BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 30, 2009

still in besday mood!


ni kad besday yang aku dapat dari inchek sparky ngan kapten luffy...


yang ni plak dari ex-classmate aku, hikaria... yang kanan tu dari anak murid aku, annelara... sebenarnya bukan ini kad yang anne bagik aku... ada kad lain yang spesel punya, aku dah copy dlm pc tapi time nak publish, tak jumpa lak... nak copy balik dari blog anne, aku dah tak jumpa kad tu...so, aku paste'kan aja la kad yang ni sebagai ganti untuk tetap menghargai usaha kerasnya melukis untuk aku... apapn, memang kad ni dari anne jugak...

thanx banyak2 u ol~
i really appreciate it...

**********

kelmarin aku cuti... masih dalam mood besday lagi ya, so, ibu ajak kuar untuk menyeleberate besday aku yang tertunggak dek kebizian yang melanda... tak ke mana2, cuma makan kat luar saja... ibu tanya aku nak hadiah apa. sambil berjalan2 aku pon berfikir2 la nak mintak apa, tapi tak ada idea lak... so, sampai sekarang hadiah tu still tak ter'claim lagi... tak apa, no expired date punya... bila2 masa pon still ble claim lagi...

jangan risau, anda tidak memerlukan spek. jika memakai spek, melihat pixie dalam keadaan macam ni bukan tandanya anda perlu menambahkan degree spek anda tersebut kerana pixie ini memang agak ke'blur'an...

amacam? ada bakat untuk jadi da next top model??? pelakon dalam PHSM takk? apa tu PHSM? sila usulkan pertanyaan anda kepada mantan PHSM, pn. maya karin...=p



cuma ini pixie yang sempat di ambik waktu kuar tu... tak sempat nak amik in different places sebab adik a.k.a camerawoman aku dah membebel kepenatan... hik3...

korang bosan dah tengok muka aku? haha, tu la, dulu nak sangat aku remove bunga2 kat muka ni... skali aku dah syoh2'kan bunga tu, makin manyak lak pixie syok sendiri tertempek kat sini kan... kalau korang tanak tengok, sila menutup mata masing2 ya...

oh ya, semenjak dua menjak ni, aku semakin tak bersemangat nak menghupdate blog... i have no idea wut's happening to me...

Monday, January 26, 2009

nursing!

aku jadik nurse.. ahaha... sounds funny kan? bukan apa, tapi AKU yang tiada background seorang nurse ni tiba2 di'offer untuk menjadik nurse... okk, aku pon blum keja, so, y not give it a try kan? sementara ja... kumpul experience... at least, ble rasa sumthin yang di luar option aku...

keja aku ialah... mendaftar and melayan patient yang datang sama ada nak jumpa mr.doc ataupun juz untuk beli ubat dan jugak mem'prepare alat2 kalau mr.doc tu nak bwat injection or amik darah patient... okkk, keja membagi ubat bwat aku kelam kabut sket... lagi2 kalau patient datang secara berduet atau berkumpulan... perghh, rasa menyesal pon ada sebab accept offer mr.doc ni...

sumpah aku tak suka tiap kali patient datang... walaupun aku tau memang itu keja aku dan sumber income doctor tu, tapi betul2 bwat aku nampak cam orang bodo tiap kali masuk bilik doc untuk bertanya nama ubat apakah yang ditulis atas kad untuk aku berikan pada patient tu... ataupon untuk bertanya ubat apakah yang patient tu nak beli... contoh,

'err, doc! which 1 is da ubat sembelit for adults?' ataupon,

'doc, di mana family planning punya ubat? ada patient mau beli pil perancang!'

haa, camtu la lebey kurang... aiyoo, memang segan siot! tapi apa ble bwat, mau tak mau, aku kena bwat jugak kan... mau nya tersalah bagi ubat nanti, kan masalah besar tu... lagipun, nasib bek mr.doc tu pon baik n paham... tak penah marah walaupon aku balik2 kacau dia bertanyakan benda yang sama... ya la, mesti dia pon tau yang 'tulisan doktor' ni memang terkenal... super duper lawa gitu... terlampau berbunga2 sampai susah nak di faham... haha...

and guess what! rupanya mr.doc tu blom tawen... baru aku tau... ingat kan da tawen... rupanya bujang trang tang tang lagi... nasib bek aku da ada mr.fhy... haha... eh, tak la.. kalau tiada mr.fhy pon aku tanak jugak mr.doc tuh... tua dah! tak rela i....=p

keja kat sana tak la busy sangat actually... cuma kalau ada patient, then baru la aku bwat keja... time patient tiada, keja aku juz duk kat kaunter sambil baca novel + sms... kadang2 dengar mp3... dah la keja pon waktu petang, kul4.30-8.30pm... ahad n rabu cuti...

meaning to say, aku still ble enjoy lagi... tido lambat, bangun lambat... and i'm still getting paid! oohhh, bahagianyaa... hmm, ini lah point utama entri in! haha...

ada nampak cam nurse yang berdedikasi tak? oh ya, ni bukan pixie time keja ya... ni time aku nak pegi wedding anak kepada kawan ibu...


songeh si rama2- makin bersemangat nak carik keja sesuai ngan qualification ni... thanx to mr.fhy! u ols doakan aku,k...

Thursday, January 22, 2009

my special day!

oits, nampaknya niat suci murni aku dalam entri kat bawah telah disalah ertikan... ciss sungguh kalian suma aah... sampai ati tuduh aku sesaja nak promote besday sendiri... sob..sobb... tecik ati aku tauuu...

tapi tak apa! no sweats. aku kini kembali dengan janji2 manisku dahulu. ia bukan sekadar janji manis sekarang coz entri ini buktinya... chewahh! haha...

dalam entri aku pada 23 disember yang lepas, aku ada berangan nak sambut besday ngan macam2 angka 23 kan? sebabnya, ari ni aku dah menjadi 23 tahun! tapi aku tau, itu cuma angan2 terlampau sahaja... sebab mana mungkin aku dapat celebrate besday 23 hari 23 malam dengan 23 bijik kek! kawen ngan anak raja pon blom tentu lagik angan2 aku tu ble tertunai... dalam mimpi ja la rama2...

setelah berfikir 23 kali, sambil mengucapkan HAPPY BIRTHDAY pada diri sendiri, aku nak men'share ngan korang pixie yang telah aku janjikan... bukan setakat 23pixie, malah lebey dari itu... aku nak bwat dalam bentuk video sebab malas nak upload pixie manyak2 dan korang tengok la ya... mungkin aku akan biarkan video ni untuk beberapa hari mengikut mood aku sebelum mendelete'nya semula...

untuk mengelakkan dari korang menuduh aku syok sendiri plak, aku ada selitkan pixie aku together2 ngan family dan kengkawan... jadi tak la korang bosan sangat asyik tengok muka aku ni ja kan...

okehh, aku namakan video ni ngan title 'behind de scene'... hak3, mengada2 la si rama2 nih...menyampah i tau!

tengok la sapa member korang si rama2 slama nih! haha~

VIDEO HAS BEEN REMOVED!

greetings to u...=)

ari ni aku tak ada nak story apa2...
cuma nak bwat entri khas untuk mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kat kawan blogger a.k.a abang-sehari aku... beliau adalah... jeng3....


INCHEK SPARKY!!!

yeahhh.... ari ni, 22hb januari 09, selamat suda inchek sparky melangkah ke umur 23 tahun... tunggu ya inchek, 1 ari lagi, insyaallah, rama2 ini pon bakal menuruti jejak umurmu itu... well, sebab tu aku cakap inchek sparky ni abg-sehari aku... sebab beza umur kami hanya selang sehari...besh kan?*wink2*


semoga inchek sparky hepi, murah rezeki, dan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH...


songeh si rama2- psstt2, inchek sparky, kalau dapat masuk af nanti, jangan lupa adikmu ini ya!=p

Wednesday, January 21, 2009

apa rahsianya???

ohh tidakkk... tidakk...
jangan diucapkan perkataan itu... aku suda bosan! sudah muak mendengarnya!

aik, apa kes si rama2 tiba2 menjadik emo nih? adakah musim bulan dan bintang datang menjenguk itu suda tiba maka kesensitifan boleh berlaku lebey hangat daripada biasa???

hiskk, bukan apa u ols, tadi aku jumpa kawan lama lagi... and seperti biasa, mesti di antara words kat bawah ni kuar dari mulut dorang tuh,

'waah, yn... masih maintain macam dulu... apa rahsianya?'
'hmm, tak berubah... masih macam dulu jugak,'

ada yang memuji menanyakan rahsia, ada jugak yang memuji tapi tetap menyelitkan unsur2 pengeboman di hujung ayat, contohnya,

'waah... masih maintain macam dulu lagi, cuma sekarang muka tu da berjerawat la,'

ceiitt, mengapa harus terselit juga ayat paling last tuh... ni yang bwat haku tak puas hati nih!

