BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 29, 2010

benda baru...

waktu aku mem'bloghopping dari satu blog ke satu blog, err ekceli, takde la banyak sangat pon... masa tak cukup... so 1, 2 blog je aku sempat terjah semalam... sorry ye kat kawan2 yang aku blom sempat singgah blog korang lagi... ada masa nanti aku masuk ye...

anyway, waktu masuk kat blog ini, aku jumpa ini... apa benda tu? ok, nama benda tu adalah formspring... nak citer detail2 aku tak reti sangat tapi kalau korang click link yang aku bagi tu, insyaallah korang leh paham sendirik. hehehe.. cuma conclusion yang aku ble xplain kat cni adalah function formspring ni, di mana thru mende ni, korang leh tanya apa2 benda je kat tuan punya akaun tu ... yaa, APA2 SAHAJA... untuk contoh2 soalan yang terlampau, boleh rujuk di sini...

oleh kerana aku rasa benda tu cam best ditambah lagi dengan sifat aku pon memang mudah terpengaruh, maka 1 akaun dah ter'create dengan jayanya... jadi jika kamu kamu dan kamu mempunyai soalan yang selama ni terpendam jauh di sanubari, ble la tanya sekarang... tapi ingat! jangan plak korang gi bwat soklan2 terlampau macam yang korang nampak dalam link yang aku bagi tadi tu...


sebarang soalan ble zoom'kan kepada ---->>> http://www.formspring.me/nurulidzyani

sebarang soklan2 yang tak berdisiplin, atau yang mengganggu sensitiviti jiwa aku tidak akan dilayan... hahahaha, boleh gituuu???=p

Sunday, March 28, 2010

lagi 3 minggu

berapa hari dah aku tak hapdet blog nih? 1...2...3... waahh, tak terkiraaa! nak kata busy, duk depan laptop jugak berjam2... baru jumpa beberapa blog yang sungguh enak dibaca begitu saja, sampai abis sume entry2 die aku baca...hehehe... tak tinggal comment pon... jadik silent reader je..=p tu laaa, asyik menyibuk kat umah orang, nak jenguk umah sendiri pon dah naik malas...eheheh...


urmmm, takde ape story best gak ekceli... cuma nya tinggal 3 minggu lagi aku nak abiskan latihan mengajar ni... tak sabarrrr.... eh, bukannya tak suka mengajar ye... i love teaching, tapi part nak kena observe lecturer tu yang bwat aku ketar lutut tuh... ngeri tauu feeling die bile kau mengajar kat depan, ade orang duk pandang kau kat belakang dengan muke ketat sambil ketuk2 pen atas buku rekod. tu belom lagi kalau orang tu bwat muke kompius bile kau mengajar... ble bwat kau rasa cam, eh btol ke ape yang aku ajar nih? mau nye ter'salah ajar, salah bagi rumus ke..eeeiii mati le akuuuuu jap lagii.......


haihh, bosan kan? tu la yang bwat aku malas nak hapdet blog ni...story pon cam apee je... bek duk diam2, tak menyusahkan orang.... hehhehe*sambil ketuk kpala


ehm ok la, kalau aku rajin, esok aku hapdet lagi...


tataa sume~~~=)



oohh tak tau dah penah post pixie ni atau blomm...saje nak up'kan my profile pix dalam facebook...hahahaa... annoying kan?=p

Tuesday, March 2, 2010

halluuuuuu....

haluuu haluuuuuuu....


long time no see!!!!! haha.. aku baru lepas balik bercuti dari kampung halamankuuu... sabah bahhh.... at 1st, aku plan nak hapdet blog time cuti tu, tapi oleh kerana aku bzzzzzzzzzzz bz la sangattt.. goyang kaki kat umah, maka niat tersebut telah tergendala dengan jayanya...hahaha....


syukur la sekarang dah terbuka pintu hati nak update blog ni... ini bermaksud aku dah berjaya meng'syoohh syoohh'kan rasa malas dalam diri... *bangga


haihhh.... kenapa la dari tadi aku rasa cam tak sedap badan je... macam ada orang ber'boxing2 dalam pewot aku ni ha... rasa cam nak muntah, tapi bila try nak muntah, tak ada benda plak yang nak kuar.... geram plak aku... enchek pewott, esok aku nak gi skolah ni weii, jangan bwat hal plsss..... wawawaaaaa.....

