say thanks, aku trus masuk. sorang lelaki ikut masuk. rupanya ada sorang mamat yang tengah join tunggu lif and aku tak perasan kewujudannya kat belakang aku. ooohh herokuuu... tapi aku tak sempat nak tengok muka mamat tu sebab rasa malu yang teramat... skali mamat tu ensem macam shah rukh khan, mau-nya aku letak muka dalam plastik bag nanti... siot btol la! sket lagi kepala aku terhantuk skali... hilang ke'cun'an aku tauuuu!!!!!!!!!!!
kes 2.
aku tunggu lif kat tempat yang sama jugak. pintu terbukak. sebab tanak insiden dalam kes 1 berulang, dengan lagak pantas dan tangkas aku menahan pintu lif tu cepat2 sebelum tertutup. huhh, sangat alert aku kan. tapi sebelum aku boleh merasa bangga, aku harus merasa malu terlebey dahulu. kerana apa? kerana tangan aku bukan landing pada sasaran yang di'target. ehh, apsal len macam ja pintu lif nih! aku pandang tangan aku. pastu kat tepi. mak oooiii, aku terpegang tangan mamat sebelah laaaa... rupanya sebelum aku me'landing'kan tangan untuk menahan pintu lif, mamat kat sebelah dah lebey dulu mendahului tindakan aku tu. dan tangan aku landing baek punya kat atas tangan dia. cesss lagiii! aduss, bengangnya aku rasa....tak habis2 lif ni nak mempermainkan aku. opss, sorry! dengan muka slumber aku alihkan tangan. muka mamat tu? ntah la... aku tak tengok langsung. terus masuk dalam lif sambil tertunduk malu (piiirahh...!) sila maklum bahawa adegan di atas terjadi dengan amat pantas, dan tiada unsur2 mengambik kesempatan berlaku... iskk, mesti mamat tu berbangga sebab dapat hadiah free dari aku. tangan kena pegang oleh minah comel, vogue n the vass, harusss la merasa bangga kann... situasi akan berbeza kalau dia yang terpegang tangan aku sebab mungkin dia yang akan rasa bersalah, tapi keadaan sebenar adalahhhhhhh... aku yang pegang tangan dia! huhh, di kala ini tangan halus dan mulus aku tengah bersedey kerana telah melakukan sesuatu di luar kawalan.... ohh tidakkkk.....!!! herk, tapiii...kalau tak sengaja, bole dimaafkan,kannn??? betol takkk? bek korang meredakan gelora perasaan tangan aku nih... cepattt!!!
Sunday, November 30, 2008
tragedi lif
hasil idea bernas pink_butterfly at 9:28 PM 0 ayat-ayat comel
Labels: diariku
i have no words...
people say that pixie speaks louder than words. so, let it tells u the story this time.
once upon a time, there was a princess...
hasil idea bernas pink_butterfly at 6:14 PM 2 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Wednesday, November 26, 2008
once and for all...
huhh, manyak hutang aku tak langsai lagi... bukan sengaja bwat2 lupa, tapi memang tak ada kesempatan lagi... so, di malam yang aman damai ini, aku nak settlekan suma hutang2 yang ada... jom layanzz...
yang 1st tag nih aku dapat dari DIRFARA... and kebetulan AIE pon ada mewariskan tag yang sama kat aku... so, i'll do it once and for all lah k...=p
tag 1
arahannya camni---> Anda di kehendaki menulis 10 perkara yg anda ketahui mengenai org yg mengetag anda itu.. (dirfara & aie la kan? well, sebab dorang ni pon cybermate aku, so, tak manyak yang aku tau selain dari benda2 yang common iaitu jantina mereka...hihiii)
dirfara
:: tergolong dalam kaum adam :: boipren kpd sorg awex bernama fara :: moody (btul ka?) :: anak kedua dari enam adik beradik :: berangan nak kawen tahun dpn!=p :: tak suka berposing dpn camera... blakang camera tak apa kut... :: lovingg gitu... :: in relationship for 7 years ++, wuuu, lama tuuu... :: pemalu?!!! ahaks...
aie
:: aie jgk sorang adam :: tak tau la ada awex @ x... tak dapat di'make sure :: berasal dari jb :: suka makan = kuat makan tak? hee~ :: takut new born kittens :: 16 april? :: now 23 years la kan? :: suka ngan kids... fuhh, ble jadik bapa mithali nih! :: lelaki bongsu dalam family (manja tak?) :: utk 1st impression, mgkin beliau akan di'cop sbg sombong...
hehe... sori la dir ngan aie... sebab tak kenal sangat so terpaksa cedok sket info dari blog encik2 sendiwri... ampuuunnnnn....=p
okk... arahan kedua ---> Lps anda menjawab tentang org yg mengetag anda,anda di kehendaki menulis 10 perkara tentang diri anda..pulak!!
pink_butterfly
:: baru menyambut hari kelahiran yang ke 22 tahun 10 bulan pada 23hb november yang lepas...
:: anak ke-3 daripada 4 org adik beradik
:: suka tengok n baca komik shin chan... kiutt!
:: suka ber'pose... anytime, anywhere....u tell me, okay!
:: suka dress-up
:: tak suka pets
:: suka makan tapi tak pandai temokk2... sesuatu yang menghairankan...
:: loves to eat ice creams + coklat... tapi sekarang dah menghadkan pemakanan coklat kerana dikhuatiri akan berlakunya pertumbuhan bendasing2 berwarna merah pada kulit muka (jerawat)seperti cendawan tumbuh selepas hujan... tidakkkkk!!!
:: suka tengok movie seram... tapi pastu takot nak tito malam...(hehe, suka nak menakut2kan diwri sendiwri kan...)
:: into novels, tapi bukan pembeli atau pengumpul novels...=p
haaa, tag pertama dah settle... ada tag 2 lagi dari encik aie... sila layan arahan seterusnya...--->
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks on you.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.
aku dah penah jawab tag nih... sebijik... tapi tak apa... aku tak kesah nak jawab lagi... hehe, baek tak aku... asalkan kowrang tak bushan asyik membaca facts pasal aku dah laa....=p oraits, jom usha jawapan pelik tapi benar aku kat bawah...
:: aku suka hidu bau rumput2 yang baru lepas dipotong... lagi2 kalau lepas ujan... weird tak?
:: mungkin ada gak orang yang cakap aku sombong sebab tak manyak cakap, tapi aku bukan sombong actually... aku cuma type yang pendiam, tapi kalau kena ngan orangnya, aku ble turns into 'orang gila' jugak...=)
:: aku suka sidai kain sebab ble main 'match make', iaitu meletakkan baju2 t-shirt, baju kurung, kain dan seluar mengikut jantina masing2... hahaha, jawapan yang comel kan?
:: aku suka basuh pinggan sebab ble main air...
:: aku suka kalau hujan turun di awal pagi...
:: kadang2 aku pernah terfikir camna sesuatu perkataan tu di'eja camtu... pening? haha, abaikan...
:: camtu gak kalau time tengah duk goyang2 kaki sambil menikmati keindahan alam, aku ble terfikir kenapa haiwan dicipta dalam bentuk macam tu... contohnya kenapa ayam dicipta tak ada tangan, dan hanya ada dua kaki... ataupun kenapa kucing berjalan sambil berlenggang lenggok... huhh, pelik kan? sure lepas ni korang dah takut nak kawan ngan aku...hahahaa...
:: aku tak suka makan bercampur2 lauk... ok, aku explain... tak guna kalau ada macam2 lauk yang dihidang (ayam, ikan, daging, nuggets)... aku cuma akan amik 1 jenis lauk n 1 jenis sayur ja sebab aku rasa kesedapan sesuatu jenis masakan tu akan terganggu kalau aku makan ngan masakan lain... korang faham tak? hehe...
nampaknya aku cuma berjaya menemui 8 ciri yang unspectacular pasal diri aku yang memang weird nih... wokey dokey, aku nak wariskan tag nih kepada orang yang kenal ngan aku ja la... sila layan...
1. cik atie
2. cik worldpeace
3. cik vujie
4. encik perisik
5. cik tashabella (walaupon tak kenal sgt, tapi sila berlakon seperti seorang kawan lama)
okkk, now jom crita pasal award laks... eh, ni bukan award, tapi ole2 yang aku dapat daripada cik anis... thanx kak... ehem, u ol! jom la kita lawat cik anis kta ni... meh ramai2 click kat S.I.N.I sebab korang mesti akan terhibur membaca celoteh beliau...=p
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:50 PM 9 ayat-ayat comel
Tuesday, November 25, 2008
sms...sms...
ari ni aku a bit busy sket... ketiadaan ibu ngan ayah kat umah ni menambahkan lagi tugas aku yang sebelum ni juz tertumpu kat umah ja... awal pagi lagi aku suda mem'busy'kan diriku mem'vacuum' keta... kiranya ni sambungan keja semalam yang tak siap lagi... hihii... tapi baru siap vacuum wira ja, hilux blom lagi... nanti la, kalau ayah n ibu dah nak balik, baru aku vacuum keta kesayangan ayah tu... ngeh3... bukan apa, tapi untuk owang yang tak berpengalaman macam aku ni, penat laa walaupon baru handle 1 keta... huhuu...
lepas settle'kan keja2 umah yang lain, aku suh adik bersiap and temankan aku gi post office untuk bayar bil2 yang berkenaan contohnya bil. letrik, astro, n telefon... sampai umah kira2 jam 12.30 tghari, lepas makan n penat goyang2 kaki, aku pon melenakan diriku dengan begitu nyenyak skali... haa, itu ja la yang aku bwat ari ni... huhh, sangat busy kan... anyway, adik aku ada snap some pixies tadi, suma pon lebey kurang sama, tapi, heiii, berani kah korang nak complain??? bersusah payah aku meng'upload pic2 ni tau...layann tanpa banyak soal,k... gggrrr...