aiyarrkkk, nampaknya memang obvious sangat la yang aku ni tak pandai besar2 sejak tingkatan 5... heii, apsal aku tak ble jadik besar! korang ada petua tak? kongsi la ngan aku yang dah desperate bukan housewife nih!

ibu cakap time baby, aku la yang paling besar sekali... berat aku time baru kuar dari pewot ibuku yang terchenta itu adalah 3.5kg... and yang paling tecik adalah adik aku, fatin, beratnya err...err... aiyoo, lupa la plak... hm, tak apa, tak penting pon... yang pentingnya, fakta sekarang ni, aku dah jadik paling tecik dalam adik beradik and adik aku plak dah jadik paling besar... hihii~ jangan marah fatin...




korang tengok la 2 pixie kat atas tu... dah terang lagik bersuluh yang aku memang yang paling tecik dalam family kan... sob...sob...

hmm, okey la... untuk memenuhi permintaan kengkawan-bukan-bloggers yang ingin tahu mengenai rahsia ke'maintain'an badan si rama2 ini... mari la kita sama2 menganalisa jadual pemakanannya...


diet untuk me'maintain'kan ke'slimworld'an

pagi- bangun awal pagi kerana pewot biasanya akan mula berdondang sayang... bukak rice cooker, fuhh, nasik malam tadi ada lagi... panaskan. pastu masak telur atau sosej... makan sebagai breakfast. menu kadang2 bertukar menjadi bread atau roti canai yang ayah beli kat mamak. minuman lak sama ada milo atau susu panas.

lewat pagi-blum tengahari lagi- bwat minuman panas lagi, mamam biscuit atau coklat... bergantung kepada makanan apa yang ada kat dapur.

tengahari- mamam nasik+lauk+sayur macam biasa. penambahan nasik secara add-on wajib dilakukan. dan top-up kali ke-3 bukan lagi satu perkara yang abnormal.

petang- biasanya pewot akan berasa lapar semula. rujuk pada jadual awal pagi di atas.

malam- tabiat makan sama seperti pada waktu tengahari.

lewat malam- selalunya jika stay-up bukan-untuk-belajar tapi kerana online+ sms+ gayut, pewot pasti akan berasa lapar semula... pewot harus diisi untuk mendapatkan tido yang sempurna... milo atau susu panas disamping hidangan biscuit atau bun menjadi pilihan.

additional info
- pastikan anda tidak melakukan sebarang senaman, kalau anda berdegil, nescaya diet ini tidak akan berkesan.
- hanya perlu makan-tido-online-tengok tv sahaja...<--valid untuk orang yang belum bekerja seperti si rama2...

haa, sekian sahaja sesi rahsia-petua kita pada kali ini... selamat menjalani gaya hidup dan pemakanan yang sehat agar anda mendapat body seperti yang diidam2kan...

jumpa lagi dalam sesi akan datang~ see ya!



songeh si rama2- sangat suka melihat lelaki yang pandai melayan karenah budak2... waktu di feri on my way back dari labuan ari tu aku duduk berdekatan dengan seorang lelaki yang asyik sibuk melayan adik perempuannya yang masih kecik. seronok sungguh aku menengok sang lelaki tu... time nak turun dari feri dia berdiri kat depan aku. sekali skala apabila mata kami berpandangan, aku tertunduk malu... uhuk, yn! whats dis? plss get real, ok! hihii, tak la, itu cuma penyedap cerita ja... anyway, back to the story, lelaki tu bukak la spek mata itam dia... fuhh, ensem jugak mamat nih! haa, dari sini, korang boleh la mula untuk mengklasifikasikan aku dalam golongan si mata keranjang. haha... pastu dia kuarkan sumthin dari poket seluar of which membwatkan markah ke'macho'annya terpaksa aku tolak 80%... apakah dia? yaa, itu la... ROKOK!

Monday, January 19, 2009

usaha... usaha...

nampaknya agak lama jugak blog aku ni tak ber'entri baru... hihii~ aku malas la nak hupdate <--amik tu, alasan jujur lagi aku bagik! ok la, sebab dah 3 ari tak bwat any entry, ari ni terpaksa jugak aku membibitkan bunga2 kerajinan dalam diri... yeahh, harus berusaha!!! err...err... hahh!!! menjawab tag pon 1 usaha jugak kan? so, aku nak jawab tag la ari ni... tag yang aku dapat cari cik raihanna... ada la dalam few days ago aku dapat tag nih, tapi baru sekarang dapat jawab... sori lambat ya rai..=p anyway, here goes... My 35 Secrets . Be honest no matter what!<-- fuhh, siap ada warning lagik tu u ols... 1.Who was your last text from? --> from someone...

2. Where was your default picture taken?
--> i didn't insert any default pixie...

3. Your relationship status?
--> hmm, 'its complicated'... haha...

4. Have you ever lost a close friend?
--> yess.... huhuu, sedey... sob...sobb...

5. What is your current mood?
--> angry + frustrated about sumthin...

6. What's your sister's name?
--> yani, fatin

7. What's your favorite color(s)?
--> pink + white

8. With whom do you wish you were right now?
--> err... err.... aww, malu la nak gitau.... cehh, cam gedix ja kan? haha...

9. Have a crazy side?
--> of cos! wanna know? hiskkk, takyah la k...

10. Ever had a near death experience?
--> penah... time kecik2 dlu, g mandi sungai... almost drown... huhh... thank god i'm still here...

11. Something you do a lot?
--> blogging + sms'ing

12. Angry at anyone?
--> yess... i mean, REAL ANGRY!

13. What's stopping you from going for the person you like?
--> distance n rasa malu yang teramat=p

14. When was the last time you cried?
--> aiyoo.. forgot la...

15. Is there anyone you would do anything for?
--> my family...

16. Love your Boyfriend?
--> i don't hav any... at least 4 now...*blush*

17. Who was the last person you talked to on the phone?
--> 'him'...

18. What are your favorite songs?
--> banyakkk... susah nak list'kan... i'm into indonesian songs more...

19. What are you doing right now?
--> answering da tag lorr... + sms...

20. Who do you trust right now?
--> parents...

21. Where did you get the shirt you are wearing?
--> my mum brought it 4 me... thanx mum!

22. Have you kissed someone in the past week?
--> yes... baby affiya...

23. What is your lucky number?
--> i don't hav any lucky number... but i do hav faveret number...2!

24. Who are your friends that are closest to you?
--> atie & mar

25. Describe you in one word?
--> slimworld=p

26. Have you ever kissed in the rain?
--> never...

27. Who are you thinking of right now?
--> 'him' n 'her'...

28. What should you be doing right now?
--> err, working??

29. If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be?
--> happier life + great job + good life partner... waah, impian masa depan nih!=p

30. What did you hear now?
--> the sound of birds

31. Who was the last person who gave you a hug?
--> my mum...

32. Who was the last person who yelled at you?
--> err...fatin kut...haha...

33. Do you act differently around the person you like?
--> i think so...malu2 kambing gitu...

34. What is your natural hair color?
--> black

35. Who was the last person to make you laugh?
--> my ayah!

huhh, sangat panjang kan ini tag... berpeluh2 aku menjawabnya... nak tag sapa ek? hmm, malas la nak tag sapa2... haa, korang tengok tu, betapa kroniknya prasaan malas aku mendominasi diri sampaikan nak mengetag orang pon aku rasa malas... hiskk...

songeh si rama2- jangan korang berani berdoa supaya si rama2 ini sentiasa berasa malas ok... aku tau korang ni bukan ble dipercaya sangat. suka la tu sebab tak kena tag...kann??? inchik sparky, annelara n atie, si rama2 ini nampak korang sedang melompat2 kegumbiraan di sana... sila mengontrol ayu sedikit, tak manis anak dara duk melompat2...

ehh, inchik sparky, anda kategori anak dara kah?=p

Friday, January 16, 2009

surprise!!!

cakkk!!!

haha... terkejut tak nampak ada rama2 terbang dengan riang gumbira kat sini??? kalau korang tak rasa terkejut pon, tolong berpura2 rasa terkejut pon jadi la.

alaa, kan ini taman aku, so, suka ati aku la bila2 nak datang main kat sini...=p

wah3, inchik sparky... bukan main suka lagi ek lepas dengar diriku ini tak dapat online. hampeh punya membership-partner... mulai sekarang kita putus hubungan la camni... kita bawak haluan masing2... between you and me, its over!

cehhh, cam apa ja kan... haha, jangan marah inchik sparky, si rama2 ini hanya bergurau senda sahaja ya... no heart feelings, okay!*wink2*

haa?? apa? korang tertanya2 bagaimana dan mengapa aku masih enak bermain2 dan bertebangan di taman ini sedangkan dalam entri lepas bukan main lagi aku menangis2 padahal titis kan eye mo kat mata menceritakan kesedihan aku tak dapat online??? hahaha... kasi ketawa sama mereka kerana tertipu...

eh, bukan! bukan aku menipu atau sekadar nak bwat propaganda amenda propaganda ni ek? aku main blasah ja. ahh, lantak la! janji korang paham actually aku pon tak tau perasaan apa yang aku patut rasakan sekarang. hmmm...*berfikir sambil garu2 kepala*

ntah la sama ada nak rasa gembira atau simpati kat kakak aku sebab dia dah tertinggalkan laptop ni secara tak sengaja sewaktu kami kelam kabut nak bertolak gi airport tadi. bukan aku tanak drive balik umah untuk amik laptop kakak tu, tapi masa dah suntuk sangat. kalau patah balik nanti dia pulak tak sempat nak check in. tambahan lagi, kami dah half-way jalan waktu dapat tau yang laptop tu tertinggal kat umah, so, tak dapat la nak patah balik. aku pulak dah siap2 bawak laptop untuk dihantar ke spital tadi, tup2 lepas tau yang laptop kakak tertinggal kat umah, aku ubah fikiran. tak payah la susah2 antar laptop aku tu ari ni. esok2 pon boleh.. haha...

so, di sini la aku pada ketika ini... menghadap laptop kakak yang aku kira memang tanak meninggalkan umah kami yang sememangnya sungguh indah dan permai atau mungkin laptop ni tanak pergi meninggalkan aku! hak3..... untuk kakak aku pulak, aku doakan supaya dia bakal menimang laptop baru dan redha dengan peninggalan laptop-nya ini...

haa, untuk geng rama2ku, aku tak jadi nak bercuti ni, so, jom teruskan meeting kita macam besa ya! sapa2 nak jadik geng rama2 untuk wanita dan ramu2 untuk lelaki, sila tinggalkan alamat YM anda untuk di'invite.. =p


songeh si rama2- ramu2??? apakah perkataan baru?

Thursday, January 15, 2009

commercial break! bad news...

uwaaa... uhuk3... sob, sobb...

sesungguhnya itu menunjukkan betapa aku mempunyai bad news untuk dikhabarkan kepada u ols...*sambil titiskan eye mo kat mata*

bwat pengetahuan korang, starting dari esok hari, aku akan berhenti dari ber'blog...

apa? berhenti?

ya, berhenti... bukan sahaja dari ber'blogging, malah ym dan friendster jugak! so, kawan2 n geng ym tu, jangan merindui n tercari2 si rama2 ini ya! jangan jugak melupakan diriku ini!

hah, kenapa???

ok2, let me explain, aku cuma hanya berhenti sebentar sahaja... u ols jangan pulak tak datang lagi ke taman ni... aku tau, pasti ada orang2 yang akan merindui si rama2 yang selalu prasan cun ini kan...ahak3... prasan lagi...

okey, mari la aku memberitahu u ols sebab musabab aku tak dapat ber'blog coz rasa cam tak besh plak kalau juz menghilangkan diri camtu aja... well ini adalah disebabkan oleh masalah aku yang tak dapat meng'online'kan diri... laptop aku tiba2 telah dijangkiti penyakit. bukan penyakit tag yang selalu aku bebelkan selama ini. tapi, ntah la, aku pon tak ada idea penyakit apa yang telah menimpa laptop aku tu... tak ble nak detect wireless... tensen btol...

slama ni, aku online dengan menggunakan laptop kakak... esok, dia pulak akan berhijrah ke tempat lain, which, of coz la laptop ni dibawak bersama kan...

so, aku dan jugak kamu haruslah bersabar dengan penantian ini... cik syafa! soal penantian lagi nih! hehe... at least, sehingga laptop aku siap dibaiki. aku cadang, esok nak antar laptop tu gi clinic untuk bwat treatment... =p

hopefully tak ada serious injury and ble siap cepat2!!!

untuk geng2 butterfliesku yang tersayang, waah, cam bagi speech plak kan! jangan sekali2 korang melupakan diriku ini...

buat butterfly2 yang datang singgah ke taman rama2 ini, thanx banyak2... sila la meneruskan persinggahan anda di masa akan datang!=)

untuk butterfly2 yang ingin bertukar2 link, sila tinggalkan jejak di ruangan komen entri ini,k. takut plak jejak korang tu tak dapat dikesan kalau u ols tinggalkan kat shoutbox, anda akan di'link'kan sepantas kilat sebaik sahaja aku dapat online... dan pastinya aku akan turut turun padang untuk melawat blog u ols yang of coz akan dikategorikan sebagai blog yang vogue and de vass sekiranya telah menjadi geng taman rama2 ini...*wink2*


oraits, gotta fly out...
tata suma, taking care!

i miss u, u miss me,k!
okk, tak ada kaitan. haha...

Wednesday, January 14, 2009

angker tak?

adoii, semenjak dua menjak ni blog aku semakin galak diserang penyakit berjangkit bernama tag... menjawabnya pon dah terpaksa mengambil jarak berkilometer2... ada yang turut berjangkit ke blogger lain, dan ada jugak sesetengah tag yang berjaya dihentikan di sini kerana aku secara tiba2nya berasa tidak kesampaian ati untuk menjangkitkan tag itu kepada sesiapa... biar la daku yang menanggung seksa menjawab tag2 sebanyak itu... sob.. sobb... *sambil menitiskan eye mo kat mata*

tapi kan, selalunya orang2 yang bertuah dijangkiti tag itu hanyalah mereka2 yang terdekat dengan si rama2 ini sahaja... anda tau apa maksudnya itu? yaaa, sila la menjauhi diri anda dari si rama2 yang amat gemar memberikan tag sebagai hadiah perkenalan dan simbol persahabatan ini. tapi bagi mereka yang telah diberikan tag, jangan la bersedey... anda sepatutnya berbangga sebab menjadi insan2 terpilih di antara mereka2 yang lain. jadi, berasa simpati la kepada mereka yang tidak termasuk di dalam senarai orang2 yang ditag itu, muahaha.. pandai2 ja aku nih! sapa nak kena tag lepas ni, tolong angkat tangan, tinggalkn nama, nombor tepon, resume n gambar berukuran pasport ya!

tak ada apa2 jugak yang nak di'storykan di sini... tujuan aku mempost entri ni semata2 sebab nak turunkan entri ber'pixie kat bawah... hik3... sungguh suci murni objektif aku tu kan... so, mari la membantu aku, bersama2 mendapatkan idea tentang apa yang nak di'story'kan agar objektif itu dapat dicapai dengan jayanya...

hah, lupa plak.. sebenarnya ari ni aku nak crita story yang berbaur ke'angker'an... jeng3.. story apakah itu? teruskan membaca...

dalam entri 'sakit-tengkuk' aku yang lepas, korang tau kan yang mana satu? ada satu komen yang mengingatkan aku pada satu ketika di zaman muda mudi ku dahulu... aku copy paste komen tu kat bawah,

Jard The Great - aku rase mesti ko aktif bergerak mase tido nih.. naseb baik ko bukan jenis sleepwalking..ntah kat mana ko bangun nnt.. hehe...

haa, aku memang bukan type yang sleepwalking... kalau blog walking tu mungkin la... tapi aku nak story kat korang kisah aku ber'walking2 ketika tido... aku berwalking ke mana? haa, itu la yang korang tak tauu...

time tu aku masih kat over-the-sea lagi... korang prasan tak kalau omputih punya wardrobe atau almari tu ada yang jenis masuk kat dinding? ala, yang walk-in wardrobe tuu...

alkisahnya time kami baru berpindah ke umah baru, aku yang sememangnya sorang yang penakut ni tido sebilik ngan ibu n ayah sebelum keberanian itu datang untuk menidurkan diri kat bilik lain. ya la, kan tu umah yang kita tak biasa, of cos la ada rasa was2 kan... ntah sejarah apa yang pernah jadik kat umah tu... hiskk, aku ni dah terlampau banyak tengok crita antu ngan a haunting nih!

malam tu aku tido la dengan nyenyaknya... tiba2, aku tegaskan lagi ya, TIBA2, aku rasa cam diri aku ni sedang berjalan menuju ke wardrobe bilik tu pulak... yang heran bin ajaibnya, aku sedar apa yang berlaku tu, tapi tetap gak nak gi sana. aku da siap bukak pintu wardrobe tu bila aku terdengar satu sora,

' yn, what r u doing?' sora ayah kedengaran memecah keheningan malam ayat novel...

tingg!!! sound efek magik aku kembali ke dunia nyata... dengan penuh selamba tapi masih kekonfiusan, aku pon balik ke katil n terus membaringkan diri... tak fikir apa2 lagi n trus terlena diulit mimpi indah.

haa, tu ja la cerita aku... amacam angker tak? hahaha... tolong la berasa takut...

persoalannya sekarang, kalau ayah tak sergah aku malam tu, agak2 korang la, adakah aku akan bangun pagi tu kat dalam wardrobe??? hiskkk...

persoalan kedua plak, apa yang ada kat dalam wardrobe tu sampai aku ble gi sana dalam keadaan separa sedar??? ha, entri kali ni aku tinggalkan korang ngan 2 persoalan...

selamat berfikir!!!

jangan biarkan diri kita diselubungi misteriiii~


songeh si rama2- thanx jard coz bagi aku idea untuk bwat entri!

