BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 30, 2009

kisah 1 malam~

hai suma~~~ lama tak dengar khabar kan... korang sehat??? aku sehat, alhamdulillah... herkk, kenapa aku dah lama tak post entri? banyak deh sebab2nya... eceh, speaking indon konon=p

bukan tanak hapdet, tapi macam aku gitau dalam post kat bawah la, aku kan pegi bertapa... mana ble bawak laptop... kang terganggu la konsentrasi pertapaan aku tu nanti...

err, dah terlanjur diri ni rajin malam ni, meh cni, korang dekat2 sket... aku nak story sumthing kat korang...


*********

beberapa malam lepas.


aku duk online kat dalam bilik ooopps, kantoi lak bawah laptop gi bertapa. ibu ayah dah tido. lampu bilik adik kat sebelah pun dah off, means dia pun dah tido jugak la.

tengah khusyuk meng'online'kan diri tu tiba2 aku terdengar satu bunyik,

'psssttt.....pssstttt...'

hish, terkejut aku. otomatik jantung berdebar kencang. sapa la pulak yang panggil aku malam2 ni?

aku toleh kiri kanan depan belakang.

tak ada siapa2.

'aahh, tak apa la. maybe prasaan aku ja tu...' aku menyedapkan ati sendiri. so, aku pon concentrate balik ngan apa yang aku bwat walaupun sebenarnya otak aku dah fikir yang bukan2...

beberapa minit lepas tu,

'psssttt.....pssstttt...'

aiyooo.... 'dia' datang lagik... for your information, aku tak on apa2 lagu dari laptop pun malam tu, jadi keadaan atmosphere bilik memang senyap sunyi. cuma dengar bunyi kipas and bunyik anjing menyalak skali skala.

so for sure, aku ble dengar any bunyi dengan jelas. termasuk bunyi tu. and dis time aku memang sure yang bunyik tu datang dari dalam bilik aku ni.

tapi siapa?

mana ada orang lain lagi dalam tu. cuma aku sorang saja.... badan sudah rasa seram sejuk.. haish, ni tak ble jadi... fikiran aku terbayang2 cerita2 antu yang penah aku dengar sebelum ni. slow2 aku toleh ke belah kanan dekat ngan almari pakaian, sebab aku rasa cam bunyik tu datang dari sana...

pastu,


alamak, ibu panggil, nak kuar jap. nanti la sambung k. publishkan ja entri ni supaya orang tau yang si rama2 ni masih bernafas. syukur~

Monday, April 27, 2009

bertapa.


sedang bertapa di sudut lain alam maya.










jumpa lagi di lain masa.


di sini.


ya, di taman ini...







~~itu pun sekiranya penulis menemui jalan pulang ke sini~~



Friday, April 24, 2009

-nothing-

i'm currently unwell.


will update later.


have a great weekend!




regards,
yann a.k.a pink-butterfly

Wednesday, April 22, 2009

excited!

setelah dikaji, dibahagi darab tolak dan tambah... dan ditimbang mengikut nafsu, aku telah membwat keputusan untuk 'menerai' produk yang disuggest oleh cik helena. dalam banyak2 suggestion, kenapa dia menjadi pilihan? sebab.... meh kita tengok komendalam post 'tell me'.

helena- rama2-try pakai sabun eumora ngan vita e yg likat gile tu..memang berkesan! <-- suggestion yang menarik minat. part mana yang mantap dan bwat aku terpengaruh? part ayat last tu, 'memang berkesan!' perggh, tak ble tahan.hahaha...


hehe, aku ni memang jenis yang cepat terpengaruh. even statement tambahan 'paling berkesan!' dari cik helena dan tak ada dalam komen korang tu pun dah ble bwat hati aku berbunga2 bahagia... chewah.

so, tanpa membuang saat bukan masa kah? aku pun men'surf la tenet... browsing through suma pasal sabun eumora tu. and testimoni2 yang aku baca memang mengiurkan! sluurrppp.... nampak tak air liur aku tengah meleleh ni? hahaha!

dah terliur2 tu, aku pun meng'order la sabun tu.. kang kalau tak order, kempunan plak kan... haa, kak ai! pos la barang tu cepat2 ye~~~ i dah tak sabar nak bersabun2an ni~~~=)


aku rindu AKU yang dulu...yakni di waktu kulit masih jelita tanpa jerawat. ekekekee~~~ kapten! pixie adalah 100% original ok... bukan salah aku kalau nampak cantek dalam pixie ni... haha, prasan!


