BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

hadiah + gift + present

ehem2... ari ni aku nak post entri pasal parcel yang aku trima kelmarin. actually parcel tu dah sampai kat umah last friday, but then sebab tak ada orang di umah, abg posmen tu bawak balik the barang gi post ofis and suh amik di sana saja....

so, sebab aku keja, and kebetulan my bro nak gi town, so, dia la yang tolong amik dat parcel. bersemangat aku balik keja kemarin, tak sabar nak bukak parcel tu...

apakah isi parcel tersebut? dari siapakah? jeng3....

waahhh, sukanya! sukanya!!! *melompat2 hati aku* aik, hati pon ble melompat.... ish3...

tapi yang aku paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling suka is da keychain... comel~~~~~ secomel penerimanya... ekekeke, prasan!=p

kenapa aku suka keychain tu? meh cni aku close-up'kan.... pssstt! nak jugak bagi korang tengok...haha...

okey, let me ulang for you... YAN, Yakin, kecantikan Asli, meNakjubkan... waaahh! aku rasa memang si pemberi hadiah tu telah menjadikan aku sendiri sebagai sumber inspirasi dan ilham sewaktu memilih hadiah2 ni kan... kembang semangkuk aku jadinya... ekekekek=p

persoalannya, siapakah pemberi hadiah tersebut?




dan kenapa aku cakap si pemberi hadiah tu jadikan aku sebagai ilham?








anda nak tau?




sila skrol ke bawah...








jeng3....







betul nak tau ni?





ready?







aku letak ngan pixie skali k...














jom tengok bukti di bawah!






eh ini pixie aku....













apa kaitannya ngan si pemberi hadiah???









teruskan skroll~~~






comparekan dengan pixie di bawah...



ready k....





tolong jangan pengsan...








pixie dikidnap dari sini

see??? aku dah cakap kapten ni jadi kan aku ilham and pencetus inspirasi dia.... cara pose pon dah nampak kan.... aww, kapten ni... kalau ya pon, jangan la tunjuk obvious sangat.... rama2 malu la~~~

ucapan untuk kapten :- whatever it is, thanx banyak2 for the gift~~~~ so sweet la u ni.... i terharu...=p

Monday, March 30, 2009

sayang kinabalu~~~

actually aku ada banyak story nak di'share'kan... tapi tak apa la, aku up'kan entri pasal ni dulu sebab dah promise ngan 'orang ni' untuk spare'kan tonight's post untuk purpose kat bawah bukan propose k... =p

apakah dia? tadaa~~~


thanx banyak2 wahai enchek syah~~~ lain kali, kalau tiba2 baik ati, sila la bagi lagi.... eceh!

khas untuk enchek syah, aku dedicate lagu ni untuk kita.... aik, KITA? haha, sebab aku suka lagu ni la.... and aku pon baru tau dat enchek perisik ni pon suka dis song.... so, kita share2 la dedication ni k, syah!

those yang tak penah dengar lagu ni, especially yang bukan sabahan, jom la layan sama2... psstt! untuk kf, wajib tau lagu ni k... ble bwat surprise untuk si dia... hik3....=p

ada 2 version lagu aku letak kat sini...

versi rock


versi comel


kalau nak tengok version asli, ble search kat youtube ya!

Saturday, March 28, 2009

aA + bB

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati?

sebuah kisah perjalanan... perjalanan bersama masa... perjalanan cerita aA + bB. semua orang belajar, tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.



credits to Hlovate...



gambar sekadar hiasan




currently bertemankan satu kisah perjalanan aA + bB~

Friday, March 27, 2009

a little something~~~

ehem2... oleh kerana takut ditembak oleh enchek pj yang begitu teringin untuk melihat awardnya di pastekan di tembok taman rama2 yang berprestij ini, maka dengan penuh rasa tanggungjawab dan sebagai menghargai pemberian dari beliau, di sini aku ingin menayangkan award tersebut...

tadaaa~~~

hahaha... sangat comel bukan? agak2 kalau rama2 kiss rama2 okey, bukan aku... katak ni, adakah ia akan menjelma menjadi putera raja yang ensem dan macho??? hmm... itu la yang kita tak tauu...

okey la, untuk menunjukkan rasa gumbira diri ini terhadap pemberian award dari pj, aku ingin tujukan lagu kat bawah khas untuk beliau.

so,pj! dis song is for you... lagu ni dalam bahasa DUSUN, tajuknya 'kosorou kopo nangku doho' atau dalam melayu, 'adakah kau masih ingat padaku?'. kalau tak paham pon, sila dengar sampai abis and khatamkan sampai 10 kali... pssttt! actually, aku pon tak paham gak apa isi kandungan lagu ni. takpa, jom bwat2 cam paham okey~

dis song comes in malay version, tapi i like dis version more...jom layan~~~~



untuk soklan lagu faveret dalam tag yang lepas, aku letak title lagu ni kan? pj sorang saja yang alert untuk bertanya pasal the tajuk lagu yang for sure lain dari yang lain... terharu aku. eceh! hahaha...


ehh, aku tau nanti mesti kapten jeles nih tak dapat lagu... tak apa kapten, rama2 ada lagu khas untuk kapten gak....

tadaa~~~



amacam kapten??? sesuai untuk kapten kan???*wink2*

kisah tengah malam.

hiskk, now aku mengantuk sangat2... badan pon rasa lemah. tak cukup tido kot. last nite tepat kul 2 am....................(flash back)..................

'yann!'
mimpi indah aku diganggu apabila namaku dipanggil. bukak mata and dengan keadaan yang masih mamai lagik, aku gerak gi buka pintu bilik.
ayah berdiri kat luar sambil hulur enset.
'tadi ada polis call... jap nanti dia call balik,'
what? polis? adeii... kenapa plak polis ni kol tengah2 malam? aku amik enset ayah. duduk atas katil sambil bertafakur menghadap enset tu dengan mata yang hampir2 nak tertutup. menunggu next call dari enchek polis.