warning! jika anda rasa aku nampak gemuk dalam pixies ni, sila jangan percaya kerana ia hanya suatu perbuatan sabotaj adik aku yang ternyata mempunyai perasaan dengki terhadap kakaknya ini... beliau mengunakan camera trick tuuu... harap maklum...
hasil idea bernas pink_butterfly at 3:50 PM 12 ayat-ayat comel
Monday, November 24, 2008
cuci sampai berkilat!
sebelum berangkat gi tanah suci ari tu, ayah ada pesan ngan abg suh antar keta untuk dicuci... di mana? di tempat cuci keta la! iskk... pastu, ari2 abg busy ke hulu ke hilir ngan kengkawan sampai waktu nak kena gi keja, so tak sempat la keta tu dicuci... sekarang dia dah kat abu dhabi... aku plak disuruhnya untuk cuci keta tu... apa la...
aku bangun awal ari ni, tu pun adik aku yang kejutkan suh breakfast sama2, kazen aku belikan nasik lemak tadi, dia pesan suh aku makan sebelum abang dia membaham nasik lemak aku tu... aku pun apalagi, sebab tanak kerugian berlaku, kelam kabut la aku kemas2 katil and bersiap untuk g breakfast. sebelum kazen aku blasah part aku, bek aku masukkan nasik lemak tu dalam pewot aku cepat2 kan...=p
lepas breakfast adik aku ajak gi cuci keta... dia nak men2 air konon... oleh kerana dia dah bersemangat sangat, aku pun suh la dia sediakan apa2 peralatan yang patut.... 10 minit kemudian, kami dah basah ngan air sabun dalam baju tidur masing2... hak3, sonoknyaa... nasib bek tak ada anak2 teruna tinggal berdekatan ngan umah kami ni, kalau tak, tak dapat la aku nak bergila2 macam tadi... and confirm dorang pon trus tanak ngorat aku dah... =p dalam 2 jam jugak kami cuci keta tadi. 2 buah, hilux ngan wira... agak lama kan... hehehe, teda pengalaman la katakan... lagipun, lebey manyak bermain daripada bekeja... tu yang lama tu... =)
ni gambar adik aku tengah basuh part tayar... basuh keta pon siap pose lagi tu... dah macam gadis cuci aku tengok, hehee~
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:46 AM 11 ayat-ayat comel
Sunday, November 23, 2008
at last...
hak3, at last encik pidod telah memberikan award kepada blogku ini setelah beberapa kali bermain tarik tali... chewaahh... dah brapa kali beliau cakap nak bagi, siap nak bagi cekodok lagi, tapi huhh, jangan kan nak dapat award, cekodok yang dijanjimaniskan pon tadak... hampeh btol laa... elelele, encikkk pidod... malu2 lagi nak bagi award kat sy ekk... malu tapi mahu tuuu... ahak3... apapon, thanx so much for this cool award, k...=)
oh ya, sapa2 nak mem'visit blog encik pidod ni, ble click kat SINI... blog yang hebat dan akan membawa anda2 suma terus ke dunia futuristik... huhh, mantap kan? so, apa tunggu lagi? jom singgah g blog beliau...!
p/s- erkk, award dah dapat, tapiiii... cekodoknya mana???
hasil idea bernas pink_butterfly at 7:12 PM 3 ayat-ayat comel
Labels: award
Saturday, November 22, 2008
laporan eksperimen 1
tajuk: mengkaji kesan 'makan banyak' terhadap pertambahan berat badan.
hipotesis null: 'makan banyak' tidak memberikan kesan terhadap pertambahan berat badan.
hipotesis alternatif: 'makan banyak' memberikan kesan terhadap pertambahan berat badan.
introduction:
ramai orang takut untuk mengambik makanan secara over kerana khuatir akan 'surprise' yang bakal mereka lihat di dalam cermin mahupun di atas alat penimbang (P.butterfly, 2008). oleh itu, profesor madya dr. datin pink_butterfly dengan baek atinya akan membawa u ol suma untuk berkongsi suatu eksperimen yang telah dilaksanakan oleh beliau dalam beberapa hari ini (bilangan hari yang sebenar tidak dinyatakan di atas faktor ke'lupa'an yang melanda miss butterfly) untuk membuktikan bahawa 'makan banyak' tidak semestinya menyumbang terhadap bertambahnya berat badan. Di akhir laporan eksperimen ini, hasil yang diperolehi akan dinyatakan berserta dengan perasaan dr.pink_butterfly sendiri berkenaan hasil tersebut.
chemical reagent & apparatus
chemical reagent tidak digunakan di dalam eksperimen ini, apa yang diperlukan hanyalah makanan2 berat dan ringan berserta air susu, nescafe, dan milo panas... apparatus yang diguna pula adalah pinggan mangkuk, sudu dan cawan milik ibunda. oh ya, tidak dilupakan periuk nasik dan kuali (kalau tak, camna nak masak nasik n makanan2 lain kan?). prepare'kan alat penimbang sekali!
procedure
1. barang2 makanan berat dan ringan telah disediakan memenuhi dapur. berat badan awal diambik.
2. apabila pewot mengeluarkan signal, dapur akan menjadi lokasi sasaran utama.
3. penge'check'an makanan2 akan dibwat untuk memastikan jenis2 makanan yang wujud di dalam umah.
4. keputusan sama ada ingin memilih makanan berat ataupun ringan dibwat.
5. mengambik dan menyediakan makanan pilihan hati.
6. memakan makanan tersebut sehingga habis tanpa mempedulikan orang disekeliling. jika mereka mintak, suh dorang pegi masak sendiri. namun jika mereka menunjukkan muka dua posen, bagi sahaja sesudu dua, agar tidak di'cop sebagai kedekut. sekiranya tidak kenyang, makanan lain akan turut dimakan dengan sepuas hati.
7. ulang langkah 1 hingga 6 sekiranya pewot masih belom mengeluarkan signal untuk berhenti.
8. selepas beberapa hari yang ditetapkan, berat badan terkini diambik dengan perasaan yang redha.
keputusan
berat sebelum eksperimen dijalankan= x kg
berat selepas eksperimen dijalankan= x.5 kg
kesimpulan
setelah menjalani eksperimen ini, pertambahan berat badan sebanyak 0.5kg telah diperolehi. ini bermakna 'makan banyak' tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap pertambahan berat badan. oleh itu, hipotesis null diterima.
komen profesor madya dr. datin pink_butterfly : walaupon analisis statistik tidak dijalankan, tapi saya (saya??!) confirm bahawa 'makan banyak' tidak memberikan pertambahan berat badan dengan signifikan. sebab apa?? sebab ini kan eksperimen saya... suka hati saya la nak bagi result apa pun... plus! berat bertambah 0.5kg ja, relax laaa....!!! soooOOO, takyah nak diet2! makan la sesuka hati andaa!!!!
sekian, terima kaseh.
(sila tepuk tangan suma!)
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:05 PM 4 ayat-ayat comel
Labels: diariku
no points!
malam ni aku akan pergi ke birthday party anak macik aku, merangkap kazen aku la tu kan... masih baby lagik... herk, kalau budak2 yang 5 tahun ke bawah tu bagi aku still baby lagi la... tak tau plak camna korang nak istilahkan perkataan baby tu... =p beshnya jadik baby... birthday pon ada celebration... err, korang tanak bwat birthday party untuk aku? okk, tak ada kaitan! ahaks...
oleh kerana malam ni nak kuar, maka, haruslah aku bercantek2 kan... hmm, sangat kesian... oleh kerana aku jarang kuar umah, so, jarang jugak la dapat berlawa2... korang tau tak prasaan seorang surirumah yang hanya berpeluang keluar melihat dunia jika ingin membeli barang2 dapur??? err, adakah aku seorang surirumah?? (tidakkk..tidakk..) okkk, lupakan.. untuk ladies, kalau korang tak dapat bayangkan, cuba imagine kalau korang dah bersemangat sangat nak beli satu barang yang berharga rm50, tapi bila cek2 dalam purse, cess, rm49.99! cuma 1sen lagi yang missing and sudah tentu korang kena say goodbye kat barang tu... sob..sobb...
untuk yang lelaki pulak, try imagine kalau awek korang bagi flying kick sebijik (atau 2) kat keta kesayangan korang sampai meninggalkan parut2 luka chenta lama... huhh, sangat sadis kan? mesti korang rasa cam nak ketuk kepala gepren tu ngan tukul... hak3... misscall aku kalau benda camtu nak jadik,k... sebab aku teringiiiiiiiiin sangat nak tengok... aduss, silap2 haribulan, ngan aku2 skali kena ketuk... isk, tanak aku!
err, kenapa? korang tak dapat nak cari perkaitan di antara crita aku tu ngan contoh2 yang aku bagik??? hah, padan muka! kalau aku sendiri tak faham, camna laks korang ble faham kan... muahahahaaa.... sebenarnya aku pon tak tau apa points yang aku nak bagi... men belasah ja taip apa yang terlintas di fikiran... sama ada relevan atau tak, belakang kira la... hihiii * sambil gelaks ala2 gedix dan manja*
erk, okies la... aku nak gi practise vocal dulu... nak nyanyi untuk malam ni kan... daaa~
happy birthday to youuuuuu...
happy birthday to youuuuuuuuu...
lalalalaaaa~
prrraaaannngggg!!!!!!!!!!! (bunyik tingkap, gelas, cawan n cermin umah pecahhhh)
wooopppsss!!!!!!
hasil idea bernas pink_butterfly at 4:28 PM 2 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Friday, November 21, 2008
terima kasih...