Tuesday, January 13, 2009

aku dipaksa dan terpaksa.... sobb...sobb...

ggrrr... inchek sparky ni saja ja tau! mula2 tu, tak ada la pulak nama rama2 masuk dalam list orang yang di'tag... time tu rasa cam 'fuhh, nasib bek tak kena tag nih', sebab aku memang selalu berharap dapat eskep dari membwat tag ber'pixie... tapi oleh kerana tanak kena bawak gi mahkamah inchek sparky nak heret rama2 gi mahkamah kalau tak settle tag ni,sampai ati sungguh beliau kan... terpaksa la aku membwatnya jugak! ciss...

oh ya, enchek sparky, ucapan terima kasih ku itu terpaksa ditarik balik ya... u ols, inchek sparky ni sungguh terserlah sekali kesengalannya... mula2 dia tak letak pon nama ku ini... tup2 ble plak dia masukkan skali lepas melihat rama2 melompat2 excited sebab tak kena tag. tak ble tengok orang senang btol la...

apapon, mari la kita melayan jugak tag inchek sparky nih dengan nada tak ikhlas,

1. tag ur picts now.
2. upload it
3. description
4. tag other friends

setelah perbincangan pihak senat dilakukan, maka, dipersetujui bahawa pixie kat bawah telah terpilih untuk memenuhi tag ini...

haa, inchek sparky, jangan manyak songeh ya... trima aja pem'publish'an pixie ini... sapa suh mengetag rama2...=p

haa, dah siap! yeayy! hmm, tak ada la susah sangat kan? hihii~ berasa bangga dengan diri sendiri...

okeh, nak tag sapa ya...err...err...
hah!
aku nak tag kawan2 baruku itu...

cik lifesaver
enchek bean moreno

pastu,
cik atie
cik annelara

sila merajin2kan diri menjawab tag ni ya... mana ble jawab tag sorg2... harus ber'share2 prasaan itu... kan berkongsi tu amalan mulia...=p

err, part 2 entri ni, aku nak publishkan award n gifts yang aku dapat tapi tak di show-off'kan lagiii...

kad ni hikaria bagi aku sempena tahun baru ari tu... dah lama kan, tapi bru sekarang dapat publish... sori lori strawberri...

errk, kad ni pon sama... dari kak suzi sempena maal hijrah n new year... sori gak lambat publish, kak suzi...

dari lifesaver

dari reen

dari sir nik


dari enchek hafizi=p


dah siap! perfecto~
harap2 dah tak ada lagi la award n gifts yang tertinggal... kalau ada, update balik kat rama2 ya... ceehh, prasan... macam ramai sangat orang nak bagi dia gifts..

Monday, January 12, 2009

warning! panjangnya 4.5 km...

ok.baiklah. sebagai seorang rama2 yang berhati pewot dan baik ati, aku rasa, teramatlah wajar untuk aku membagi warning dulu kat u ols. warning apa? ngeh3... jangan risau. tidak seperti warning2 yang aku penah bagi kat dalam blog ni, warning kali ni tidak lah membahayakan. pastinya kerana ia tidak mengandungi virus2 yang boleh meransang kepada proses kemuntahan terhadap diri anda.

warning kali ni hanyalah untuk me'roger anda bahawa entri aku ini teramatlah panjang berjela. setelah diukur, panjangnya adalah lebey kurang 4.5km... huhh, panjang kan? sebagai briefing, di'roger'kan bahawa bermula dari km pertama hingga keempat, sesi menjawab tag akan dilakukan manakala 1 sesi khas akan dibwat untuk 0.5km seterusnya. sesi apakah itu? jeng3... haa, itu la yang korang tak tauuu...

tag??? dah lama x jawab tag... nampaknya aku di'tag lagi... untuk tidak menambahkan bebanan utang, maka kali ni nak jawab tag dari irwan... ehem, irwan, sori ya... dah lama ter'extend tag awk nih... jgn marah, nanti sy jual! tu pon ntah laku ka tidak... =p

ASAIMEN PERTAMA- hehe, rasa cm skema la pulak!

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
herkk, air... oksigen... makanan...

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
reload coupon!

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
tak ada tempat impian... bwat macam besa, at home lagi bawak nostalgia...

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan??
aikk, hubungan apa tu?? sila kecik kan skop soklan plss...

5. Adakah anda dilamun cinta??
so far, blom lagi... akan datang? mungkin...

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
err, makan kat... ala, lupa plak nama tmpt tu... ari tu dinner kat luar ngn family...

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli??
alamak! lupa la pulakkk... da lama x beli buku... hahaha...

8. Apakah nama penuh kamu??
rama-rama merah jambu

9. Kamu lebih senang ngan mak atau ayah??
dua2 pon senang...

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda??
jeng3... tanak la bagitau... rahsia kerajaan okeh...=p

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu??
8 orang? apsal tak mntak 18 orang? okkk... apapun, here goes...

-atie>bestie aku... mmmuahhh utk u!
-mar> frenzy aku time kat campus... tak lama lagi da nak tawenn... uwaaa, aku jugak yang ketinggalan...
-anne^ angela> frenzy aku time kat campus gak... dah tawen pon... ada baby boy yang tomei!
-leyleng> another frenzy aku time kat campus skali ngan mar & anne... tgh hepi ngan steady boipren dia...
- safwan> salah sorg kawan laki aku yang bek... slalu tlg aku kat campus... nak pnjam apa pon dari dia, suma dia bagi...
- haziq> besfren safwan... course leader kitorang...
- farah> kawan lama aku time skola dulu... slalu suh aku men'join dia dating ngan boiprennya... bwat malu aku ja...
- zila, nor, shar> haa, amik kau... mntak 8, aku bagi 10!!! hehe...

12. Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri??
tidak... mesin yang cuci...

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pergi??
- tepi pantai, pulau n kawasan tanah tinggi...

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu??
bersedialah buzzz
a) hmm, namanya irwan miswan...
b) a.k.a iwan?
c) pminat rock kapak... cayala, give me 5,bro!
d) dlu stakat kwn blog, skg da jd kwn dlm fs...=p
e) da keja ek? ble la blanja si rama2... hehe...

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
a) internet --> ^blog^fs^ym
b) music --> ^nasyid^siti nurhaliza^rock kapak^kenny G^
c) fruits --> ^any fruits kecuali apple -tak suka apple!-^
d) junk foods -->^ eskrim^coklat-ada sapa2 nak blanja? hihii-^
e) tido -->^budak2 memerlukan tido yang cukup untuk tumbesaran^
f) picnic
g) beaches
h) babies...

16. Pelukan atau ciuman??
nak dua2 bole??? hihii~

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??

a) mama balik yeay! -sebenarnya 'ibu', tapi kalau nak main2, tukar gi 'mama'...
b) bapa balik yeay! -sebenarnya 'ayah', tapi saja nak tukar2 angin panggil 'bapa'...=)
c) fatiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnn!!!!!!!!!!!!!
d) bahh, makannnn....
e) laparnyaaa...
f) ada makanan yang ble di makan ka di umah ni?
h) hello sayangggg...-cakap ngan adik okeh!-

18. 8 buah buku yang paling baru baca??
a) andai itu takdirnya
b) lafazkan cintamu
c) kau kekasihku
d) newspaper ble msuk list tak???
e) -
f) -
g) -
h) -

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
-aku dan dirimu ^ari lasso vs bunga citra lestari
-terima kasih cinta ^afghan
-ayat2 cinta ^rossa
-cinta ini membunuhku ^ d'masiv
-kekasih gelapku ^ungu
-benar2 ^adam
-waiting for you
-my baby you

20. Mari Men ' tag ' 8 orang len..
okehh, untuk tag kali ni, aku nak menge'tag mereka2 yang mengenali si rama2 ini sahaja... mereka adalahhh....
-kak yanie_worldpeace
-atie
-annelara
-farah_azzuanie
-ann_fariza
-wannz
-sebenarnya nak tag vujie jugak, tapi serasanya cam cik vujie bz... kalau bz takyah la jwb okeh! saja nak msukkan dalam list org2 yang mengenali diriku ini...

oohh, nampaknya tak sampai pon 8 orang yang mengenali si rama2 ni in real life... harus menambahkan bilangan ahli keluarga dan sahabat handai lagi lepas ni dengan memaksa setiap sorang dari kaum kerabat untuk membwat blog...

untuk irwan, thanx ya sebab menge'tag saya....=) hihii, hepi pulak kena tag ya rama2...