1 minit... 2 minit... 3 minit...
***ringtone***

'hello'
'hello cik... maaf la ganggu tengah2 malam ni.'
'nda apa...'
'ari tu blablabla report blabla beg ilang blablabla tangkap saspek blablabla datang bwat pengecaman?'
'err, bila?
'sekarang boleh? nanti dah sampai, ble call number ni,k.'

now??? pukul 2 pagi? adeiii... kalau tak pegi, kang nampak macam tak amik kisah plak. tanya ayah, ayah cakap okey. so, cepat2 get ready. basuh muka, etc.... tukar baju, pakai tudung, grab kunci keta, zooooooOOOmmmmMM gerak gi balai~~~

*****
20 minit kemudian, sampai kat balai.

jumpa enchek polis, or should i say 'abg polis'? ekekeke, gatal!
dia bagi briefing sket sebelum masuk bilik pengecaman. not only tengok muka, tengok badan, ketinggian, rambut, saiz blablabla....

i said okey, then dia bawa masuk dalam. ayah g mana ntah, tadi time aku nak masuk, ayah gi bersembang ngan beberapa orang pacik polis kat luar pagar. so, aku sorang2 ja la masuk kat dalam tu.

aku nampak ada 2 orang pompuan berdiri menghadap ke cermin kaca where di luar cermin tu ada beberapa orang abang2 polis lagi. ada la dalam lebey kurang 5 orang. mata aku sempat meng'keranjang'kan diri, ada 3 orang polis ensem and 2 orang polis yang menakutkan. badan tegap ala2 bonzer dan kaki pukul... kalau kat luar, confirm nampak macam orang jahat... uisy, gila jahat aku ni... =p anyway, aku pon berdiri betul2 depan perempuan2 tu of which kami dipisahkan with kaca. ala, u ol pon tau kan... kaca yang orang luar ble nampak kat dalam, but orang kat dalam tak ble nampak kat luar.

yang sorang tu nampak calm tapi muka cam takut2. yang sorang lagik cam tersedu2, maybe baru lepas meraung kat dalam tu. ntah, aku tak tau....

polis tu arahkan dorang pusing kiri kanan, depan belakang untuk memudahkan aku bwat pengecaman.

'hmm, kau nak suruh dorang bwat apa lagi supaya dapat cam? cakap saja,' sorang abang polis tu cakap.

aku senyum. aik, macam menyindir ja tu. mentang2 lama aku mendiamkan diri tanda masih tak dapat cam lagi.

'okey la, mari kita tengok barang2 kat dalam. mana tau ada barang2 kamu,'

time tu dalam fikiran aku, aduii, kalau enset, purse, beg etc tu tak ada, tak apa la... tapi harap2 jam tangan aku ada... terbayang2 suda jam tangan aku yang tomei berkaler pink itu di ruangan mata...

baru aku nak melangkah masuk gi bilik tu...

'kau pusing belakang sekarang! jangan pandang sini!' kedengaran keras sora sorang abang polis yang da masuk kat dalam.

aduhh, terkejut aku. otomatik aku kaki aku ter'stop melangkah. tau la aku yang kat dalam tu ada lagi kawan 2 orang budak pompuan tadi.

cepat2 aku gi ke tepi pintu. takut budak tu nampak. ya la, kang di'cam'nya muka aku ni, susah plak kalau terjumpa di mana2.

dah confirm slamat, aku pon masuk. tengok2 barang kat atas meja. ada purse, wallet, banyak kad2 yang tiada kegunaan, tiket wayang, gambar, mekap, surat pajak-gadai etc...

tiada barang2 aku. abang polis tu kuarkan 1 beg kertas. kat dalam ada banyak pixie2 budak2 tak guna tu.

'hmm, duduk la... cuba tengok gambar2 ni, mana tau ada yang ble di'cam,' abang polis tu duduk depan aku yang ensem ya! waah, mau jugak bagitau tu... haha...

ada la 1 pixie tu yang aku rasa cam familiar. aku gi tau dia. polis yang macam bonzer tu amik dat pixie and pegi kat kawan pompuan tu di belakang.

'ni gambar siapa?!!'
mungkin lelaki tu tak mau bagitau atau dia cakap tak kenal, pastu...

dushhh!!!!

terkejut aku. dengar 1 bunyi kuat. ingatkan ada barang yang jatuh. aku pusing belakang. nampak polis tu masih menggertak budak tu supaya terus terang.

aku agak dia tendang budak tu la... ish3... abang2 polis tu sure dah besa kan, tapi bagi aku yang tak penah nampak dat situasi, of coz la terkejut. cepat2 aku pandang balik ke depan. ati aku da berdebar2 da. trus terasa macam kat dalam drama gerak khas pulak... kih3....

'oohh, tinggal di lok kawi aa... sama la kita... bla3.....' sorang abang polis yang tak kurang ensemnya tak abis2 la yann ni mengajak aku bersembang. mungkin untuk ilangkan ketidakselesaan aku. 'aduhh, gatal plak tangan aku ni........' aku fikir dia maksudkan tangan tu gatal nak pukul orang, rupa2 nya ayat tu tak abis lagi, 'mau dapat gaji esok la ni.' cehh.... sengal! hahaha....

'dia cakap budak ni kawan pompuan tu,' kata polis bonzer tu.
'so, macam mana? kita tangkap saja la!'

aku dah neves. tapi macam mana kalau dia bukan orangnya? aku bersalah ka? adeii, susah2...

'hmm, kau selalu kuar jalan2 kan?' abang polis tu tanya.
'eh, tidak la...'
'nanti bole ka kau ikut kami jalan pegi mana2 untuk bwat pengecaman?'
'err..insyaallah boleh,' waahh, kuar sama abg2 polis yang ensem!
'ataupon time kau kuar jalan2 sama family nanti, bagitau kami. nanti kami ikut dari belakang,'
aiseyy, rasa macam best plak. ada bodyguard kan. ekekeke....=p
'nanti kalau kau jalan, then nampak orang yang di'suspek, ble kol kami. anytime... siang ka, malam ka... ada number fon kan?'
'ya2, ada...ok...'

oh ya, aku agak abang2 polis tu bukannya polis. tapi pegawai perisik. ala2 CID gitu... dorang la yang bwat investigation, kuar gi mana2 without uniform coz kena menyamar kan... tapi alahai, memang ensem la wei! tinggi and badan pon tegap gitu....=p

then lepas sesi bertukar2 number fon, cerita2 kejap, aku pun balik. kul 3.30 am sampai kat umah. cuci muka etc, tukar baju then landing atas katil!




dis morning, aku bangun lambat.



pegi keja dengan rasa mengantuk+ lemah badan + lapar!