Monday, March 1, 2010

ada branii???

lokasi kejadian- cafe asrama
time- waktu dinner baruuuu jap tadi

aku- pakcik, saya nak bayar nasi goreng paprik ni...

pakcik jaga kaunter- dah ade da orang bayarkan tadi... lelaki baju merah...

aku- *tepuk dahi sendiri. kalau ku tau ada orang nak belanja, dah aku order manyak2 tadi. siap bungkus lagi.


hahaha..takde la... tapi.... haish, aku tak suka laa... ntah ngan sape2 aku terhutang budi kekenyangan pewot nih...




haa, sape yang blanje aku tadi? meh le blanja pakej kawen untuk aku kalau berani sangatt!


arkib: album kawen member skola menengah

Sunday, February 28, 2010

kawen

hari ni kawan baik aku, mar @ ann kawen. tahniah n slamat menempuh alam rumahtangga! eh, sedap je wish kat sini, macam lah dia baca blog... takpe la, dah terlanjur ter'taip, malas plak nak delete balik=p

pertengahan bulan depan, another kawan aku waktu blajar kat ums plak kawen... ngan boipren dia waktu kat campus jugak...alhamdulillah, sorang kat semenanjung, sorang kat sabah, atas pelamin bertemu juga...ewaahhh!


tahniah2 ler kat korang semua ye...semoga kekal bahagia hingga akhir hayat... amiiiin~


aku jugak yang tak kawen2 lagi....
haihh~~



bila pulak turn aku ye???

Tuesday, February 23, 2010

1st observation

esok aku akan di'observe oleh lecturer di dalam kelas, jadi currently tengah busy preparing apa2 yang patut. since dis is the first time sejak aku praktikal, aku sangattttt2 neves. dah la budak2nya nakal ya Rabbiii....




semoga tidak pengsan waktu tengah mengajar esok.



(^_^)



Sunday, February 21, 2010

tak tau nak letak tajuk apa, so abaikan saja part title ini

okey... hari ni hari ahad tapi tak ada plan nak bwat apa... amboiii yann, macam la tak ada keja lain pulak yang kau bley bwat ye, tu haa jurnal tak siap lagi... kalau tak ada keja sangat, bwat lesson plan untuk seminggu kan lebey afdhal... tapi disebabkan hanya separuh daripada hati aku je yang cakap camtu dan bukannya sepenuh hati, maka aku pun masih disini... menghadap laptop tapi tak tau nak bwat apa. hahahha...

alaa malas la nak bwat keje sekarang... apa class bwat keje time2 cuti ye tak... bwat something yang fun and exciting la best! tapi kalau nak kuar, member pulak tengah sedap2 tido, nak dating, bopren tak ada. haiyaa sangat bosan woo! err sebenarnya bosan memikirkan fakta bahawa esok adalah hari isnin bersamaan dengan 22hb february 2010 yang merupakan hari kerja pertama selepas tempoh kebebasan untuk tido lambat, bangun lambat, membwat aktiviti goyang kaki selama seminggu berakhir.. =( tak suka tak suka tak suka! err, more school holiday pelissssss...............

sekarang pewot lapar, tapi malas nak makan... haih yann, kata nak temokkan badan, apa kes malas nak gi makan pulak ni?! alaa, bukan salah aku... tapi mulut aku ni haaa, malas nak mengunyah... bak kata pepatah perut kata mari tapi mulut kata pergi... perghhh sedap jugak peribahasa aku tu kan! tapi untuk adik2 yang masih bersekolah, walaupun ni blog cekgu, tapi jangan pulak korang pegi amik peribahasa tu pastu letak dalam esei B.M korang pulak ye.... dalam esei B.I takpe. ehh tak takk... jangannn.... ! haish, kau ni yann, abis anak orang fail b.m pulak kang...

ehemm! cakap pasal 'cikgu' ni, tetiba terfikir plak aku, layak ke aku ni jadi cekgu sebenarnya? dah la perangai pon ntah hapa2, cakap merapu2... macam takleh dipecaya lak aku ni ble didik anak orang. huhuuu...

sampai sini je la entri aku. aku nak gi bermuhasabah diri kejap.