ha, korang jangan terkuar bijik mata lak kalau tengok aku dah lawa nanti. pastu baru nak berbaris depan aku amik number, i dah tanak layan dah time tu tau! ok, agak over di situ.=p


excited menunggu eumora~~~

Monday, April 20, 2009

kekreatifan yang kadang2 menyusahkan!

dek kerana terlalu tensenn dengan keadaan muka yang sangat 'menensenkan' huhh? maka malam tadi aku telah membwat 1 keputusan nekad.



tido bersama bedak sejuk tertempek di muka. dengan harapan supaya jerawat kesayangan akan cepat mengering dan mem'blah'kan diri dengan segera tanpa meninggalkan jejak kasih mereka.



sebelum ni aku cuma tido ngan muka yang penuh dengan bedak sejuk di waktu siang saja. tak penah lagi tido malam ngan benda alah tu.



malam tadi is da 1st time.



pakai bedak sejuk. off lampu, nek atas katil, and baring diam2 dalam selimut.



tutup mata.




tiba2 ntah macamana dah sedap2 duk dalam selimut tu, otak ni, ble pulak ter'imagen macam2. ciss kek sungguh!




'macamana kalau aku buka mata ni, tiba2 nampak antu? ya la, dengan muka aku yang putih ngan bedak sejuk ni kan... kut2 la antu tu fikir aku ni kawan dia.'



'then time aku pusing kat sebelah tiba2 ada sumthing men'join aku baring skali?'



'mana la tau tiba2 antu tu cakap, e'eh.... ada kawan aku la kat sini... nak temankan dia baring la...'




arrggghh! geramnya aku dengan imagination ni!


sangat kreatif sampai menyusahkan diri sendiri.


kan dah takut.


sapa jugak yang susah?


sapa yang berpeluh 1 badan?


akuuuuuuuu jugak!




pegi basuh muka? malas la. ok, tipu. sebenarnya bukan malas, tapi takut. haha... gelap woo... suma lampu dah off. adik kat bilik sebelah pun dah tido. hiskk...



camna nak bwat ni?



nak biarkan muka 'putih' camni? karang ada plak 'member' datang nak berkenalan.



adoiii...





last2, yesss, idea mari!




tarik selimut sampai ke kepala.



duk diam2.




aku agak, kalau camni, sure antu tu tak nampak muka aku 'putih'.




tak ada la dia fikir aku ni satu spesies ngan dia.







so, kira aku selamat la kan???




ntah sampai kul brapa aku bertahan kat dalam selimut tu.



yang aku tau, time bangun subuh, bedak sejuk tu tu dah bertaburan kat bantal dan atas tilam.=p



kenapa aku ble rasa seram tengok muka sendiri ni?? atau lebey tepat lagi, seram ngan dis pixie. expression macam antu pun ada kan... eeeiiii~~~ takotttt!

oh ya, tolong abaikan kehadiran jerawat yang memang menakutkan itu.

Sunday, April 19, 2009

tell me!

aku tersangat2 geram ngan jerawat kat muka ni... tak pandai ilang2.... kalau ilang pon still meninggalkan jejak2 kasih....

sapa2 yang tau product atau cara2 apa yang besh, tak kiralah thru kaedah saintifik or tradisional, rekomen la ngan aku. but plsssss jangan sebut pasal oxy, tea tree, clearasil or benda2 yang sewaktu dengannya sebab kulit muka aku memang tak heran langsung ngan menda2 tu suma... mengada2 btol, kan!

consequences-nya..... jangan kan nak cakap pasal jejaka2-normal-berfikiran-waras, lelaki2 tak normal, buaya darat, buaya tembaga dan semua spesies buaya yang ada di muka bumi ni pun tak ada selera nak ngurat aku.... hahaha...



18 Apr 09, 4 ptg - telah pergi memenuhi jemputan kenduri seorang member lama.


Friday, April 17, 2009

pegang tangan.

bila?- lupa...
crime scene?- tamu a.k.a pasar

aku ngan ayah tengah berjalan sambil berpegangan tangan melihat barang2 makanan yang boleh dibeli. ya, berpegangan tangan. apa korang ingat ngan boipren gepren hasben n wife saja yang patut kita jalinkan kemesraan? tu la, kadang2 kita lupa, asyik sangat melayan n menjaga hubungan baik ngan pasangan, sedangkan orang2 yang lebih berhak dijaga prasaannya, dalam konteks ini merujuk kepada family, diabaikan.

ceehh, ayat cam mau berhujah plak. ekekeke... blah la yann!=p eh, tapi betul la apa yang aku maksudkan di atas tu kan... kan... kan... sila menyokong aku!

ok, dah keluar daripada tajuk asal. baik2, sambung semula.