Thursday, March 26, 2009

...........

okay, kali ni nak settlekan tag dari cik helena ni plak. ekceli dah lama tag ni tersadai, hampir2 terlupa. tag ni susah la... sebab tu aku yang slalunya teramat rajin dalam menjawab tag ni pon agak gerun nak menjawabnya. tag ni dalam bahasa sarawak. dulu aku terer jugak ngan bahasa sarawak. but now..... ekekeke.... lupa la pulak, but still ble paham la... anyway, biar la soklan dalam bahasa s'wak, aku jawab dalam bahasa rama2 la bole?

hish, banyak songeh la pulak... jawab ja la yann~~~ dalam bahasa uganda pon tak apa...

1)kitak ada rahsia sik??
-of cos... rasanya suma orang ada rahsia sendiri kan~~~

2)kitak mok bergerek ngan laki/girl yg mudak/tua dr umo kitakkah?
-hmm, actually i hope utk yg lebey tua... tapi kalau suda jodoh, saya akan terima dengan ati yang redha *sambil tunduk n bwat muka malu2*

3)kitak sukakah pergi kolej?
-suka sangat2!!! miss da old times...

4)Pa polah kitak mun ada duit sejuta?
-hishh, banyak btul mau di bwat... tak terucap dengan kata2...

5)Adakah kitak sanggup bercinta dgn kwn kitak pon?
-apa mksudnya ni ah? bcinta ngan bf member or bcinta ngan member? if,
bercinta ngn bf member- no way man! pergghh, ayat konfiden tuuuu... hik3...
bercinta ngan member- tak kesah la... kalau ati suda suka~~~~

6)Nak ni lebih bagus,rasa dicintaikah atau mencintai urang?
- dicintai oleh orang yang rama2 cintai bole? hiksss...*muntah*

7)5+1 lagu kesukaan kitak?
currently
- jalur gemilang
- negaraku
- sabah tanah airku
- kosorou kopo nangku doho
- sayang kinabalu

8)Mun urang disuka kitak ya dah ada urang lain,apa akan kitak polah?
- mau bwat apa lagi, mem'blah'kan diri la... bukan dia saja sorang lelaki yang ada di dunia ni kan? ecehhh, statement mengada2 btol!

9)5igek rancangan tv paleng kitak suka?
- kartun shin chan
- kartun upin ipin
- macam2 aznil
- tom2 bak
- melodi

10)Kitak ada apa-apa yg disesalkan dalam idup?
- adaa~~~ kalau bole diulang semula masa......(speechless)....................

11)Kitak akan jadi macam kitak kitek tok kah mun kitak(kononnya) dilahirkan semula?
- yess, of coz!

12)Apa wish kitak maok masa tok?
- dapat keja yang best n stabil + putera raja tiba2 muncul depan mata and cakap 'will u be my wife?' ecehh, berangan~~~~~

13)Kitak rasa apa jenis insan yang tagged kitak ya?
- cik helena yang tomei~~~

14)Mun di berik pilihan,kitak sanggupkah jadi urang ''bujang tp kaya'' atau sanggup ''berkahwin tp miskin''?
-hmm, ekceli both pon penting dalam hidup kan... loved one n money... kalau ble dapat dua2 kan best... tapi if kena bwat pilihan gak, i'd rather pilih option yang kedua tu... tapi harus diingat, with LOVED ONES saja okey!=p

15)Apa kaler kesukaan kitak?
-putih and pink!

16)Kitak sanggup berkorbankah demi sebuah hubungan?
- being in relationship means kena sanggup berkorban la...

17)Mun lah kitak jatuh cinta duak urang sekaligus,nak ney dipilih kitak?
- pilih orang yang sayang diriku ini la!

18)3igek perkara yang teringin kitak mok polah sik dapat2?
- duduk dalam rumah yang dibina dari coklat and cookies~~~ hmm, nyum2!
- pantai + eskrim + matahari terbenam <-- sila sambungkan perkataan tsbt mjd 1 pkataan - bwat kilang eskrim + coklat!

19)Sapa mangsa tag kitak yang seterusnya?
- syah
- syah
- syah

tag ni khas untuk enchek perisik. sebab dia asyik mengeluh dengan tag2 yang aku bagik, konon2nya sumanya senang sesenang meng'order roti canai di restoran mamak haish, apa punya ayat da... ha, syah, sila la jawab tag ni kalau berani. dengan jawapan2 yang relevan saja ya.... kalau pass tag ngan syah ni, memang kena bagi peringatan utk dia sket, coz dia ni pandai meng'eksploitasikan soklan n jawapan... perisik la katakannn~~~ blueekkkk!!!

Wednesday, March 25, 2009

sori? naik lori la~~~~ =p

Rama-rama,

Taman si rama-rama,

2301, bandaraya rimba tropika,

Negeri di bawah bayu.



Mr.SR, <---hiskk, mcm initial utk shah rukh khan plak kan? ekekeke…

ntah apa number umah,

taman apa ntah,

pulau mutiara laut china selatan. 25 mac 2009


tuan,

kawan ok. I’m sorry so very much!


Merujuk kepada perkara di atas dan jugak artikel bertajuk kawan ok dan artikel sebelumnya yang telah di’delete, saya ingin memohon berbanyak2 sorry kepada mr. SR sekiranya terdapat words pada kedua2 artikel tersebut yang telah menyinggung ati dan perasaan serta mental namun pastinya tidak terkesan pada fizikal pihak tuan.melainkan sekiranya saya menyepit idung tuan dengan menggunakan sepit kain, ataupon penyepit rambut, mungkin secara fizikalnya idung tuan akan bertukar kaler menjadi merah seperti badut. oohh, pastinya akan kelihatan sangat comel, bukan? haipp, telah melalut dengan jayanya. sambung ke perenggan bawah la.


02. sesungguhnya tidak terlintas langsung di fikiran dan mindaku ini untuk mengecikkan atau meng’krenasi’kan ati pihak tuan.apa itu krenasi? sila rujuk buku teks biologi tingkatan 4 ya kawan2... oh ya, gogel pon bole jugak! semua yang diutarakan di dalam artikel tersebut hanyalah luahan ati sanubari diri penulis semata2 dan sebagai pengunjung di blog ini, pihak tuan harus sedia maklum bahawa semua apa yang dibaca di sini adalah atas tanggungjawab diri sendiri. Sebarang kesan ataupon efek tetapi bukannya sound efek hasil daripada pembacaan artikel di taman ini contohnya kekecikkan ati, ke’terasa’an ati dan yang sewaktu dengannya adalah di luar tanggungjawab pihak penulis.


