BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label turun berat badan. Show all posts
Showing posts with label turun berat badan. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

cara-cara menurunkan berat badan dengan menggunakan kaedah yang disukai ramai

untuk kamu, kamu dan kamu yang telah meng'google tips atau cara cara untuk menurunkan berat badan, jangan risau kerana anda berada di tempat yang betul. di sini saya mempunyai tips untuk anda menurunkan berat badan secara mendadak sehingga pada akhirnya anda akan merasa rindu dengan kehilangan lemak2 tersebut yang pasti telah setia bersama anda selama ini mengharungi susah dan senang.

aku dah lama men'discover' cara cara untuk menyelimkan badan ni, cuma nya malas je nak kecoh2... tapi sekarang aku dah terasa cam nak reveal la secret tu sebab dah tak tahan nak pendamkan perasaan ati aku ni yang sangat tertekan dengan mendiamkan keberkesanan kaedah tersebut. mesti korang dah tak sabar nak tau kan? takpe2, sabar dulu ye, sila la baca cite aku ni saaaaaampai abis, pastu korang carik sendiri apa isi2 pentingnya sebab aku malas nak highlight'kan points2 tu suma... then korang ikut la apa yang aku bwat tu untuk mencapai hasil yang sama macam aku, tapi kalau lain pulak hasil yang korang dapat, aku tak bertanggungjawab ye....

*********************

ok lah, al kisahnya, lepas balik dari kampung abang ipar ari tu, hari bekerja still berbaki 2 hari that is, khamis and jumaat since kakak and abang ipar amik cuti CNY sampai rabu, hahaha, lagi cina berbanding orang cina pulak dorang tu kan... ceehh mengata orang walhal cuti aku sendiri lebey panjang dari dorang. ai cuti seminggu u olsss, jangan jelesss.... =p ok ok back to the story...

khamis and jumaat tu aku still spend kat umah kakak lagi after balik dari kampung. tak bwat apa2 pun, tido makan online tengok tv tido lagi pastu makan. tuu je la aktiviti aku selama 2 hari berturut2. bosannn sampai rasa nak demam! last2 aku mintak kakak antar aku balik hostel ari sabtu instead of ahad.

sebelum balik tu sempat lagi aku bertimbang berat badan kat alat timbangan di umah kakak. berat aku turun 1 kg!!! omaigodd, ni tak bley jadik nih. dah la nak kumpul 1 kg dalam badan pon susahnya ya Rabbi.... ni plak senang2 je dia nak turun dalam masa 2 ari aku kat umah tu...

balik je hostel, aku mula memikir agenda dan cara cara yang produktif tentang camna nak mengumpul lemak2 dalam badan semula. aku kuar ngan orang
ini dan kami pegi melantak kfc... balik hostel, ajak member lain plak gi makan nasik. nampaknya aku kena bersemangat dan tekun berusaha dalam mencapai misi yang satu ini. naik 1 kg lagi pun cukuuuuup la... tapi kalau naik 5,6 kg aku lagi suka!

eehhh kesian pulak ngan those yang betul2 berniat nak cari tips untuk kuruskan badan tapi dah kecewa dengan memasuki blog ni... hehe... ampuunnnnn... err, ni je la tips yang aku rasa berkesan untuk korang. EXERCISE! cara pembuangan atau lebey tepat lagi pembakaran lemak secara sehat. takyah la makan ubat kurus ke... ape ke... kang ada side effect, sapa jugak yang susahhh kan...
salah satu exercise yang senang and yet fun to do is JOGGING! ajak la family, kengkawan, bopren atau gepren korang gi jogging, selain dari menyehatkan badan, ble jugak merapatkan hubungan... kan...kan..kan... tengok lah dua kanak2 riang berkejar-kejaran kat pixie bawah ni... sangat sweet bukann???? ;)


aww~








mesyuarat tingkap- sape pernah try amik weight gain? berkesan takkk?