waahh, sungguh sopan dan skema sekali tajuk entri aku kali ni kan... ahaks! anyway, semenjak dua menjak nih makin ramai kawan2 butterfliers bermurah ati untuk men'dedicate award2 dorang... kali ni aku dapat award yang comel lote dari kak suzi... skali trus dapat dua daa.... besh ar akak nih!=)
blog kak suzi ni memang mantap, aku memang selalu menyibuk kat sana... tapi kalau aku gi sana, secara otomatik, air liur aku meleleh2 sebab manyak sangat gambar makanan yang cedap2 lantas menyebabkan cacing2 dalam pewot ini merengek2 mintak makan... ada gak aku rompak 2,3 resepi, tapi bila nak try tu, wallahualam la jawabnya... hak3.. pemalasnya aku kan.... sapa2 yang suka kumpul resepi dan masak memasak nih, atau setakat suka2 nak tengok2 gambar makanan sambil melelehkan air liur (huhh, sungguh la selekeh korang nie), ble la menziarahi beliau kat SINI.... to kak suzi, thanx a lot, kak...=)
hasil idea bernas pink_butterfly at 3:24 PM 4 ayat-ayat comel
Labels: award
aku telah di'detect!
sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.. itu la perumpamaan yang sesuai digunakan dalam situasi aku... chewaah, macam skrip karam singh walia la pulak kan... hahahaa...
semalam cik vujie telah dapat mengecam aku melalui award yang aku bagi kat butterfliers minggu lepas... alaa, kan ada muka aku yang tersipu2 malu kat dalam award tu... tak sangka jugak ada owg ble cam... hmm, mungkin beliau prasan kewujudan gambar tu dalam frienster aku kan... ohh ya, untuk pengetahuan suma, cik vujie ni adalah kawan lama aku, of which we go to da same school n penah jadik classmate jugak...
huhuu, dengan ter'link'nya blog aku ngan blog cik vujie ni, aku rasa mungkin akan ada lagi rakan2 lain yang akan singgah kat blog ni as dorang pon ada dalam link list beliau, itu aku tak pasti la sebab aku pon blum meng'explore blog cik vujie ni lagi... ucapan aku untuk kawan2 yang bakal menyinggah kat blog nih, sila2 la redha membaca apa yang ada dalam ni, k... takut gak berbulu mata korang nanti sebab mana lah tau ada part2 yang menggelikan pankreas korang membacanya... hak3.... aku cuma nak some space actually untuk bebas men'state'kan apa yang aku nak tanpa ada orang nak persoalkan or pertikaikan... and sebab tu jugakla aku tanak show-off kan muka kat sini, sebab selalunya orang yang akan timbulkan persoalan and pertikaian adalah orang yang kenal ngan kita kan... -nama butterfly yang aku guna tu jgk adalah sbg simbolik dat aku nak berterbangan bebas dalam dunia yang aku cipta sendiri ni- itu jugak adalah jawapan untuk mereka2 yang penah tanya kenapa gambar2 yang aku insertkan dalam ni ala2 misteri gitu... hak3, apa punya jawapan daa.... so diharap korang2 yang mengenali diriku ini akan act more to open minded okies???=) peace for all...
haa, aku nak bagi credits gak la untuk cik vujie kerana dapat men'detect kewujudan aku dalam dunia digital nih... tepuk tangan suma.... sapa2 yang nak berkawan2 ngan awek bloggers ala2 korean nih, sila2 la lompat ke blog beliau, k... korang ble click kat SINI dan akan dibawak terus ke dunianya dalam sekelip mata.... sangat magik kan? hehehee=p ops, aku ni suka suki ja nak promote kawan sendiri, tak sure la pulak cik vujie ni dah berpunya atau blom, tapi in case boipren dia baca blog aku nih, aku ada ucapan la jugak untuk beliau...---> ampunkan sayaaaa penunggu gua... ampunkan sayaaaa penunggu gua... erk, sila baca dengan intonasi si badan & nyawa (aziz satar & samsudin) dalam crita nujum pak belalang okkk...
kat atas ni adalah award untuk anda cik vujie... sila2 la amik kalau sudi...=p
hasil idea bernas pink_butterfly at 2:19 PM 1 ayat-ayat comel
cepat dan pantas!
huhhh, masa tido ku hampir tiba...cepat..cepat... entri ni harus disiapkan dengan begitu pantas dan tangkas sekali...ala2 super sonic gitu... actually tak ada gak story yang nak dihebohkan kat cni... saja mengada2 nak bagi post terakhir untuk malam ni...
lepas buat entry kat bawah tadi, aku tengok jam, 11.37pm... ahhaaa, ada lagi beberapa minit untuk aku abiskan berpoya2 di dalam alam maya nih... so, aku pon mengambik chance untuk pegi melompat dari satu blog butterfliers to another... objektifnya adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan butterfliers-aku... ngeh3... kira cam acara YB turun padang untuk sesi ramah mesra ngan rakyat la kan... tapi bezanya adalah.... AKU BUKAN YB!!! hak3...
oraits, masa suda time. aku harus meninggalkan dunia blogging-ku dan perlu kembali ke alam nyata di mana katilku sudah melambai2 ke arahku di saat ini... waaahh, dramatis sungguh ayat ku itu kan... apapun, aku harus pergi... sob... sobbb...korang jangan tangisi kepergianku ya...kerna aku pasti akan menangis jika kalian menangis... alamak, telebey suda... ahaks! =p
hasil idea bernas pink_butterfly at 12:01 AM 7 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Thursday, November 20, 2008
besh...beshhh!
muahahaaaa, gumbiranya rasa hatiku apabila mendapat another award and kali ni daripada encik dotblogspotdotcom... sungguh patriotik skali award nih! trima kaseh manyak2.... award yang encik bagi, sangat2 la saya dihargai, lain kali, sila2 la bagi lagiii... waahhh, apabila pink_butterfly berpantun, walaupon just beberapa kerat, tapi sungguh indah sekali bunyiknya kan...*bwat muka bangga jap*
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:32 PM 4 ayat-ayat comel
Labels: award
Wednesday, November 19, 2008
lagu kenangan
korang ada tak lagu2 tertentu of which kalau korang dengar akan mengingatkan korang tentang something, somewhere atau someone? hmm, dalam entri kali ni aku nak share ngan butterfliers suma pasal lagu2 yang agak memorable untuk aku...
aku mahu - once
kalau aku dengar lagu ni, mesti teringatkan zaman2 kat hostel dulu... time tu aku tengah duduk di meja study (of coz duduk atas kerusi,okk), sambil main game kat laptop... huhuu, teramat bahagia sekali sebab time tu dah abis exam and thesis pon da siap...=)
kekasih gelapku- ungu
lagu ni mengingatkan aku ngan sorang kawan, mrHz... time tu aku tengah frust ngan someone and dia 'datang' untuk jadi kawan aku kejap... setakat calling2 and kuar makan, tak lebey dari tu... tapi dia penah cakap ngan aku camni, 'kalau Hz nak 'kawan' ngan butterfly, Hz tanak butterfly jadi gf Hz lama2... kita kawen la...' huhuu, sangat romantik kan? tapi apa bley bwat, time tu aku masih study lagi, and walaupun dia da keja tapi aku masih tak sedia nak ke arah 'itu'... so, aku cakap 'sorry' ja la kat dia... and pastu, slow2 dia menghilangkan diri and sampai sekarang aku tak tau dia kat mana... mungkin dah kawen... hihii, alamak, tak ble crita lebey2...mati aku kalau kakak aku baca entry nih! tapi nasib bek la, kak... kalau tak, adikmu ini dah kawen dulu sebelum turn akak ari tu...=p
-story ni adalah rahsia aku n mr.H ja, orang lain memang tak tau kami berkawan, sebab tu namanya 'kekasih gelap' kan? hii~ tak la, actually time story kat atas ni happen, lagu kekasih gelap ni tengah top, gi mana2 pon asyik terdengar lagu ni, dats y mengingatkan aku of him..-
percayalah- siti nurhaliza
lagu siti ni membawa ingatan aku balik ke beberapa tahun yang lampau... dah lama, time tu aku baru tingkatan 3 and tengah dalam perkhemahan kat 1 taman pertanian... maklumlah, aku join kelab pencinta alam time tu... and kat sana aku terjumpa ngan sorang mamat yang memang meng'capture' attention aku, mr.Z (jgn tak tahu, walaupon tingkatan 3 tapi attention da pandai ter'captured tau)... time tu dia tengah holiday ngan family dia... susah sket aku nak story pasal kisah aku ngan mr.Z ni sebab tersangatlah complicated and panjang plak tu (story dari ting.3 sampai sekarang, tak ka panjang tuuu) ... kalau aku story, kena bukak topic baru and confirm korang akan pening and naik juling membacanya... so, cukuplah kalau aku state'kan dat this song reminds me of that place... err,perhatian skali lagi... ia cuma mengingatkan aku pasal taman tu, and bukannya mr.Z,okk... sila jangan salah faham...=p
sempurna- version Andra & the backbone
tiap2 pagi time aku and sorang kawan, Ms.M, tengah on de way nak gi ofis tempat praktikal dulu, lagu ni la yang menemankan kami... hampir tiap2 hari lagu ni jadi pilihan fara fauzana ngan faizal ismail (kitorang dgr hot fm okkk...) kat konti... hmm, mungkin time tu lagu ni tengah glemer la kan... so, even smpai sekarang, kalau dengar lagu ni, aku rasa cam tengah on de way gi praktikal la pulakkk... hak3...