03. namun begitu, oleh kerana diri ini tetap berasa bersalah kerana telah berlakunya kes seperti yang disebutkan di atas, maka, saya sebagai penulis yang berhati mulia, ingin mencemar duli untuk memintak maaf banyak2 dari ujung rambut saya yang sedang dikira2 untuk digunting ini sehingga ke hujung kaki yang masih berangan2 untuk memakai heels berkaler putih tapi sehingga kini belum bertemu jodoh dengan heels tersebut. aii, hampir berputus asa... di manakah ble di cari heels kaler putih yang cun aaa??? aku dah penat2 carik, tapi suma pon tak berkenan di hati... geram btol la... Alamak, keluar tajuk lagi. Baik, dengan machonya, ingin mengembalikan diri sendiri dan semua pembaca ke pangkal jalan dan seterusnya kepada tujuan sebenar surat ini ditulis.


04. ehem2, di samping itu........saya jugak ingin menyeru kepada rakan2 di taman rama2 ini, yang telah memberikan komen secara langsung dan bukannya jualan langsung ya, ke atas artikel itu, mari la kita bersama2 meminta maap secara berjemaah kepada mr.SR. manalah tau beliau turut berkecik ati terhadap komen2 yang diberikan. Ampunkan kamiiii penunggu gua…. Eh, silap skrip…. Ulang semula. Ampunkan kamiiii enchek SR… jangan la kecik ati lagi, sentiasa la besar2kan ati anda jika ingin menjadi kawan kepada si rama2 yang sememangnya pemarah dan moody ini.


05.diharap ucapan maap secara terbuka daripada rama2 dan kawan2 di sini akan diterima oleh enchek SR dengan ati yang turut terbuka walaupon rama2 tau pastinya enchek SR akan menjawab 'sori...sori... naik lori la!' seperti yang selalu rama2 katakan. sebarang tindakan penggantungan sms, fon kol, ataupon perbelanjaan eskrim di masa akan datang akan diterima oleh si rama2 dengan ati yang penuh redha.


Sekian.terima kasih.


daku yang sebenarnya tidak bersalah,

Si rama-rama.


eh bukan!


ini betul2 mintak maap. so kena guna nama real.


daku yang tiba2 rasa bersalah,

yann



fuhh, gila panjang surat aku...



membayangkan diri sendiri menaiki lori sambil makan eskrim coklat + vanilla. nyum2!!!

Tuesday, March 24, 2009

taggy

bertuah punya KF, sempat lagik dia tinggalkan aku tag sebelum pegi bercuti gi mana ntah.... hah KF! tag dah siap... sila la bwat spotcek kalau berani!


1. Orang luar sana tak kenal kamuh. Perjelaskan siapa kamuh?
nama saya dalam blog.... rama-rama...
nama saya in reality.... yann....
lahir pada....23 januari 1986 <--ingat ni! tahun depan kena ada present ahh! suka makan eskrim + coklat! <-- ada sapa2 nak blanja??? suka pegi pantai! suka berangan + suka mamam + suka tido [[sangat flexible..anytime, anywhere ble tido]] kaki bangku = tak pandai bersukan pemarah = ganas macam harimau pendiam tapi friendly <-- haik, macam mana tuh??? compius!

2. Sikap kamuh yang 'mantap'?
suka senyum :: friendly :: kesopanan dan ketatasusilaan <-- sesi memerasankan diri jap

3. Sikap kamuh yang sangat jelek?
pemarah :: kuat tido :: pemalas :: moody

4. Apa gajet yang sentiasa kamuh bawak?
gadget? enset tu gadget kah? hahaha....

5. Dah berapa HP kamuh pakai selama neh?
Senaraikan brands nye.
Jenama HP yang sedang kamuh gunakan sekarang?
3 enset... Nokia [[hadiah spm nih, haha]] :: LG [[pink+flip, rasa cam diri ini tomei ja kalau pakai enset tu]]
:: Sony [[dah kena kidnap pun enset nih]]:: Next? belum beli lagi...

6. Siapa bestfriend kamuh?
kamu boleh???

7. Siapa yang kamuh sayang selain family kamuh?
Kenapa kamuh sayang dia?
sayang diri sendiri... kena sayang diri sendiri dulu, then baru layak untuk sayang orang lain...

8. Lagik 10 tahun kamuh jadi apa?
time tu, insyaallah umur aku 33tahun... hmmm, dah jadik wife + mom yang bekerjaya kut masa tu...insyaallah~~~

9. Kata-kata hikmah yang pernah kamuh dengar & paling kamuh suka?
tak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika diri tak setulus ZULAIKHA,
tak perlu diri menjadi setegug IBRAHIM, jika tak sekuat SARAH,
mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W

10. Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
115 orang rama-rama yang vogue n de vass ...

11. Senaraikan followers yang paling kamuh suka?
si pari2 yang tomei :: Qaseh kawanku a.t.i.e :: Kf yang bengong ::pj yang sengal :: nagaperang yang poyo :: cik ayiehel yang cun :: cik lea yang cute :: kapten yang gatai :: kak ena yang sporting morting :: encik perisik yang err...err...(speechless) :: ViVi yang prasan :: cik puan lifesaver yang hot! :: annurkasih yang besh :: enchek abg PA yang cool :: enchek ramzi yang rock tapi jiwang =P ::

hmm, sapa lagi ah? cukup la tu.. penat dah fikir nih... those yang tak termasuk dalam list, jangan tecik ati ya... u ol suma pon besh jugak, tapi tu la... korang agak kejarangan memasuki blog ini, jangan kan lubang idung, bayang2 idung u ol tu pon aku tak nampak... so, tak recognize sangat... hihii~~~

Kenapa?
semua tomei, baek, bengong, sengal, poyo, cun, cute , gatai, sporting morting, prasan, hot!, besh, cool, rock tapi jiwang dan kadang2 sampai ble bwat aku speechless... ekekeke...

12. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:
suma nama yang aku list'kan kat atas tu, bole????