maka, berjalan la kami menyusuri laluan di pasar pada pagi yang indah dengan udara yang agak kurang nyaman itu coz tengah lalu bahagian makanan laut. dan pada waktu itu, aku pun lupa kenapa ibu tak men'join skali.

aku tengok2 la apa dijual kat sebelah kiri time tu ayah berjalan kat belah kanan aku , then at one point, baru aku tersedar yang gengaman tangan aku ngan ayah dah terlepas. tangan aku mencapai tangan ayah kat sebelah macam biasa sambil terus berjalan and mata masih lagi khusyuk meng'usha barang2 jualan.

tiba2 ayah berhenti berjalan. aku pun stop la jugak, kot2 la ayah nak beli sumthing kan.

toleh kat sebelah. aku terkejut. jantung rasa macam berhenti berdegup. jam rasa berhenti berdetik. suasana terasa sunyi seolah2 hanya kami berdua ada di situ. ceeh, bwat cam crita hindustan la pulakkk...

mata bertentang mata. pegangan tangan pantas ku lepaskan. pergghh, ayat novel dah kuar.

aku pusing kiri kanan depan belakang, then nampak ayah tengah khusyuk membwat pilihan ikan yang nak dibeli.

kat belakang aku!

ooohhh dem!

korang dapat agak kan apa yang jadi?
aku tersalah pegang tangan orang!!!!

cepat2 aku cakap sori, then pegi kat tempat ayah sambil cover malu.

mamat yang aku TERpegang tangan tu bwat senyum kambing saja.


cis kek btul!



malu aku! rasa cam mau masukkan kepala ni dalam plastik beg time tu jugak!

macam ni.



malu weiii!!!

Wednesday, April 15, 2009

entri sepanjang 4.32 km. sila pastikan botol air ada bersama anda kerana kehausan mungkin akan berlaku di sepanjang pembacaan.

bermulanya chapter pertama


haish, susahnya kalau bercakap dengan orang yang.... err...err... orang apa ah? ah, abaikan. aku penat ni, malas mau cari perkataan yang sesuai.

yang penting, kenapa lain yang aku cakap, lain plak penerimaannya... lain yang aku maksudkan, lain yang difahamnya...

adeiii, botak la kepala aku kalau camni...

ok2, untuk 'orang' itu,

aku akan stopkan pasal suma ni, and i really mean it. SEMUA. kalau asyik2 salah faham, asyik2 kecik ati, susah la aku macam ni. bak kata ViVi, hati tisu la. bukannya aku cakap apa2 yang teruk pun, lainlah kalau aku mencarut, mengumpat and cakap benda2 yang overdose pasal dia dengan ayat2 yang lebey power dan pedas. apa yang aku tulis tu suma apa yang aku rasa saja. dan dengan ayat yang sopan lagi tersusun. ahaks! tapiiii..... kalau dia terasa, aku mintak maaf.

ok la. TITIK. NOKTAH. FULL STOP. no more stories involving you dalam ni secara langsung atau tidak. so, tak payah la awak masuk blog ni lagi. save ur time, save ur energy. tak payah nak type url blog ni atau cari kat google or yahoo search lagi. let us both stay in peace and quiet. atau perlukah aku pinjam motto ViVi?? 'orang berhati tisu tak payah masuk ke blog ni.'???

opps yann! hati2 dengan setiap perkataan anda, kang ada lagi orang TERkecik ati... adeii susahnyaa... dalam blog sendiri pon kena berhati2....

dah. lupa kan chapter tu. mari tukar story baru.

*********
chapter 2

starting early of next month aku dah jadi penganggur terhormat balik. kenapa? sebab kontrak aku sebagai researcher tu dah abis, and kalau nak sambung balik pun maybe kena tunggu sometime dulu coz company tu nak move and cari some other place untuk di jadikan makmal. tempat sekarang ni actually memang tak sesuai untuk dijadikan makmal. imagine, makmal in a shopping complex? haha, sounds macam funny kan... so, they're moving to a new place la, maybe a banglo, and turn it into a lab.