cinta antara kita- duta feat baizura kahar
hihii~ mungkin ada yang tak suka ngan lagu ni kan... agak kebudak2an sket... tapi lagu ni mengingatkan aku kat sorang skandal aku time study dulu, mrW... hampir setiap kali dia nyanyikan aku lagu ni thru telefon ngan gitarnya... kira unplugged gitu kan... tapi tak ada apa2 crita besh pon yang jadik... lepas grad, kitorang pon lost contact and masing2 bawak diri camtu sja...
setanggi syurga- in team
lagu ni mengingatkan aku pada ex.bf aku dulu.. ex yang mana? waahh, cam ramai ja ex.bf aku kan... hihii~ k, cukup la tu, tak ada ulasan panjang2 untuk lagu ni...
dari kekasih kepada kekasih- hattan
mr.Hz suka ngan lagu nih... so, harus sangat la aku ingat kat dia if dengar lagu ni kannnn...
hampir ke situ- mendua
lagu ni reminds me of my bestie, Ms.A ngan Ms.M... hmm, ah, lagi 1, kalau dengar intro lagu nie gak membwatkan aku ter'imagine' enset Ms.M tengah berbunyik sebab bf dia mesej... =p
fuhh, setakat ni aku cuma ingat lagu2 kat atas tu ja, kalau teringat lagi, nanti aku update dari semasa ke semasa,k...=p
haa, itu lagu2 aku, lagu2 korang apa plak? jom la share2... oh ya, kalau korang nak dengar lagu tu ble click kat title-nya,k... aku dah letak link kat situ...
hasil idea bernas pink_butterfly at 2:44 PM 3 ayat-ayat comel
Labels: diariku
out of stock!
kesian blog aku, dua tiga ari ni agak terpinggir sedikit... tak ada entri baru yang sempat aku post.. bukan aku sengaja, tapi sebetulnya ketandusan idea la yang membwatkan kesenyapan berlaku... =) but heii, it doesn't mean dat aku senyap trus dalam dunia blogging nih, cuma aku lebey manyak menyibuk kat blog orang lain... hak3, sungguh tak malunya aku ni kan?
sekarang ni pun, virus2 keboringan telah melanda diriku dan memaksa aku menari2kan jari yang tak berapa nak runcing ni di atas board laptop... cehh, ayatttt... teramatlah menggelikan sanubari!=p
so, k la... aku memang tak ada point nak di'share sebenarnya... nanti kalau otak aku dah tamat tempoh bercuti, i'll be back! A.S.A.P.
tata, butterfliers suma~
i luv u, u luv me,k...
okkk, tak ada kaitan.
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:11 AM 1 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Tuesday, November 18, 2008
penghargaan...
hihiii~ ari ni aku dapat award dari mr redz a.k.a mr ariffredzuan... sonoknya! sapa2 nak make frens ngan beliau ble lompat gi blognya kat sini!!!
hehe... tomey kan award nih... cute blogger award... huhh, memang sepadan n bersesuaian la dia insert'kan aku dalam senarai penerima award ni...sebab aku kan tomeyy... hekhekhek *sambil gelak ala2 gedix*
wakakakaaa *nampaknya virus ke'perasan'an telah melanda diriku*...anyway, terima kasih daun keladi ya mr.redz, lain kali, sila2 la bagi award lagi... =p
hasil idea bernas pink_butterfly at 2:39 PM 7 ayat-ayat comel
Labels: award
Monday, November 17, 2008
kezutan di petang hari
hmm, tadi aku dapat mesej dari sorang cosmate time study dulu, mr.H... terkejut gak coz tetiba ja dia mesej, ktorang bukannya rapat sangat pon time kat campus... lagi pulak dia ni type boys yang serius and pendiam... so, harus sangat la aku heran and surprised kan?
anyway, dia juz nak bertanya khabar... rindu ngan aku la tu...ehh, aku tak perasan okk... dia yang cakap tadi... hek3... sekarang nie dia tengah training kat salah satu research centre ngan beberapa cosmate kitorang yang lain... tapi mungkin dorang takkan keja sana la, juz untuk training ja...kenapa? hmm, memang susah lepas aku dengar story mr.H tu tadi...
'ni sykt cina, top management suma org cina, org mlayu mmg tak dapat naik, die galakkan suh pakai sluar pendek, masjid lak jauh, takleh bergaul dgn pkerja lain, takleh makan kat kedai, kena tapau...esok2 kesian la kat isteri & anak2 aku, kena tinggal kat estet...'
haa, tu la alasan2 mr.H tadi bila aku tanya kenapa dia tanak keja kat sana...hmm, btol gak kan... susah yang teramat la kalau camtu...
'oh, ya? a'ah la, cm tak besh ja kan... tak apa la, korang kumpul pengalaman ja kat sna...klu aku jadi wife kau pon tanak aku tinggal kat estet. tengok pokok2, tak bley shuping, tak berkembang otak aku nanti...'
camtu la lebey kurang jawapan aku bagi kat dia...
'ok...esok jgk aku kuar dari estet ni, cari keje lain, yang penting kau jadi isteri aku.. muahahahaa..'
isk budak nih, sempat lagi nak bwat lawak... hmm, tujuan aku post entry camni bukannya apa, cuma aku terfikir dat betapa banyaknya personaliti yang ada dalam diri setiap orang which boleh berubah dalam sekelip mata... contohnya kawan aku ni la, kalau tengok depan2, cam tak percaya dia ble bagi mesej2 camtu... mesej berbaur kemanjaan dan kemesraan gitu... hak3... ada lagi ekceli mesej2 dia, tapi da di'sensored dengan sengaja... apapon, memang perangai manusia ada macam2... kejap ble jadi serius, kejap gila2... jangan jadi gila trus dah laaa...
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:46 PM 3 ayat-ayat comel
Labels: diariku
kalau ex aku cakap camni...
tag kali ni diwariskan dari tashabella... jom kita layan soklan2 yang ada...
Instruction:
1. Write the title "what if your ex said this to you"
2. Named 5 candidates on your list
3. Ask them to complete this tag
4. Repost on their blog
1. Hi, how are ya?
- eh, r u blind? tak nampak ka yang aku semakin cun n berseri2 ni? of coz la i'm happy...thanx 4 asking!
2. Hey! you wanna go to the mall?
- sure! but not with u... sorry!
3. I LOVE U..
- really? but unfortunately, I DON'T!
4. Do u want some cookies?
- r u sure tak ada racun dalam cookies nih? huh, no thanx...
5. Can you take me a picture?!?
- y not! aku kan bek ati...suka tlg org... meh2...
6. Help me in my homework!
- huh, excuse me? ingat aku tak ada keja lain?*smbil aku mem'blah'kan diri dgn lenggang lenggokku*
7. Here's my gift to you...
- aww, thanx...
8. Let's just be textmates
- sorry, i tak ada masa la...
9. Do you want me to buy you an ipod?
- gosh! i'm not sure what u r taking..but keep taking it! beli yang paling mahal di dunia,k...
10. Let's sit together in the bus
- hmm, apa kata u duduk kat sblh macik tu? i nak duduk sblh mamat ensem nih! ganteng bangat seh... *ala2 gedix*
11. Hi baby
- baby? mana baby kat cni? tak ada pon... *bwat lawak bodo*
12. Your still cute!
- ehh, takkan bru sedar kut....
13. I still LOVE you!
- ohh, really? well, keep loving me, ok!
14. Can I visit your house?
- nak bwat apa? menyemak...??!
15. Do you love me?
- hak3, r u kidding???!!! *smbil ketawa gedix*
16.Lists of my victim...
- atie
- agensi perisikan
- ezo
- kencing kucing
- kak yanie putrajaya
so far, tag ni yang aku paling suka sekali... thanx bb...hihii~ yang telah di'tag tu... slamat mjwb!=)
hasil idea bernas pink_butterfly at 3:26 PM 2 ayat-ayat comel
Labels: tags
soklan bodo...
hmmm... aku baru lepas cek friendster tadi lepas beberapa hari tak bukak... ntah la, rasa cam dah hilang ke'excited'an nak ber'friendster nih... ok, first thing's first....
cek friend request - accepted!
cek comment - no recent comment...
cek msg - tensen!
aku sakit ati btol kalau baca mesej yang mengandungi soklan bodo yang berbunyik lebey kurang camni...' hai, butterfly.... kau tak kenal aku lagi?' atau 'amboii, sombongnya... dah tak ingat ngan aku lagi...'... (korang anggap ja la butterfly tu nama aku,k...)=p
pastu bila aku cek friendster dorang, tak ada satu picture pon dalam photo album yang boleh mem'bwat'kan aku kenal sapa pemilik akaun tu... cuma clue yang ada adalah nama sekolah/ipt atau location tempat tinggal... lagi menyampah kalau dia tu bukan dalam fren's list aku pastu time aku view friendster dia untuk membwat proses pengecaman, alahai restricted profile plak! dah la primary photo pon diletak gambar yang ntah apa2... tak ka bodo soklan dia tu... macam mana la dia bley expect aku kenal dia lagi or tak... dan sesedap rasa ja tuduh aku da sombong etc...
bukan sekali dua menda ni jadik... dah selalu sangat...sampai aku rasa cam nak balas camni 'hoiii, camna aku nak kenal kau sapa kalau sbijik gambar pon tak ada dlm fs kau nih?!!' tapi aku masih berfikiran waras dan tetap ingin mengekalkan ciri2 kesopanan dan ketatasusilaan seorang gadis pemalu dan tomeyy... hak3, sempat lagi memerasankan diri...=p
urmm, mungkin dorang just nak capture attention aku kan? pastu nak harap aku add dorang tu sebab dorang malu nak add aku yang vogue and de vass nih... huhh, sori skett... selalunya kalau dapat mesej camni, aku akan bwat bodo ja... malas nak buang masa melayan manusia2 yang berlagak cam glemer nih... ingat dorang tu fofuler sangat sampai aku ble kenal on da spot? hik3....... bwat lawak bodo sungguh la mereka2 itu....