Monday, March 23, 2009

ingin tahu~~~

semenjak dua menjak ni, sangat bersemangat untuk menjejak kasih lagu2 faveret lama dalam youtube...

anda suka erra fazira? saya saaaaaangat suka! ada orang cakap muka erra sebijik macam muka saya... hiskk, ni yang tiba2 bwat saya rasa cam nak TERmalu nih...*blush*



ni salah satu lagu and V.clip erra yang paling aku suka... admire sangat2 dengan da way dia dress dalam ni... dat hair style, ribbon and da pink dress... nampak sangat sweet kan...

korang tengok! muka erra sama cam muka aku kan???? kann... kann... ekekeke, sifat keprasanan yang tak ble blah!




wanna make 1 dress macam kat atas tu!

get it!

i've got back my number...

016-*******

jadi aku menyeru kepada mereka2 yg telah mempunyai number ku itu, untuk me'mesej aku sekarang. sesungguhnya number korang telah ghaib dari peti simpanan ku...

terima kasih.



ketahuilah kalian bahawa aku berada dalam mood skema pada hari ini.

Sunday, March 22, 2009

missing it...

yessss!!! dah 3 hari aku hidup tadak enset... and aku survived!

haha... cam apa ja... nak beli enset sekarang ni pon rasanya macam tak guna. coz aku blum amik simkad baru untuk number lama lagi...

nasib bek enset bukan 1 keutamaan dalam hidup aku... maksud aku, bwat masa ni la... ya la, orang macam aku ni memang gitu... single la katakan~~~~ =p ada enset pon sama jugak macam tiada enset. memang dah beberapa minggu ni aku mengalami sindrom katakan-taknak-kepada-enset.

rasa malas nak pegang enset. malas nak reply mesej... tak excited untuk jawab fon call...blablabla...

actually, most of all, i really miss my watch!!!

gambar dah penah dipublish sebelum ni, so, untuk mengelakkan dari keboringan melanda di mata u ol, aku dah delete'kan part muka...

aisey, tiba2 rasa sedey la pulak... dah2, jom lupa kan suma tu...





nak gi makan la kalau camni!



waah, tiba2 plak!



anda suka makan eskrim? saya suka! penah makan eskrim + cornflakes? ataupun bwat eskrim sandwich? try it!



ilangkan stress dengan makan~

Friday, March 20, 2009

busy day~~~

--> awal pagi, call ofis mintak cuti.

--> pegi bwat mykad. hopefully aku still nampak jelita dalam tu walaupon dengan jerawat penuh di muka!

--> amik gambar passport untuk bwat lesen tapi tak sempat nak pegi JPJ, maybe on monday la baru settlekan. gambar tak cun. jerawat sangat obvious. dem!

--> temankan ibu shopping desktop. dapat hadiah 2 in 1 dari ibu... hadiah besday and hadiah kawen in advance... apakah hadiah itu??? korang nak tau x? jeng3... =p UPDATE!- bukan bmaksud aku da nak tawen tau.... jgn salah paham lak! dat was juz a present utk msa depan...

--> kakak ipar aku bagik cash untuk aku ganti balik barang2 yang hilang. bukannya aku tadak duit sebab cash memang aku tinggalkan kat umah, tapi, alaaaa, dah orang nak bagi tu kan... tak bek plak kalau nak ditolak... ekekekeke....=p

barang2 tersebut tidak termasuk enset dan jam ya... cuma beli barang2 harian saja... dalam bag yang hilang tu ada bedak, pencuci and cream muka, concealer, perfume etc... nasib bek foundation aku tertinggal kat umah hari tu... kalau tak, confirm terbang melayang lagi rm40+ untuk replace foundation tu...

---> sambil2 tu survey enset... waah, bakal ber'enset baru la aku kan... tapi blom beli lagi la sebab aku pon tak amik lagi simkad number lama dari digi n celcom center... nak amik tadi tapi dah tak sempat. so, terpaksa bersabar dulu... =(

jom jalan! adik aku masih sempat amik pixie di kala aku kelam kabut nak kuar.



entri dalam bentuk points saja. masih mencari2 mood yang hilang~~~~

Thursday, March 19, 2009

hari yang........='(

sesungguhnya ari ni......... (terdiam).....................hmm.... macam mana mau cakap... ntah la... aku pun dah speechless... sangat2 sppechless... tak sangka benda macam ni akan jadi dalam hidup aku... ya Allah, suma rasanya macam mimpi...

story yang panjang, aku pendekkan...

***********

kat surau. time tu tengah solat and aku tengah menghabiskan bacaan tahiyat akhir. tiba2 terdengar bunyi semburan dari belakang. aku abaikan dan teruskan bacaan, tapi belum pun bacaan aku habis, bunyi semburan semakin dekat. betul2 di belakang kepala aku. dalam hati 'haish kenapa la orang ni spray belakang aku? tgh bwat fogging kah? takkan sampai ke dalam surau ni.' okk, aku mengaku, concentration aku dah hilang waktu ni. tapi aku rasa, suma orang pun sure akan fikir camtu kalau dorang di tempat aku kan.

makin lama butiran2 spray makin terhala ke muka aku. 'aik, ini suda lebey! apsal lak orang ni spray betul2 kat aku?'

aku pusing. pandang kat orang tu walaupon solat aku tak complete lagi. tapi aku memang dah takble tahan dah ngan semburan yang betul2 terhala kat muka aku tu.

orang tu undur ke belakang. dalam lingkungan umur 20an. spray masih terhala kat aku. non-stop. aku confuse time tu. orang ni biar betul... takkan nak main2 ngan aku kut... 'heii, kenapa ni?' aku tanya. time tu terasa sket semburan tu masuk ke dalam mulut.

sambil terus menyepray aku, slow2 dia undur ke belakang then kuar dari surau. aku yang waktu tu masih bertelekung rasa blank kejap. apa yang dah jadi ni? cepat2 tengok kiri kanan... and....


dem! bag aku dah tiada!


baru la aku sedar yang aku sebenarnya dirompak! and what the heck, dis is surau la! rumah ibadah!


aduhh, slow nya aku untuk faham dat situation. sebelum jadik apa2 lagi, cepat2 aku bukak telekung and capai tudung yang aku hang kat dinding. nasib bek aku tak letak tudung tu kat atas bag. kalau tak, dengan tudung2 aku skali dia kebas... then kalau tudung aku tiada, camna nak kuar dari sana? uishh, tak sanggup aku nak imagine.

