BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 8, 2009

kenapa dan mengapa?

geli!

seram!

ya, itu saja dua patah perkataan yang mampu aku bayangkan untuk menggambarkan perasaan aku ari ni. eeii, sepanjang hari aku asyik terbayang2 ngan sejenis binatang berbisa yang menggemparkan seluruh isi rumah sejak dari awal pagi lagi. diulangi, binatang berbisa okeh.. kalau setakat kucing, labah2 atau binatang2 lain tu tak ada la gempar sangat. ah, kecuali la kalau ada tikus. fuhh, tak dapat tido la kami malam tu. walaupon hanya 1 ekor tikus sesat masuk ke dalam umah, kami sekeluarga akan bersatu padu membanteras pendatang tanpa izin tu pada hari itu jugak! masing2 beraksi dengan senjata selalunya batang penyapu bak yakuza sebab nak menghalau tikus tu kuar dari umah. aku rasa, tikus pon bole jadik trauma lepas singgah umah kami, sebab memang akan kami tentang habis2an walaupon sampai ke lubang tandas. siap la kau tikus!

oops, dah kuar dari tujuan utama penceritaan ni dilakukan pulak. ok, balik ke point asal.

nak dijadikan cerita, lepas saja selesai solat subuh tadik, aku pon berdiri la nak bukak telekung, err, aku tak tau la kalau korang lebey selesa nak bukak telekung time duduk... tapi tak kesah la kan, nak berdiri ka, nak duduk ka, yang penting kain telekung tu ble dibukak dengan jayanya. eii, kuar tajuk lagii...

pastu kan, aku ternampak la kat atas sejadah tu ada benda panjang, kaler itam, bergerak laju cam cacing mabuk. otak aku pon pantas memproses maklumat apa yang mata aku nampak. makkk!!!!!!!! lipan!

aku da berdebar2 time tu, dah panic tak tau nak bwat apa. cepat2 capai botol deodoran adik aku kat atas meja dan dengan lagak pantas dan bergaya aku pon selamat mendajalkan lipan tersebut sebelum dia berjaya mendajalkan aku. huhuu, syok aja dia berjalan sambil berlenggang2 di atas sejadah, jadi korang bayangkan la camna keadaannya kalau benda tu tiba2 lalu depan muka aku time tengah sujud, mak aih, mau juling bijik mata aku nih.

cerita lipan ni rupanya tak stop di situ sahaja. tadi waktu aku tengah potong2 sayur untuk dimasak time dinner sambil dibantu oleh penolong kanan chef iaitu ayah hehe, besh kan aku? ada penolong gitu... herk, ataukah aku yang menolong ayah?*sambil garu2 kepala*, tiba2 seekor lipan agak2 dalam lingkungan remaja kelihatan tengah merentas desa, eh bukan! tengah merentas meja... aku pon apalagi, dengan bergaya jugak melontarkan vokal yang pastinya kalau siti nurhaliza dengar, kompom dia akan makan ati... lipan..lipann!!! ibu yang turut duduk di sana sambil makan buah pon terkejut mendengar lontaran vokal aku yang sungguh merdu bak buluh perindu itu. 'paaappp!' aku hentak lipan tu dengan menggunakan botol sos cili yang berdekatan dengan lokasi kejadian. innalillahiwainailahirojiuunn... kembali lagi seekor lipan menemui penciptaNya, dan ini merupakan lipan kedua pada hari ini!!!!

my gosh! berapa banyak lipan daa? rasa cam tak selamat plak sekarang. sebelum ni tak ada pulak kes lipan melipan dalam umah aku nih! aiyoo, pastu lipan ni asyik muncul depan aku aja... depan orang lain, tak pulak... isk3, kena lebey berhati2 lagi lepas ni... mungkin sebab 2, 3 ari ni asyik ujan saja, tu yang lipan2 ni pon kuar dari umah dorang sebab kawasan perumahan dorang tu dilanda banjir. hmm*berfikir*


herkkk, tapi aku jugak rasa yang hari ni merupakan hari warga lipan pegi outing la... korang rasa camtu jugak ka?



songeh si rama2- no more lipan plssss....

17 ayat-ayat comel:

Anonymous said...

hahaha!maybe no more mimpi dipatuk ular?mimpi disengat lipan plak lps ni..yg peliknya miss rama2 yg nmpk..nmpknya sudah smpai seru miss rama2 berjaga2...ada org sdg mengintai kamu!!hik3...

