BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010

kawen

hari ni kawan baik aku, mar @ ann kawen. tahniah n slamat menempuh alam rumahtangga! eh, sedap je wish kat sini, macam lah dia baca blog... takpe la, dah terlanjur ter'taip, malas plak nak delete balik=p

pertengahan bulan depan, another kawan aku waktu blajar kat ums plak kawen... ngan boipren dia waktu kat campus jugak...alhamdulillah, sorang kat semenanjung, sorang kat sabah, atas pelamin bertemu juga...ewaahhh!


tahniah2 ler kat korang semua ye...semoga kekal bahagia hingga akhir hayat... amiiiin~


aku jugak yang tak kawen2 lagi....
haihh~~



bila pulak turn aku ye???

Tuesday, February 23, 2010

1st observation

esok aku akan di'observe oleh lecturer di dalam kelas, jadi currently tengah busy preparing apa2 yang patut. since dis is the first time sejak aku praktikal, aku sangattttt2 neves. dah la budak2nya nakal ya Rabbiii....




semoga tidak pengsan waktu tengah mengajar esok.



(^_^)



Sunday, February 21, 2010

tak tau nak letak tajuk apa, so abaikan saja part title ini

okey... hari ni hari ahad tapi tak ada plan nak bwat apa... amboiii yann, macam la tak ada keja lain pulak yang kau bley bwat ye, tu haa jurnal tak siap lagi... kalau tak ada keja sangat, bwat lesson plan untuk seminggu kan lebey afdhal... tapi disebabkan hanya separuh daripada hati aku je yang cakap camtu dan bukannya sepenuh hati, maka aku pun masih disini... menghadap laptop tapi tak tau nak bwat apa. hahahha...

alaa malas la nak bwat keje sekarang... apa class bwat keje time2 cuti ye tak... bwat something yang fun and exciting la best! tapi kalau nak kuar, member pulak tengah sedap2 tido, nak dating, bopren tak ada. haiyaa sangat bosan woo! err sebenarnya bosan memikirkan fakta bahawa esok adalah hari isnin bersamaan dengan 22hb february 2010 yang merupakan hari kerja pertama selepas tempoh kebebasan untuk tido lambat, bangun lambat, membwat aktiviti goyang kaki selama seminggu berakhir.. =( tak suka tak suka tak suka! err, more school holiday pelissssss...............

sekarang pewot lapar, tapi malas nak makan... haih yann, kata nak temokkan badan, apa kes malas nak gi makan pulak ni?! alaa, bukan salah aku... tapi mulut aku ni haaa, malas nak mengunyah... bak kata pepatah perut kata mari tapi mulut kata pergi... perghhh sedap jugak peribahasa aku tu kan! tapi untuk adik2 yang masih bersekolah, walaupun ni blog cekgu, tapi jangan pulak korang pegi amik peribahasa tu pastu letak dalam esei B.M korang pulak ye.... dalam esei B.I takpe. ehh tak takk... jangannn.... ! haish, kau ni yann, abis anak orang fail b.m pulak kang...

ehemm! cakap pasal 'cikgu' ni, tetiba terfikir plak aku, layak ke aku ni jadi cekgu sebenarnya? dah la perangai pon ntah hapa2, cakap merapu2... macam takleh dipecaya lak aku ni ble didik anak orang. huhuuu...

sampai sini je la entri aku. aku nak gi bermuhasabah diri kejap.

ok tipu. sebenarnya nak pegi makan. heheheh.... daa~

Saturday, February 20, 2010

cara-cara menurunkan berat badan dengan menggunakan kaedah yang disukai ramai

untuk kamu, kamu dan kamu yang telah meng'google tips atau cara cara untuk menurunkan berat badan, jangan risau kerana anda berada di tempat yang betul. di sini saya mempunyai tips untuk anda menurunkan berat badan secara mendadak sehingga pada akhirnya anda akan merasa rindu dengan kehilangan lemak2 tersebut yang pasti telah setia bersama anda selama ini mengharungi susah dan senang.

aku dah lama men'discover' cara cara untuk menyelimkan badan ni, cuma nya malas je nak kecoh2... tapi sekarang aku dah terasa cam nak reveal la secret tu sebab dah tak tahan nak pendamkan perasaan ati aku ni yang sangat tertekan dengan mendiamkan keberkesanan kaedah tersebut. mesti korang dah tak sabar nak tau kan? takpe2, sabar dulu ye, sila la baca cite aku ni saaaaaampai abis, pastu korang carik sendiri apa isi2 pentingnya sebab aku malas nak highlight'kan points2 tu suma... then korang ikut la apa yang aku bwat tu untuk mencapai hasil yang sama macam aku, tapi kalau lain pulak hasil yang korang dapat, aku tak bertanggungjawab ye....

*********************

ok lah, al kisahnya, lepas balik dari kampung abang ipar ari tu, hari bekerja still berbaki 2 hari that is, khamis and jumaat since kakak and abang ipar amik cuti CNY sampai rabu, hahaha, lagi cina berbanding orang cina pulak dorang tu kan... ceehh mengata orang walhal cuti aku sendiri lebey panjang dari dorang. ai cuti seminggu u olsss, jangan jelesss.... =p ok ok back to the story...

khamis and jumaat tu aku still spend kat umah kakak lagi after balik dari kampung. tak bwat apa2 pun, tido makan online tengok tv tido lagi pastu makan. tuu je la aktiviti aku selama 2 hari berturut2. bosannn sampai rasa nak demam! last2 aku mintak kakak antar aku balik hostel ari sabtu instead of ahad.

sebelum balik tu sempat lagi aku bertimbang berat badan kat alat timbangan di umah kakak. berat aku turun 1 kg!!! omaigodd, ni tak bley jadik nih. dah la nak kumpul 1 kg dalam badan pon susahnya ya Rabbi.... ni plak senang2 je dia nak turun dalam masa 2 ari aku kat umah tu...

balik je hostel, aku mula memikir agenda dan cara cara yang produktif tentang camna nak mengumpul lemak2 dalam badan semula. aku kuar ngan orang
ini dan kami pegi melantak kfc... balik hostel, ajak member lain plak gi makan nasik. nampaknya aku kena bersemangat dan tekun berusaha dalam mencapai misi yang satu ini. naik 1 kg lagi pun cukuuuuup la... tapi kalau naik 5,6 kg aku lagi suka!

eehhh kesian pulak ngan those yang betul2 berniat nak cari tips untuk kuruskan badan tapi dah kecewa dengan memasuki blog ni... hehe... ampuunnnnn... err, ni je la tips yang aku rasa berkesan untuk korang. EXERCISE! cara pembuangan atau lebey tepat lagi pembakaran lemak secara sehat. takyah la makan ubat kurus ke... ape ke... kang ada side effect, sapa jugak yang susahhh kan...
salah satu exercise yang senang and yet fun to do is JOGGING! ajak la family, kengkawan, bopren atau gepren korang gi jogging, selain dari menyehatkan badan, ble jugak merapatkan hubungan... kan...kan..kan... tengok lah dua kanak2 riang berkejar-kejaran kat pixie bawah ni... sangat sweet bukann???? ;)


aww~








mesyuarat tingkap- sape pernah try amik weight gain? berkesan takkk?