ok tipu. sebenarnya nak pegi makan. heheheh.... daa~

Saturday, February 20, 2010

cara-cara menurunkan berat badan dengan menggunakan kaedah yang disukai ramai

untuk kamu, kamu dan kamu yang telah meng'google tips atau cara cara untuk menurunkan berat badan, jangan risau kerana anda berada di tempat yang betul. di sini saya mempunyai tips untuk anda menurunkan berat badan secara mendadak sehingga pada akhirnya anda akan merasa rindu dengan kehilangan lemak2 tersebut yang pasti telah setia bersama anda selama ini mengharungi susah dan senang.

aku dah lama men'discover' cara cara untuk menyelimkan badan ni, cuma nya malas je nak kecoh2... tapi sekarang aku dah terasa cam nak reveal la secret tu sebab dah tak tahan nak pendamkan perasaan ati aku ni yang sangat tertekan dengan mendiamkan keberkesanan kaedah tersebut. mesti korang dah tak sabar nak tau kan? takpe2, sabar dulu ye, sila la baca cite aku ni saaaaaampai abis, pastu korang carik sendiri apa isi2 pentingnya sebab aku malas nak highlight'kan points2 tu suma... then korang ikut la apa yang aku bwat tu untuk mencapai hasil yang sama macam aku, tapi kalau lain pulak hasil yang korang dapat, aku tak bertanggungjawab ye....

*********************

ok lah, al kisahnya, lepas balik dari kampung abang ipar ari tu, hari bekerja still berbaki 2 hari that is, khamis and jumaat since kakak and abang ipar amik cuti CNY sampai rabu, hahaha, lagi cina berbanding orang cina pulak dorang tu kan... ceehh mengata orang walhal cuti aku sendiri lebey panjang dari dorang. ai cuti seminggu u olsss, jangan jelesss.... =p ok ok back to the story...

khamis and jumaat tu aku still spend kat umah kakak lagi after balik dari kampung. tak bwat apa2 pun, tido makan online tengok tv tido lagi pastu makan. tuu je la aktiviti aku selama 2 hari berturut2. bosannn sampai rasa nak demam! last2 aku mintak kakak antar aku balik hostel ari sabtu instead of ahad.

sebelum balik tu sempat lagi aku bertimbang berat badan kat alat timbangan di umah kakak. berat aku turun 1 kg!!! omaigodd, ni tak bley jadik nih. dah la nak kumpul 1 kg dalam badan pon susahnya ya Rabbi.... ni plak senang2 je dia nak turun dalam masa 2 ari aku kat umah tu...

balik je hostel, aku mula memikir agenda dan cara cara yang produktif tentang camna nak mengumpul lemak2 dalam badan semula. aku kuar ngan orang
ini dan kami pegi melantak kfc... balik hostel, ajak member lain plak gi makan nasik. nampaknya aku kena bersemangat dan tekun berusaha dalam mencapai misi yang satu ini. naik 1 kg lagi pun cukuuuuup la... tapi kalau naik 5,6 kg aku lagi suka!

eehhh kesian pulak ngan those yang betul2 berniat nak cari tips untuk kuruskan badan tapi dah kecewa dengan memasuki blog ni... hehe... ampuunnnnn... err, ni je la tips yang aku rasa berkesan untuk korang. EXERCISE! cara pembuangan atau lebey tepat lagi pembakaran lemak secara sehat. takyah la makan ubat kurus ke... ape ke... kang ada side effect, sapa jugak yang susahhh kan...
salah satu exercise yang senang and yet fun to do is JOGGING! ajak la family, kengkawan, bopren atau gepren korang gi jogging, selain dari menyehatkan badan, ble jugak merapatkan hubungan... kan...kan..kan... tengok lah dua kanak2 riang berkejar-kejaran kat pixie bawah ni... sangat sweet bukann???? ;)


aww~








mesyuarat tingkap- sape pernah try amik weight gain? berkesan takkk?