aku dah banyak kena sembur tadi, mata and kulit muka dah terasa pedih... then siap masuk mulut lagik. aku tak tau itu spray apa, and so takut kalau2 spray tu ble membwatkan aku pengsan ka apa ka... kalau aku pengsan kat surau atau corridor tu, sapa2 pon takkan tau coz waktu tu dah asar. and of cos dah kurang orang kat kompleks yang nak ke surau.

sarung tudung ala kadar, aku cepat2 kuar dari surau untuk balik gi ofis. bagitau bos pasal suma tu and bos aku la yang sibuk2 call bahagian management kompleks and tak lama lepas tu sorang guard datang untuk amik statement aku.

ada beberapa2 benda lagi aku bwat lepas tu termasuklah di bawa masuk ke bilik cctv untuk bwat pengecaman coz dorang dapat detect ada 2 orang tengah berlari kuar dari kompleks tu. and aku nampak dorang pegang bag aku. argghh! beg yang mengandungi purse, enset2, jam and some other girls stuffs... aku tak kesah pasal benda2 lain, cuma sangat terkilan dengan kehilangan purse and jam aku... dua2 benda tu pemberian orang... biar la dia nak amik duit and dua2 enset aku skalipun, tapi purse and jam tu.................................................................................

dat guard save'kan gambar 2 orang manusia tu kat dalam pendrive and suh aku hand-in kat polis time bwat report.

okey la, aku malas nak story panjang2... sekarang ni, kepala aku pening sangat2... tak tau sama ada efek dari spray tadi atau sebab gastrik... ='(

cuma sekarang ni, aku takut dorang kontek kawan2 yang ada dalam phonebook aku. tadi pon dorang dah mesej ibu. yang funny-nya, dorang guna nama yang salah untuk nama panggilan diri aku,

'ibu, apa nombor bank nurul?'

kah3.. bila masa plak aku guna nama nurul time bercakap ngan family ni??? nampak sangat mesej tu bukan originally dari aku. aku rasa sure dorang nampak full name aku kat ic and trus bwat andaian yang aku guna nama 'nurul'...

tapi rasanya itu sebelum dorang explore enset aku, kalau dorang dah explore, mesti dorang akan tau nama aku 'yann' thru msg2 kat dalam inbox... aku risau dorang mesej yang bukan2 plak kat kawan2 aku.... walaupun dah terminate dua2 number, tapi dorang still ble burukkan aku ngan guna number lain and menyamar jadi aku kan... nak bagi warning kat kawan2, aku tak ada number dorang........=(



so now aku teda fon. biar la dulu. sng2 nanti aku pegi amik balik sim kad kat dg and clcm center... time tu nanti kawan2 yang memang dah ada number aku pls let me know ur number,k!

Wednesday, March 18, 2009

no-entry day

agak ketiadaan mood untuk membwat entri.
so, hari ni tak ada entri la ya~


penat + mengantuk.
tapi sebelum tido, nak mamam eskrim dulu...


jom!


bukankah ini suda dikira 1 entri???

Tuesday, March 17, 2009

transformasi~

alang2 menjolok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang2 mengimbas cerita dulu, biar sampai terimbas semuanya... ngeh3...

kali ni entri aku pasal diri sendiri plak... difference between dulu dan sekarang... rasa cam malas nak cakap banyak, jom kita layan pixie2 time aku form4&5 ni... cuma pixie waktu higher form ni saja yang ada... time lower form pon ada gak bergambar, tapi ntah ke mana suda pixie2 tu suma... pixie agak ke'blur'an, tapi u ol anggap ja la cam clean & clear ya!



time form 4&5... pixie yang kat atas tu time balik dari extra class... rajin kan aku attend extra class..*bwat muka bangga jap* pixie yg 1 lagi tu time ari sukan skola... tapi aku pon tak paham kenapa aku slumber badak ja pakai slipper... =p

time registeration day nak masuk matrix... muka inesen ja kan... haha...

kat matrix's library... saja nak tunjuk ngan korang yang aku ni sangat rajin gi lebri...

ngan roomate yang besh gila... gila pon nda sebesh dorang2 nih...

transformation berlaku setelah masuk campus. muka2 inesen? sudah tidak ada lagi...

dah pandai bwat aksi yang meransang kepada serangan virus2 kemuntahan time bergambar... =p

dan jugak dah pandai bwat muka camni... konon2 nak bwat muka comel la tu.... wakakaka... gambar tak ble blah btol la~


okey la, korang pon dah nampak arah transformasi itu kan? cukup la tuh... tak sanggup aku nak upload pixie zaman-dah-abis-blajar ni plak*blush*

Monday, March 16, 2009

kenapa saya sayang kawan saya...

korang ada besfren tak? mesti la ada kan... suma orang pon sure ada besfren... tapi kalau ada yang tak ada besfren tu, mungkin dorang ada reason yang tersendiri. aku tak tau.

dalam berkawan ni, aku lebey prefer a FEW BESTfren berbanding dengan MANY ORDINARY frens... kenapa? sebab aku rasa bestfren akan sentiasa ada dengan kita, tak kesah susah and senang sedangkan kawan2 biasa yang RAMAI tu belum tentu lagi akan ada di sebelah kita dalam hal2 tertentu. waktu gembira, YA! tapi waktu sedey? waktu susah? mana dorang suma? ntah kan ada, ntah kan tidak. so, tak kesah la walaupon tak ramai orang yang nak berkawan dengan aku, at least, besfren aku ada, aku dah ble hidup dengan happy.

bukan bermaksud aku tanak berkawan dengan orang lain. boleh. aku berkawan dengan suma orang, cuma mungkin dalam kadar pergaulan yang optimum sahaja. juz cakap 'hai' and sembang2 kejap kalau terjumpa.

kawan2 rapat aku memang banyak. silih berganti bila aku berpindah dari satu tahap ke satu tahap. dari satu tempat ke satu tempat. ya la, kita bukan selamanya seiring sejalan dengan sahabat kita kan... sampai masanya nanti, of cos akan berpisah juga. bukan perpisahan yang disengajakan, tapi mungkin faktor keadaan yang memaksa. eceh, aku ni bercakap macam pro pulak kan... haha~

anyway, aku nak ber'story morry pasal besfren aku dalam entri kali ni... kenapa? hmm, ntah la, its juz dat tiba2 rasa windu lak ngan dia... uhuk3... suma orang rindu ngan boifren, gefren dorang. biar la aku, sebagai seorang yang single mingle ini bukan self-promotion okey! haha memberikan sisa2 kerinduanku kepada seseorang yang bergelar frenzy... aisey, ayat agak ke'jiwang'an pulak... =p psstt... sebenarnya atie yang suh aku bwat entri pasal dia!=p


al-kisah tentang persahabatan aku ngan someone yang aku agak special dalam life aku, A.T.I.E... ehem, u! sila mengembangkan idung anda SEKARANG! haha... menyampah! budak atie ni schoolmate aku and di zaman kami muda2 dulu sekarang pun muda jugak okey...

okeh, aku nak list'kan dalam bentuk points tentang KENAPA SAYA SAYANG KAWAN SAYA.