ASAIMEN KEDUA- dari kakakku... yanie_worldpeace

oraits, terms & condition-nya...

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

herkk, kak...sekarang da tahun 2009, valid lagi ka award 2008 nih? hehe...

apapun, tag tetap tag... sekarang, aku nak listkan 10 fakta pasal diri aku nih,

1. susah nak tambah kan berat badan. ari tu gi reunion ngan kengkawan skola, masing2 surprise melihat ke'maintain'an body ku ini... dari tingkatan 5 smpai sekarang, tak berubah2 pon... sedeynya ati ku ini...

2. kalau bergambar, aku tak pandai nak senyum tunjuk gigi... dah manyak kali try, tapi rasa cam tak selesa... tak sesuai langsung, baik aku stay ngan cara yang aku rasa selesa kan... mungkin itu la style n trademark aku... =p

3. selalu rasa lapar, tapi menghadapi masalah malas nak makan. menci nyaaa!!! ada orang nak tolong suapkan takkk??? iskk, cam gediks la pulak! haha...

4. enset tidak menjadi kepentingan dalam diriku ini... aku tak kesah kalau tak bawak enset time kuar umah... janji rockkk, yeahhh!!!!!!

5. bermata keranjang... aik, apa nih? jujur sungguh diriku ini... tak apa, tak apa... blom kawen pon... relax la! ahaha...

6. suka main mekap2... dulu kat campus, slalu main ngan mar, kalau kat umah main ngan kakak n adik... tapi da lama tak main... uhuhuu...

7. mungkin termasuk dalam kategori jiwang... kalau baca novel sedey, siap nanges2 lagi pastu mood pon jadik down beberapa ari sebab ter'overdose feeling2...

8. sangat menghormati orang2 lebey tua... da tak tau nak listkan apa, terpaksalah memuji diri sendiri pulak... muahahah... tak apa kan...

9. kaki bangku = tak pandai bersukan... pastu tak tau dan tak berminat langsung nak tau apa2 pasal dunia sukan... hiskk, malunyaa... <-- ini plak pendedahan kepada kelemahan diriku ini... 10. suka tengok love story & horror movies... tak suka tengok cerita perang2...

ASAIMEN KETIGA
- dari kakakku juga... eeii, kakak aku ni, suka sangat nak bagi aku tag...

1. Pernah menyambut tahun baru?
sure of coz...

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
penah pegi beach, dataran n BBQ kat umah... suma ngan family...

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
hmm, nak bwat apa ari ni? hah! ajak ibu gi jenjalan la...

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
cuti! umur bertambah lagi 1... hehe...

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
percaya... asalkan ada keinginan dan usaha, SAYA BOLEH!

6. Senaraikan 3 orang yang ingin anda dekati tahun baru neh
3 org?? kalau orang2 yang ingin didekati, of coz la orang tu mesti berada jauh dari aku kan? hmm, let see... firstly aku nak jumpa bestie aku, ATIE, pastu kazen aku YANIE, pastu... jeng3... ada la sorang hamba Allah tuu...

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh
hmm, takyah la singkirkan... kang dorang kena heret bag pulak... cian...

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
err... penah!

9. Azam anda tahun lepas (2008)
tercapai!!! syukur...

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )
job hunting!

11. Senaraikan 7 org penerima hadiah tag ini
tanak la tag sapa2... bole tak???

ASAIMEN KEEMPAT - dari cik lea

1. Tiga Perkara org yg tag anda
- salah sorang dari geng butterfliesku... gimme 5,lea!
- suka pink? sama la kita...
- lea state kan dlm blog yg dia sorg yg talkative... uhuu, ble la bercerita kisah 1001 malam kat rama2 ni... ala2, bedtime story gitu...

2. Tiga perkara tentang diriku
- simple
- pendiam but friendly... ehh, camna tu arr...??? ntah la, aku pon tak paham... hehe...
- suka posing!

3. Filem kegemaran
- titanic... movie lama kan? but i still luv it!

4. Size pinggang
- aku ni tecik aja... nak tau jugak? aloo, takyah la,k... haha...

5. kaler spender
- isk3... soklan apakah ini? ada masuk dalam soklan spm tak???

fuhh, soklan tag ni yang tak ble blah ni... uwaa... menjawab tag sambil nanges2...

okk, utang2 tagku dah settle...




sekarang tiba la masanya... jeng3...sound efek suspen untuk aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada akak bloggerku cayang iaitu...

tadaa~

kak azza!!!

heppy besday to youuu....
pada 13 januari 2009!!!
yeayy!!! relax, kak... walaupon umur semakin bertambah... tapi masih maintain cun gitu...
sudi2kan la mengambik gift dari si rama2 ini ya... hanya ini saja yang termampu nak bagi... sob..sobb...



semoga kak azza sentiasa hepi bersama abg tersayang... dapat baby ramai2 n tomei2... murah rezeki n bahagia selalu... muahhx3!!!




fuhh, akhirnya u ol da sampai ke hujung entri... sila menarik nafas lega... aku pon kena tarik nafas jugak kerana telah berjaya membwat entri sepanjang 4.5 km nih dengan sabar dan tabah... tahniah untuk aku!!!

yeayyy!!!

salah siapakah?

mood semasa: sakit tengkuk

bangun awal pagi ni tengkuk aku terasa sakit. nak toleh kanan kiri pon terpaksa berhati2.

adoii...

adakah ini disebabkan kerana aku ni terlalu aktif sewaktu tido? galak bergolek 360 darjah di atas katil sehingga menyebabkan tengkuk aku terseliuh?

atau mungkin jugak ini suma salah bantal aku yang pandai menghilangkan diri sewaktu aku tido. ciss, nampaknya bantal aku lebey suka duk lepak atas lantai daripada bersama2 aku melayari mimpi di atas katil sebab bila saja aku bangun pagi esoknya, aku pasti tersepak bantal kesayangan aku tuh. hiskkk, nampaknya bantal aku ni tidak la menyayangi diriku sepertimana aku menyayanginya...

mood sekarang: berasa sangat kecik ati.

ok la. itu ja nak cakap.

bye!

Saturday, January 10, 2009

adakah dia se'pemurah itu?

Dulu aku mempunyai seorang kawan rapat bermata biru, ber’rambut blond. Aku mengenalinya sewaktu kami berada di negara yang amat berbangga dengan burung kiwi, buah kiwi malah penduduknya yang juga dinamakan orang2 kiwi... korang teka la nama negara tu,k!

Sebenarnya jessica (nama sebenar) merupakan jiran kepada keluarga cousin aku, farah (nama sebenar) yang juga berada di sana pada waktu itu. Adanya sedara di negara orang mengurangkan serba sedikit perasaan rindu terhadap negara sendiri.

Jessica ni cuma tinggal berdua bersama mummynya, debianne (juga nama sebenar) dan mereka merupakan orang2 kiwi yang original.

Waktu tu aku kecik lagi, dalam lingkungan awal remaja cehh, remaja la sangatt!!! haha... Kalau bukan di rumah aku, aku akan pergi ke rumah farah untuk melepak dan jessica juga turut menjoin kami melepak bersama. Kadang2 kami hang-out dalam rumah farah, di halaman ataupun di dalam bilik jessica sendiri. Yang bestnya, jessica ni sungguh pemurah orangnya. Dia akan bermurah hati membagi apa jua barang miliknya.

Kalau aku cakap,

‘nice sunglasses… Cool!’ pasti akan dibalasnya ‘you may have it!’

‘waah, this bear is so fluffy,’ pun dijawabnya ‘you may have it!’ dan macam tu la seterusnya… dia tetap dengan jawapan you-may-have-it nya…

Jadi banyak la barang2 yang kami dapat dari si Jessica pemurah ni.. anak2 patung, teddy bears, dan bermacam2 toys lain lagi. Sampaikan cradle untuk anak patung pon dia bagi...

sekarang aku terfikir kalau aku cakap,
‘wow, jess… your boyfriend is so cute!’


Agak2 korang la, dia akan cakap macam ni tak?
‘ you may have him!’



Wawawaaa, beshnya kalau camtu kan? Memang patut dibagi award 'penderma paling pemurah' tu! Haha…


songeh si rama2- pixie untuk entri kat bawah...