Thursday, February 18, 2010

cuti- cuti malaysia

hallu haluuu...

hai... korang pe kabar? dah 7 ari aku posa online tau... korang prasan tak? rindu aku takk? bek cakap korang rindu, kalau tak, nanti aku tanak kawan korang lagi. wakkakaka cam ayat budak2 darjah 2 le yann!

ekceli aku spend cuti CNY tu kat kampung abang ipar kat kuala kurau, perak. of cos bawak berukband yang selow gila ni, ingatkan leh online dari sana, takde la bosan sangat nanti. tup2 bila aku try online ngan laptop akak, tak dapat connect plak! ingatkan takde line ke, laptop problem ke... so aku biar je la.

demi nak menahan nafsu nak online tu, aku pon bwat2 la bizi goyang2 kaki kat sana. di samping tu, sebab dah duk kat kampung, aku pon kena la tunjukkan ciri2 sejati gadis timur yang memang semulajadinya wujud dalam diri aku nih, mane le tau ada makcik2 yang berkenan nak bwat menantu kan... ai amik langkah keselamatan dari awal je...ahaks! nasib bek berjaya tau, kalau tak, memang huru hara macam orang kegersangan le aku kat sana menghitung hari nak balik semata2 tak sabar nak online...

tak tau nak cite pasal apa, dalam draft aku ni ekceli ade post pasal gathering ari tu yang tak sempat nak publish, tapi rase cam dah ketinggalan zaman je kalau nak publish sekarang. orang lain dah up banyak entri2 lain, aku baru terkedek2 nak publish entry gathering tu. wat malu ai je.... hmm tapi i still nak masukkan some pixxie berkenaan ari tu jugak. aku tak kira korang dah penah tengok dalam blog memember lain atau blom. bwat2 cam tak penah nampak la ye!=p





aksi ja lebey, tapi ekceli bola asyik masuk longkang. err, gadis berbaju putih maksud ai... ehee~






ok la, cukup le tu... letak manyak2 kang, jadi photo album plak... oh ya, aku malas nak bwat caption pix satu2, korang bwat2 caption sndirik la ye! tataa~ hak3, gile pemalas aku nih!

Monday, February 8, 2010

tak boleh terima kenyataan yang sungguh memilukan...

arghhh! stressssss! kenapa ini bole terjadiiii??? whyy? whyy????



aku takleh terima la kenyataan ni bila,


..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..










dress dah vogue2, tapi ini je yang nampakk???!



kucewa daku... tskkk...


photographer2 suma, cepat2 upload gambar weiiii!

Friday, February 5, 2010

orang sabah

student - teacher, teacher asal mana?

aku- teacher asal sabah... knapa?

student- eh, saya pon orang sabah!

aku- ooo really? sapa yang orang sabah? mak? ka ayah?

student- mak saya orang sabah... ayah saya orang sabah. kakak saya orang sabah... adik saya orang sabah... saya pon orang sabah... kami semuaaaaaaaaaaaa orang sabah, teacher....
aku- *migrain

Monday, February 1, 2010

teacher gorilla... ha ha haa...

'teacher.. teacher... die kate teacher garang... macam gorilla..' kata sorang anak murid aku sambil tunjuk kat kawan dia.


hamboiii, pandai plak awak nak komplen kate teacher garang ye. dah awak tu asyik nak maiiin je, teacher ajar kat depan, awak bole main golf kat belakang, of course la kene marah... takkan teacher nak gelak2 join awak main skali... kang teacher btol2 bwat macam tu, awak kalah pastu nangis, sape yang susah nak diamkan? teacherrrr jugakkk...

haihh, sabar je la haku melayan budak2 nih... kadang2 bile dorang tanak dengar cakap, aku rase gerammmm sangat, tapi kadang2 tengok karenah dorang tu rase cam klakar pon ade...


'teacher, die amik pemadam saye...'

'teacher, halim bwat jadual tak pakai pembaris!'

'teacher, die kacau saye!'

'teacher... teacher... die bwat hidung bab* kat saye...' *sambil penyekkan hidung*

'teacher, seluar saye koyakkk!' *sambil tutup bahagian tutttt*



kejap2 teacher.... kejap2 teacher! dah jadik macam zikir pulak perkataan tu.... kalau nak cakap pasal studies takpelah jugak, tapi sampai nak report2 mende kecik tu yang tak tahan tu...

haihh, kidss!=)



teacher gorilla





p/s patutnya aku jawab camni, kalau teacher ni 'teacher gorilla', sape yang teacher ajar? mesti lah gorilla kan? sekarang ni teacher ajar kamu, jadi kamu la yang gorilla, bukan cekgu... akakakaka...