ATIE RAJIN ANTAR AKU BALIK UMAH WALAUPON DENGAN BERJALAN KAKI
atie duduk 1 taman perumahan di tempat aku. tiap2 petang aktiviti kami cuma ziarah menziarahi umah 1 sama lain. lepas lepak umah aku, aku akan antar atie balik umah dia menghantar dalam ertikata sebenar adalah menemankan dia balik berjalan kaki bersama2...haha lepas aku lepak umah atie, dia lak antar aku balik. sambil kaki melangkah, mulut pun non-stop bercakap... blablabla....sampai bila mau abis sesi antar menghantar ni aku pon tak prasan.... hihii~

AKU MASAK, ATIE KENA TOLONG. ATIE MASAK? AKU TOLONG..........TENGOK!
time atie masak kat umah dia, aku tak kena bagi bwat apa2 pun... juz simply duduk tengok atie masak saja. tapi kalau atie kat umah aku, huhh, jangan harap la dia nak duduk relax tolong tengok aku masak. sure aku akan suruh dia bwat something. kupas bawang ka... potong sayur ka... padan muka. sapa suh datang umah time aku masak...

SENANG NAK MELEPASI TEMBOK PERTAHANAN
aku slalu jual nama si atie nih kalau nak kuar gi town... gitau ibu yang aku nak teman dia gi beli barang ka... atau juz cakap nak kuar sama2, confirm kena bagi. atie pon sama, mesti dia guna nama aku untuk kebenaran kuar gi town, sure dapat. al-maklum la, family kami ni agak ke'sama'an spesies sket... kalau nak kuar gi mana2 pun, kami kena melepasi tembok pertahanan dulu... tapi bukannya menipu tau sebab kami memang kuar sama2 pon...

ATIE CAKAP BANYAK. TAPI TIME TURN AKU BERCAKAP, ATIE? tidooooo~~~ hampeh punya kawan!
every weekends, aktiviti yang dibwat adalah sesi lepaking kat umah either one dari kami. stay up sampai lewat malam, kadang2 bukan bwat apa pon, juz crita2 ja. ntah crita apa, sampai sekarang pon aku masih heran, apa la story yang syok sangat sampai tak ble stop tu... pot pet pot pet hahaha iya? waah, btul ka ni? dengan sapa? di mana? ekekekkeeke... then sambung lagi pot pet pot pet...hisk3... u, sila upgrade memori i skg!


ERRKK... SKILL TAMBAHAN!
dari atie la aku ble jadik sorang pembuat kad yang berjaya. dia ni kreatif wa cakap lu... haha... kadang2 ni la keja kitorang... asyik main dengan gunting, kertas, gam dan selotape. so, sapa yang jadik boipren kitorang ni, memang beruntung la, sebab akan dihujani dengan kad2 tomei n lawa dari kami... tapi itu dulu la, sekarang ni, aku tak tau atie masih rajin membwat kad lagi atau tak... kena tanya boipren dia... err, sham! sila jawab persoalan ini ya... haha...


actually ada banyak sebab lagi. tapi aku dah ngantuk. wanna sleep... nanti la, kalau rajin, sambung lagi.... ulang suara. KALAU.





now family atie dah pindah gi melaka... aku dah tadak kawan nak lepaking, story'ing, gossiping, shopping dan yang sewaktu dengannya...='(

aku nak paste kan pixie kami kat sini, tapi pixie yg berkonsepkan adegan berdua2an agak ke'kurang'an sedikit... hanya pixie ini saja yang available...

pixie ni diambil time aku pulang bercuti dari matrix kalau tak silap... dat is lebey kurang4tahun yang lepas. kalau silap, sori la k... haha... aku agak tidak kefahaman tentang kenapa dan mengapa kami tidak beraksi secara melampau dalam pixie ini. serasanya seperti bukan aku dan atie yang sebenar pulak. haha... dan aku jugak heran mengapa aku ber'pose ala2 gedix di sini... hiskk, tecik2 dah pandai bwat pose gedix... semua atie yang ajar ni... tak dapat dinafikan lagi...




pesanan bwat atie= di mana pun u berada sekarang, jgn la lupakan i, kwn u yg tomei dan jelita ini...


[[bwat2 no idea atie kat mana, padahal tau ja dia tengah goyang2 kaki sambil online kat hostel]]

sapa2 nak say 'hai' kat atie, ble click kat ---> A.T.I.E D.I. S.I.N.I
tapi cukup dengan 'hai' saja ya! jangan lebey2... kang boipren dia marah aku lak sebab suka suki mempromote gepren dia tuh... yann! sila mintak ampun awal2 kat syam! ampunnnnn syam~~~

Sunday, March 15, 2009

3R [[rest. rehat. relax]]

haii suma!!! rama2 dtg nie~~~~ fuhh penatnya sehari bercuti... aku n family spent last nite kat luar... at 1st, plan nak gi kundasang, besh sket kalau pegi tanah tinggi ni... tapi sebab minggu ni cuti skola, so, chalet yang kami aim setiap kali gi holiday kat sana tu full booked. adeii, disebabkan mood ber'holiday memang dah ter'set dari awal, so, kami pon serbu ja chalet kat tepi laut yang ada on da way nak gi kampung belah ayah.

tak banyak pixie yang aku amik coz banyak masa aku terbuang atas katil. apa lagi, TIDO la... hihii~ actually, bukan ngantuk sangat pon, tapi sebab rasa cam tak sehat. rasa cam pening2 n nak muntah. aku agak, mungkin mabuk darat kot... dah lama tak jalan jauh kan...

gambar chalet dari luar. ayah siap solat kat beranda lagi... pandai lak cari port yang besh... hihi~

bukan la bermalam-di-chalet-tepi-pantai namanya kalau tak ada gambar pantai kan..