hasil idea bernas pink_butterfly at 2:07 PM 10 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Sunday, November 16, 2008
tak ada topik...
actually, aku tak ada story nak share ari ni... semenjak dua menjak ni, nampaknya mood aku dan keinginan untuk ber'blog menunjukkan graf yang berkadar songsang... oh no... wut happen nih?! tulunnggg...tulunggg...
hmm, e'eh... ada tag dari tashabella la... bagus2... tag datang di kala kepala hotakku bercuti dari menghasilkan idea yang bernas... tapi sekarang dah kul11.45pm... time to sleep!!! esok la bru settlekan tag tu,k bb...=) don't worry, be happy...
actually besanya aku tido lewat gak...after 12a.m... tapi kesan sampingannya akan dirasai ketika ingin bangun untuk solat subuh... ya ampunnnnn, begitu berat mataku nak dibukak... bagai di gam2...terpaksala aku merangkak turun dari katil sambil mata tertutup (hak3, over la plak crita aku nih)... disebabkan oleh perasaan yang tak besh itulah, aku rasa dat aku kena adjust masa tido...that is ---> kena la tido awal!
so, k la eh kawan2... esok kita sambung sembang petang (eh silap! sebenarnya sembang isnin)... kringgggg...kringgg... aik, katil aku ni main miskol2 pulak...isk, tak pandai sabar btul la... at least bagi la diskaun 2, 3 minit... dah la bunyik ringtone tak besh, nak jugak miskol orang... ggrrr...
wokey, tata titi tutu suma... take care but don't take away!!! slamat mlm...zzzzzzZZZZzzz....
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:15 PM 4 ayat-ayat comel
Labels: diariku
asaimen...asaimen...
haa, jangan fikir student2 ja yang kena bwat asaimen nih... walaupun aku cuma ex-student, tapi aku jugak ada asaimen yang perlu dibwat...ngeh3... kali ni aku telah ditag oleh geng alam maya ku, en. dirfara...amboiii, baru ja kena bagi award, dah kena tag ek... hihii~ ok2, aiman tak kesah... setelah berpenat lelah berhempas pulas memikirkan jawapan untuk 7 soklan nih, kat bawah adalah hasilnya...jeng3...
1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.
- beriman
- ada future
- tak suka berkawan ngan perempuan
- pandai bergaya + kemas
- pandai amik ati
- romantik
2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
-hmm, nak 7?? ramainyaa...benda ni sepatutnya rahsia kan...
- tapi tak apa lah...dirfara punya pasal...
- terpaksa bocorkan rahsia... walaupun rasa cam nak malu ja nih...
- aku minat...hmm, ala...yg ensem boy tuuu...
- brad pitt
- tom cruise
- david beckham
3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
- hmm, of coz la neves...
- + hepi...
- excited
- cm kaki tak jejak bumi (jadi superman jap)
- kenyang smpai tak lalu nak mamam...nak tgk muka dia ja...huhuu... smpai umah bru bukak periuk...hekkk...
- serba tak kena...ehh, tudung aku senget... mulut comot lepas makan...adusss...
- cam tanak balik! muahahahahaa...
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.
- makkah
- high lands, tak kesah la kat mana2 pon...
- tepi pantai, tak kesah pantai mana pon...
- pegi pulau, tak kesah pulau mana pon...
- pegi taman smbil mkn eskrim + naik buaian, tak kesah taman kat mana...tak kesah eskrim flavor apa...
- picnic or camping kat tepi sungai, tak kesah sungai mana...
- kesimpulannya, aku tak kesah gi mana2, bwat apa, yang penting, bersama DIA.... chewahh...jiwang gak aku ni kan...uweekkk...
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.
- my life...
- heart & soul
- happy & memorable moments
- happy & memorable days...
- hmm, apa lg ah?
- isk, takkan suma nak gitau korang
- cukup la tu,k... biarlah rahsia...=p
6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
- ayat2 cinta by rossa...aku suka lagu ni...
- lagu faveret dia...n disebabkan 'dia' tu blum wujud, so, apa kata kalau kita k.i.v dlu part ni,k...
- lagu chenta kami...chewahh..yang ni pon blum ada lagi...so, k.i.v jugak...
- manyak nya kena nyanyi 7 lagu...
- aku bukan penyanyi
- aku gak tak pandai nyanyi
- kalau aku nyanyi banyak2, kang dia pengsan 3 hari 3 malam sebab sora aku tak sedap...hak3...
7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!mereka musti diberitahu akan perihal ini hehehe..
- agensiperisikanpusat
- ezo
- sheikh
- fateen
- jitegha
- atie
- cetusan rasa
yahoooOO, dah siap tag yang ditugaskan... korang yang baru di'tag nih, sila2 la jawab k...jgn malas, nanti cekgu rotan!
hasil idea bernas pink_butterfly at 2:53 PM 4 ayat-ayat comel
Labels: tags
Friday, November 14, 2008
tag lagi...
huhuu, rupanya ada lagi tag untuk aku langsaikan...tag ni diwariskan oleh mr.dotblogspot... hmm, okey, no hal! aku ok ja pasal hal tag men'tag nih.. no problemo...hahahaa, cam riak je kan...=p
here goes...
Rules & Regulations :
#01; - Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.
#02; - People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly.
#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.#04; - No tags back!
actually, aku pon tak tau nak start off with fakta apa tentang diri aku sndiri... adakah aku tidak mengenali diri aku sendiri? no, no.... cuma aku tak tau nak share fakta apa kat korang... apapun, aku akan berusaha keras, sedaya upaya, khusyuk dah tawaduk untuk menuju puncak...eh silap! hahaha....
:1: aku suka gi pantai...tengok laut, men2 air... besh!
:2: aku tak suka binatang berbulu contohnya kucing... geli!
:3: aku suka number 2.. sebab..hmm, aku rasa number tu romantik...
:4: aku senang nak suka orang n senang untuk tak sukakan orang..(???!!!)
:5: kalau dengar lagu, telinga n mind aku selalu set kat lirik lagu tu... kakak aku cakap aku jiwang, tapi sebenarnya tak... aku juz nak tau apa maksud disebalik lagu tu...(hmm, jiwang ka namanya tu?)
:6: aku suka kaler pink...tapi bukan mania la...sekarang dah kurang sket ke'mania'an terhadap pink...ntah la knapa..mungkin sebab dah semakin dewasa kot skg...hak3... prasan!
:7: aku lebey prefer 'few best friends' daripada 'many ordinary friends'... dalam dunia nyata la... kalau dalam dunia digital nih, manyak2 fren la besh, kan3....
:8: aku suka men mekap and dress up...
:9: aku suka pakai accessories... contohnya cincin, rantai, gelang tangan...gelang kaki...
:10: aku suka diri aku sendiri!!!=)
okk, siap 10 facts...
aku nak perturunkan tag ni untuk...
atie :: janggeltrekking :: kak yanie putrajaya :: alif mikhail :: sheikh :: kak suzi :: ezo :: kencingkucing :: fateen :: agensiperisikanpusat
hasil idea bernas pink_butterfly at 1:03 PM 2 ayat-ayat comel
Labels: tags
1st tag aku...
ok kawan2... terma dan syarat untuk menyelesaikan task ini adalah seperti berikut, sila baca dengan teliti dan imagine'kan...
*snap work station anda
*then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
*iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
*tengok contoh yang dibuat nih...
*begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
*sekiranya tag ini berkembang... pastinya ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa
--> dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang membuak2, aku nak wariskan tag ini kepada....
* kak yanieputrajaya
* cik atie
* cik fateen
* en.kencingkucing -jgn suh kucing anda lak menyetelkan tag ni,k-
* en.agensiperisikanpusat
* en.janggeltrekker
* en.sheikh
* en.dotblogspotdotcom
okey, so sekarang turn aku untuk meng'show kat korang station aku, bukan workstation jugak mcm mr.ezo sebab aku blom keja...so, lets name it as my lepakstation...ok x? jom layann~
@LiyanNuar /azza /ras-adieza / ezo / pinkbutterfly
haa.. as u ol can see, camni la rupabentuk dan keindahan kawasan lepak aku yang penuh dengan ciri-ciri kebahagiaan... hihii~ tak ada apa2 dalam crime scene nih, kecuali makanan dan minuman...sebab aku suka mamam sambil mem'bwat' keja... hahhaa, keja la sangattttt....
okkk...task aku da settle.. orang2 yang telah di'tag tu camna plak? jangan bwat2 tak tau plak! muahahahaa (ketawa yang berbaur kekejaman)!!!hasil idea bernas pink_butterfly at 11:42 AM 2 ayat-ayat comel
Labels: tags
pagi yang ceria=)
ari ni aku bangun dengan senang hati sekali...lalalaaa~ smbil menyanyi2 tangan aku pantas meng'on laptop...sebab apa? hmm, aku pon tak sure...yang pastinya teda apa2 yang extraordinary yang berlaku...kecuali...emmm..tak ada apa lah..hihii~ *blush*
anyway, as soon as blog aku yang lawa ni muncul di skrin, aku pon usha2 la kat shoutbox tu, tengok2 if ada msg baru... hmm, ada msg dr mr.ezo, en. pendinginhawa, dan tuan sheikh... ok, dengan hepi-nya aku pon me'reply la msg2 dorang... dah siap, aku balik semula ke blog mr.ezo sebab msg aku tak dapat send dari tadi... sambil2 menunggu, aku pon baca2 entries yang baru dipost-nya...hahahaaa, beliau kena tag! padan muka.... aku skroll mouse (bukan tikus,k=p) ke bawah... bawah, bawah dan bawah lagi... mataku menangkap sesuatu...stop. aku memfokuskan mata ke satu nama dibawah tag mr. ezo tu... aik, cam kenal ja nama nih...satu nama yang comel...dan begitu indah terpampang di depan mata... pastinya empunya nama ini juga sungguh comel, ayu dan manja sekali, mindaku berkata2...perhatian. bukan aku yang cakap camtu,k..tapi minda aku... cik pink butterfly yang kiut...hah, sah! mana ada butterfly yang kiut lagi dalam dunia pem'blog'an ini selain dari aku... cesss, berani sungguh beliau menge'tag' aku! padan muka aku jgk! huhuu... aku akan jawab tag ni dalam next post ye mr.ezo... let's cek it out!