**********

chapter 3

tadi kan, time aku balik keja, aku nampak ada ramai polis kat 1 kawasan ni. kereta and motor2 polis pon ada... then ada 2 kawasan yang di'separate' kan dengan tape kuning. korang dapat imagine ka? ala, tape kaler kuning yang polis slalu guna kat crime scene tuuu... tau kan? penah tengok CSI kan?? ha, bagus2... senang keja aku. kalau tak, terpaksa aku google kan pixie tape tu untuk korang...=p

anyway, aku pun tak tau kenapa dan mengapa aisey polis and tape tu ada kat situ. walaupun itu crime scene and ada banyak abg polis penyiasat kat situ, tapi tak ada la pulak aku ikut pegi sana untuk menyiasat apa yang jadi... oh ya, penggunaan perkataan 'abg polis penyiasat' adalah kerana pengaruh encik2 abg polis-penyiasat-yang- ensem2-lagi-muda yang aku jumpa time kes kena rompak ari tu. so, secara otomatik imagination aku telah membayangkan bahawa polis2 yang ada kat crime scene tu sumanya ensem2 dan muda. hahaha... kalau imagination aku tunjuk polis yang tua, maka perkataan pak polisi akan digunapakai.

oh ya, aku tak sempat nak capture pixie kejadian tu tadi disebabkan oleh perasaan malas untuk mengambik enset kuar dari poket.
lets upload pixie ni instead, shall we???!!!


argghh geram2... pixie ni saja ditayangkan untuk meng'show-off'kan korang pixie aku ter'latest dalam jarak dekat... fiuuhh, sanggup aku gi amik tudung lagi semata2 nak amik pixie ni tau...


argghhh... gerammmm~~~ geramm~~~ apsal la jerawat ni suka sangat singgah lepak2 kat muka aku??!!

cam tiada muka lain lagi untuk disinggah. kan ada ramaaaaaaiiii lagi manusia2 di alam fana ini. pegi la lepak kat muka cik hel ka.... kf ka.... kapten ka.... enchek perisik ada.... cik lea pon ada....agnes monica, siti nurhaliza, stacy, rossa, abby, norman, meymey....... waahh, tetiba lak!

kalau stakat nak stay2, lepak2 kejap, tak apa la jugak... ni dah macam nak bermastautin terus kat muka aku. siap bawak geng lagi. nak jugakkk korang lepak ramai2 aaa... dah tu, siap tinggalkan otograp lagi kat muka aku. ish3...


kenapa aku jadi pilihanmu??? aku tak paham la. kenapa???? why??? why????

*********

alamakk, asyik khusyuk menaip, tak sedar lak entri ni dah panjang mencapai jarak 4.32 km... ok la, aku stop dulu. bwat entri panjang2 pon bukannya korang baca jugak...haha...

bye suma!

Tuesday, April 14, 2009

romantiknyaaaa suara~~~

okeh, 1st of all, aku nak settlekan promise ngan adik lea ni dulu...

tadaa~~~ memperkenalkan mr.ted aku... hehe... mr.ted ni dah bersama2 ngan aku menempuh suka dan duka serta ranjau berduri sejak umur aku 6 tahun lagi... 6 tahun ok, bukan tahun 6... =p sekarang aku dah 23, means umur mr.ted dah............. 17tahun! waahh, dah jadik anak teruna la mr.ted! sepatutnya dah tak ble tido sama2 lagi ni... main peluk2 pon dah takble da... hahaha...

eerrr, kat dada mr.ted ni ada stain sket... ntah la camna ble kotor tu... time kecik2 main teddy sambil minum milo kut... tu yang sampai tertumpah tu...

mr.ted ni spesel gift dari ibu... dulu ayah slalu outstation, so, kebanyakan masa kami adik beradik cuma dengan ibu saja... aku ingat lagi tiap kali ibu drive, aku dengan mr.ted duk kat tempat duduk depan sebelah ibu, kakak and abang lak duk di seat belakang...

korang dapat imagine tak betapa comelnya aku dalam condition tu?

wakakaka.. prasan!

aku plan nak hadiahkan mr.ted ni kat anak aku lak... waah, jauh angan2 aku kan... hek3, harap2 la mr. ted ni panjang umur....

**********

merasa telah jatuh chenta kepada lagu dan suara 'orang' ini....




aiyooo, aku rasa suara dia ni sangat romantik la... ulang suara. aku yang rasa okey... kalau korang tak rasa camtu, aku peduli apa... waahh, cam ganas saja bunyi nya kan... hahaa...




apsal aku rasa mr.ted tu makin mengecut ah??? ohh, mungkin sebab aku yang makin membesar kan... haha.. bengong!