Thursday, January 28, 2010

aku dah abis air liur meng'explain dalam kelas, tapi ini yang aku dapat bila check exercise book dorang...

QUESTION 3

below are the numbers of students enrolled in SK Bandar Jaya.

year................number of students
2000...........................1050
2001........................... 1174
2002............................2053

what is the total number of students enrolled in those three years?

figure kat atas ni supposed to be in jadual, tapi oleh kerana aku tak reti nak bwat, korang imagine je la figures2 tu duk dlm jadual ye~



ANSWER

1) 2000 + 1050 = 3050
2) 2001 + 1174 = 3175
3) 2002 + 2053 = 4055




tiba2 muka aku terasa panas, kepala berdenyut2 dan rasa cam nak meraung.

Monday, January 25, 2010

argghh, stupid mistake!

demmit! aku salah tekan 'accept' walhal itu hanya friend suggestion and bukannya friend request. now looks like aku yang request nak add dia dalam friend list facebook aku. mesti dia fikir aku ni excited sangat nak keep in touch ngan dia... after that 'tragedy' , dalam mimpi pon aku tak hingin nak jumpa tau!


help me!

is there any way that i can do to cancel the friend request?





23hb lepas besday aku. will update later. skg dah xde mood.

Thursday, January 21, 2010

jenguk2 blog kejap...

dah masuk 4 hari aku praktikal kat sekolah tapi masih blom bwat review pasal keadaan di sana. kalau aku cakap busy sampai tak ada masa nak hupdate blog, kang ada plak orang cakap aku ni cam poyo, baru jadi cekgu praktikal tapi dah busy mengalahkan orang yang dah keje tapi still ada masa nak bwat update.

ok la, the truth. aku memang busy la. sampai hostel dalam pukul 2, lepas mandi and solat, aku terpaksa mengalah dengan tuntutan mata aku yang meminta untuk direhatkan. jadi apa lagi? zzzZZZZZZ la aku sampai ke petang. lepas maghrib pulak dalam kul 7.45 aku gi kuar makan, balik kul9. dah sampai bilik, bwat apa2 yang patut including iron baju... dah siap suma, dah tiba waktu tido.... see? busy kan aku? sekarang korang cakap bila masanya untuk aku hapdate blog?

tadi aku dah start masuk class. giler la... students2 nya nakal i tell u... aku berpeluh2 mengajar di depan, dorang ble plak bwat keje sendiri kat belakang. last2 bile aku dah tensen, aku tunjuk je budak tu suh jawab soklan yang aku tengah bwat kat depan. dengan muka yang garang tauuu! ahakks~ time tu la baru nak mengigil2 die takut kene marah.

balik je kat stafroom, 1st thing aku bwat is minum air. tekak kering. member2 sume tegur tanya knapa muka aku nampak pucat. ekekeke... macam hape je aku kan? baru masuk class 1 jam dah exausted. belum lagi dapat jadual macam cekgu2 lain yang dapat 32 jam seminggu... mau terketar2 kepala lutut keluar masuk kelas sepanjang hari...

ok la, gotta continue my work. tengah siapkan lesson plan untuk next week.


chow!

Monday, January 18, 2010

hari pertama...

1st day at school!

best! excited! nevess! exausted! suma feelings bercampur aduk dengan sebati nya... awal pagi sebelum matahari cakap good morning malaysia lagi kami dah kuar untuk catch a taxi... 1st day kan, tak tau lagi how bad the road jam could be... malam tadi kul10 dah landing atas katil, tapi hampeh btol mata tanak lelap jugak... pusing kiri kanan last2 kul 12+ jugak aku tetido... cehh, sama jugak macam malam2 sebelum ni...

so far kami diterima dengan warm welcome la tadi... from the penolong kanan to the teachers, so far semua nya okey... bukan untuk awal2 ni saja, tapi biar la sampaaaaaiiii tempoh praktikum ni abis... insyaallah... oh ya, kami belum jumpa the guru besar lagi coz today she has to attend a meeting... i hope she's okey too...

untuk hari pertama ni, of cos la belum ada task apa2 lagi... maybe esok baru kena bagi jadual kelas. haihh, neves pulak nak gi mengajar ni... ekceli nak mengajar tu aku tak kesah sangat, tapi part kena observe oleh guru pembimbing and lecturer yang tak bley nak tahan tu... mau nya aku terketar2 kat depan class nanti... eeeii tanak2...

okey la, need to go to sleep oredy... esok kena bangun awal, kalau tak cukup tido kang mata macam panda pulak... nitie nite everyone!




jom pegi skola! =)



eh silap dress code plak!