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:08 AM 2 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Thursday, November 13, 2008
alahai astro...
hari kelmarin, masa2 terluangku diisi dengan menonton kartun yang comel upin & ipin dalam metacafe.com...aku tak penah tengok kartun ni thru tv... kenapa? hahaha, reason-nya tersangat la memalukan untuk aku bagitau korang... haha, guess what? aku tak tau channel-nya! yaa, aku tau kartun tu di'show'kan dalam tv9, tapi kalau guna astro, kan number saluran tu dah berbeza...bukannya simply click no. 9 pada remote control... and menghafal number saluran tu la salah satu kelemahan aku and mem'bwat'kan aku rasa malas nak tengok tv... yang aku tau cuma channel yang common, itu pun atas sebab2 yang tertentu contohnya channel tu berturutan atau ada movie @ show kegemaran aku...so, harus sangat la aku hafal number2 channel tu kan... 103, 104, 105, 106, 107, 108, 109 (yg pastinya ini bukan saluran tv9), 122 (sebab selalu tengok movie2), 702 ( my fav show, 'the nanny' thru this channel), and 701 (suka tgk CSI)... oohh, dan channel 501!!! ha, itu ja la 'saluran aku' kalau menghadap tv... and dua hari lepas aku baru men'discover ke'wujudan' 'channel baru' iaitu 112...hahaha...bengong btul aku ni kan...=p bwat malu ja...
so, selalunya aku akan hanya click + atau - kalau nak tukar channel lain... nak harapkan aku hafal number every channel tu? hah, hampeh... memang takkan hafal sampai bila2 la... huhuuu.... ada astro yang serve macam2 rancangan pon kadang2 bwat aku rasa bosan, sebab tak tau nak carik kat channel mana...alahaiii astro, kan bagus bwat channel yang besa2 ja... contohnya click 1 untuk tv1, and seterusnya... tak payah susah2 nak hafal 3 digit number... hak3... betapa kekampungannya aku...*blush*
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:29 AM 6 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Tuesday, November 11, 2008
aku dan journey-ku
aku baru balik dari airport nih... antar abg ipar balik kl.. on the way balik umah, sempat lagi aku ngan kakak singgah kat giant... beli buah, biscuits, roti, carrot, bawang and macam2 lagi la...macam surirumah shuping barang2 dapur lak kan...hihii~
kuar2 ja dari giant, rupanya ujan kat luar... lebat plak tu... 'camna ni? redah ja ka?' kakak tanya aku... 'hmm, ya la...abis tu, nak bwat camna lagi...ok, mula2 kena locate dulu di mana kita parking keta tadi...' aku mengeluarkan idea yang tidak boleh disangkal lagi kebernasan-nya... kami pun meninjau kedudukan keta, mencari spot yang tepat dan merancang plan seterusnya...'hah, tu dia...kira2 47.5 darjah ke arah selatan...' aku roger kakak tentang hasil penemuanku itu...'ok, ready? jom...1, 2, 3..lariiii!!!!!!!!' kami pon berlari2 anak sambil me'mantain'kan keayuan menuju ke kereta bersama beg2 plastik yang mengandungi hasil2 pembelian...fuhh, legaa...selesai 1 bab...
bab 2... alahaii, dah la gelap, ujan plak lebat, and aku ni pun bukanla expert sangat dalam hal2 men'drive keta nih...sy budak baru belajar, kalau salah, sapa nak ajar??! huhuu... selepas mem'plan laluan mana yang nak diambik, dengan lafaz bismillah, aku pon menukar gear, turunkan break n tekan pedal minyak....dengan itu, kami pon memulakan perjalanan balik ke rumah dengan keta yang berjalan macam siput... tapi tak kesah la kan... yang penting, sampai umah dengan selamat....
the end.
haa, itu ja la cerita 1001 malam aku untuk korang baca... walaupun membosankan tapi at least aku dah berjaya membuang masa korang kan? yesss, itu la tujuannya... aku tau korang ada banyak masa terluang and sure tengah boring sekarang... so, dengan wujudnya post aku nih, masa korang tu ble fly tanpa disedari...baik tak aku? ha, korang tu jangan lupa ucapkan trima kaseh kat aku plak tau! ngeh3...
sekian, terima kasih...
hasil idea bernas pink_butterfly at 9:52 PM 5 ayat-ayat comel
Labels: diariku
ayat-ayat cintaku...
calon heroin filem ayat-ayat cinta part 2...ada gaya tak?=p
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:05 AM 4 ayat-ayat comel
Sunday, November 9, 2008
jalan2 carik pasal...
hari ni aku bangun pagi lepas dikejutkan oleh 1 panggilan telefon...teka sapa yg kol..teka lahh! isk, pemalas..org suh teka pun tak mau...
so aku kena gitau jawapannya la ni?eeii, tak rock btol la...hmm, anyway, ayah yang kol pagi tadi...gitau yang dorang baru landing kat klia...cuma transit untuk 1 jam ja...pastu they'll be on their way to madinah...hopefully suma-nya bjalan lancar...insyaallah~
pastu petang tadi aku kuar jenjalan ngan adik, kakak n abg ipar...gi mamam2 pastu tengok wayang secara separately...kakak ngan hasben dia tengok crita james bond, aku ngan adik plak tengok crita 'my best friend's girl'..hmm, agak bosan crita ni, so sapa2 yang nak tengok, bek tak payah...membazir masa n tenaga ja...=p
minuman tanpa makanan...cuma pinggan kosong yang dihidang....makan pinggan la jawabnya...
buat muka seposen sebab makanan lambat sampai...lapar gila nih!
ni baru la namanya pizza...hak3...akhirnya, lepas beberapa lama mengidam, baru sekarang tercapai hasrat nak mamam pizza...dah lama 'cuti' pizza nih!
aik, kejapnya dah jadi kecik pizza yang aku makan tadi tu... shinking ka pizza nih? ooohh, rupanya dah masuk pewot aku tanpa disedari...tindakan luar kawal plak...hahahaa~
ngan geng2 nak g tengok wayang...hak3...
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:20 PM 5 ayat-ayat comel
aku @ de airport
sekarang dah kul 3.48 minit pagi...aku baru sampai umah lepas antar ibu and ayah gi airport...sebelum ni, aku ada gitau yang my parents akan fly around 8am, kan? well, flight tu dah diawalkan ke pukul 5.40 pagi...tapi kitorang pegi airport awal tadi sebab kena cek-in dalam kul 1 am...
sesampainya kami di airport, memang dah ramai orang kat sana...time tu ibu and ayah tengah cek-in (aku, fatin, kakak ngan abg zainal sampai lewat sebab gi isi minyak keta...ibu, ayah and abang guna keta yg 1 lagi) lepas cek-in, baru la kami ter'perasan bekal yang aku n kakak siapkan untuk ibu and ayah makan kat airport tertinggal di umah...kan ada lebey kurang 4 jam lagi sebelum fly, so, kot2 la dorang lapar, sepatutnya ble la makan bekal tu sekadar untuk mengisi pewot...ada jugak beberapa type makanan yang kami dah bungkus untuk dibawa bersama menaiki flight...mana la tau time tak ada selera nak makan atau rindu2 nak makan makanan dari umah, makanan tu bley jadi pembuka selera di tempat owg kan...disebabkan perasaan kasih sayang and tanggungjawab aku (aiseyy...), aku menawarkan diri untuk balik umah and amik makanan2 tu... aku ajak fatin temankan...ya la, time tu dah around 12.30-1am, seram la jugak kalau drive sorang2 kan...heiii, tak sanggup aku nak imagine benda yang bukan2...
'fatin, dun forget to bungkus skali dat agar2 yang kakak bwat pagi tadi...walaupon tak brapa nak jadik, tapi sedap jugak!' sempat lagi aku suh fatin bawakkan agar2 untuk ibu and ayah makan sementara kat airport tu (ngan english aku yang tersangat la broken-nya). mungkin memang rezeki kami, sesampainya kat airport, ber'snap 2 keping gambar, few minutes later, dah kuar announcement yang menyuruh bakal jemaah haji untuk masuk ke kawasan menunggu...huhh, nasib bek kami cepat sampai tadi, kalau tak....
kami bersalam2...peluk2...aku masih steady...hingga la ibu and ayah masuk ke kawasan yang ber'guard...meaning, kami dah tak ble ikut masuk lagi...dada aku dah mula rasa semacam...mata ni plak dah kabur2...'adoii, tolong laa, not here...ramai orang kat sini...tahan la dulu!' aku try ber'toleransi ngan diri sendiri...'hmm, jom la balik,' aku pusing and menuju ke eskelator...stop. tak jadi nak turun...'isk, masih ada kedai jual topup ka time2 sekarang ni?' aku tanya kakak...'adik yann (aku ler tu) mau kol ibu...' uwaaaaaa....!
huh, airmata yang ditahan2 terhambur juga (huu, macam ayat novel plak!)...huk3...aku tak kesah lagi ngan alam sekeliling...aku gi duduk kat seat yang kosong...cek credit..'cess, tinggal 49sen!' mana cukup kalau nak kol ngan credit ciput camtu...kat sini plak, sah2 tak ada jual topup...aku msg atie, mintak belas ehsan dia (sedey tak?), 'u, ada credit x?transfer'kan i...mau kol ibu la..' haa, camtu la bunyik msg tu...'xda la u.. i pnya krdt pn rm1 je ni u..sori u,' bunyik msg atie lak lepas beberapa ketika...alahaiii...aku duduk termenung jap...berfikir sambil me'lap air mata (cian kan aku...)..hah! aku dial number ibu. 'ibu, where r u...can u come out for a while?' aku suh ibu kuar jap kalau dapat...'what happened? ok, we met at the pintu masuk tadi, ok...' ibu plak dah risau sebab mendengar sora aku yang selama ni cun dah bertukar jadi...jadi apa aar? hmm, jadi tak cun la! senang crita..aku pon tak ada idea nak berfikir sekarang... aku tengok adik..merah mata! hmm, confirm menangis jugak budak ni...'mau jumpa ibu? jom la,' aku ajak dia...