Monday, April 13, 2009

aku punya sayap~

ehem3...



alamakkk!!!
ada award comey la...yang beshnya award ni khas untuk daku... siap ada pixie lagi tu... tapiiii...err... psstt, syah! kenapa yn nampak cam gemuk lak dalam pixie ni??? syah ada bwat editing ka ngan pixie tu?

memetik ayat2 daripada blog si pemberi award tersebut,

'Anugerah ini akan membawa gelaran 'cik adik manis'. Gelaran itu boleh la disingkatkan menjadi C.A.M ala2 Datuk Seri disingkatkan menjadi D.S. Contohnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkatkan jadi DSAI. Jadi pandai2 la cik adik manis sekalian ya nk singkatkan dan jadikan nama cik adik lbh manis.'

soooo, nak jadikan namaku sebagai si rama2 yang cantek manis boleh??? e'eh, dari mana plak datangnya perkataan cantek itu??? hak3... virus keperasanan sudah mula menular kembali di taman ini...

anyhow, di sini saya ingin mengambik kesempatan di dalam kesempitan yang tak brapa sempit sangat ni untuk mengucapkan ribuan thanx kepada ibu ayah, family dan peminat2 yang tidak jemu2 menghantarkan undian... diharapkan anda semua akan tetap menyokong saya dari kiri kanan, depan dan belakang. teruskan menaip yanntomei dan hantarkan ke 33399.

oh ya, harus tidak lupa juga ucapan terima kasih to inchek perisik di atas sifat kerajinan beliau mengedit award ni kerana tanpa kerajinan tersebut, sudah tentulah award ini tak akan wujud di sini. sangat cantek walaupon sebenarnya pixie ku itu yang menjadikannya nampak cantek=p and tomeiiii skali~ lain kali sila2 la merajinkan diri anda itu lagi ya~~~

********


ekceli aku dah promise ngan adik lea untuk show pixie teddy bear malam ni, tapi tiba2 'benda' ni menggoda sanubariku untuk meng'capture pixie lalu jari2 ku dengan pantas memilih nya untuk di'upload. lea, nex time akak upload pixie tmr.ted itu ya!

apa lagi yang lebey nikmat melainkan duduk blogging di waktu malam yang tenang di samping eskrim + cornflakes dan kek coklat + milo panas... aahhh, aku bahagia~




aku dah tumbuh sayap weiii! sapa nak ikut aku terbang??? jom!

Sunday, April 12, 2009

macam mana?

macam mana nak bagi someone tu faham yang 'no' akan tetap jadi 'no'. tak mungkin akan berubah menjadi 'mungkin', apa lagi menjadi 'ya' ataupun 'yes, i do' ???

masalahnya, bukannya dia tak tau tapi still bwat2 tak tau.



identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation and emotion falls under that something -hlovate



Friday, April 10, 2009

3 benda kesayangan saya

perghh, tajuk yang tak ble blah... macam tajuk karangan darjah 3 pulak kan... ekeke... dah lama tak hupdate entri... tiba2 mood hilang... gone with de wind... idea nak bwat entri tersangat2 banyak tapi nak menaip tu yang masalah sket... heran jugak aku...

korang mesti ada barang2 kesayangan kan? sama la, aku pun ada....
barang2 ni bukan la termasuk dalam kategori mahal macam u ol punya, tapi ada la reason2 yang ble membwatkan benda tu jadi penting and spesel kan...

ok, jom layan 1st gambar ni...

apa yang aku nak show kat pixie ni is my laptop... LALA namanya... pixie ni di ambik time aku still study dulu... tak ada la lama sangat... it was early last year... nampak macam serius saja bwat keja kan... padahal tengah main game... haha... LALA ni sangat spesel coz dia ble hiburkan ati aku anytime... even kalau tak ada tv, aku da ble hidup ngan LALA ni, macam2 ble bwat, dgr lagu, edit pixie, bwat video, blablabla...

2nd pixie


memperkenalkan enset baru aku yang bernama HAPPY... bagi menggantikan enset lama yang kini ntah berada di mana... sama ada di tangan pencuri b*d*h tu atau dah terpamer kat kedai enset yang menjalankan konsep membeli enset2 terpakai. hisy, kalau diingat2 balik, rasa geram pon ada... ggrrr...

ni enset ke4 aku of which 2 enset sebelum ni suma da rosak... cuma enset yang ke3 tu saja yang pecah rekod kena curi... haha...

pixie ke3 plak adalah... jeng3...

bantal kesayangan aku yang bernama BUNNY... aku susah nak tido kalau bunny tak ada, even kalau gi overnite kat luar pon aku still heret bunny skali. waktu ada field trip time masih student dulu pun aku bawak bunny, nasib bek aku bukan study kat s'jung, kalau tak, terpaksa bawak bunny naik turun airplane kan.... ini bukannya bantal busuk tau! sebab bunny aku wangi~~~~ bukan macam bantal2 busyuk korang yang bau nya masyaAllah tu=p

pixie ni di ambik time kami nak gi keningau da other day... aku bawak bunny siap2 coz mana la tau TERtido overnite kat luar time tu kan...

