BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 20, 2008

Bosan! Bored! Boring!

hmm,
bushannyaaa!!!
apa nak bwat nih?!
klu kowg bosan, apa yg slalunya kowg bwat?
tido?makan?tgk tv?or juz bwat bodo n golek2 je atas katil?
hihii~
adoiii,ni dah keboringan tahap maksima nih...
help2!!!

emm,jap ehhh u ol...rase cm nak p makan la plak...
tgu tauuuu,
jap g kta continue chit chat nih (pdhal,i yg b'chit chat sowg diwi cm owg bodo,hak3)...


*********************************
*********************************
burrrppppp!
erk,sowie2...hik3....
kenyang sgt nih...tu la sendawa pn xleh nak control...=p
skg baru kul11am,
n so far, dah 2 kali i mamam nasik,iskkk....
for breakfast n maybe lunch (klu mamam kul11,kira lunch gak ke?)...
anyway,xapa...tu tandanya tgh happy la tu kan...
hak3,apa x happynya,
asyik duk umah jerk...
goyang kaki, mamam,tenet n tido!
fuuhhh,memang bahagia la~~
u ol plak cmna?bahagia x?
klu x bahagia pn, bwat2 je la cm bahagia,k...
ngee~~

hmm,tgh surf2 tenet tadi,i ada tjumpa some funny stories...
u ol nak tau x?
haa,i insertkan kt bwh ni,k....
jom kta baca sama2....

salah tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?""Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la." "HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?""Kan kami nie pemain simpanan...".

[][]

Datang Bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik dan misteri yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. " Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik dan misteri. Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

[][]

Langgar pokok

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu. Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

[][]

Nenek dan Cucu

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya... Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani... Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri. Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah. "Kenapa engkau menampar muka sendiri?" Jawab si ayah "Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."


[][]

Salah Dial

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin. "Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

[][]

Salah Eja

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje". Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??" Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

[][]

Tak Romantik Langsung!

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

[][]

Mamak oh Mamak

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: !!!!!!!!!!!!!!!!

[][]

Nenek Tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata "Nanti dulu". Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu". Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."


[][]

Sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "

[][]

Dadu

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua. Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

hik3...so mcmana u guys?
besh x?
thanx to that blog yg very entertaining...
next time, i'll post u more jokes,okay!
aahh,akhirnya...rasa boringku ini telah dpt diisi dgn gelak ketawa...
ngee~
ermmm,ngantuk la plak,
i tido dlu la ek...
jumpa lg~

zzzzzZZZzzzzzzzzzzz.....

0 ayat-ayat comel: