BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 14, 2009

angker tak?

adoii, semenjak dua menjak ni blog aku semakin galak diserang penyakit berjangkit bernama tag... menjawabnya pon dah terpaksa mengambil jarak berkilometer2... ada yang turut berjangkit ke blogger lain, dan ada jugak sesetengah tag yang berjaya dihentikan di sini kerana aku secara tiba2nya berasa tidak kesampaian ati untuk menjangkitkan tag itu kepada sesiapa... biar la daku yang menanggung seksa menjawab tag2 sebanyak itu... sob.. sobb... *sambil menitiskan eye mo kat mata*

tapi kan, selalunya orang2 yang bertuah dijangkiti tag itu hanyalah mereka2 yang terdekat dengan si rama2 ini sahaja... anda tau apa maksudnya itu? yaaa, sila la menjauhi diri anda dari si rama2 yang amat gemar memberikan tag sebagai hadiah perkenalan dan simbol persahabatan ini. tapi bagi mereka yang telah diberikan tag, jangan la bersedey... anda sepatutnya berbangga sebab menjadi insan2 terpilih di antara mereka2 yang lain. jadi, berasa simpati la kepada mereka yang tidak termasuk di dalam senarai orang2 yang ditag itu, muahaha.. pandai2 ja aku nih! sapa nak kena tag lepas ni, tolong angkat tangan, tinggalkn nama, nombor tepon, resume n gambar berukuran pasport ya!

tak ada apa2 jugak yang nak di'storykan di sini... tujuan aku mempost entri ni semata2 sebab nak turunkan entri ber'pixie kat bawah... hik3... sungguh suci murni objektif aku tu kan... so, mari la membantu aku, bersama2 mendapatkan idea tentang apa yang nak di'story'kan agar objektif itu dapat dicapai dengan jayanya...

hah, lupa plak.. sebenarnya ari ni aku nak crita story yang berbaur ke'angker'an... jeng3.. story apakah itu? teruskan membaca...

dalam entri 'sakit-tengkuk' aku yang lepas, korang tau kan yang mana satu? ada satu komen yang mengingatkan aku pada satu ketika di zaman muda mudi ku dahulu... aku copy paste komen tu kat bawah,

Jard The Great - aku rase mesti ko aktif bergerak mase tido nih.. naseb baik ko bukan jenis sleepwalking..ntah kat mana ko bangun nnt.. hehe...

haa, aku memang bukan type yang sleepwalking... kalau blog walking tu mungkin la... tapi aku nak story kat korang kisah aku ber'walking2 ketika tido... aku berwalking ke mana? haa, itu la yang korang tak tauu...

time tu aku masih kat over-the-sea lagi... korang prasan tak kalau omputih punya wardrobe atau almari tu ada yang jenis masuk kat dinding? ala, yang walk-in wardrobe tuu...

alkisahnya time kami baru berpindah ke umah baru, aku yang sememangnya sorang yang penakut ni tido sebilik ngan ibu n ayah sebelum keberanian itu datang untuk menidurkan diri kat bilik lain. ya la, kan tu umah yang kita tak biasa, of cos la ada rasa was2 kan... ntah sejarah apa yang pernah jadik kat umah tu... hiskk, aku ni dah terlampau banyak tengok crita antu ngan a haunting nih!

malam tu aku tido la dengan nyenyaknya... tiba2, aku tegaskan lagi ya, TIBA2, aku rasa cam diri aku ni sedang berjalan menuju ke wardrobe bilik tu pulak... yang heran bin ajaibnya, aku sedar apa yang berlaku tu, tapi tetap gak nak gi sana. aku da siap bukak pintu wardrobe tu bila aku terdengar satu sora,

' yn, what r u doing?' sora ayah kedengaran memecah keheningan malam ayat novel...

tingg!!! sound efek magik aku kembali ke dunia nyata... dengan penuh selamba tapi masih kekonfiusan, aku pon balik ke katil n terus membaringkan diri... tak fikir apa2 lagi n trus terlena diulit mimpi indah.

haa, tu ja la cerita aku... amacam angker tak? hahaha... tolong la berasa takut...

persoalannya sekarang, kalau ayah tak sergah aku malam tu, agak2 korang la, adakah aku akan bangun pagi tu kat dalam wardrobe??? hiskkk...

persoalan kedua plak, apa yang ada kat dalam wardrobe tu sampai aku ble gi sana dalam keadaan separa sedar??? ha, entri kali ni aku tinggalkan korang ngan 2 persoalan...

selamat berfikir!!!

jangan biarkan diri kita diselubungi misteriiii~


songeh si rama2- thanx jard coz bagi aku idea untuk bwat entri!

9 ayat-ayat comel:

Anonymous said...

erm..persoalan2 diatas boley dijwb oleh tuan punya badan sndiri sbb tuan punya bdn yg tau...hahaha~

yani_worldpeace said...

ada2 jak la misteri dia nih

sparkystar said...

lain kali basuh kaki,muka n baca doa tito okeh..ada mcm pilem pndekar bjang lapok x?? aiii..nak pegi mane hahh...huhu

pink_butterfly said...

lifesaver-alalaa,abis 2 rama2 kena fkr sndiri la ni?

kak yani- hehe..misteria sungguh kan!

sparkystar- mmg basuh kaki pon sblm tito inchek sparky...inchek sparky basuh kaki takkk???

Lea Isnawi said...

bahaya betul cik rama-rama ni..
tula..laen kali b4 tido basuh kaki dulu..
baru lah lena tido nya..
hehehe

Kapten Luffy said...

itu namanya sleepwalking ler... tak nak mengaku lak

pink_butterfly said...

lea- hehe,mmg basuh kaki...tp ntah la knapa ble tak valid plak mlm tu..hehe..

luffy- bkn laa...wardrobe 2 yg mmanggilku...=p

sparkystar said...

inchik sparky lau nak tito,inchik sparky akan nyayi dulu..praktis af,hoho

pink_butterfly said...

waaah, mmg btol2 bsmgat nk masuk af inchek sparky nih...siap praktis tiap2 mlm tuh!