..

..

..

..

..

..



haa, baru betul... 1st dat at school... selamat pagi cekgu!=)



p/s untuk kawan2, i'm so sorry tak dapat jenguk umah korang malam ni... tak sempat! insyaallah esok aku datang ye~



Sunday, January 17, 2010

harapan sebelum aku kawen...

pagi tadi adik aku msg dalam fb... dia cakap insyaallah bulan mei nanti dorang nak gi umrah... dorang tu adalah adik, ibu dan ayah. waaaaaaaa, tersangat2 la jelesssss... aku pun nak pegi jugakk! tapi waktu tu aku still ada komitmen lain yang takleh nak elak... studies aku tak abes lagi... bulan mei mana ada cuti kan? kalau ada cuti, sumpah aku nak pegi!


ari tu ibu cakap nak tunggu aku abis blajar dulu then baru pegi sana sama2 1 family... tup2 dah tukar plan pulak... hmm, tak apa la... maybe bukan rezeki aku untuk pegi dalam masa terdekat ni... tapi kalau ada rezeki, aku harap dapat perform umrah before aku kawen... using my own expenses...



aku harap sangat2!



R.I.N.D.U...

p/s kurus kan aku? tengah berusaha nak gemokkan badan ni... any tips selain makan manyak2-sampai-pewot buncit-dan terpaksa-longgarkan-tali pinggang-waktu-makan-kat kafe-sebab-takleh-nak-bernafas-lepas-makan?

Friday, January 15, 2010

widget baru.

haa... untuk korang, korang and korang yang dah besa masuk blog ni, mesti korang prasan ada penambahan berat widget yang aku ada bwat. ehem2, aku harap korang prasan, kalau tak, aku kecik hati tahu!

untuk mereka2 yang tak prasan tu, take a look kat side bar belah kanan ni... 1st of all aku dah add facebook badge kat situ. so anyone yang nak further contact ngan aku, leh le add... maybe ada jugak yang aku tak accept, tengok orang jugak la... takde la aku suka suki je nak bagi orang yang ntah sape2 tau pasal daily routine aku, personal info or tengok gambar2 aku kat sana kan... maybe yang slalu jenguk2 aku kat sini je akan di' accept.

2ndly, skroll'kan cursor anda kat bahagian bawah facebook badge, ada nampak pool poll kan? kalau rasa cam boring atau tetiba rasa cam ada extra kerajinan, ringan2kan jari jemari halus mulus korang tu untuk jawab soklan2 yang aku letak kat situ.. berpenat lelah aku fikir nak bagi soklan apa kat korang.... tu la hasilnya... hahahaaa...

Thursday, January 14, 2010

unknown number.

dah 2 hari berturut2 aku dapat sms dari unknown number. bila aku tanya siapa, dia juz cakap aizat. mana la aku kenal sapa2 yang nama aizat melainkan aizat af yang menang dalam juara lagu ahad lepas tuu... he said that dia from maktab yang sama ngan aku and got my number from a friend of mine. nak berkenalan konon. aku malas nak layan coz manatau tu kawan2 yang saja nak kenakan aku kan. heran jugak coz dia msg kat my maxis number of which tak ramai yang tau number tu.





kalau aku dapat tau sapa yang nak main2kan aku tu, SIAP LA! aku sekeh2 kepala lutut dia...