'okey, LALA, HAPPY and BUNNY, pls say hai to everyone, sayang...'

LALA, HAPPY and BUNNY... ya btol! aku siap bagi nama lagi ngan dorang. ehh, dorang? macam benda hidup plak kan... haha...

aku nak bwat entri ni sebagai tag bole x? nama2 bertuah kat bawah ni diminta untuk senaraikan 3 barang2 kesayangan dorang and bagi description on why dat barang is so special to u....=p aku nak tag girls saja la sebab slalunya barang2 lelaki ni sangat membosankan aku... mesti tak lari dari enset, camera, ipod, mp4, rem keta, blablabla.... ah, boring! kalau girls, kita ble tengok macam2 contohnya teddy bear, accessories, baju, kasut, sandals... waah, aku suka! hahaha...so, mereka2 yang tersenarai adalah...


---> adik anne

---> adik lea

---> cik hel

---> cik asna

---> kak ena

---> pinky lucia

---> annurkasih

cukup la tu kan... so, apa lagi! sila la jawab tag eksklusif dariku untukmu ini~~=p

Wednesday, April 8, 2009

ehem2!!!

hihii...

ari ni aku dalam keadaan good-mood sket... kenapa? nanti aku story di akhir entri ni k... well3... oleh kerana mood aku ok, maka, aku nak mem'publish award2 yang aku dapat tapi blom di'gantung kat pin-board taman ni...

okey, aku publish ikut kronologi penganugerahan award la k...

1st award adalah dari.... jeng3...
ady sham!!!

Anugerah Blog Indah

kawan blog baru, tapi dah list'kan aku dalam list penerima award beliau...thanx so much!!!

********

2nd award dari.... cik yana

ekceli daku agak ke'segan2'an untuk mengambik award yang satu ni dari cik yana... coz kat bawah award dia ni ada list nama penerima and unfortunately nama aku tidak tersenarai... tapi kerana cik yana sendiri telah menjemput daku untuk mengambik award ini secara eksklusif, maka, daku rembat saja la... rezeki jangan ditolak... dalam situasi ini, penghargaan dari orang, kita kena turut hargai jugak... btol tak cik yana...=p

********
3rd award adalah daripada..... enchek kf!!!

ehem2... bukan 1 tau.... tapi 2!!! yeayy~~~

kf... hik3... as i promised, award dah di'paste... thanx sooOOO much, dengan ucapan, cukup2 la bercuti tu, kang boss marah, trus dia bagik kf cuti forever n ever atau dalam ertikata lain 'u r fired!'...=p

********

3rd award daripada.... cik lea!!!

and another one...

cik lea, thanx banyak2 for da award, especially for da second one... ur description dalam entri tu pasal award ni buat akak terharu la... aisey... =p

********

and updates terbaru.... yeayy.. award yang spesel jugak iaitu daripada ridhuan!

Duan's Lucky Blogger Award Mar. 2009

ya ALLAH, sangat comel kan award ni.... suka nya! ehemm, ni yang nak gitau ni, aku telah diberikan 'Lucky Blogger Award' dari enchek ridhuan... ni award khas tau, takble di'share2... kagum lak rasanya, ntah camna enchek ridhuan bwat pemilihan blogger ter'lucky sampai nama blog aku ble terpilih ni... jap gi nak gi tanya beliau la... ekeke... apapun, thanx banyak2 for dis award ya ridhuan~~~
********
haa, now aku lak nak bagi award untuk butterfly2 yang slalu memeriahkan taman si rama2 ni...
sila2 tambah nasi... eh silap! sila2 amik award ni...
sori la... aku ni agak ketidakpandaian sket kalau masuk bab2 editting... so, award ni agak keskemaan... harap u ol sudi la jugak untuk amik... cian aku kan... ada sapa2 nak ajar aku edit pixie tak???
dan dengan ini diumumkan bahawa... penerima2 anugerah butterfly cun dan ensem adalahhhh..... (sila bwat sound efek suspen untuk diri sndiri ok)

si pari2:: a.t.i.e :: Kf ::pj :: nagaperang :: cik ayiehel :: cik lea :: kapten (walaupon aku tau dia tak layan award2 ni, aku tetap msukkan nama kpten jgk) :: kak ena :: encik perisik :: ViVi :: cik puan lifesaver! :: annurkasih :: enchek abg PA :: neutralside :: joegrimjow :: ady sham :: cik yana :: inchek sparky :: cik ca :: pinky lucia :: jitegha :: asnacute :: ridhuan :: err... sapa lagi aa.... YOU- la! bole??? hihii~

waaahhh, banyak award aku kan.... korang tak jeles??? hik3... oh ya, to those yang ada page rank tool, ble tolong tengokkan tak brapa actual rank untuk blog aku? and kalau ble, pls teach me how to insert page rank tool kat toolbox laptop aku ni...


err... tiba2 aku rasa cam malas lak nak story benda yang menggembirakan tu. ngantuk la. esok2 ja la crita,k... nite~~~ bye2!