Friday, January 9, 2009

bila la adik aku nak besar nih?

umur 1+ tahun
kami tinggal di umah nenek bwat sementara waktu. ibu blajar di oversea sementara ayah yang keja sebagai polis marin kadang2 pegi offshore menangkap lanun siapla kapten dan kuncu2nya... aku (darjah4), kakak (ting.2) ngan abg (ting 1) la yang menjaga fatin waktu tu. rumah nenek dua tingkat, nenek ngan atuk aku stay kat ground floor dan kami 4 beradik pula mendominasi tingkat atas. kalau time makan, baru la kami turun ke bawah. mungkin sebab sayang n kesiankan fatin yang masih kecik tapi da terpaksa berjauhan dari ibu, kami akan pastikan sumanya mencukupi. setiap kali balik sekolah, habuan berupa coklat pasti tak ketinggalan diberikan untuk fatin. beberapa bulan selepas tu, ibu balik dan surprise untuk ibu adalah gigi fatin yang rosak! da sama kalernya ngan coklat yang kami slalu bagi. hahaha, nampaknya gigi yang dah rosak tu la tanda kasih sayang kami 3 beradik kepada fatin. tak apa, adik aku kecik lagi...=p

kami pon berhijrah ke oversea mengikut ibu. tapi tak lama lepas tu, gigi fatin da cantek sebab da bertumbuh gigi baru.

umur 2 + tahun
waktu tu kami berada jauh dari malaysia. fatin ingin dihantar ke pre-school. tapi dia menangis2 tanak. 1 hari saja bertahan. ibu ayah mengalah. tak apa, adik aku kecik lagi...

umur 5+ tahun
ayah menghantar fatin ke tadika. tadika cina. asyik bergayut ngan ayah, tanak lepas. baju ayah ditarik2 sampaikan butang baju tertanggal. nasib bek bukan seluar yang ditarik. kadang2 tanak gi skola, menyorok bawah meja. ayah n kakak terpaksa bergilir2 meng'eskot fatin kat tadika hingga brapa lama ntah! bukan setakat fatin, ayah n kakak pon turut ber'tadika sampaikan da hafal lagu2 cina yang di ajar... tak apa, adik aku kecik lagi...

umur 13tahun
time umur camni, aku da duk hostel. tapi time fatin pulak, ibu ayah tanak bagi dia stay kat asrama. rasa cam dia ni masih kecik n tak pecaya yang dia ble urus diri sendiri. so, fatin gi skola harian. diambik dan dihantar. senangnya hidup dia, tak apa, adik aku kecik lagi...

umur 15tahun
fatin nak apa2 pon mesti kena bagi...

nak enset, ayah bagi enset ayah. ayah cakap, 'tak apa la, ayah guna telefon umah pon bole...' fatin nak topup? anytime ayah bagi.

aku, kakak, ngan abg, dah pegi U baru ada enset, fatin baru form 3 pon da ada enset sendiri.. kalau masih kecik, kenapa bagi enset?!

umur 16tahun
umur camni, aku dah ble jaga diri balik skola naik bas. malas nak mintak ambik ayah sebab tanak mnyusahkan. tanak juga naik bas skola sebab selalu ada kelas tambahan sampai petang yang waktu baliknya tak menentu. so, bwat rugi ja bayar bulan2...

tapi fatin? nak lintas jalan pon, masih tak pandai lagi, kita kena pegang tangan dia macam bawak budak kecik tak tau apa2. dia bukannya reti nak tengok kiri kanan, harapkan orang aja tolong tengokkan... camna nak suruh naik bas kalau macam ni? ntah2 meraung2 dia ketakutan dalam bas tu.

umur 16 tahun. masih kecik lagi ka sampai tak paham2 cara nak lintas jalan? hmm...



aii, bila la adik aku nak besar nih!



songeh si rama2- tapi ber'sms n berkoling2 ngan kawan2 lelaki pandai pulak... budak2 kecik sepatutnya tak pandai ber'contact2 ngan lelaki kan? pulak tu kalau bersiap2 nak kuar, lebey2 pulak dari kakaknya, siap pakai maskara lagi... eeii, adik aku ni, lawan tokei btul la...

Thursday, January 8, 2009

kenapa dan mengapa?

geli!

seram!

ya, itu saja dua patah perkataan yang mampu aku bayangkan untuk menggambarkan perasaan aku ari ni. eeii, sepanjang hari aku asyik terbayang2 ngan sejenis binatang berbisa yang menggemparkan seluruh isi rumah sejak dari awal pagi lagi. diulangi, binatang berbisa okeh.. kalau setakat kucing, labah2 atau binatang2 lain tu tak ada la gempar sangat. ah, kecuali la kalau ada tikus. fuhh, tak dapat tido la kami malam tu. walaupon hanya 1 ekor tikus sesat masuk ke dalam umah, kami sekeluarga akan bersatu padu membanteras pendatang tanpa izin tu pada hari itu jugak! masing2 beraksi dengan senjata selalunya batang penyapu bak yakuza sebab nak menghalau tikus tu kuar dari umah. aku rasa, tikus pon bole jadik trauma lepas singgah umah kami, sebab memang akan kami tentang habis2an walaupon sampai ke lubang tandas. siap la kau tikus!

oops, dah kuar dari tujuan utama penceritaan ni dilakukan pulak. ok, balik ke point asal.

nak dijadikan cerita, lepas saja selesai solat subuh tadik, aku pon berdiri la nak bukak telekung, err, aku tak tau la kalau korang lebey selesa nak bukak telekung time duduk... tapi tak kesah la kan, nak berdiri ka, nak duduk ka, yang penting kain telekung tu ble dibukak dengan jayanya. eii, kuar tajuk lagii...

pastu kan, aku ternampak la kat atas sejadah tu ada benda panjang, kaler itam, bergerak laju cam cacing mabuk. otak aku pon pantas memproses maklumat apa yang mata aku nampak. makkk!!!!!!!! lipan!

aku da berdebar2 time tu, dah panic tak tau nak bwat apa. cepat2 capai botol deodoran adik aku kat atas meja dan dengan lagak pantas dan bergaya aku pon selamat mendajalkan lipan tersebut sebelum dia berjaya mendajalkan aku. huhuu, syok aja dia berjalan sambil berlenggang2 di atas sejadah, jadi korang bayangkan la camna keadaannya kalau benda tu tiba2 lalu depan muka aku time tengah sujud, mak aih, mau juling bijik mata aku nih.

cerita lipan ni rupanya tak stop di situ sahaja. tadi waktu aku tengah potong2 sayur untuk dimasak time dinner sambil dibantu oleh penolong kanan chef iaitu ayah hehe, besh kan aku? ada penolong gitu... herk, ataukah aku yang menolong ayah?*sambil garu2 kepala*, tiba2 seekor lipan agak2 dalam lingkungan remaja kelihatan tengah merentas desa, eh bukan! tengah merentas meja... aku pon apalagi, dengan bergaya jugak melontarkan vokal yang pastinya kalau siti nurhaliza dengar, kompom dia akan makan ati... lipan..lipann!!! ibu yang turut duduk di sana sambil makan buah pon terkejut mendengar lontaran vokal aku yang sungguh merdu bak buluh perindu itu. 'paaappp!' aku hentak lipan tu dengan menggunakan botol sos cili yang berdekatan dengan lokasi kejadian. innalillahiwainailahirojiuunn... kembali lagi seekor lipan menemui penciptaNya, dan ini merupakan lipan kedua pada hari ini!!!!

my gosh! berapa banyak lipan daa? rasa cam tak selamat plak sekarang. sebelum ni tak ada pulak kes lipan melipan dalam umah aku nih! aiyoo, pastu lipan ni asyik muncul depan aku aja... depan orang lain, tak pulak... isk3, kena lebey berhati2 lagi lepas ni... mungkin sebab 2, 3 ari ni asyik ujan saja, tu yang lipan2 ni pon kuar dari umah dorang sebab kawasan perumahan dorang tu dilanda banjir. hmm*berfikir*


herkkk, tapi aku jugak rasa yang hari ni merupakan hari warga lipan pegi outing la... korang rasa camtu jugak ka?



songeh si rama2- no more lipan plssss....

Tuesday, January 6, 2009

tak sukaaa!!!!!!!!

aarrgggggggghhhhhh!!!!!!

sakitnya ati...!!!!!!!

tensen!!!!!!!

gerammm!

tak suka... tak suka... tak suka...!

tolongggg la aku....superman, ultraman, batman,kluangman,cicakman, mana korang di kala ini?

macam mana nak bwat nih??!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku bosan! boring! dan yang seerti dengannya.


nak bwat apa?
makan? - da kenyang.
tido? - sounds great. tapi tak ngantuk. siang tadi da puas menidurkan diri.
bwat entri? - tak ada idea.
blog walking? - tak ada mood. terbang ke blog owang lain pon memerlukan mood, kan?
tengok tv? - tak ada show yang besh untuk ditengok.
bergayut? - tak ada owang tepon. harus diingat bahawa aku hanya akan bergayut sekiranya ditepon. sekiranya aku yang meng'kol orang itu, aktiviti bergayut2an tak mungkin akan berlaku.
sms? - tak ada owang stat meng'sms. aku juga tidak akan men'start sms ngan sapa2 melainkan ada hal penting. keboringan tahap gaban ini pastinya tidak termasuk dalam kategori hal penting aku.
ym? - log in problem.
main tawen2? - partner nak main tak ada.
main masak2? - peralatan tak ada. lagi pulak memerlukan geng sepermainan yang ramai.
main mekap2? - hmm, interesting! tapi tak besh main sorang2...
tengok album - aik! idea apakah ini??? sungguh tak berwawasan. heii rama2, abis tu idea nak main tawen2 ngan masak2 tu berwawasan la sangattt kan?



sapa yang merasa apa yang aku rasa?
mari la bermain2 dengan aku.



songeh si rama2- tiba2 ex-bopren, mr.Z tepon suh tgk tv channel 122. rupanya nak suh dgr lagu 'dekat padamu'... lagu sejarah tuuuu... huhh, tak ada maknanya!!!