'tu ibu! yess...jom!' aku tarik tangan fatin... ibu peluk kami...anak2 sweetheart nya ini..chewahh!dapat la juga kish2 n hugs2 untuk bekalan beberapa ketika... fuhh, legaa...
lepas jumpa ibu, kami 3 beradik + husband kakak dah on our way gi keta untuk balik... nak kuar dari tempat parking pon 1 hal... 1 jam jugak jadi macam siput dalam kawasan parking menuju ke kaunter pembayaran tu...dua kali ayah kol, bertanya samada kami dah sampai umah atau blom, and guess what! time tu kami masih berada di tempat yang sama! lining up, and cuba menyelit dari lorong tempat parking ke jalan utama... huhh, memang btol2 menguji skill pemanduan aku yang masih hijau ni lagi la... sabar ja aku!
sampai kat umah, time tu dah kul 3.24 am... pewot plak lapar... 'fatin, u wanna sleep already? lets eat fries!' aku ajak fatin yang memang takut mamam benda yang meng'gemok'kan, apatah lagi di awal2 pagi macam nih, takut makanan tu mensia2kan diet-nya...hihii~ mula2 dia tanak, tapi lepas dipujuk rayu, dia mengubah statementnya kepada bersetuju..in fact, dia la yang paling manyak makan fries tu berbanding aku...ceitt! hampeh punya budak...
hmm, sekian la sahaja post ku untuk kali ini...tima kasih coz sudi membaca entri aku yang sememangnya sangat membosankan...=p aku pun dah ngantuk ni, nak tido dulu...korang doa2kan la semoga suma-nya berjalan lancar untuk my parents,ok...semoga selamat pergi n selamat kembali...nitee~
hasil idea bernas pink_butterfly at 3:47 AM 4 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Friday, November 7, 2008
aku, dan pantai...
anyway, coz ibu n ayah dah nak jalan untuk mengerjakan ibadah haji (insyaallah...) subuh ahad nanti (tapi tengah malam esok dah kena gi airport), so, ari ni ktorang (aku & fatin) kena bawak gi jenjalan makan angin kat tepi pantai...memang besh and ada beberapa pix yang sempat kami snap tadi...nanti aku insert'kan kat bawah...
dah lama tak pegi beach, besh pulak dapat tengok pantai lagi...
kitorang gi waktu petang, panass! so, tak dapat nak gi jenjalan kat tepi pantai...cess!
heiii, geramnya tak dapat men airrr!!!!!!
p/s- oh ya, korang! gigi aku sakit la...gusi ni rasa cam bengkak pulak...korang ada petua tak camna nak hilangkan sakit tu selain dari jumpa doktor gigi? aku tanak cabut gigi aku nih, sebab aku sayang suma gigi2 aku! :p
hasil idea bernas pink_butterfly at 8:18 PM 8 ayat-ayat comel
keranamu, oh pewotku...
dalam post yesterday aku ada show-off ngan korang kan betapa awalnya aku bangun walaupun tanpa kerelaan...haa, hari ni dengan bangganya aku nak gitau yang aku telah membangunkan diriku lebey awal daripada besa (bukan lebey hangat daripada besa ahh, jangan silap!) dengan tersangat la relanya....
sumanya sebab awal pagi lagi pewotku yang tersayang ni telah memberikan alarm signal suh bangun, kriokkkk..kriokkk...ha, camtu la lebey kurang bunyiknya...cuma dengan bunyi yang lebih keayuan sket la...aku tengok jam, 'alahai,pewot...awalnya kau bunyik...bagi la diskaun dulu, tunggu 2,3 jam lagi, ok?'...aku cuba memujuk rayu, tapi pewot aku cakap 'no way, dari malam tadi lagi aku nak bunyik tau, tapi memandangkan aku ni berhati mulia (pewot pon ada hati ka?hmm...) , so aku bagi can ko tido dulu, dan sekarang aku nak berbunyik jugak! tak kira...' itu la jawapan yang berjaya aku translate'kan daripada butir bicara perutku ini...aik, aku cakap sket, bukan main panjang lagi jawapan yang kau bagi ah...cess, demand punya pewot...
lalu aku pon turun dari katil, and bukak pintu bilik, usha2 makanan yang ada kat dapur tu...tengok atas meja, cek dalam fridge...yess, ada lagi! tanpa membuang masa, aku pon berusaha dengan penuh khusyuk dan tawaduk-nya untuk menyediakan makanan yang dikenali sebagai...........CORN FLAKES!
haa~ da siap pon...korang da breakfast? jom mamam sama2....=)
hasil idea bernas pink_butterfly at 7:29 AM 5 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Wednesday, November 5, 2008
aku bangun lewat!
huhu, ari ni aku breakfast lewat sket...apa tak nya, bangun tido pon lewat! ni suma pasal kes ber'internet and ber'ym ngan atie malam tadi...banyak sangat gosip, sampai tak sedar embun jantan dah mula menitis...chewahh, korang jangan men2, kalau pasal bermadah pujangga, memang aku la no.1! prasan....=p tapi jangan silap plak, aku mangun subuh tau! tapi tido balik la lepas tu...hihii~
aku ni bukan lah type yang cerewet kalau pasal breakfast...makan apa pun ble, janji sedap! eh, tu bukan bunyik cam demand ka? hmm... anyway, ari ni breakfast aku cumalah se'mug susu and fries yang digoreng sendiri...nyum2...nak share tak?jom2...
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:06 AM 3 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Tuesday, November 4, 2008
aku dalam 'hitam'...
ni some pixs yang berjaya di'amik oleh photographer tak bergaji yang telah dilantik selama dalam keta menuju ke lokasi kawasan jalan2 carik pasal aku tadi... =p aku sebenarnya malas nak upload pixs sendiri dalam blog nih! tapi memandangkan ada sorang member tu suh letak, maka untuk tidak menghampakan nya, aku pun meng'upload la jugak some of my pixs nih, walaupun ada part yang telah 'dihilangkan' dengan sengaja... tapi okay la tu daripada tak ada langsung, kan...hihii~
caption tipu : malas la nak tengok camera! maluuuu...
tapi yang sebenarnya : alamak! ada mamat ensem la...
alahai...jem la pulak...orang da tak sabar nak gi jenjalan nih!
bushannya...kalau bley men masak2 dalam keta kan beshh..!hmmm...
lepas beli2 barang, rasa lapar la pulak! isk, tak habis2 lagi la pewot nih... mentang2 la ujan, asyik mintak diisi ja...anyway, aku pun ajak la my parents untuk lepak2 jap kat kedai mamak... apa yang aku order? tadaaa...~
haa, tgk tu... walaupun lapar, pewot aku ni tak mintak manyak sangat... cukup la sekadar sekeping roti canai + horlicks panas...burrppp, herk, sowie2....kenyang la....hahahaaa...
hasil idea bernas pink_butterfly at 8:55 PM 1 ayat-ayat comel
saja-saja~=p
hmm, i'm thinking to change da above description la...apa pendapat korang? ya la, dulu kan entries aku a bit berbeza dari skg...untuk sapa2 yang dah memang follow da flow of blog aku ni dari awal, mungkin prasan difference-nya...macam tak sesuai la pulak kalau aku letak 'semua tentang kita ada di sini'...kan? mungkin aku kena tukar gi 'semua tentang aku ada di sini'...emm, cadangan yang bernas jugak tu, pandai la pulak aku ni kan...*bangga*
tadi aku kuar jenjalan ngn my parents...gi shopping beli barang2 keperluan ktorang yang bakal ditinggalkan kat umah selama hampir 2 bulan nti...and barang2 tu of cos la....MAKANAN! yaa, my faveret thing! macam2 makanan kegemaran aku grab tadi...dah rasa mcm tak ada lagi barang nak dibeli, baru la aku berlenggang2 gi tempat my parents (time tu dorg kat section lain)utk sesi pembayaran...hik3...aahhh, indahnya dunia nih!*hugs*
sempat lagi aku gi usha2 baju sebelum balik tadi...bukannya nak pakai sangat pon, tapi tiba2 terasa cam nak buang duit pulak...hak3...ni aku da snap pix of baju long-sleeve baru tu...=p
comel kan kartun kat baju ni...haa,sebenarnya ke'kiut'an kartun ni la yang telah menggoda sanubariku untuk membeli baju nih!
oh ya, dalam entri sebelum ni, aku ada mengeluh kan pasal misteri kehilangan charger enset yang telah mem'bwat'kan number celcom aku tu tido untuk seketika? haa, aku dah beli charger baru tadi...murah pulak harga charger enset ni rupanya...aku expect harganya mencecah puluh2, rupanya cuma rm15 dan aku beli ngan harga rm13 lepas diskaun...hik3...so, lepas ni, enset aku tak payahlah tido tanpa kerelaan lagi....aahhh,legaa~
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:56 AM 0 ayat-ayat comel
Labels: diariku
geramm!
aarrghh, sejak semalam lagi aku rasa tensen yang teramat sangat...di mana lah gerangannya charger nokia aku tu... penat aku mencari tapi tak jumpa2 jugak...enset aku yang lagi satu dah teda batteri since yesterday, yang mana ini telah mem'bwat'kan number celcom aku tak dapat digunakan! cess... geram btol la...di umah ni enset ja yang manyak, tapi once nak charge, ha, masing2 sibuk mencari charger yang cuma 1 tu...and now, benda yang satu tu pulak dah hilang...alahai, nampaknya, aku kena beli another charger nih!
