BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 18, 2008

hari istimewa...

Mula2 aku memang plan entri kat bawah ni menjadi entri terakhir sebelum aku bertolak untuk bercuti kejap. Tapi tengah aku basuh2 pinggan lepas makan malam tadi tiba2 aku baru teringat tarikh hari ni… harus diingat bahawa fenomena terlupa terhadap tarikh bagi orang yang asyik duk umah memang 1 fenomena yang normal dan bukannya abnormal untuk korang suma gelakkan atau berasa hairan.

Tarikh hari ni 18hb… maksudnya esok 19hb la kan? 19 hb? Ehh, bukankah…????

Yaa, 19hb disember tiap2 tahun, kami sekeluarga atau lebey tepat lagi, kami 4 orang beradik selalunya akan mengadakan surprise besday party… untuk sapa? Pastinya untuk someone yang sangat spesel dalam hidup kami selain dari ibu… AYAH yang tersayangg… dan tarikh itu datang lagi… bezanya…. Ayah tiada di sini sekarang untuk kami celebrate’kan bersama2… ayah berada jauh di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji… rindunyaa kat ayah… apapun, kat bawah ni adalah a little sumthin yang aku bwat khas untuk ayah… walaupon aku tau ayah takkan dapat baca sebab ayah tak pandai surt tenet hihii~ tapi aku nak bwat jugak!

sila baca dengan membayangkan suara shin chan...

Ayah~
19hb disember tiba lagi…
Maksudnya ayah sambut ari lahir hari ni,
Walaupon kita berjauhan bwat pertama kali,
Tapi tarikh spesel ayah ni tetap kami ingati…

Ari ni umur ayah dah bertambah +1 lagi…
Tapi dun worry,
Ayah tetap maintain ensem di mata ibu dan mata kami
Sama macam zaman muda mudi
Kacak, bergaya, dan gagah lagiii...

Ayah la hero kami,
Tak penah marah sesuka hati,
dan seingat anakmu yang berusia 22 tahun ini
ayah cuma pernah marah 1 kali
itu pon sebab diri ini yang nakal tak ingat diri

Adik yann tau ayah memang baik
Selalu sabar dengan karenah anak2mu ini
Yang of cos sangatla ber’variasi
Tapi ayah tak penah marah pon
Sentiasa steady menghadapi apa yang kami bagi

Sori lori strawberry ayah,
Tahun ni tak ada surprise besday party untuk ayah,
Bukan tanak bwat tapi memang tak dapat,
Ayah jauh menunaikan ibadah pada yang ESA,
Sedih rasa hati tapi redha dengan semuanya…
Tarikh 24hb memang dah lama kami nanti,
Tak sabar nak berjumpa dengan ibu dan ayah lagi…
Semoga ALLAH permudahkan segala,
Memanjangkan umur agar kita dapat bersama semula…


Selamat hari jadi ayah
Sweet 16~
I love u…
We love u…





lihatla ayahku yang sangat ensem dan bergaya tengah berkasih sayang ngan ibu yang ayu dan manja sama macam anaknya ini...ahaks!... hihii~
err, psstt2!!! ayah, sila control spare tyre kat dpn tuu ya... haha...

9 ayat-ayat comel:

Diari Sang Puteri said...

u..jgn lupa smpaikn slm syg n rindu i pd ibu n ayh k...ckp kt ayh,hepi bday..smoga dpjgkn umur n dmurahkn rzki..aminn..

Tirana said...

Happy Birthday to ayah pink butterfly. Mudah-mudahan hidup seterusnya sentiasa diberkati Allah.

Kapten Luffy said...

1. MAYBE KAPTEN PUN AKAN DAPAT ANAK BAIK CAM KO... ngeh3

2. KAPTEN CUBA BAYANGKAN WAJAH KAPTEN PADA USIA LANJUT... *berkerut dahi*

»Mrs Bintang« said...

Wah..besday ayah pinkkee?? moga2 ayah cayam diberi kesihatan yang sempurna..dan sentiasa dilimpahi rahmat..."amin"

AiE bAhRi said...

Happy besday to pakcik..semoga diberi kekuatan utk menempuhi hari2 yg mendatang..

Tiba2 mata ini berkaca mengenangkan ayahanda yang kurang sihat ketika ini.

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

Hppy birthday uncle ;)
smoga sihat slalu.
eheheheh

GadisKasutConverse said...

selamat hari lahir utk ayah awk!semoga pnjg usia+dimurahkan rezeki+diberkati kehidupan,ameen=)

Kapten Luffy said...

pakcik dan makcik.. boleh berkenalan?

pink_butterfly said...

kengkawan suma, thanx ya...=)