Monday, January 5, 2009

aku n da pooh...

ari ni da stat skolah kan? bermakna rutin harian aku berulang lagi seperti dulu, yakni sebelum cuti skola yakni? waah, ayat si rama2 ni makin lama makin advance kan? iaitu dengan membwat keja2 umah... ala2 surirumah gitu... bukan maksudnya sebelum ni tak bwat keja2 umah, tapi dengan pen'start'an musim skola ni, tugas2 umah tu, aku yang kena fully handle... kalau cuti, ada la jugak pembahagian keja tu...

eeiiks, kadang2 rasa cam nak duk dalam selimut ja... da malas nak pegi majlis2 ke'family'an ni... soklan common yang dorang akan tanya, 'haa,yn, da keja?' aduuss, aku pon, dengan muka belacan menjawab 'herkk, blom lagi...tengah tunggu result interview...' gggrr, geram aku, sebok sangat nak tau hal orang... bukan salah aku tak keja lagi hehe, nak kurangkan rasa besalah diri sendiri ni sebab kalau antar resume untuk apply keja pon, at least kena tunggu 1 bulan untuk panggilan interview, dah pegi interview plak, bukannya ble dapat keputusan on da spot, paling koman pon, kena tunggu lagi about 1 month... haa, random kira, kena tunggu la jugak dalam 2 bulan lepas keja2 meng'apply dilakukan... aku plak, lepas raya baru nak terkial2 menghantar resume dengan alasan 'alaa, nak beraya puas2, lepas raya, baru carik keja...' hahaha, padan muka aku, bukan setakat puas, malah kenyang sampai nak muntah lagi ngan cuti2 malaysia aku kat umah... dah penat tido lewat, bangun lambat, makan banyak, kaki pon da penat bergoyang2 asyik duk umah goyang kaki, mana tak penat kaki tu... lepas ni tak tau la nak goyang apa lagi...

thanx manyak2 kat butterflies suma yang bagi feedback dalam entri aku kat bawah ni... sorang geng butterfly annelara, berdozen2 antar tips n nasihat kat aku thru sms... bukan stakat tu ja, dia siap bagi sajak lagi... kalau u ols nak tau, sajak ni originally made by anne tau! hmm, bernas jugak idea2 anak murid aku nih... very de touching sajak ni... aku nak insertkan la sajak yang cik anne sms kat aku tadi... err, bukan cetak rompak okehh, aku dah dapat persetujuan pon dari empunya sajak ni, kan anne kannn.... oraits bebeh, jom layanzz~

penantian di satu senja

di satu senja aku menanti sepi,
aku sendiri tanpamu di sisi,
keresahan menyelubungi sanubari,
menanti hadir kau menemani,
agar terlepas rindu di hati...

di satu senja aku menanti,
dengan penuh kesabaran dan harapan,
namun waktu terus berlalu tanpa aku sedari,
berlalu bersama gelora di hati...

di kala senja mula menghilang,
bayangan wajahmu belum jua menjelma,
tika itu,
seribu persoalan bermain di ruang fikiran,

adakah kau lupa pada janji yang kau ungkapkan siang tadi?
berjanji ingin bertemuku di sini...?
atau kau memang sengaja menyeksa diriku dengan penantian ini?

namun ku lontarkan semua persoalan itu jauh di sudut hati,
keranaku tak ingin menuruti kata hati dan perasaan yang menyiksa,
dengan hati yang gundah aku berdiri, menoleh ke kanan dan kiri,
perasaan hampa merajai hati,
ku ingin melangkah pergi, namun berat rasa hati,
ku gagahi jua langkah kaki...

ku menoleh sekian kali,
kelihatan dirimu di kejauhan,
seraut wajah yang cukup aku nanti-nantikan,
wajah yang belum tentu bisa menghurai segala kekusutan,
belum tentu ingin mengerti perasaan saat itu,
ingin sekali aku pergi mendekatinya,
agar terjawab segala persoalan di hati,
namun sayangnya,
kau hadir di saat aku ingin pergi...

haa, amacam? touching tak? memang berbakat la cik annelara kita ni kan? al-maklumla, orang sastera la katakan... kalau nak harapkan si rama2 ni bwat sajak, huhh, sampai kucing bertanduk pon kompom tak ble siap2 punya... ehem, anne~ *bwat sora manja*, len kali kalau nak bwat sajak untuk boyapren, ble la request dari anne kan??? hik3...

haa, anne, cekgu da siap promote blog anne nih coklatnya mana? oh ya, kenapa aku bold'kan words kat line terakhir tu? hmm...sebab....sebab...sebab aku punya suka la! ehh,itu jawapan yang tak berdisiplin tu... melanggar etika sebagai rama2 yang bersopan santun... okeh, tukar jawapan. sebabnya... aku suka bangat ngan line tu! dats y!

sekarang da pukul 1.42 pagi... sebenarnya aku rasa entri ni tak cukup untuk di'full stop'kan di sini... tapi apa ble bwat, mata aku juga sudah meronta2 mintak di'dodoi'kan... kalau tak cukup tido, sapa yang jadik cam panda nanti? akuuuuuuu jugak! tak ble... tak ble...

so, aku nak type-off la... nighty nite suma! slamat tidooo~

zzZZzzzzz....


songeh si rama2- cekgu adalah nama panggilan yang anne guna untuk aku... ala2 nama manja gitu... kenapa ble jadik cekgu? keep it as a secret okay anne! gimme 10!

Sunday, January 4, 2009

aku confuse!

oohhh, aku confuse!!!
aiseyy, ntah apa2 la si rama2 tengah2 malam ni... buang tebiat btol...

perhatian. entri kali ni mungkin berunsurkan ke'emosional'an sedikit, so, jika anda allergik terhadap topik sebegini, sila la men'skip'kan entri ini ya... tiada paksaan untuk membacanya. penulis tidak mahu menanggung risiko sekiranya fenomena kemuntahan berlaku di sini. bukan sengaja nak bagi u ols muntah, tapi ini kan blog aku, so, suka ati aku la nak bwat entri pasal apa kan... hihii~

sebenarnya, aku tiada niat pun untuk mem'post entri malam ni kerana kemalasan diri yang melanda... detik dan waktu aku cuma diisi dengan aktiviti ber'ym dengan syafiq dan dayang, tapi sekarang dayang dah offline pon... tinggal la aku berdua2an ngan syafiq, kat dalam ym okehhh...haha... ok syafiq, gimme 5! sebenarnya ternanti2 jugak budak atie ngan anne meng'online'kan diri, tapi tunggu punya tunggu... sorang pon tadak... nasib bek syafiq ngan dayang ada... kalau tak, pengsan dek keboringan yang teramat sangat la aku. atau mungkin aku pengsan sebab terlampau banyak makan sosej petang tadi dek kelaparan yang teramat... tentang apa kaitannya di antara sosej ngan kepengsanan, tidak la si rama2 ketahui... mungkin jika ada di antara u ol nak bwat eksperimen, sila la memakan sosej sebanyak mana si rama2 ini makan tadik. bilangan dirahsiakan untuk menjaga standard si rama2. boleh menanya beliau di belakang tabir, ya!

alamakk, terlalu banyak bebelan berlaku dalam perenggan di atas. harus dikurangkan agar entri ini hanya mengandungi isi2 penting sahaja... ingat tu rama2! tingkatkan prestasi, jauhi kontroversi! ala, ter'over lagikk... memang tak ble pakai langsung la cakap si rama2 nih...*sambil geleng2 kepala*

hmm, apa tujuan aku nak bwat entri ni ah? aiyooo, da lupa la... ni suma sebab manyak sangat idea untuk membebel di luar tajuk la nih! huhh, harus memikirkannya jugak... berusaha... berusaha! fikir... fikir....

haaa!!!!!!!!

ok, dah bagi warning kat atas kan yang entri ni mungkin akan menyebarkan virus2 kemuntahan? so, atas apa yang u ols baca dalam entri ni, sila bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang bakal terjadi okeh!