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:45 AM 0 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Monday, November 3, 2008
cepat dimasak, sedap dimakan...
haa, post aku kali ni adalah bertujuan untuk meng'show-off'kan kat korang betapa hebatnya aku dalam hal masak memasak nih... ni la faedahnya kalau terrer dalam bab2 masak, makanan bley disediakan anytime mengikut kehendak pewot... nak dijadikan crita, sedang aku duduk diam2 depan laptop (cehh, ayat tu ba...haahaha) sambil menunggu cik atie mem'bwat keja nya yang tersangat2 la lama nya, tiba2 pewot ini terasa semacam lapar pulak (hak3,ada lagi terselit perkataan MACAM tu-masih lagi nak cover line). so, fikiran pun terimagine macam2 makanan yang ble dibaham saat ini...tapi memandangkan keadaan di luar tu ujan, maka dengan konfiden-nya, aku pun meng'grab sebungkus mee megi tomyam untuk dimasak...
mee megi cepat dimasak, sedap dimakan...lalalaaaa~...ha, camtu la lebey kurang aku kat dapur, siap menyanyi-nyanyi lagi..menunjukkan betapa enjoynya aku memasak sambil riang gumbira(hak3, iya la tu)....
lepas lebey kurang 5 minit (tipu ja iklan megi tu, konon megi ni ble siap dalam 2 minit, tapi aku masak kena lebey dari 2 minit juga...)...ini la hasilnya....jeng,jeng,jengggggg (sound efek untuk scene suspen)
haa~, aku tau, mesti ramai yang dah tergoda ngan mee megi aku ni kan...especially tu ha, mr syafiq tu (aik, jangan tak ngaku, sy nampak awk tengah terpegun melihat kehebatan n kejelitaan megi tomyam sy nih! hahaha...) err, untuk sapa2 yang dah terliur nak makan megi aku nih, ble la dapatkan mee segera berjenama maggie dengan harga rm3.45 (huh, belasah ja) kat kedai-kedai atau supermarket yang berhampiran...untuk yang tinggal kat hostel tu, lagi la senang...gi la pau megi kawan sebungkus atau lebey utk yang berselera besar (ikut suka korang la, pandai2 la jaga diri sendiri ah..=p)
hasil idea bernas pink_butterfly at 10:33 PM 2 ayat-ayat comel
Labels: diariku
aku yang bosan!
huhuu, bushannya asyik duk umah ja hari2...bkn tak ble kuar, tapi masalahnya...nggak ada teman kok...member2 suma tgh study and tinggal nun jauh di sana...hmm, kalau dulu time atie tinggal sumwhere around here, ble la jugak bwat aktiviti menyemak d umah owg, at least tak la bosan sgt...tp ever since tahun brapa aaa???alamak! lupa plak da exact year when atie n her family move back to their hometown (kena refer balik nih), n now dah teda lagi rumah member untukku semakkan...=p
kehilangan atie telah mem'bwat'kan tempat lepakku berkurangan, sumber gosip jarak jauh, n yang paling penting adalahhhhh....hilang kawan shupingggg! waaaaaaaa.....memang da lama rasanya tak pegi shuping... macam mana jgk asyik duk memerap d umah ja...da last thing i bought was baju ni beberapa minggu yang lepas...lawa x?
baju ni berlengan pendek, so i have to use sumthing to wear with inside la...aku rasa, skg ke'obses'an ku terhadap pink suda makin berkurangan...i'm more into coklat skg! da manyak baju kaler coklat kat dalam wardrobe tu, tp keinginanku untuk menambahkan bilangannya masih tidak dapat dikawal...hak3...
anyway, yang paling aku suka ngan baju yang kaler2 hijau ke'coklat'an tu ialah part leher nya yang berbentuk V-shaped ala2 seksis where silangan kain tu macam kimono sket...huk3, mantap eh...u ol paham tak macam mana yang i mksudkan tu? ala, yang macam pakai kimono tu ba...kan kain kiri (atau kanan) bersilang atas kain yang sebelah lagi...isy, bwat2 macam paham ja la ah! ggrrr, rasa cam mau marah suda ni...tapi kan, hihii~ sebenarnya teda function pun kecantekan part leher tu...kalau pakai tudung, tak juga ble ditayang2....hmm, ni aku shot close-up sket, nak show-off ngn u ol punya pasal.... =p
cantek kan...?? ni yang rasa cam bkobar2 ja mau try baju nih!
p/s- walaupun baju ni kira lama suda aku beli, tapi masih belum
berkesempatan mau pakai lagi...huhuuuu....
hasil idea bernas pink_butterfly at 4:33 PM 2 ayat-ayat comel
Labels: diariku
hari yang memenatkan~
hari ni ktorang bwat majlis kenduri doa selamat bersempena keberangkatan my parents utk mengerjakan ibadah haji minggu depan...and bwat majlis tahlil skali utk arwah atuk (which i call 'nenek boy'-hehe,rugged kan). anyway, my parents' flight akan fly dari cni kira2 kul8 pagi 9hb november which means, ari ahad dpn daku akan tinggal bersendirian...wawawaaaa...!
walaupun only families and a few of my parents' member yang dtg (termasuk a group of my mom's students n my bro's gangstars), tapi memang full la jgk umah ni smpai tak cukup tempat utk lepak...maklumlaa,family members aku ni memang ramai...and tugas ku of coz,hanya la meliputi kawasan dapurrr sahaja...huhuuu,mula2 malas nak pakai lawa2...plan cuma nak pakai jeans n t-shirt ja sebab memang da tau awal2 that i will only be at the kitchen, but then rasa jeles pulak tgk suma orang pakai vogue2...di sebabkan prasaan jeles yang teramat sgt, aku pun dgn berdaulatnya mengeluarkan perintah to my lil sis supaya meng'iron baju kurungku agar aku tidak ketinggalan utk meng'vogue'kan diwi walaupun setakat menguasai bahagian dapur...cehh...
so, lps bacaan yassin n doa, dorg pun berpusu2 la meng'ambik makanan yang ktorang dah provide'kan sementara aku ngan bakal kakak ipar melekat kat dapur utk memulakan acara membasuh pinggan...ya la,kalau dibiarkan terkumpul pinggan2+gelas2 kotor tu sampai majlis abis, mau nya tinggi menggunung nanti...hak3, teringat plak ngan sorang kazen aku ni (adek) yang time tu baru nak start menolong ktorang meng'isolate'kan pinggan2, gelas2, sudu2 kotor ngan sisa2 makanan atas arahan mak nya...
makcik : dek, tlg asing2kan pinggan kotor tu, buang sisa2 makanan supaya kakak2 ni senang basuh...
sambil duduk mencangkung, c adek ni menjawab...
adek : mau asing n susun (pinggan,gelas,sudu) ikut apa? alphabet ka?
di sebabkan loyar buruknya tu,aku pun menambah,
aku : nda la dek, susun lah ikut jantina...
hak3...kazen ku itu memang suka bwat lawak bodo sket...tp thanx to him, dapat jugak la ktorang settle'kan keja tu ngan cepat...chewahh, macam keja berat plak!hahahaaa... anyway, itu la serba sedikit aktivitiku pada hari ni...penuh ngn buih2 sabun and permainan air...sengal jugak pinggang ni dibuatnya...
hasil idea bernas pink_butterfly at 3:03 PM 0 ayat-ayat comel
Labels: diariku
Saturday, November 1, 2008
rindu~
hmm, kira2 dekat2 nak maghrib tadi, i was on my way home dr kg, sedang diwiku menikmati keindahan alam (chewahhh!) di luar tingkap kewreta, ternampak la pokok2 aru yg melambai2 (ayat jiwang,hak3...) ngn berlatar belakangkan langit di waktu senja...on da spot, trus terasa macam rindu plak nak tengok view matahari terbenam kat tepi pantai~~ n bcoz of dat mood aku pun hilang sbb baru tersedar yang its been a long time since keindahan ciptaan tuhan yang satu tu tak dapat aku nikmati...=(
dulu time kat campus, bukanlah nak dikatakan slalu pegi beach, tapi at least, ada lah jugak g sana...pantai yang common di sini, of cos la pantai tanjung aru...tp da nearest place ngan campus kalau nak release tensen smbil mamam2 ialah di anjung selera~ tempat ni memang besh ngan view laut kat depan and very da fofuler la among campus students and org2 yang tinggal bdekatan...food-nya? perghhh! xble nak ckp babe...especially da kepak ayam panggang...tgh2 menaip ni pun, rasa cam nak meleleh air liur ni ha...hak3...selekeh btol laaa!!! anyway, i still miss da sunset view!!!
hasil idea bernas pink_butterfly at 11:06 PM 0 ayat-ayat comel
Labels: diariku