hiskk, apsal pose aku suma ni ala2 sopan santun ja ni? bosan2... lepas ni nak tukar pose lain plak!

camni?

atau camni?
hmm, mana2 la yann! orang tak kesah punya~~~

selain berjalan2 di tepian pantai chewaahh! and meneroka sekitar kawasan chalet tersebut ayat skema tak ble blah btul la! korang teka apa lagi aktiviti aku??? oh ya, selain menTIDOkan diri ya!

apakah dia?























tadaaa~~~~ yeay! ada beskal laa... dah lama tak main beskal tau! nasib baik masih terer lagik...



hiskk, mana ble tinggal pixie ibu ngan ayah~~~ honeymoon bwat ke julung2 kalinya... tapi honeymoon skali ngan 2 ekor anak itik la... hik3... itik pertama dah tunjuk banyak pixie, itik kedua mana plak?

tak pa, ksian kat dia... bagik chance jugak la publish pixie anak itik sorang nih!





Saturday, March 14, 2009

kawan ok.

aku da delete entri sebelum ni. ntah la, rasa bersalah jugak bwat entri macam tu... bukan apa, its just dat last nite aku rasa sakit ati + geram sangat2...

tapi dah bangun awal pagi ni, aku rasa, maybe its not his fault. mungkin prasaan tu yang bwat dia bertindak macam tu. and of cos, everyone knows, prasaan tak ble dihalang.

aku tak kesah untuk berkawan dengan dia lagi.boleh. but plss, layan aku sama macam dia layan orang lain. jangan layan aku baik sangat,macam aku ni tuan puteri gunung kinabalu eceh! haha... nampak sangat macam nak amik ati aku. aku tak suka.

sori untuk dia n u ol juga coz terpaksa baca entri macam ni kat sini. bukan tak ble settle di luar, tapi aku tanak panjangkan benda ni thru fon lagi. nanti ber'call2, mesej2, aku tau benda tu takkan settle juga. so, kalau aku state kan di sini, aku tau dia baca and hopefully dia akan faham.


i'm off for a very short holiday. malam ni overnight kat luar. gonna update 'bout it later. daa~

Friday, March 13, 2009

apa kes?

sesi rama2 memarahi diri sendiri.


kau ni yn! suda tau benda tu nda ble, elakkan la. jangan main hentam ikut suka ati saja. control sikit nafsu tu.

--> alaa, tapi kau tau kan... benda paling sukar dikawal adalah nafsu...*sempat lagi menjawab sambil tunduk pintal hujung baju*



so, blajar la tahan nafsu!

-->apakan daya... aku cuma insan yang lemah... nda ble tahan godaan duniawi... sob..sobb... *sambil bwat muka tiga posen...



hah! menjawab2!!! itu ja yang kau tau...selalu bwat sumthing tapi nda fikir pasal efek nya. last2 nanti, baru menyesal.

--> eeii, relax la ba... suda orang bagi benda tu kan... nda kan mau ditolak pulak... apa orang slalu cakap tu? rezeki jangan ditolakk... mana ada kucing tolak ikan...



abis tu, kau ni kucing kah? kan manusia, ada akal, so fikir la!

--> ala, bukannya slalu... kadang2 ja... lagipun, sedap bah... mau bwat macamana jugak... nda kan mau di tengok saja rezeki depan mata... mana ble tahan...



memang la sedap! tapi beringatlah! apa crita kalau makan COKLAT sampai nda ingat diri? sekarang muka tu dah penuh dengan JERAWAT, baru mau membebel2 depan cermin. suda tau diri tu nda ble makan coklat banyak2, tapi masih jugak mengada2 nda pandai control makan.

--> herkkk, jangan la marah bah... apa kata kalau kita salahkan si pemberi coklat tersebut? sapa suruh dia bagi coklat secara berlebihan kan?
















PANGGGG!!!!
bunyi kepala diketuk oleh diri sendiri kerana membagi jawapan bodoh yang melampau.



Thursday, March 12, 2009

malas~

you're my honey bunch
sugar plum
pumpie umpy umpkin...
You're my sweety pie. ...
You're my cuppy cake....


tengok skrin.


kakak calling.

'hello'
'hello adik manis [ok, aku tipu. akak aku takkan ckp camni kt aku. dlm mimpi mgkin ya, haha]'
'ah, kak... knapa?'
'kakak mau beli tiket ni. ibu mau g kl. 'adik manis' mau ikut ka?'
'haa? p kl? bwat apa? kan ari tu ibu cakap mau pegi ****?
'jalan2 la... fatin pun ikut. ntah, mungkin next year baru pegi *** tu.'
'ohh.. ba, kalau fatin ikut, nda kan adik yn tinggal d umah sorang2 pulak... ya la, ikut la...'
'ok, kakak beli tiket ni aa...'
'bila tu?'
'7 ogos... bla bla bla....'
'ohh, ba, ya la...'
'bla bla bla....ok, bye.'
'bye'


sekian saja post utk hari ni.


aku tengah bz makan. tak ada masa nak bwat huraian panjang2.

bye suma.

nyum3...


burpppp!



herkkk, terlepas lak...



sowiee~
haha...

Wednesday, March 11, 2009

buang tebiat!

aik, apa kes ni pasangan pengantin dah bertukar? haha... al kisahnya camni, da day after majlis, sementara pelamin masih ada, akak aku n abang ipar mengada2 nak bersanding bwat kali ke-2... keh3... nak sambut anniversarry dorang la konon... siap2 pakai baju pengantin abang n akak ipar aku lagik...

wah3, siap pose tuuu...



adik aku pon tanak tinggal untuk menyarungkan baju pengantin akak ipar aku... aku ja yang tanak pakai baju pengantin... cuma pakai baju sendiri ja... baju pengapit yang aku pakai hari sebelumnya... eeii, tanak la pakai baju pengantin tu... seram aku... kang terjangkit aura pengantin tu kat aku plak... tak ready lagi nih! haha~ prasan... sapa la yang nak kawen ngan kau ni yann!



okey, duduk kat bawah ja... sila bwat2 sopan yann, manatau ada macik2 kat luar tu nampak n berkenan nak bwat menantu... keh3......

masih ala2 ke'seram'an nak duduk atas kerusi pengantin...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
aikk, mengapakah???!!!