ke'konfius'an dalam fikiran si rama2
err, aku tak tau la kenapa, tapi aku prasan sejak dulu that everytime aku nak berkawan rapat sket ngan someone, mesti akan ada gangguan luar. gangguan luar di sini bukanlah merujuk kepada gangguan makhluk halus, makhluk separa halus, mahupun makhluk kasar, tetapi lebey kepada gangguan dari orang2 yang sama spesies dengan someone tu...

di kala aku tekun ber'sms n ber'calling2 ngan that someone<-- merujuk kepada date aku dalam entri sebelum ni, ramai pulak kawan2 lelaki yang tetiba rajin mengontek aku... yang selama ni menghilang, kembali memunculkan diri... aku tak suka ngan suma ni sebab ia hanya akan mengganggu prasaan aku yang baru nak steady dengan menambah bilangan pilihan yang ada...

yang ni? atau yang itu? heiii, nak pilih sapa nih?!

ex-bf aku, mr.Z semakin giat untuk mengajak aku kuar berdating2an bersama beliau. tapi kalau godaan dari mr.Z ni memang aku tak kesah sangat, sebab memang tak ada feelings ngan dia kan... so, memang totally 100% rejected la... yang aku tak selesa tu, senior aku time skola2 dulu pon da bwat come-back. mr.S merisik kepada peluang untuk pertemuan kali pertama. memang kami tak penah jumpa. time kat skola pon tak penah bertegur. waktu masing2 berada di zaman campus, baru la stat berkontek, itu pon cuma melalui sms dan ym sahaja dan amat jarang sekali. tadi pulak, aku baru dapat fon kol dari mr.Zh, sorang kawan skola yang aku penah minat member aku cakap, mr.Zh ni pon minat aku, tapi wallahualam, aku pon tak tau, sebab walaupon digossipkan, kami lebey senang mengambik langkah untuk berdiam diri, chewahh, ala2 artis gitu kan... yang ni lagi mysterious... kami berkontek cuma sekali melalui sms, kalau berselisih kat campus atau kolej pon, masing2 bwat tak kenal... tup2 bole pulak dia meng'kol aku... menanya perkembangan diri, personal life, etc... aisey, dia ni sengaja ja la nak mengembalikan memori lama... cess sungguh! dah la orang baru nak membibitkan bunga2 chenta, tiba2 boleh pulak nak dicantas oleh mereka2 itu sehingga membwatkan si rama2 menjadi keliru... rasa cam nak nyanyi lagu keliru nurul-ajai la pulakkk...

kalau u ol camna ek?

kes 1 => nak pilih someone yang memang dah confirm ada feeling ngan u ol tapi u ol plak agak kekurengan dari segi prasaan ngan dia.

atau,

kes 2 => nak tunggu someone yang u ol memang suka, tapi u ol tak sure sama ada enchek someone tu ada feelings ngan u ol atau tak... cara dia lebey kepada bermain tarik tali... nampak macam suka, tapi tak penah pulak nak berterus terang...

aiii... kalau yang datang tu cuma orang2 yang si rama2 tak suka, tak apa la jugak... yang tak beshnya, yang datang tu suma adalah mereka2 yang berpotensi untuk berjaya meng'capture ati si rama2 ni...


songeh si rama2- memilih untuk meneruskan status sebagai single mungkin adalah pilihan terbaik bwat masa ni...

apa lagi nii???

ari ni aku nak bwat entri bergambar laa... aik, apsal nih? ari tu kan si rama2 da cakap yang entri bergambar da abis, jadi apa kes nak bwat entri bergambar lagi nih!

ala, u ols ni... tak sporting langsung... kemon la... be sporting morting okeh... promises are meant to be broken, kan... hihii... lagipon tak sanggup la nak membiarkan ati sanubari aku ni terbiar meronta2 sebab nak meng'show pixie dalam ni... hmm, kalau u ols tanak tengok, apa kata kalau korang tutup mata sambil men'skroll enchek mickey mouse u ols tu ke bawah... tutup mata sampai dengar rama2 cakap 'buka!' okkk??

okk... tutup mata...

1
.
.
2
.
.
3
.
.
4
.
.
5
.
.
bukaa mata sekaranggg!!!!!!!!!! cepattttt.....
tadaa~




aik, alamak! gambar pon muncul la pulak... apa la pixie nih... orang da cakap 'jangan muncul!' dia nakkkk jugakkk... gila glemer btol la gambar2 nih... eeiii... korang jangan la salahkan si rama2 ini pulak ya... pixie2 ni memang tak pandai dengar cakap... ggrrr...

anyway, dah alang2 pixie ni kuar, mari la kita dengar kesah 1001 malam si rama2 pasal cerita di sebalik pixie2 ni suma... lalalaa~

dah 2 ari aku jadi nanny kat umah... menjaga anak kazen belah ayah... bentangkan aja toto kat ruang tamu and letak dia kat situ... nasib bek budak nih memahami tugas aunty dia sebagai blogger yang tegar... pandai dia menghiburkan ati nya sendiri... golek sana, golek sini... tengok pixie dia yang tengah bergolek atas bantal tuh... haha, siap bwat aksi stunt lagi, menunjukkan betapa hepi nya dia mempunyai nanny yang sporting cam si rama2 nih... sambil memantau baby bermain menerusi cctv, dapat la aku mem'blog'kan diriku dengan aman damai... cuma sesekali tu terpaksa jugak meninggalkan laptop sebab baby telah merangkak'kan dirinya untuk makan angin kat bawah meja... ntah apa yang besh sangat kat bawah meja tu aku pon tak tauuu...

pixie kat bawah ni plak di ambik time aku gi umah pacik untuk men'sure heboh'kan besday party anak dia...




fuhh, berabis aku mamam kek, dah la makan nasik 2x topup... blasah pudding lagik... aii, lena la aku tido malam ni...


ehh, korang tengah bukak mata or tutup tuh? banyak pulak pixie kali ni, jangan marah tau.. suma nya terjadi di luar kawalan... kiranya gerakan luar kawal la ni.. so, jangan la marah si rama2 kerana ternyata si rama2 tak bersalah dalam hal ini... huhhhuu...tak kesah la kan, janji rock! yeahhhhh!!! aikk, tetiba lak...

okk, story da abis, pixie pon da abis... sila la menutup mata anda sekarang... heheh...

Thursday, January 1, 2009

program gedix santai...

huhh, sangat kepenatan. ari ni mengikuti ibu ayah ke kebun... haa? kebun? si rama2 mempunyai kebun? dan sangat rajin pulak mengikuti ibu dan ayah... sungguh baiknya... anak sapa la ni...

yaa, aku atau lebey tepat lagi, KAMI adik beradik men'join ibu and ayah gi kebun siang tadi. bukannya nak menolong pon. saja nak menyibuk kat sana. bawak makanan, tikar, kusyen, masing2 trus melompat masuk dalam keta.

aku tak buat apa2 pon kat sana. makan dan baring2 aja... ntah la, tempat tu da bole diisytiharkan sebagai kebun atau belum, sebab kitorang baru merancang untuk menanam pokok2 buah kat tanah tu yang sebelum ni terbiar macam tu saja... so, kiranya tengah dalam projek untuk mengusahakan tanah terbiar la ni...

tapi besh jugak, kat sana ada sebuah pondok yang kena bina khas untuk tempat ambik angin, so, apalagi, hamparkan tikar ngan kusyen, baringggg... sungguh bahagia rasanya apabila dapat membaringkan diri, membaca novel sambil menikmati angin laut yang menghembuskan udara nyaman.. chewaah, ayat pujangga tu... bagus rama2... sila menepuk tangan anda sendiri. nampaknya tidak sia2 la anda meng'khatam'kan 3 buah novel secara marathon sejak semalam...

oh ya, jika dari tadi anda setia meng'skroll'kan enchek tikus anda itu ke bawah kerana 1 arah, 1 tujuan dan 1 destinasi iaitu menantikan pixie sewaktu si rama2 ini sedang bersenang lenang di pondok tersebut, hentikan la penantian anda itu kerana sebijik pixie pon tidak akan muncul di dalam entri ini. oohh, sungguh busy body anda ini, sehinggakan pixie si rama2 ber'relax2'an pon anda mau tengok...

sebenarnya, si rama2 tau bahawasanya kakak beliau pastinya akan membwat liputan mengenai program gedik santai mereka pada hari ini berserta dengan pixie2nya skali... oleh itu, disebabkan ketidaksukaan untuk meng'upload pixie secara ber'duet di tambah lagi dengan sifat2 seorang adik mithali maka si rama2 menyerahkan kesemua hak eksklusif penyiaran pixie2 tersebut secara langsung kepada kakaknya... anda suma bole la melawat sang kakak itu di SINI... itu pon kalau dah ter'update la, kalau belum, bawak2 la bersabar okeh! sila melawat lagi pada lain kali...