Tuesday, April 7, 2009

jika ku tak bangun esok pagi...

aku malas mau bwat entri. penat! tiada mood. tiada idea. tiada story.






tapi most of all, aku laparrrrr~~~~ sapa ada makanan? jom kita kongsi...

Sunday, April 5, 2009

hantaran!

ari jumaat lepas aku agak kerajinan untuk membwat blog crawling... and u know what! i found dis interesting calculator yang ble mengira brapa hantaran yang suitable untuk korang... ekekeke...

juz simply click mana2 yang berkenaan then jumlah yang konon bersesuaian akan kuar... nak tau jumlah hantaran untuk aku? rm9000! hahahah...

tak tau la itu jumlah yang acceptable atau tak... but hey, its juz a game kan! juz do it for fun la...=p

wanna try? jom click kat SINI... jangan lupa masuk sini balik and share ngan aku brapa jumlah hantaran-main2 korang tu nanti, k!

tetiba ada pixie baby lak! apa kaitannya? ya btol! jawapannya.... tak ada kaitan!




rm9000? i don't think so. dats too much for me.... i think.

Saturday, April 4, 2009

jalan2 sambil makan2...

ari ni ibu ajak pegi keningau, dalam 3 jam perjalanan dari umah coz ada program skolah... so, kami suma pegi temankan ibu sambil makan angin skali. actually bas ada disediakan untuk guru2 tapi ibu malas nak nek bas. nak jugak heret kami suma gi sana, ayah la yang drive... bawak makanan... bantal and extra baju pon suma aku bawak... ekeke... macam nak gi outing pulak. start jurney dalam kul7 pagi.

on da way gi keningau tu, kena lalu bahagian tanah tinggi. memang sejuk... dengan kabus dan scenery yang menghijau... waah, memang superb la! dalam kul9.30, kami singgah makan jap kat restoran di sana.



aku show korang pose dari tepi coz pixie ni saja yang nampak scenery kat bawah dengan clean and clear... ekekeke... ayah tu siap bwat pose tunjuk2 lagi ngan ibu... =p

lepas makan, continue da journey... sampai kat keningau, kitorang antar ibu dulu untuk attend program tu while kami pegi lepak lagi kat restoran. ish3... asyik isi pewot saja kami ni kan...

lepas makan, ayah bawak kami lepak kat taman... taman apa? taman permainan laa~~



korang dapat agak tak ngan sapa adik aku men game tu? haha~~~ ayah dah bwat pose penat.... cian ayah~~~ lapar kut!

tapi aku suh ayah makan makanan yang kami bawak dari umah, ayah tanak pulak... nak jugak tunggu ibu abis program dulu... so, aku juz bwatkan ayah minuman panas saja la coz kami memang siap bawak botol panas and coffee radix 3 in 1.... baru aku tau, kopi radix ni memang sodappp!

dah penat bermain, ayah ajak gi masjid lak... then amik ibu, pastu lepak balik kat taman tu, makan!



after makan, jalan2 jap, then balik... plan nak tido luar malam ni, tapi tak ada chalet atau resort lak kat tempat tanah tinggi tu... kalau stakat nak tido hotel di keningau town tu, bek tido kat umah... tak ada natural scenery langsung... so, kami pon juz heading balik... tak kesampaian nak bersejuk2an sambil menikmati kabus malam ni... haha...

time on da way balik tu pon kabus agak tebal walaupon baru kul3 petang...



ada nampak gaya cam tengah khusyuk menikmati keindahan alam tak??? ekekekeke.... action ja lebey...=p




haish, dah jadi cam diary perjalanan lak post aku nih...

Thursday, April 2, 2009

u don't make my blood go upstairs!

mesej masuk.

016-*******

'hai ayu...' aik, sapa la pulak ni? carik ayu kah?
aku : 'sapa ni?'
'salam ayu...'
aku : 'sori2, salah number...'

no reply. good. aku ble tido dengan aman. maybe btol orang tu salah number.


**********

msg masuk lagi

'ini yan kan?' aik, dia tau nama aku? ooh, means, dia bukan salah number la...
aku : 'hmm... last nite cari ayu kan. mana ada ayu di sini. dats y aku cakap salah number. sapa ni?'

no reply. bengong!