Saturday, January 9, 2010

aku yang HOT!

tajuk entri yang tak ble blah! ahahaa.... saje je tu nak prasan hot...=p tengah aku duk terbang2 kat blog kengkawan, ternampak plak nama aku terselit dalam sesi tag menge'tag nih... haih...menyesal sy masuk blog awk tau asada.... =p

tapi oleh kerana aku pon takdak idea nak bwat apa untuk next entri, meh le kita sama2 bwat tag tu ye...

soalan 1- adakah anda rasa anda HOT?
urmm, frankly speaking, no la... aku tak rasa aku HOT pun... suam2 air milo je~ hee...

soalan 2- upload gambar kegemaran anda
aku ada banyak gambar kegemaran tapi kasi up yang ni je la...


ahahaa amacam asada? HOT tak pix ni? ble lawan pix awk tak? ahaha...

soklan 3- cerita pasal gambar
hmm, gambar ni diambil di simpang mengayau, the TIP OF BORNEO... tak dapat imagine? okey, semua sila google map sabah sekarang... tengok part paling atas map sabah tu... nampak tak ada 2 tips? lokasi simpang mengayau ni adalah pada bahagian hujung belah atas sabah yang sangat obvious dilihat dalam map tu... korang paham x? haih, nak explain pun susah, meh la dtg sabah, aku leh bawak g tempat ni... ehe~

soklan 4- bila kali terakhir makan pizza
around bulan disember la... tapi tak ingat the exact date... makan ngan family... nape tnya? nak blanja ke? joom! =p

soklan 5- lagu terakhir anda dengar
lagu irwansyah- camellia
besh lagu ni... korang ble download kat SINI ye...

soklan 6- apa anda bwat selain menyelesaikan tag ni?
tak bwat apa2... sambil2 ber'facebook nih...

soklan 7- selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
tak ada nama lain selain nama sendiri... yann.. =)

soklan 8- tag lagi 8 org
kalau tanak tag orang ble takk? hehe

so oleh kerana aku takde tag sape2, secara otomatiknya soklan seterusnya tu takyah bwat la kan enchek asada???*wink* ahaha... pintar sungguh bakal cekgu nih!

settle sudah~~~ pheww... dah lama tak bwat tag, rase nak juling dah bijik mata... @_@


=p

muka cute tapiii...

orang itu-

apsal banyak jerawat ni? muke cute...
beli la produk anti jerawat yang jual kat kedai2 jamu tu... tak pun beli kat farmasi ke.. bla..bla..bla....
err, asal mane?
sape name?
dah ade pakwe ke?


aku- *menyampah*


haihh, ayat mengorat tak ble blah! ade ke sampai jerawat aku pun disebut2...


kecik ati jerawat ai tau!


mencik!

Thursday, January 7, 2010

aku rindu dia...

ni semua orang ini punya pasal... sedap2 melontarkan soalan pasal baby boy abang merangkap anak sedara aku yang mana pertanyaan tersebut secara langsung telah membwatkan aku merindui si kecil yang baru berusia... emm... brape ek? jap nak kira... ha, 16 hari... 16 hari lepas, baby muhammad farish ikhsan lahir melihat dunia... =)

feel rindu aku ni sama la macam rindu seorang mak terhadap anaknya... chewah, over pulak... mana taknya, sejak lahir 22hb disember lepas, aku la yang jaga baby tu coz akak ipar aku deliver secara caesarean, dengan diri sendiri nak kena jaga, memang dia tak dapat nak jaga baby tu bwat sementara... even nak bangun dari katil nak gi toilet pon kene dipapah... abang aku lak, kesian jugak coz kena urus macam2... mana nak fikir pasal wife die yang masih tak sihat... baby lagi... so aku sebagai adik yang baik ati ni la tolong jaga anak dia...=) even tido malam pon ngan aku walaupun ekceli da whole night tak dapat tidur coz risau nak biarkan baby tidur takde orang tengok... ya la, u know kan babies ni, lagi2 yang blom sampai sebulan pun umo die, mereka adalah sangat2 fragile... manetau die ksejukkan ke... kain tertutup muka ke ish, nauzubillah, nak susu ke, buang air ke... kena la tukar lampin asap, kang timbul ruam2 lak kat kulit baby...

ehmm, sedey je rase bile kena balik maktab n tinggalkan si jantung hati yang sorang ni... :'(


baby baru berumur 11 hari dah pandai senyum n tengok camera... ahaha, sangat comel..


after menyusu trus tido... haihh


baby farish yang kuat tido... mcm aunty die... oopss! ahaha~


rindunyaaa!!!


kali ni bagi chance kat baby farish mendominasi blog acik yann die... asyik muke aunty die ni je kat sini, boring gak kan=)

Wednesday, January 6, 2010

jahat ke aku?

5:54amS*****
salam yan..