Lea Isnawi said...

apsal la byk sgt lipan kat umah cik butterfly ni??
huhu...

Anonymous said...

abang aku cakap (bukan merujuk kepada kapten. ehe), lipan ne kalau outing memang berpartner. kalau dah bunuh sekor, mesti sekor lagi akan muncul jugak. so memang kena prepare...seram eh!

pink_butterfly said...

lifesaver-hmm, mgkn jugak kan...itu kaedah tbaru d zaman moden ni utk tanda kta tgh diintai..ahaks, prasan ja rama2 ni...*blush*

lea-ntah la lia, sblm ni tak ada pulak tragedi cmni...huhuu..may bz sbb asyk ujan kut..

dayen-btul ka dayen?alamak! so,aku tlh mbunuh pasangan kekasih lipan la klmarin? hik3... cian mereka, menemui ajal ketika ingin bdating...

Kapten Luffy said...

kapten takut ular dengan lipan...

nak bunuh pun takut. baguslah rama2 berani bunuh.

so... tugas membunuh lipan serah pada rama2

pink_butterfly said...

eeii, ada ka nak bunuh lipan pn takut...sungguh bersifat keperihaiwanan la kpten ni...bravoo*smbil tepuk2 tgn*

tuluung la, no more lipan...xsuka3!

Jard The Great said...

rumah kpg aku dkt sawah padi.. mmg bnyk binatang berbisa.. hehe..

kalo umah tak tinggi mmg mcm2 benda bole masuk.. huhuh..

p/s: laaa... baru nak buat n3 yer?? hehe..

pink_butterfly said...

haa tu la..tgl kat tmn perumahan cmni pon ada binatang bbisa..isk3...

ha'ah jard...lipan itu mmbwa inspirasi utk mbwat entri kali nih...credit kpd lipan tersebut yg kini tlh mjadi arwah...

MaSHee said...

lipan tu dah jatuh cinta kot ngan cik rerama...sabar je ar..

AnnELara said...

waduuh2... knapa bole jadik cam gtu cekguu... kes bahaya ni.... cekgu kena repot hidupan liar ndak biar pekara ni sampai berlarutannn gawaat... tapikan anne.. cirigak ni... adakah lipan2 itu.. tanda??? aahaaa....???? tapi besyukur ar lipan tu ndak ggit cekgu...

pink_butterfly said...

aku dia kamu- jatuh chenta? jeng3...hehe

annelara- hah, btl gak apa yg anne ckp 2...cekgu pn x tfkr td...anne, tlg report kat jab.hdupan liar...

sparkystar said...

bukak ke rama2 n lipan sejenis seranga..smpai ati kamo mbunuh kawan sepasukan or seangkatan spesis kamo...sguh zalim olang yg mbunuhnye..atas ksalahan kamo bg seksin hdupan sranga kamo ddapati bsalah n dkenakn hkuman!! huhuhu

semua yg hdup pasti akan menemui ajal tmasuk kt manusia tapi bagaimana dan bila kt mati, tu yg kt tak tahu.

Sifu Mirza said...

adus... lipanss...

menggelikan lagi merbahaya...

rerama kena terbang tinggilah gamaknya...

:-)

pink_butterfly said...

sparky- mmg spesis serangga tp lipan 2 mrbahaya smpai ble mbunuh...manusia yg mbunuh pn d kenakan hukuman mati, apa lagi haiwan nih...

sifu-tu la psl...rama2 kena lebey bhati2 lagi lps ni...=p

Unknown said...

adehhh lipan ohh lipan..memng tul tuh rama2..hari outing sedunia lipam kot...n disebabkan lipan mana lah tahu terbongkar satu rahsia n bakat terpendam ko ahaks..leh r ganti dato` ct..dier kan nak benti dah hahahah

pink_butterfly said...

farha- ya la...btul 2...terserlah plak ke'power'an vokal ku ini secara tak sengaja...haha

Anonymous said...

Huih,sbuk kemas2.de ank lipan remaja bwh toto ats ktil.2mgu lps kt dinding.ptotla.mag hri ujan dy mncul ae?prnh skali bwu pas mndi da siap pkai bju.tbe2 de bnda bgerk kt bahu.dgn trkejut n geli,sy mnyuruh en abg tlg buangkn laju2..ishk2.ade ank kcik kt uma.moga dijauhkn