huhuuu, kali ni post i dibwat dalam keadaan i yg x brapa sehat...tekak sakit, hidung ni cam nak kena selesema...badan lak rasa panas...so, sowie la if ada words yg x besh ar u ol...kepala otak i ni x ble nak megeluarkan idea n hujah2 yg bernas bwat masa ni...u ol nak tau? kat cni ujan since mlm smlm...ada gak stop kejap, but then, ujan lagi...adoiii, temperature pn sejuk nih! rasa cam kat UK plak....hak3...cam tau ja camna rasa kat UK tu...hihii~ =p
hmm, i nak share ngn u ol psl beberapa fakta yg u ol mungkin x tau/ x terfikir dalam hidup ni...haa, utk yg x tau, bertuah la korg sbb time ni la u ol ble tau psl fakta2 penting nie...utk yg dah tau plak, bwat2 cm x tau ja la,k (jgn la malukan i, u ol...i dah rasa cam nak bangga ni sbb nak inform ngn u ol psl fakta2 ni suma) hik3...
k, jom kta baca sama2,k...tp words dlm artikel kat bwh ni ala2 ke'skema'an la...x apa kan? u tau la, i juz copy paste ja benda ni, n condition badan yg kureng sehat mcm skg telah mem'bwat'kan diwiku merasa seperti tidak mempunyai mood untuk melakukan keja2 editting ni <---ayat skemaku...
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak?
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter? Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watakpaparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi
atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga
beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, apielektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ni telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. Jangan tipu...i nampak u ol bwat camtu...u ol mencuba2 dari tadi trying ur best to touch ur ear with ur elbow kan....ahee...got you....
hihii~
cun kan fakta2 kat atas tu u ol...at least skg, pengetahuan n ilmu kta da semakin bertambah ngn bacaan yang tak brapa nak bermanfaat nih!hahahaaaa~
Saturday, October 25, 2008
tahukah anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ayat-ayat comel:
Post a Comment