5:54amNurul Idzyani
w'salam


5:55amS*****
ngah wat apa..smbil2 layan fb..?

5:56amNurul Idzyani
ya


5:56amS*****
..yan, ada soalan personal nie mau tnya..?

5:57amNurul Idzyani
apa dia?

5:58amS*****
...bila kita mau declare nie...?

5:58amNurul Idzyani
apa pulak?


5:58amS*****
aik..? jgn la marah lu ba..

Nurul Idzyani
mana ada mrh

5:59amS*****
hmm...okey la honestly aku gtau...
klu aku jd bF ko ble ka...
errr..?amcm..?
serius nie yan...
cuba ko bg pendapat lu... tp jgn la marah...

6:02amNurul Idzyani
aik
ari tu ckp mau btunang suda thn ni
apa kes mau jd bf aku skg

6:02amS*****
napa snyap...? surpise ka statemnt aku..?

6:02amS*****
hmm...pjg nya cerita nya yann....
org ckp wlu pn seminggu mau kawen mcm2 ble brlaku...

6:04amNurul Idzyani
yala2
nda pyh la crita


6:04amS*****
aik..klu aku nda crita t ko ingat aku
saja2 plak..
aku serius nie...
klu betul,, sudi ka ko trima aku...?

6:05amNurul Idzyani
kau ni, knapa lg cri aku?
org lain kn ramai lg
kau pn ada ramai kwn

6:06amS*****
aku mmng dah agak tu mct jawapn ko...

6:08amNurul Idzyani
then, klu kau mmg suda tau jwpn aku, knapa mau buang msa tnya2 lg
jwpn still mcm dlu
nda pernah berubah
sorry




korang rasa jahat ke aku terlampau berterus terang cakap macam tu?






Tuesday, January 5, 2010

there's still no magics...

abis je class petang tadi aku terus rush balik bilik. rehat jap, mandi, solat n bersiap nak memenuhi janji untuk pegi jumpa kawan.

meeting him kat kl sentral je. after makan kat subway, we both pegi jalan2 kat planetarium coz dah bushan sgt taktau nak gi mane...

tapi bukan itu yang aku nak crite.

the story is... aku g jumpa somebody... tapi still no dup dap dup dap walaupun i can see that he tried so hard to be... em... gentleman i may say? entah la... but it feels awkward to me...
ah, again... looks like he is also not the one...


this year insyaallah i will be 24... tapi tak rasa cam 24 pun... mcm 4 thn lg ada...uhuu...



waiting for somebody with magics to trigger the dup dap dup dap in her heart...


Monday, January 4, 2010

kat hostel dah~

now aku dah kat hostel... boring. hari ni agak kelam kabut. biasa la, 1st day kan... dengan bilik yang belum abis di kemas, barang2 belum complete, dan kepelbagaian mazhab pasal jadual dari lecturers. sorang cakap camni, yang sorang cakap camtu. sudahnya student yang jadik confuse. tak tau nak ikut cakap sapa. aii, poning den...

18hb ni dah nak pegi praktikal, tapi aku masih blur lagi... tak tau camna nak mengajar, and apa yang nak diajar... kesiannya bakal2 anak muridku itu nanti...=(

location skolah pun aku masih taktau lagi... tengok la, hujung minggu ni ke pegi jalan2 makan angin kat area damansara tu... ahahaa, makan angin la sangattt... padahal ade misi... misi jalan2 ari skolah...

kena tau gak kan bape jauh skolah tu dari hostel and kul bape nak bertolak gi skola tiap2 ari... dengan jem nya lagi... aii, tak dapat nak imagine kene gi skola awl pagi lepas subuh naik cab nak elak jem. eee~ kalau nak menyewa kat sana lak, ada ke orang nak accept penyewa juz untuk 3 bulan? for sure la takde kan...

okkk... tu je la kut 'report' dari aku wat mase ni... boring kan? ahahaha... ekceli aku nak tido tapi tak dapat lak nak lelap. mungkin sebab tak besa lagi kat tempat baru... huhuu so here i am... melekat depan laptop tapi taktau nak bwat apa....

hmm, nak g makan la. k, bye korang! =)



jalan2 kat beach waktu cuti ari tu. rindunyaa saat2 ini... *apsal aku ala2 keskemaan ni? haihhh!*