**********

malam. lepas online kat ruang tamu, aku masuk bilik. tengok enset. 2 messages received.

'hai syg...'

'syg suda tido?'

aahh, mula dah orang ni.

'siapa jugak ni?'
'ala syg ni... bwat2 x kenal pulak...'
'kalau x mau bagitau, suka ati la. aku pn malas mau layan org yg x dikenali ni.'
'syg dah lupa? kan kita penah tido bersama'
'syg...'

WHAT THE........................................................................................heck!!!!

nak ja aku reply ngan orang tu camni,

'hei u! u don't make my blood go upstairs ah... kalau my blood suda go upstairs, i'll..................................

err...... apa yang aku nak bwat kalau darah aku naik???

kena fikir dulu ni. kalau tersilap cakap, kang nampak cam tak cool dan tak comel la pulak kan...





apa2pun, jom makan eskrim dulu. sejuk2kan ati yang tengah panas ni. sesedap rasa ja cakap aku penah tido dengan dia... adakah ini ble dikira sebagai sexual harrasment???


nasib bek dia juz mesej, and bukannya call... kalau dia call, confirm malam ni jugak aku gi tukar number fon baru~

Wednesday, April 1, 2009

hadiah+gift+present versus collection

post kali ni aku nak present hadiah yang aku dapat dari kawan aku penyelamat-kehidupan a.k.a lifesaver ni pulak... trima kasih daun keladi yaa wahai kawan~~~ actually dah lama aku trima gift ni, cuma blum update lagi coz aku saja nak menunggu parcel dari kapten dalam entri di bawah untuk di'updates skali secara bundle...

tadaa~~~ sangat comel kan????

at 1st, aku confuse jugak la... tak dapat imagine sebenarnya tentang kegunaan benda ni, well, selain dari dibwat perhiasan la kan...

adik aku suggest untuk aku bwat tempat gantung kunci... aku fikir, fikir, and fikir...

tinggg!!!! <-- sound efek tanda otak aku mengeluarkan idea yang bernas dan comel.

hah! aku tau... bukak laci... amik 1 kotak... kuarkan isi kandungannya kat atas katil dan mula menggantung satu2 kat tempat penggantung benda comel tadi. hasilnya?

aku gantungkan rantai tangan... amacam? bernas tak bernas otak aku???? ble bwat hiasan kat atas meja... kalau nak pakai pon, senang nak dicapai. sebelum ni, suma barang2 ni duk dalam kotak saja... time nak pakai, baru sibuk menyelongkar kotak tu... haha...

anyway, terlanjur aku dah cakap pasal rantai2 tangan aku ni, aku nak show-off la kat korang koleksi2 rantai tangan yang aku ada...

tak ada la banyak sangat... dan tak la termasuk dalam kategori barang2 yang mahal, tapi kenangan tu yang paling penting.... ada yang aku beli sendiri, ada yang ex-bf bagi, and ada gak yang member2 bagi... rantai2 ni ada dalam simpanan sejak aku di campus dulu... pantang tengok rantai tangan yang comel, mesti tangan aku gatal nak beli... habit mengumpul benda alah ni bukan la hobi aku sebenarnya... tapi entahlah, bila tengok balik barang2 yang ada, benda ni pulak yang nampak cam ter'over banyak daripada barang2 lain... hmm...

aku memang minat accessory2 macam ni... tapi aktiviti membelinya dah berakhir sekarang.... tak tau la kenapa... mungkin sebab sekarang ni lebey banyak benda lain yang perlu dibeli contohnya..... err....err... kena bagitau jugak ka?? tak payah la... haha... hmmm, mungkin jugak sebab aku dah jarang kuar gi town ngan kengkawan... ya la, ngan kengkawan ja aku ble beli benda2 ni semua, kalau ngan family, mana ada masa nak stop by kat kedai2 accessory... cuma mampu tumpang lalu, dan telan air liur saja la kalau nampak accessories yang comel and memikat kalbu tu... gulpp!

ni salah satu bracelet faveret aku... walaupun simple tapi nampak cam fancy kan....

ni pon faveret gak! aku suka ngan buah rantai yang banyak bergantungan keliling tangan tu...

uiks, manyak pixie lak post aku kali ni.... terserlah sungguh sifat kerajinan aku dalam meng'upload pixie kan.... ekekeke... sila memberi aku award peng'upload-pixie-yang-tegar nanti ya!

ok la u guys, aku dah ngantuk ni... tito dulu... nitie nite suma~~~